Halaman

Isnin, 31 Mac 2008

CInta Remaja (Bahagian 7 )

Jadi, apa jalan yang halal?


Pertanyaan ini pasti berlegar di pemikiran para remaja yang berada di zaman emas cinta ini iaitu menginginkan untuk mencintai dan dicintai, kerana itu memang fitrah ciptaan Ilahi. Sesungguhnya cinta itu suci. Surat an Nur ayat 32 menjawab pertanyaan di atas: " Dan kahwinkanlah orang-orang yang sedirian antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." Memang ternyata perkahwinan adalah penyelesai masalah, kerana sesudahnya semua yang haram sebelumnya menjadi halal. Wah, indahnya!


Tetapi realitinya, banyak remaja belum siap untuk kahwin. Bahkan, dalam pemikiran yang salah, mereka seperti memandang kahwin itu penghalang keseronokan, pengakhir zaman keemasan dan pelbagai fahaman yang silap, kerana mereka tidak mengetahui bahawa kahwin itulah pembangkit keseronokan hidup, kebahagiaan, ketenangan dan bermulanya zaman emas dalam hidup dan cinta. Lantas, bagaimana bagi mereka yang belum sedia untuk kahwin atau belum mampu, padahal keinginannya sentiasa mahu.


Islam sebagai sistem yang lengkap dan penyelesai masalah, bukan penyebab masalah, tetap saja mempunyai penyelesaian untuk masalah itu. Surat an Nur, ayat 33 menjawab; "Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan hamba sahaya yang kamu miliki yang memginginkan perjanjian, hendaklah kamu buat perjanjian dengan mereka, jika kamu mengetahui ada kebaikan pada mereka, dan berikanlah kepada mereka sebahagian dari harta Allah yang dikaruniakan-Nya kepadamu. Dan janganlah kamu paksa hamba-hamba wanitamu untuk melakukan pelacuran, sedang mereka sendiri mengingini kesucian, karena kamu hendak mencari keuntungan duniawi. Dan barangsiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (kepada mereka) sesudah mereka dipaksa itu."


"Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya. …". Banyak sarana yang boleh dipraktis dalam usaha menjaga kesucian diri. Antaranya ialah amalan mulia menjaga pandangan mata bagi lelaki dan wanita serta amalan berpuasa.

Amar Makruf Dan Nahi Mungkar (Bahagian 5)

Syarat-syarat yang perlu dimiliki oleh orang-orang yang bertugas sebagai pencegah kemungkaran


Telah kita sebutkan sebelum ini bahawa tugas amar ma’ruf dan nahi mungkar ini dijalankan sendiri oleh Khalifah, tetapi oleh kerana tugas Negara makin bertambah banyak, maka tugas ini diletakkan dibawah suatu pentadbiran yang dinamakan ‘HISBAH’.


Justeru itu Ulama’ Muslimin mengemukakan beberapa syarat untuk dipenuhi oleh mereka yang akan menjalankan tugas ini antara lain ialah seperti berikut:


  1. Ia mestilah seorang yang beriman
  2. Ia mestilah seorang yang mukallaf
  3. Ia mestilah seorang yang mampu menjalankan tugas tersebut.
  4. Ia mestilah seorang yang arif hukum syara’ yang berkaitan dengan perkara yang dicegah itu.

Adapun ke’adilan adalah satu syarat yang tidak sekata ‘alim Ulama’ Muslimin pada menentukan yang ianya disyaratkan atau tidak. Selain daripada syarat-syarat yang kita sebutkan itu, setiap orang yang menjalankan tugas ini patutlah memiliki sifat-sifat berikut :


  1. Ia patutlah ber’amal dengan ‘ilmunya, percakapan dan perbuatannya biarlah selari. Ia haruslah tidak melakukan perkara yang dia melarang orang lain mengerjakannya.
  2. Ia patutlah berbudi pekerti mulia, bermanis muka dan lemah lembut tuturkatanya.
  3. Ia haruslah berlemah lembut dalam mencegah sesuatu perkara.
  4. Nasihat dan tunjuk ajarnya mestilah bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah SWT, jangan dipedulikan kepada celaan dan maki hamun manusia.
  5. Ia haruslah bersabar dalam menghadapi sebarang cabaran. Itu adalah suatu hal yang lebih menjamin kejayaannya.
  6. Ia sepatutnya mengikut sunnah Rasulullah SAW bukan setakat mengerjakan akan yang wajib sahaja malah sentiasa melakukan yang sunat sehingga ia dipandang hebat dan digeruni.

Sayugia diingatkan syarat-syarat dan sifat-sifat yang tersebut bukan hanya tertumpu pada pegawai-pegawai Hisbah yang dilantik oleh kerajaan sahaja, malahan sukarelawan juga haruslah mempunyai syarat-syarat dan sifat-sifat yang sedemikian.

Ahad, 30 Mac 2008

Pindaan Auku, mahasiswa ajak KPT berdebat!

Ali Bukhari Amir


Sebagaimana yang diucapkan Menteri Pengajian Tinggi, pindaan Auku adalah bertujuan memberikan kebebasan kepada mahasiswa di universiti. Kenyataan ini mengundang satu pertanyaan lain, "Jadi, selama ini mahasiswa universiti tidak bebaskah?"


Pertanyaan itu akan melahirkan berpuluh-puluh lagi jawapan di pihak Aspirasi yang sukar menunjukkan pendirian mereka secara bebas termasuklah para pensyarah Umno. Di pihak mahasiswa dan pensyarah yang berhaluan kiri, akan lebih banyak ulasannya yang bermacam-macam pula.


Apa pun, rumusan yang boleh kita sepakati ialah ketika semua akta, undang-undang yang cuba dipinda dan digubal mengikut selera menteri saja, maka beginilah jadinya. Menteri yang baru ini mungkin menganggap pelaksanaan Auku di zaman Mustapha Mohamed dan sebelumnya Dr Shafie Salleh lebih ketat berbanding pada zamannya.


Bagi pihak Presiden Penaja Parti Mahasiswa Negara (PMN) Azlan Zainal, kenyataan Khaled melahirkan keraguan tersendiri yang sememangnya berakar daripada sejarah pengalaman lalu.


"Walaupun dinyatakan niat pindaan tersebut demi memberi kebebasan kepada mahasiswa dan autonomi kampus, tapi kami melihat tindak-tanduk itu adalah bersifat politikal saja.


"Sebelum ini, Dato' Dr Shafie Salleh dan Dato' Mustapha Muhammad menyatakan hasrat sedemikian. Tapi, kita boleh buat kesimpulan mudah mengenai tujuan sebenar kedua-dua bekas menteri KPT tersebut," kata beliau dalam suatu kenyataan kepada Harakahdaily.


PMN mengesyaki apakah niat KPT itu benar-benar mahu memberi kebebasan mahasiswa dan autonomi kampus; atau sebenarnya ada tujuan lain yang mendorong pindaan akta ini?


Pada Julai 2006, suatu pertemuan antara pimpinan pelajar haluan kiri bersama pimpinan parti alternatif telah dipengerusikan oleh Presiden KeADILan Datin Seri Wan Azizah di Parlimen untuk membincangkan pindaan Auku tersebut.


Pertemuan itu dibuat ekoran kenyataan Dato' Mustapha Mohamed yang ingin meminda Auku sehingga mengundang reaksi positif sesama mereka. Bagaimanapun, tidak diketahui apakah memorandum berhubung pindaan itu telah direstui Mustapha?


Pengucap pertama ialah saudari Soh Sook Hwa yang dengan tegas meminta supaya Auku tidak lagi dipinda, malah sepatutnya ia dimansuhkan terus. Turut menyetujui pandangan beliau itu adalah saya sendiri.


Dalam majlis itu, mantan aktivis mahasiswa Hishamudin Rais berkata, pelajar jangan tertipu dengan pindaan yang bertujuan ingin mengetatkan mereka dan bukannya bertujuan untuk melonggarkan.


"Kalau dipinda, mereka akan meminda mengikut apa yang mereka suka dan bukan pinda mengikut desakan kita," katanya. Atas alasan itu, ramai yang meminta ia dimansuhkan.


Dr Syed Husin Ali yang hadir dalam majlis itu menokok beberapa kenyataan Hishamudin ketika membentangkan fakta sejarah penubuhan Auku.


Menurut kedua-dua bekas siswa dan pensyarah UM ini, peraturan kejam itu telah digubal oleh mantan Menteri Pelajaran, Dr Mahathir dan mantan NC UM Prof Diraja Ungku Aziz bagi tujuan mengekang keterlibatan pelajar dalam arus politik perdana tanahair.


Jadi, apakah Khaled Nordin akan hanya meminggirkan buah fikiran atau beliau akan turut melibatkan kedua-dua pihak ini untuk membuat pindaan Auku yang berikutnya?


Di pihak mahasiswa, wujud dua aliran yang melihat sisi gelap Auku. Sisi putih Auku bagi mereka ditenggelamkan oleh sisi gelap Auku tadi. Kelompok pertama melihat Auku perlu dipinda. Sementara aliran kedua melihat ia perlu dimansuhkan segera.


Apa pun yang berlaku, sama ada Auku perlu dipinda atau mansuhkan, ia tetap membawa kepercayaan yang sama, iaitu Auku memang bermasalah. Cuma, cara menyelesaikan masalah saja yang berbeza. Satu pihak mendesak ia dimansuhkan dan pihak yang lain pula menuntut agar Auku dipinda.


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) contohnya di dalam 13 Tuntutan Pelajar berhubung pilihan raya umum ke-12 telah mendesak agar Auku dipinda. Tuntutan itu telah dihebahkan beberapa minggu sebelum pilihan raya umum.


"Jika tuntutan ini tak dipenuhi, kami akan bertindak lebih agresif," kata Presiden PKPIM Mohd Hilmi Ramli. Sejauhmanakah badan pertubuhan pelajar berdaftar tertua itu mahu bersikap agresif, tidaklah dapat dijangkakan lagi sehingga kini.


Andaian awal pindaan Auku


Apabila Khaled mahu meminda Auku, kenyataan itu mengundang beberapa andaian awal di pihak PMN. Pertamanya, parti yang belum didaftarkan itu menyifatkan hal pindaan itu tidak lebih daripada lipstik kosmetik propaganda murahan kerajaan.


Kedua, PMN menyifatkan kenyataan itu bertujuan mendorong pelajar kembali berurusan dalam kampus sahaja dan bukan lagi berpencak silat dalam gelanggang arus politik perdana negara.


Ketiga, niat meminda itu dilakukan kerana Auku secara tidak langsung menjadi halangan kepada Umno-BN untuk mendekati mahasiswa di universiti.


"Umno mahu buktikan bahawa mereka bersedia berubah dan cuba mendapatkan semula kepercayaan rakyat selepas parti-parti alternatif berhasil menakluk lima buah negeri di Malaysia. Sebab itu mereka sengaja mewarwarkan propaganda melalui responden menerusi undian SMS di Buletin Utama TV3 baru-baru ini.


"Sebenarnya, mereka tak perlu berbuat demikian kerana Auku telah lama ditentang oleh pelajar. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sebelum ini juga telah menghantar risalah lengkap berhubung hal pemansuhan Auku tersebut," kata beliau.


Tambah beliau, Jawatankuasa Penasihat untuk Mereputasi Universiti-Universiti Malaysia juga telah menyatakan hasrat mereka secara akademik, supaya undang-undang Auku ini dimansuhkan terus.


"Ada kemungkinan juga KPT risau dengan perkembangan PMN dalam pilihan raya terbaru. Ia ketara apabila mereka yang anti SMM sebelum ini kerana badan itu menyeru ke arah demokrasi kampus yang adil dan bebas; hari ini telah menegaskan bahawa pilihan raya kampis (PRK) adalah pentas terbaik untuk kaum pelajar itu berpolitik.


"Kenapakah mereka menyatakan hal itu? Adakah mereka mahu membuat 'reverse psychology' kepada kami dalam pilihan raya lepas?" soal beliau sambil mengandaikan motif kerajaan itu adalah bertujuan menyekat kehadiran pelajar dalam bentuk politik kepartian.


Mahasiswa cabar KPT berdebat berhubung isu pindaan Auku


Tambah Azlan, pindaan Auku juga mungkin menyebabkan Umno lebih mudah masuk ke dalam universiti sekali gus bertujuan menyekat pengaruh parti pembangkang di kampus-kampus.


"Kami rasa jika Auku digubal pada kali ini, tujuan sebenarnya ialah cuma untuk memudahkan Umno menyebarkan pengaruhnya ke atas kaum pelajar. Atau, setidak-tidaknya bertujuan menafikan hak parti pembangkang atau pertubuhan haluan kiri daripada mendekati mahasiswa di universiti.


"Jadi, kami mengajak KPT berdebat secara terbuka berhubung isu ini. Kami sedia berdepan dengan kerajaan secara sopan dan rasional. Biarlah pelajar berfikir dengan bebas mengenai asas-asas yang sama-sama kita perdebatkan," kata beliau.


Tambahnya, jika parti pemerintah tidak berani berdebat secara sopan dan rasional dengan pelajar, maka semua pertubuhan pelajar yang bebas akan mengisytiharkan bahawa Umno dan BN kini cuma bersandiwara tentang hasrat mereka ingin meminda Auku tersebut.



http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13533&Itemid=90

Filem Akhirat layak untuk anugerah Abu Jahal!

Oleh Faisal Tehrani


 Sekiranya filem Akhirat adalah seorang manusia, maka manusia itu saya putuskan adalah Abu Jahal. Anugerah Abu Jahal yang jahil ini sesuai dijadikan satu anugerah ala-ala Oscar kepada filem ini, ataupun filem-filem lain yang 'mempersendakan' agama kelak. Mungkin ada satu badan dapat memberi anugerah Abu Jahal ini. Pun kita baru melepasi suku pertama tahun 2008.

Justeru eloklah kita senarai pendekkan dulu Akhirat untuk anugerah Abu Jahal ini. Siapa tahu akan ada filem Abu Jahal lain yang lebih jahil dan jahanam dari filem ini. Nampak sangat pengamal filem kita sedang berlumba-lumba untuk membikin filem 'anak haram' yang paling jahil sesama mereka.

Filem dengan skrip oleh Ikhzal Azfarel Ideris ini telah diwarwarkan bertumpu kepada cerita berunsur keagamaan. Baca sahaja promosi filem ini sejak tahun lalu, mereka sendiri mengaku begitu. Merenung aspek dramaturgi, saya tidak tahu mana agamanya Akhirat, kerana filem ini membawa kesongsangan beragama; paling tidak pada lima perkara besar:

i. Menjadikan adegan zina sebagai sesuatu yang cool dan kasual. Hal ini terlihat apabila Noni (lakonan Nabila) dinasihati ayahnya supaya berhati-hati berteman dengan Ari (lakonan Adi Putra), penataan muzik gedik-suka digunakan untuk melatari. Tambah-tambah pula ada adegan Mira (Vanidah Imran) dengan sengaja memerangkap adiknya Noni untuk menggunakan baju tidurnya. Itu sebagai umpan kepada suaminya Amran yang gersang (dalam satu adegan Tony Eusoff terdesak merangkul Vanidah Imran dari belakang sambil menjerit: I want to make love with you) setelah tidak dapat menyetubuhi Mira sekian lama (kerana Mira HIV positif).

ii. Meskipun Noni digambarkan insaf di penghujung Akhirat setelah berzina dengan Ari sepuas hati, seraya minum arak dan berdansa di disko - keinsafan Noni hanyalah kerana 'saya telah salah berkawan' dan bukan kerana 'Allah melarang zina dan ia dosa besar'. Keinsafan Noni juga tidak didokong langsung adegan atau plot (sebab dan akibat) yang bertunjang agama.

iii. Ketabahan dan kesabaran Amran dan Mira tidak sedikit pun berbumbu agama. Mira misalnya dalam keadaan genting tegang lagi sengsara oleh tekanan menghidapi HIV positif tidak sedikit pun berpaling kepada Allah untuk mendapat ketenangan. Tidak ditunjukkan apa-apa petanda Mira mendekati Tuhan dalam tempoh itu. Mira hanya mendapat ketenangan apabila bertemu dengan pegawai di Malaysia Aids Council ala-ala kak Marina.

iv. Babak-babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai ayah Mira dan Noni menunjukkan dialog bebal menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yang mereka hadapi. Pengamal filem kita masih belum faham soal keadilan Ilahi (sebenarnya ulama yang tidak faham). Apabila ditimpa kecelakaan dalam hidup, mereka akan menyalahkan Tuhan dengan kata-kata 'ini takdir'. Nasihat-nasihat ayah kepada Mira dan Noni adalah 'nasihat-nasihat bertaraf jawapan kemusykilan agama kepada Dr Mashitah' (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri). Nasihat-nasihat itu tidak sedikit menjentik atau menggugah minda, dan membantu watak-watak itu kemudiannya insaf.

v. Adegan separa seks separa panas kunun dalam filem ini amat menjengkelkan dan memualkan. Adegan cium leher, peluk rangkul, belai membelai, tonyoh menghempap, gesel menggesel tidak dapat mencerminkan judul Akhirat yang ditatang.

Elok kita renung jalur sebab dan akibat yang amat lemah dalam filem ini. Sesuai dengan anugerah Abu Jahal yang diterimanya, filem ini adalah gabungan plot paling lemah pelajar-pelajar Minggu Penulis Remaja paling tidak berkualiti dari tahun 2002-2007.

Lebih lucu ada adegan Amran berpuisi untuk Mira; di sisi tasik buatan Putrajaya kunun-kunun romantis. Puisi bertaraf 'reject' untuk majalah E-Baca ini diucapkan demi membangkitkan dialog-dialog puitis tidak bertempat.

Memang hodoh. Filem Akhirat mengisahkan kehidupan seorang wanita, Mira, yang musnah setelah dirogol oleh seorang pengedar dan penagih dadah. Akibatnya Mira disahkan menghidap penyakit yang amat menggerunkan. Kesengsaraan Mira ini pada awalnya dirahsiakan dari pengetahuan suaminya, Amran, dan keluarga. Konflik tercetus apabila Amran sering ditolak oleh Mira saat Amran sedang berkobar-kobar ingin melanda isterinya. Dilema perasaan inilah yang mendorong Mira memperdaya Amran dengan Noni (adik iparnya). Amran yang tidak tahu (sebab dia lembab dan bodoh) dengan tindakan Mira ini, telah menuduh adik iparnya Noni cuba menggodanya, selain mencemarkan nama dan maruah keluarga. Dalam pada itu diselitkan kisah-kisah Noni yang liar dan sering bersetubuh haram dengan teman lelakinya, Ari.

Menurut produser S. Baldev Singh, Akhirat ditayangkan bersempena dengan musim Maulidur Rasul. Dan katanya lagi, "Sekarang ini kita lebih menitik beratkan konsep
Islam Hadhari maka lahirlah filem Akhirat".

Thats it! Itu jadi defining moment. Patutlah! Itu menjelaskan segala-galanya bukan? Sebuah filem Islam Hadhari, patutlah ada pegang-pegang mesra sambil genyeh-genyeh manja. Patutlah ada zina-zina kasual sambil dialog derhaka Tuhan.

Lebih menyedihkan filem Abu Jahal ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Penerangan dan sokongan penuh daripada Majlis AIDS Malaysia. Tetapi dokongan dan kerjasama ini tidak membantu penggunaan fakta yang tepat berkenaan virus HIV dan AIDS. Dalam tempoh yang sangat singkat Mira tidak sepatutnya mendapat penyakit AIDS lagi. Virus HIV menjadi AIDS setelah satu tempoh yang agak panjang, kadang-kala sepanjang 12 tahun. Bahkan tanda-tanda AIDS seperti sarcoma kaposi (KS) tidak pun kelihatan pada Mira. Alahai, buatlah penyelidikan sedikit. Mak cik jual cencaluk macam mak cik Musalmah Lebar pun tahu gunakan internet.

Sedikit kuliah falsafah Islam untuk mereka yang bercita-cita menjadi pengamal filem dan tidak mahu tergelincir menjadi pengamal filem Abu Jahal:

Duduknya seni Islam haruslah begini. Ia satu gerakan ke bawah. Allah sebagai Pencipta, Nabi Muhammad yakni Nur Muhammad sebagai pusat logos, itu kita namakan kamal atau kesempurnaan. Ia turun kepada ahlul bait sebagai penerus kelangsungan Islam yang aktual iaitu kita namakan wilayah. Ini kerana ahlul bait bukan hanya ilmuan tetapi cendekiawan kerana terlibat dalam pembangunan masyarakat. Gerakan kreativiti karyawan seni harus menempuh laluan ini.

KEMUDIAN barulah sampai kepada ayan sabitah atau idea umum di mana dalam gestalt pemikiran Melayu; ia adalah manfaat dan faedah untuk masyarakat. Dalam erti kata lain kalau buat filem tidak ada faedah dan manfaat itu dengan sendirinya sudah menjadi Abu Jahal. Ayan sabitah atau idea umum itu tadi disampaikan dengan makna, dan penuh pengertian lalu turun kepada keindahan yang antaranya cultural literacy. Ini semua melibatkan karyawan. Dari situ ia turun lagi di mana ia akan membentuk genre yang dipilih karyawan atau kategori seni yang digulati pengamal seni. Tidak kiralah genre itu drama, action, animation atau apa pun. Ia kemudian turun lagi kepada khalayak yang akan menerimanya dengan akal kerana ada dorongan intelektual dalam karya, akan menerimanya dengan hati nurani kerana ada logos spiritual dan wilayah, lalu menerimanya dengan emosi kerana ada keindahan pada karya. Untuk memahami lebih lanjut persoalan ini sila baca Perempuan, di Wajah Langit Pagi dalam Milenia Muslim edisi Februari, Mac, April dan Mei 2008.

Kembali kepada filem Abu Jahal kita untuk suku pertama tahun 2008. Sungguh kasihan melihat Vanida Imran, pelakon wanita terbaik di Festival Filem Malaysia 2007 berlakon filem seperti ini. Lakonan Tony Eusoffe, Adi Putra, dan Tan Sri Jins Shamsuddin tidak langsung menambah apa-apa. Lakonan Nabila Huda pula sangat-sangat menjengkelkan. Penampilan cameo beberapa nama besar memualkan. Filem Akhirat juga disulami lagu-lagu 'jiwang melankolia tengah malam' yang dicipta oleh Azmi Hassan dan dinyanyikan oleh kumpulan penyanyi bersuara sengau. Antara lagu yang bakal mewarnai filem ini ialah Akhirat (lagu tema), Akhirat II, Kasih Selendang Biru dan I Love You Senorita. Pada adegan yang menampilkan lagu I Love You Senorita anda boleh menatap ketiak bercukur pelakon pembantu wanitanya, sambil melihat bakat yang dikembangkan oleh AF1 menari tergedik-edik seolah-olah ada cacing kerawit berpusu-pusu mahu keluar dari hujung usus besarnya. Sungguh 'abu jahal' gedik itu.

Dan alasan lain untuk memberi anugerah Abu Jahal ini kepada Akhirat meskipun penerbitnya bukan Islam, dan DOP pun dari Mumbai, ialah kerana filem ini diarahkan oleh seorang muslim. Bukan sekadar muslim biasa tetapi adalah pemimpin sebuah organisasi pengamal filem.

Dan kerana itu kita tidak dapat menerimanya. Dan kerana itu layaklah Akhirat mendapat pencalonan akhir Anugerah Filem Abu Jahal 2008.


http://www.detikdaily.net/v4/modules.php?name=News&file=article&sid=1813

Lagi isu levi RM9 dan setinggan sifar

Oleh Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor


Saya menghargai keprihatinan yang dipamerkan oleh beberapa badan bukan kerajaan mengenai rancangan saya untuk Selangor sejak beberapa hari yang lalu.

Kerajaan Selangor yang baru mendapat dokongan rakyat kerana kami bertekad membuka lembaran baru dalam arus pembangunan Selangor, pendekatan yang akan menumpukan kepada kesejahteraan hidup rakyat, memudahkan perniagaan dan meningkatkan ekonomi untuk semua.

Pertama sekali, cadangan saya untuk mengenakan levi RM9 daripada majikan bagi setiap pekerja asing mereka adalah untuk berdepan dengan isu sebenar berkenaan pergantungan kita kepada pekerja asing dan kepingitan belia kita yang kini menganggur atau tidak mendapat kerja yang sepatutnya.

Wang yang dipungut akan diagihkan untuk meningkatkan kemahiran belia supaya nilai mereka bertambah dan meningkatkan pembangunan Selangor dan Malaysia ke tahap yang lebih mantap.

Kita mesti menerima hakikat iaitu tanpa mengatasi masalah ini kita menjejaskan masa depan negara kita.


Kerajaan Negeri Selangor komited untuk mengatasi masalah ini melalui proses yang sah dan menghormati hak asasi manusia dan akan mengkaji dengan lebih mendalam bagi melaksanakan dasar ini.


Kedua, saya bercadang terus mengurangkan bilangan setinggan di negeri ini untuk membebaskan mereka daripada kitaran kemiskinan dan menjamin hak asasi rakyat untuk mendapat tempat kediaman yang selesa tetapi turut mengiktiraf hak tuan tanah. Selangor merupakan negeri yang maju dan rakyatnya perlu mendapat rumah yang mampu dimiliki.

Kami tidak akan menangani isu ini sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini, yang melaksanakan polisi setinggan sifar untuk memberi tanah kepada pihak-pihak berkaitan dan tanpa menghormati kebajikan setinggan. Sebaliknya kami akan terus menekankan hak perumahan untuk semua.


Kami juga akan menentukan perumahan kos rendah mencapai spesifikasi minima yang lebih baik. Garis panduan baru akan diwujudkan untuk menentukan hak dan kebajikan setinggan dipertahankan setiap masa.

Namun demikian, tidak boleh dinafikan kita perlu berusaha mengeluarkan mereka dari kawasan setinggan untuk memberi mereka dan anak-anak mereka masa hadapan yang lebih baik disamping untuk menjaga kepentingan hak kepada pemilik harta (property rights) dalam kawasan yang didiami setinggan tersebut.


Kami merancang memperkenalkan proses rundingan dengan semua pihak terbabit, termasuk badan-badan bukan kerajaan dan sektor korporat untuk memastikan semua pihak dapat memberi input dan mendapat maklumat yang sahih mengenai rancangan kami.


Kami tidak berhasrat meneruskan amalan lama meneruskan kesilapan dan kezaliman dengan penguatkuasaan berat sebelah untuk syarikat-syarikat kroni untuk menyelesaikan isu pekerja asing dan setinggan, tetapi kami mengambil pendekatan baru mengikut proses yang sah yang mengambil pendekatan berimbang terhadap implikasi sosial dan komersial untuk pembangunan Selangor.



http://www.detikdaily.net/v4/modules.php?name=News&file=article&sid=1810

Jumaat, 28 Mac 2008

Bankrapkan Media Utama Negara

a
Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar berkata, PAS menyokong penuh hasrat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dan lima negeri kerajaan baru yang diperintah pembangkang untuk menimbangkan saranan memboikot TV3 dan Utusan Malaysia.

Kami rakyat malaysia bersedia membuat satu reformasi dan akan memboikot media utama negara ini bertujuan untuk mengajar dan memberi ingatan bahawa kuasa rakyat tidak boleh dipermainkan.
Sekian lamanya kami rakyat malaysia ditipu, dimomokkan dengan propaganda pemerintah sehingga begitu loya, jijik, muak dan tidak tertahan lagi.Wartawan dan petugas-petugas RTM, TV3, Utusan sanggup dilacurkan oleh BN dengan melanggar etika kewartawanan dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat. Ketahuilah RTM,TV3 dan Utusan, sedikit masa lagi kamu semua akan rebah sehinggalah kembali kepada kebenaran.

Ayuh ! Rakyat Malaysia, sahutlah cabaran, jangan beli utusan dan berpuasa lah dari melihat berita-berita palsu dan lihatlah kesannya 1 hari, 2 hari dan seminggu.Bayangkanlah suratkhabar dipandang sepi di kedai-kedai dan tidak laku. Pembekal mengeluh dan tidak sanggup lagi untuk menjadi pengedar suratkhabar yang basi dan beralih kepada media alternatif seperti Harakah, Wasilah, Keadilan dan sebagainya yang seperti pisang goreng.

Boikot boleh mendatangkan kesan besar contohnya sebagaimana dilaporkan Audit Bureau of Circulation (ABC) bahawa apabila berlaku sesuatu kes sesebuah media itu boleh jatuh. Inilah masanya, api bukan lagi kecil, api sudah merebak bahkan tidak mampu lagi dipadam. Rakyat dahagakan berita-berita yang benar dan tidak dimanipulasikan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik sempit mereka.

Kini, tibalah masanya 5 negeri berkabung, bangun sederap, mara sepakat, terbitlah media massa sendiri atas nama Barisan Rakyat untuk Malaysia menggantikan Utusan Malaysia yang sudah menopaus setelah menginjak ke usia 50 tahun.
"

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=8225

Australia menghadapi 'ancaman Asia'

Australia perlu melengkapkan pertahanan negara maritim itu dengan 400 pesawat pejuang terbaru dan 30 kapal selam untuk bersedia menewaskan kuasa-kuasa Asia yang mendatangkan ancaman.

Cadangan ini dibuat oleh Ross Babbage, penasihat menteri pertahanan Australia, Joel Fitzgibbon dalam satu kertas kerjanya.

Menurut Babbage, ancaman yang mungkin dihadapi Australia pada masa depan ialah kuasa-kuasa Asia seperti China, India dan Indonesia.

Ancaman yang menjadi asas cadangan ini telah kelihatan dalam tindakan-tindakan Australia menjelang penghujung pentadbiran Perdana Menteri John Howard. Awal 2007, Canberra dan Tokyo menandatangani perjanjian keselamatan, mengukuhkan hubungan pertahanan dua sekutu penting AS di Asia itu.

Perjanjian itu jelas sekali mengambil kira kebangkitan China yang dijangka akan menjadi ancaman pada masa depan. Beberapa bulan selepas itu, satu lagi perjanjian dipersetujui antara Australia dengan AS, menjelaskan kepentingan Australia sebagai rakan strategik Washington di Asia Pasifik.

Perjanjian perdagangan pertahanan dengan AS yang dipersetujui September tahun lalu telah membuktikan kepentingan Australia dalam pakatan pertahanan dengan AS. Perjanjian itu telah memberikan Australia lebih akses kepada peralatan pertahanan terkini AS yang selama ini sukar dikongsi dengan pihak lain.

Perjanjian-perjanjian ini semuanya ditandatangani sebelum Rudd menjadi perdana menteri. Apa pun sikap kerajaan baru Australia terhadap perjanjian-perjanjian tersebut, hal tersebut mendasari kedudukan istimewa Australia dengan kuasa Barat.

Australia juga telah bersetuju membeli 24 pesawat FA-18F Super Hornet bernilai AS$6.6 bilion, dan berhasrat membeli pesawat terbaru F-35 bernilai AS$16 bilion dari AS.

Semua ini menunjukkan persepsi dan perluasan peranan Australia - hingga ke luar kawasan tradisionalnya - telah lama ditetapkan elit politik dan tentera negara itu. Cadangan Babbage ini ialah satu usaha menuntut kerajaan Rudd mengambil kira perkembangan-perkembangan pertahanan terbaru dalam usaha menghasilkan kertas putih pertahanan terbaru negara itu.

Perkembangan terbaru ini menjelaskan lagi bahawa hala tuju pertahanan Australia tidak akan mengalami perubahan besar di bawah Perdana Menteri Kevin Rudd selain mengundurkan tentera dari Iraq.

Australia mempunyai satu kedudukan yang istimewa di Asia, sebagai sebuah negara yang majoriti penduduknya berasal dari Eropah dan mengekalkan hubungan penting dengan kuasa-kuasa Barat.

Rudd boleh melakukan perubahan-perubahan seperti dalam perjanjian alam sekitar global dan penghantaran pasukan tentera Australia ke medan perang luar negara, tetapi asas hubungan Canberra dengan Washington tidak boleh digugat.

Disebabkan kedudukan istimewa ini, Australia terpaksa mengekalkan hubungan istimewa dengan Barat, terutama Amerika Syarikat dalam hal pertahanan, seperti yang ditunjukkan semasa pentadbiran Howard.

Tahun lalu, selepas perjanjian dengan Jepun dicapai, untuk mengukuhkannya sebagai satu pakatan untuk menangani kebangkitan China, negara-negara terbabit - AS, Australia dan Jepun - mengajak India menyertai pakatan tersebut.

Penyertaan India akan melengkapkan satu "kepungan strategik" terhadap China. India dan Jepun kedua-duanya berada di kedudukan geografi yang strategik sebagai jiran China. Australia pula ialah negara sekutu penting AS yang mempunyai keupayaan ketenteraan paling baik untuk berperanan sebagai pengimbang kuasa tentera laut China. Hal ini mengundang rasa syak China terhadap pakatan itu.

Kemudian, satu lagi pertemuan penting yang diadakan secara senyap telah menjelaskan tujuan kerjasama empat negara itu, sekaligus meningkatkan lagi rasa syak Beijing. Pertemuan empat pihak itu diadakan ketika mesyuarat Forum Serantau Asean di Manila, Filipina pada bulan Mei 2007. Pertemuan itu ialah antara rundingan terakhir sebelum pakatan empat negara itu, dikenali sebagai Inisiatif Quadrilateral, disepakati.

China yang bimbang dengan tujuan pertemuan itu telah secara rasmi menuntut penjelasan daripada negara terbabit tentang tujuannya. Seperti biasa, keempat-empat negara terbabit menafikan perbincangan tersebut mempunyai matlamat menangani China.

Bagaimanapun, bukan China sahaja yang menjadi kebimbangan Australia. Australia juga melihat dengan berhati-hati perkembangan di negara jiran Indonesia yang disifatkan sebagai tempat subur bagi "gerakan militan Islam."

Pentadbiran Howard telah menunjukkan dengan jelas dasar Australia dalam hal ini. Masa akan menentukan sejauh mana pentadbiran Rudd akan meneruskan sikap ini. Tetapi tidak mungkin perhatian terhadap gerakan Islam di Indonesia akan menjadi kurang penting di bawah Rudd, kerana hal ini telah menjadi satu isu penting dalam pertahanan Australia, memandangkan kedudukan Indonesia sebagai jiran Australia.

Dan disebabkan kedudukan geografi Indonesia yang hampir dengan Malaysia, dan hubungan rapat rakyat kedua-dua negara terutama ahli gerakan-gerakan Islam, pasti perhatian juga diberi kepada Malaysia.

Cadangan meningkatkan keupayaan pertahanan itu dengan jelas menunjukkan doktrin baru pertahanan Australia yang semakin menyedari keperluan untuk bertindak di negara-negara jirannya, atau sekurang-kurangnya mempengaruhi tindakan negara terbabit.

Himpunan Rakyat di Stadium Shah Alam, semua dijemput hadir

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) -Orang ramai dan penyokong Barisan Alternatif diminta hadir beramai-ramai ke Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor untuk program 'Himpunan Rakyat' pada 31 Mac (Isnin) ini bermula jam 8 malam.

Dalam program tersebut, Presiden PAS akan menyampaikan amanatnya kepada seluruh rakyat. Selain beliau, Menteri Besar Selangor yang baru, Tan Sri Khalid Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan dua Exco Kerajaan Negeri, Dato' Dr. Hasan Ali dan Teressa Kok dari DAP akan turut sama berceramah.

Program julung kali dianjurkan PAS negeri itu, akan dimulakan dengan solat Isyak dan solat Hajat dan kemudiannya diikuti bacaan Al-Quran dan dendangan nasyid.

Seluruh warga Selangor dan rakyat Lembah Klang dipelawa hadir ke program perdana peringkat negeri Selangor ini. Bagi maklumat lebih lanjut, sila dapatkan Harakah keluaran terbaru yang mula dipasarkan hari ini.

Gabungan parti alternatif mampu ganti kerajaan BN

KOTA BHARU, 28 Mac (Hrkh) - Parti-parti dalam pakatan Barisan Alternatif (BA) dan DAP diharap menjaga kemenangan yang diberi rakyat dengan baik bagi mempertahankan kejayaan pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

Ramai percaya BA boleh menjadi sebuah gabungan yang utuh seperti Barisan Nasional (BN).

Anggota Parlimen Kota Bharu, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, kerja sama erat yang sedia terjalin dalam BA bukan sahaja perlu diperkemaskan, sebaliknya menyusun gerak kerja yang lebih mantap.

"Rakyat mengharap kerajaan dipimpin oleh pemimpin yang telus setelah mereka kecewa dengan kerajaan BN. Gabungan BA boleh menggantikan kerajaan yang ada sekarang.

"Jadi kita berharap lima negeri termasuk Kelantan yang dipimpin PAS, KeADILan dan DAP menunaikan janji kepada rakyat seperti tertera dalam manifesto.

"Kejayaan BA kali ini sebagai satu percubaan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Peluang semakin terbuka kepada BA," ujarnya pada sidang media sempena majlis kesyukuran dan makan malam di sebuah restoran di sini, baru-baru ini.

Wan Abdul Rahim yang juga Timbalan Ketua Pengarah II Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat berkata, kemenangan besar calon-calon BA merupakan satu percaturan baru dalam politik Malaysia.

Katanya, hasil sokongan masyarakat pelbagai kaum mereka boleh menerima calon BA dan DAP.

Sementara itu dalam perkembangan lain beliau mengumumkan Lim Guan Seng sebagai wakil peribadinya bagi masyarakat Cina dan Muhammad Nor bagi masyarakat Melayu dan lain-lain bangsa.

"Pelantikan Seng sebagai wakil peribadi saya sebagai satu hadiah untuk masyarakat Cina yang telah memberi sokongan padu kepada PAS pada pilihan raya umum lalu.

"Peningkatan sokongan itu begitu membanggakan berbanding tahun-tahun sebelumnya," tambah beliau.

Roboh surau: Penduduk kesal pengerusi sendiri jadi dalang

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) - Penduduk Taman Sri Intan, Kajang membantah tindakan merobohkan surau Nur Al-Ihsan yang didakwa didalangi oleh Pengerusi surau itu sendiri.

ImagePerkara ini ditegaskan oleh AJK penduduk Tahir Rahim, 43, ketika dalam pertemuan dengan Adun Bangi Dr Shafie Abu Bakar kelmarin yang melawat di tapak perobohan.

Dalam pertemuan itu, Tahir menjelaskan ahli jawatankuasa surau dan penduduk menentang perobohan itu memandangkan surau itu boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh penduduk.

Menurut beliau, surau itu boleh digunakan untuk aktiviti penduduk termasuklah urusan kenduri kahwin, tempat penginapan sementara bagi musafir, kelas-kelas agama dan sebagainya.

ImageTegasnya, arahan untuk meroboh surau masih tidak terjawab apabila pengerusi surau terbabit Mustafa Sulaiman enggan menjelaskan siapa yang mengarahkannya bertindak sedemikian.

"Dalam mesyuarat persatuan penduduk, kesemua AJK penduduk menentang keras niat pengerusi surau untuk merobohkan surau, namun, pengerusi surau yang juga Naib Pengerusi penduduk tetap berkeras untuk terus merobohkan surau berkenaan, " kata Tahir.

Ekoran daripada kes ini, Tahir bersama-sama dengan beberapa orang penduduk membuat laporan polis minggu lepas terhadap tindakan tidak bermoral Naib Pengerusi Penduduk yang juga AJK Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) tersebut.

Menurut Tahir, alasan perobohan surau masih lagi kabur kerana setiap persoalan yang dikemukakan kepada AJK JKKK dalam mesyuarat sebelum perobohan itu masih tidak terjawab.

Tegasnya, pengerusi surau tersebut menyatakan kononnya Perbadanan Luar Bandar telah mengeluarkan perbelanjaan kepada persatuan penduduk untuk mendirikan Kemas sedangkan pengeluaran duit itu adalah untuk membaik pulih surau berkenaan.

Dalam lawatan tersebut, Dr Shafie berjanji akan mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara yang berlaku.

Surau yang berusia hampir 14 tahun senantiasa digunakan penduduk untuk solat berjemaah bagaimanapun ia didakwa diroboh sendiri oleh pengerusinya hampir sebulan yang lalu dan hari ini hanya tinggal sisa-sisa runtuhan.

Khamis, 27 Mac 2008

Pinda Auku, jangan hanya janji manis - Gamis

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Hrkh) - Mahasiswa tidak mahu kerajaan terus menabur janji untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 yang sebelum ini diperjuangkan mereka agar ia dimansuhkan.

Setiausaha Agung Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Syaari Abdul Rahman berkata, usaha Menteri Pengajian Tinggi yang baru, Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin yang mahu meminda akta tersebut disambut baik oleh Gamis memandangkan kesannya telah diketahui tidak memberi kebaikan kepada banyak pihak.

"Cuma kami tidak mahu kecewa lagi selepas ini sebagaimana ia pernah disebut sebelum ini, harapnya ia bukan lagi berbentuk janji-janji manis semata-mata,"katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau juga tidak jelas mengenai kenyataan Mohamed Khalid yang menyatakan tujuan utama pindaan tersebut adaah untuk memberi pelajar dan universiti lebih kebebasan.

"Saya tidak pasti apakah yang dimaksudkan beliau, apa pun Gamis mengharapkan perbincangan mengenai perlaksanaan hal tersebut hendaklah dibuat dengan lebih cepat,"tambahnya.

Dalam pada itu, beliau mengharapkan proses perbincangan untuk mengkaji cadangan pindaan akta ini bersama semua pihak berkaitan, termasuk tokoh akademik, pengamal industri dan wakil pelajar hendaklah dibuat dengan lebih telus dan seimbang.

Syaari mengakui imej dan kedudukan universiti yang telah menurun sejak kebelakangan ini adalah berpunca daripada kongkongan Auku.

"Mahasiswa dan ahli akademik menjadi lesu dan bersikap tidak mengambil tahu perkembangan sekeliling sebagai anggota masyarakat sekaligus menghapuskan sifat kreatif dan kritis yang menjadi budaya keilmuan mereka,"jelasnya.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menafikan bahawa Auku diwujudkan bagi memastikan kesemua pihak menumpukan perhatian kepada bidang tugas masing-masing serta bertujuan untuk menjaga keharmonian suasana di dalam kampus yang boleh menjejaskan institusi pengajian tinggi itu.

Sementara itu, keputusan undian SMS Buletin Utama TV3 malam tadi membuktikan penonton menolak Auku dengan 91 peratus undian menyatakan sokongan supaya akta yang menyekat kebebasan mahasiswa ini dimansuhkan.

Terdahulu, Menteri Pengajian Tinggi yang baru, Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kerajaan akan meminda Auku bagi memberi pelajar dan universiti lebih kebebasan.

Beliau berkata, kajian awal mendapati beberapa peraturan dalam Auku menyekat kreativiti pelajar dan pihak pengurusan universiti untuk mencapai tahap kecemerlangan di peringkat global.

Sehubungan itu, katanya, pihak pengurusan universiti akan diberi kuasa autonomi secara berperingkat mengikut kesesuaian masa dan keperluan sebaik AUKU dipinda bagi memastikan tugas mentadbir berjalan lancar.

Katanya, pihak pengurusan universiti memerlukan perubahan dan kini sudah tiba masanya akta berkenaan dikaji semula dalam usaha melahirkan intelektual generasi kedua yang lebih berdaya saing serta mempunyai daya tahan yang tinggi.

"Pihak pengurusan universiti memerlukan kuasa autonomi yang lebih bagi membolehkan mereka bebas membuat keputusan penting untuk kebaikan semua pihak, sedangkan kini keputusan tertakluk kepada ketetapan kementerian.

"Kuasa yang terhad menyebabkan masing-masing kurang kreatif dalam usaha melonjakkan kecemerlangan pendidikan.

"Malah, pemberian kuasa autonomi memberi peluang pihak pengurusan lebih bertanggungjawab dalam keputusan yang dibuat," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan tugas oleh bekas Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustapa Mohamed baru-baru ini.

Mohamed Khaled berkata, kementerian akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkaitan, termasuk tokoh akademik, pengamal industri dan wakil pelajar berhubung cadangan meminda Auku

Kerajaan Selangor akan tingkatkan pembangunan belia

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Hrkh) - Cadangan kerajaan Selangor mengenakan syarat bayaran RM9 ke atas majikan bagi setiap pekerja asing adalah bertujuan meningkatkan pembangunan kerjaya bagi para belia tempatan yang menganggur di negeri itu.

ImageMenteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pembangunan kerjaya belia di Selangor ialah satu usaha terpenting dalam menentukan kejayaan masa depan Selangor.

"Kita ingin mencadangkan kepada kerajaan pusat supaya memberi kuasa kepada kerajaan Selangor untuk mengetahui perkembangan-perkembangan buruh asing di Selangor, di mana kita dapat melaksanakana satu peraturan untuk mengenakan RM9 setiap bulan ke atas majikan sebagai dana untuk pembangunan golongan belia di Selangor," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri kali pertama, dalam pentadbiran barunya di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata belia di Selangor wajar diberi kemahiran dan keupayaan supaya mereka dapat memberi sumbangan yang positif dalam ekonomi negeri.

Dalam pada itu, beliau berkata mesyuarat bersetuju untuk menjalankan beberapa usaha bagi mengemaskini pentadbiran negeri, di samping menyelesaikan kelemahan dan kesukaran yang dihadapi rakyat Selangor.

Image"Salah satu dari tugas yang kita usahakan ialah meminta Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew, menyelesaikan masalah pembangunan di lereng bukit.

"Saya minta beliau berjumpa dengan Yang DiPertua Perbandaran Tempatan di Ampang dan juga di tempat-tempat yang mempunyai pembangunan sedemikian," katanya.

Turut dimaklumkan kepada media berhubung pemberian tanah untuk individu dan sewa tanah ke atas sekolah dan rumah ibadat dengan kadar sewa RM1 setahun.

Beliau berkata pihaknya juga sedang berusaha untuk mendapat ruang di Radio Selangor FM supaya ahli exco dapat ditemubual setiap minggu agar mereka dapat berinteraksi dengan pendengar


sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13528&Itemid=28

Rabu, 26 Mac 2008

Harga Minyak Dan Gas Kekal

Oleh edyesdotcom


"a
KUALA LUMPUR 25 Mac – Kerajaan hari ini mengumumkan akan memperkenalkan tiga langkah khusus bagi meringankan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

Selain tiga langkah itu, kerajaan turut menyatakan ia tidak akan menaikkan harga minyak dan gas pada masa ini.

Berikutan keputusan tersebut, kadar tarif elektrik sedia ada akan dikekalkan.

Dalam ucap utamanya pada Persidangan Pelaburan Malaysia 2008 di sini hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghuraikan perancangan bagi melegakan keresahan rakyat berhubung kenaikan kos sara hidup yang menjadi isu dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.


Tiga langkah itu ialah:


* Mengurangkan impak kenaikan harga minyak dunia bagi golongan berpendapatan rendah dengan mengurangkan pembaziran dan kerugian kesan daripada subsidi.


* Mengkaji semula pelaksanaan rancangan-rancangan ekonomi bagi memastikan manfaatnya dapat dirasai golongan yang benar-benar memerlukan.


* Kerajaan akan terus bekerja ke arah mengurangkan jurang pendapatan antara kumpulan-kumpulan etnik, dan pada masa yang sama memastikan keadilan untuk semua rakyat.

seterusnya (utusan)


edyesdotcom wrote :

Hasil keuntungan pengundi-pengundi Barisan Rakyat pada PRU12 semakin banyak yang telah di pertunjukkan. Inilah buktinya tanpa majoriti 2/3, BN tidak mampu untuk menaikkan harga gas dan minyak !

Percaya atau tidak, sekiranya keputusan PRU12 membenarkan majoriti 2/3 BN, sudah pasti tajuk berita hari ini ialah "Minyak Naik" "Tarif Letrik Naik kerana Gas Naik" Tol PLUS naik sebab dah 5 thn tak naik".

BERSYUKURLAH...

91% penonton Buletin Utama sokong mansuhkan AUKU!


" Takbir, beberapa minit lalu keputusan undian sms buletin utama TV3 membuktikan rakyat malaysia sebulat jari menaip sms menolak akta universiti dan kolej universiti, dengan 91% undian menyatakan sokongan supaya akta yang menyekat kebebasan mahasiswa ini dimansuhkan. nampaknya sistem perundangan negara kita akan lebih telus, dengan sebelum ini zaid berahim dengan perut yang penuh keberanian meminta kerajaan memohon maaf kepada beberapa orang yang menjadi mangsa kepada ketidakadilan kerajaan BN, yang sy kenal seorang saja, tun salleh abbas.

dan maka, jika akta auku ini dengan secara jayanya dimansuhkan, tidak lagi sy akan keseorangan menaiki bas menuju ke kuala lumpur menghadiri perhimpunan (cth BERSIH) atau apa² program bersifat politik (kerana rakan seperjuangan yang lain bimbang muka masuk tv, dicam oleh pihak pentadbiran, hahaha).

ceramah anwar ibrahim juga boleh sy hadiri tanpa perlu terlebih dahulu membuang sticker ipt pada motosikal.

dan sy bolehlah kiranya selepas ini bersoal jawap dengan beberapa orang pensyarah yang selama ini kuat berkempen dalam kuliah.

sekian terima kasih.

maaf jika tulisan ini bersifat kebudak²an, sebab mmg sy masih budak hingusan. bye



TAkbir!!!!!! Allahuakbar!!!!





http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=8113

Selasa, 25 Mac 2008

Info media arus perdana sudah tidak 'relevan' lagi?


AKU terkilan bila termenonton di RTM1 pagi kelmarin (Sabtu 22 Mac' 08) akan siaran 'Selamat Pagi Malaysia' yang semakin kurang minat dek kerana telatah bodoh sombong dan tidak menunjukkan tahap pemikiran yang matang dan memberangsangkan langsung oleh kedua-dua pengacara lebih-lebih lagi yang lelaki.

Ini berlaku semasa dalam bualan dengan tetamu jemputan mereka seorang pensyarah berketurunan India dari USM (tidak pasti pula namanya). Mereka berbincang tentang isu maklumat dari internet melalui laporan-laporan dari pihak bloggers yang lebih mempengaruhi dan tersebar luas mengalahkan media arus perdana.

Kononnya, apa yang diberi komen atau persoalan oleh si pengacara lelaki itu seolah-olah apa yang terdapat menerusi laman blogs dan melalui infomasi dari pihak bloggers semuanya berbentuk negatif.

Lantas si pensyarah tersebut menangkas yang apa yang didapati dalam blog-blog tidak semua nya negatif. Banyak maklumat-maklumat yang lebih telus, terang lagi munasabah hingga dapat mempengaruhi ramai bilangan rakyat Malaysia yang "computer/internet savvy" sekarang ini.

Ramai lagi pengacara RTM yang maseh tidak sedar, peka dan begitu bengap dan naif sekali akan pengaruh penyebaran maklumat cyber (internet) yang begitu menyerlah lagi sekarang ini.

Kita tidak lagi mengharapkan laporan, maklumat atau berita dari media arus perdana yang banyak putar belit (spin), pembohongan dan temberang sahaja yang dihidangkan. Malah dalam sembang-sembang, bual bicara sesama pengacara dengan para-para panel jemputan itu nampak seperti sandiwara yang di 'fix' kan untuk memberi gambaran seperti seolah-olah secara sepontan.

Begitu juga apabila pihak TV atau mana-mana stesen TV, apabila menunjukkan sesuatu temu-bual orang awam di jalan-jalan kononnya untuk mendapat 'feedback' yang sepontan, padahal semuanya telah diatur, mengikut 'text' atau 'skrip' yang di sediakan oleh pihak TV atau program terbabit.

Lihat betapa 'palsu''nya seseorang apabila di tanya akan sesuatu. Sesetengah dari mereka tu nampak sangat lembab dan lembab semasa menjawab soalan kerana sedang memberi tumpuan pada 'text' atau 'skrip' yang tak begitu jelas bagi pandangan untuk dibaca.

Ini berlaku apabila pihak TV sedang melakukan sesuatu tinjauan atau 'survey' bagi mendapat maklumbalas dari masyarakat umum untuk memuaskan sesuatu pihak bagi kepentingan pehak berkenaan.

Itulah sebabnya terpaksa mengikut arahan 'skrip' yang sudah mereka sedia bagi orang yang di temu-bualkan menyatakan mengikut kehendak selera mereka TV atau sebarang pihak yang berkepentingan. Sebab itulah media arus perdana TV dan akhbar ini sudah tidak relevan lagi. Semuanya maklumat auta dan temberang semata.

Berbanding dengan media cyber (internet) melalui blog-blog dan laman-laman web media arus perdana ni sudahlah bias atau 'one-sided' dan ianya 'one-way communication' pulak.

Tidak seperti media cyber (internet) melalui blog-blog yang sistemnya adalah 'sistem dua-hala' atau 'two-way communication'. Itu juga satu faktor penyebab maka ianya begitu popular sekali di zaman millenium ini. Sekarang maklumat dari inforia ke info-info TV swasta ke sudah 'tidak main' lagi - kata orang yang minda 'internet savvy'.

Tidak lama lagi boleh ucap 'goodbye' saja pada maklumat dan info melalui media arus perdana. Ini kerana ianya sudah tidak relevan lagi....

JOEJAFRY


http://www.mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_deca8461-c0a85062-1189cbb0-fecfab2d

Pakatan 5 negeri bentuk dimensi baru politik Malaysia


KOTA BHARU, 25 Mac (Hrkh) - Dimensi baru politik Malaysia mulai terserlah sekarang selepas rakyat di lima negeri menolak keangkuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.


Mulai kelihatan pakatan di antara kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor selepas halangan besar di bawah kuasa BN berjaya ditumbangkan.


Khamis lalu, kehadiran Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Kedah sambut dengan protokol kerajaan negeri terbabit.


"Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang tiba dengan penerbangan Firefly di Lapangan Terbang Bayan Lepas disambut pemimpin kerajaan Pulau Pinang.


"Kereta khas milik kerajaan Kedah menyambut Menteri Besar Kelantan di tempat pendaratan kapalterbang. Beliau disambut wakil kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dan pemimpin Kedah.


"Kemudian diiringi ke Alor Setar dengan kereta bersama pemimpin kerajaan kedua-dua negeri," kata pegawai pengiring daripada Pejabat Perhubungan PAS Kelantan, Wan Zulkefli Wan Mohamad.


Menurutnya kemesraan jelas terbayang apabila pemimpin kerajaan baru di Kedah dan Pulau Pinang menyambut ketibaan Menteri Besar Kelantan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.


Kata beliau Tuan Guru Nik Abdul Aziz disambut sebagai tetamu negeri sebelum menghadiri ceramah di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat bersama Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak.


Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan juga dijemput menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Al Bukhary iaitu masjid terbesar di Kedah.


Katanya, biar pun Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah acap kali datang ke Kedah dan Pulau Pinang namun tidak pernah sambutan sedemikian rupa.


Manakala hari ini pula Menteri Kedah dijemput sebagai tetamu kerajaan Kelantan sempena majlis kesyukuran kemenangan kerajaan Barisan Alternatif di negeri ini pada pilihan raya umum lalu.


Ceramah khas sempena program berkenaan akan diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) bermula jam 9.30 malam ini yang menampilkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Azizan, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan anggota Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali.


Setiausaha Eksekutif Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Yassin Yusof berkata, sebanyak tujuh ekor lembu dikorbankan hari ini.


"Sebanyak 30 kawah nasi dan 30 kawah gulai sedang dimasakkan petugas-petugas PAS dari Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa untuk jamuan orang ramai yang bermula selepas solat Asar.


"Selepas solat Asar juga Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan berucap ringkas untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada petugas-petugas PAS yang bekerja keras pada pilihan raya umum lalu.


Menurutnya juga Menteri Kedah dijangka tiba di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, JKR 10 pada petang ini sebelum menghadiri ceramah di Putik.


Katanya, kerajaan negeri juga menyediakan makan malam sebagai meraikan rombongan Menteri Besar Kedah.



http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13495&Itemid=85

PKPIM mahu kursus seimbang, kaji semula AUKU

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mahu memastikan semua kursus yang ditawarkan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menepati pasaran kerja.


Namun demikian, PKPIM berpandangan, dengan menukar semua kursus supaya menepati pasaran kerja bukan suatu keputusan yang tepat.


Menurut Presiden PKPIM Mohd Hilmi Ramli situasi hari ini bukanlah disebabkan masalah kursus yang tidak relevan dengan pasaran semasa, akan tetapi program pembangunan sahsiah dan ketrampilan mahasiswa yang memerlukan suntikan segera.


"Program membangunkan sahsiah dan ketrampilan, yang melibatkan mahasiswa dalam aspek kepimpinan, 'decison making', bersosial, berpolitik dan berpersatuan harus digandakan," katanya dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.


Seiring dengan itu katanya, Kementerian harus melihat kembali Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) secara kritis.


"AUKU telah memainkan peranan mewujudkan 'culture of fear' di kalangan mahasiswa. Lalu menjadikan mereka pasif dan takut," katanya kepada kenyataan Menteri Pengajian Tinggi yang baru, Dato' Seri Khalid Nordin yang mahu memastikan semua kursus yang ditawarkan di IPTA menepati pasaran kerja.

Kata Hilmi displin kemanusiaan adalah faktor penyeimbang kepada mahasiswa supaya mereka menjadi manusia yang bukan sekadar 'agen industri', tetapi agen sosial dalam masyarakat.


"PKPIM akan terus menyokong usaha mengangkat martabat generasi muda dengan cara pengupayaan kaedah yang tepat," katanya.

CInta Remaja (Bahagian 6)




6. Perkara yang mendekatkan kepada zina


Sudah jelas dalam syariat Islam bahawa zina itu haram. Telah jelas juga termaktub dalam Perlembagaan Tertinggi bagi orang Islam iaitu al Quran bahawa perkara yang mendekatkan kepada zina juga adalah haram. Surah al Israk ayat 32 menjelaskan "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." Pernyataan 'jangan' dengan jelas menunjukkan bahawa perbuatan mendekatkan kepada zina adalah haram. Cuma, masyarakat Islam yang belum jelas hakikat ini. Kalau pun sudah jelas, sengaja berpura-pura tidak tahu seolah-olah ayat ini tidak pernah ada dalam al Quran yang mereka baca secara lisan. Padahal kepura-puraan mereka itu hanyalah menipu diri sendiri kerana hendak menurut, memuja, mengagung dan memuaskan nafsu yang memang suka kepada perbuatan terlarang mendekatkan diri kepada zina.


Lagi dalam hal cinta remaja, perkara yang mendekatkan kepada zina memang jelas wujud. Berkedudukan lelaki dan perempuan dalam jarak dekat, baik secara terlindung (khalwat) atau pun secara jelas di khalayak (ie dating di tempat awam atau rumah makan), persentuhan lelaki perempuan, bahkan yang lebih dari itu, pertentangan pandangan mata, pandangan mata kepada berlainan jenis secara bernafsu, perbualan lelaki perempuan yang intim, mesra, manja, lunak, menggoda dan bernafsu, pembukaan dan pendedahan aurat terutama di pihak wanita, semuanya adalah perkara-perkara yang membuka pintu, mendorong, menggalakkan, memudahkan, meransang, membawa dan mendekatkan kepada zina. Hal-hal ini wujud dalam cinta remaja, maka cinta remaja itu sendiri adalah pembuka pintu, pendorong, penggalak, pemudah, peransang, pembawa dan pendekat kepada zina.


Maka sekali lagi jelas, bahawa perkara yang mendekatkan kepada zina itu haram dan kerana cinta remaja itu mendekatkan kepada zina, maka cinta remaja adalah haram.

Ahad, 23 Mac 2008

Jerawat




assalamualaikum..

JERAWAT

1. Apa itu JERAWAT?

JERAWAT merupakan masalah kulit yang paling kerap berlaku. Ia lebih cenderung dialami oleh golongan remaja dan juga orang dewasa. Masalah ini boleh dicirikan sebagai bintik-bintik putih (whiteheads) atau hitam (blackheads), berair atau kemerahan yang kadangkala sangat menyakitkan. JERAWAT biasanya berlaku pada bahagian muka tetapi terdapat juga pada bahagian leher, belakang, dada dan bahu. Dianggarkan sebanyak 80% orang yang berumur dalam lingkungan 12 hingga 25 tahun mengalami masalah JERAWAT. Sementara itu, masalah ini akan hilang selepas beberapa tahun akan tetapi ada juga yang mengalami parut yang kekal. Kesan peparut ini akan memberikan kesan buruk kepada pengidap yang terlalu menitikberatkan penampilan diri mereka.

2. Apakah jenis JERAWAT yang anda alami?

JERAWAT merangkumi ‘whiteheads’, ‘blackheads’. Selain itu, terdapat juga tanda-tanda kemerahan (‘lesion’) dengan pembengkakan yang dalam yang dipanggil nodul. JERAWAT terdiri daripada yang ringan, sederhana dan teruk. JERAWAT yang ringan hanya terdapat sedikit ‘whiteheads’ dan ‘blackheads’ . Bagi JERAWAT yang sederhana pula, anda akan mengalami lebih banyak JERAWAT pada muka dan kemungkinan terdapat pada bahagian dada dan belakang. Tetapi dalam keadaan JERAWAT yang teruk, anda akan mengalami banyak nodul, yang besar dan sakit, pada bahagian muka, dada, belakang dan pada bahagian badan yang lain.

3. Apakah yang anda tidak tahu tentang JERAWAT?

Mitos 1: JERAWAT disebabkan oleh kurang penjagaan kebersihan.

Jika anda percaya pada kenyataan ini, tentu anda akan membersihkan kulit anda sekerap dan sekuat yang mungkin tanpa menyedari yang anda akan menyebabkan JERAWAT bertambah teruk. Sebenarnya, JERAWAT bukan disebabkan oleh kotoran atau minyak pada permukaan kulit. Oleh itu, anda tidak seharusnya menggosok terlalu kuat untuk menyahkan lebihan minyak, sel-sel mati dan kotoran pada kulit kerana perbuatan ini akan menyebabkan peradangan pada kulit dan JERAWAT akan bertambah teruk. Cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah mencuci muka dengan lembut dua kali sehari. Juga cuba gunakan ubat rawatan JERAWAT yang sesuai.

Mitos 2: JERAWAT disebabkan oleh makanan.

Menurut kajian saintifik, kaitan diantara makanan dan JERAWAT tidak wujud. Dengan kata lain, makanan seperti coklat, pizza dan kentang goreng tidak menyebabkan masalah ini. Walaubagaimanapun, sesetengah orang menganggap makanan amat mempengaruhi kejadian JERAWAT. Dengan demikian, mereka mengelakkan diri mereka dari mengambil makanan tersebut. Tetapi bukti-bukti saintifik menyatakan bahawa jika JERAWAT dirawat dengan betul, pengambilan makanan tidak mempengaruhi JERAWAT.

Mitos 3: JERAWAT disebabkan oleh tekanan.

Tekanan yang dialami dalam kehidupan seharian bukan merupakan faktor penyumbang kepada JERAWAT. Tekanan teruk yang dirawat dengan pengambilan ubat boleh merangsang terjadinya JERAWAT. Kejadian ini kemungkinan disebabkan oleh kesan sampingan ubat tersebut. Jika anda beranggapan bahawa masalah JERAWAT disebabkan oleh ubat yang digunakan dalam merawat tekanan, anda haruslah berjumpa dengan ahli farmasi atau doktor untuk mendapatkan nasihat selanjutnya.

4.Apakah yang perlu anda lakukan?

Cuci muka anda dua kali sehari dengan menggunakan pencuci JERAWAT. Anda boleh menggunakan pencuci yang mengandungi 5% ‘benzoyl peroxide’. Bagi mereka yang alah terhadap ‘benzoyl peroxide’, pilihan lain yang sesuai ialah 2% ‘salicylic acid’. Produk ini boleh diperolehi dari kedai-kedai farmasi yang berhampiran dengan anda. Elakkan terdedah kepada matahari. Sekiranya anda terlibat dengan aktiviti luar seperti bersukan, gunakanlah produk pelindung matahari yang tidak menyebabkan alahan. Elakkan menyentuh atau memicit jerawat dengan tangan. Anda bolehlah berjumpa dengan ahli farmasi jika mengalami sebarang kemusykilan mengenai produk yang anda gunakan.


sumber : http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?forum=16&topic=3790

Gaji minimum belia Selangor RM2,000

KUALA SELANGOR 22 Mac – Kerajaan negeri Selangor memberi jaminan setiap belia di negeri itu bakal menerima gaji minimum RM2,000 selepas dua tahun bekerja melalui modul khas yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, berdasarkan modul tersebut, belia yang masih menganggur dan tidak memiliki tahap akademik yang baik akan dilatih dalam pelbagai bidang sehingga mampu menjadi pekerja mahir kelas pertengahan.

Menurutnya, mana-mana belia yang berjaya menamatkan latihan tetapi masih mendapat gaji kurang daripada RM2,000 selepas tempoh dua tahun akan dipanggil balik untuk diberikan kursus lanjutan.

“Sasaran saya adalah untuk menyediakan asas latihan kepada belia di Selangor supaya selepas dua tahun mereka boleh mendapat pekerjaan dengan gaji sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan.

“Mereka yang tidak menerima jumlah gaji sebegini akan dipanggil balik dan dilatih lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jamuan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok di sini hari ini.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, beliau memberitahu, beberapa badan antarabangsa telah melahirkan persetujuan untuk bekerjasama dalam menjayakan program latihan berkenaan.

Abdul Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok menjelaskan, langkah yang akan dibuat itu adalah bagi memastikan sumber manusia di Selangor dapat dimanfaat dengan sebaik-baiknya.

“Saya mengambil kira bahawa satu langkah yang baik sekali adalah menentukan guna tenaga di negeri ini dapat digunakan sebaik-baiknya.

“Jika ramai belia yang tidak bekerja, bermakna guna tenaga yang sedia ada kurang dimanfaat,” ujarnya.

Beliau menambah, tindakan kerajaan negeri itu juga dapat merapatkan jurang taraf hidup yang amat ketara di antara golongan kaya dan miskin di Selangor.

---------------------------------------------------------------------------------------------------
wah.... nampaknya, lepas ni...kena la cari kerja di sekitar selangor...

Sepohon kayu

video

masa sedang melawat dari satu blog ke satu blog...
tiba..tiba...
terjumpa klip video yang sememangnya sudah lama...
tapi... peringatannya memang bermakna untuk manusia yang beriman..

insyaALLAH...

sama-sama dengarkan...

Sabtu, 22 Mac 2008

Cinta Remaja (Bahagian 5)



5. Bersentuhan antara lelaki dan wanita


Bersentuhan antara lelaki dan wanita menurut syariat (undang-undang) Islam adalah haram. Bersentuhan saja sudah haram, apatah lagi perlakuan yang lebih dari itu. Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika kepala kamu ditikam dengan besi, itu lebih baik daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal untuk kamu." (hadis riwayat at Tabrani dan al Baihaqi). Kepala ditikam dengan besi itu bukan hal yang baik, malah terlalu pedih azabnya.Dalam erti kata lain, hal yang terlalu pedih azabnya itu (kepala ditikam dengan besi) lebih baik daripada lelaki menyentuh wanita yang tidak halal untuk disentuhnya. Ini bermakna, lelaki menyentuh wanita yang tidak halal untuk disentuh itu jauh lebih teruk dan buruk dari teruk dan pedihnya kepala ditikam dengan besi. Kami berlindung dengan Allah dari hal itu. Buruk dan teruknya lelaki menyentuh wanita yang tidak halal untuk disentuhnya itu adalah dari aspek moralnya dan juga dari aspek hukumannya yang sangatlah dahsyat di hari perhitungan kelak.


Dalam konteks cinta remaja, kalau sudah wujud pertemuan jasadi (ie dating) malah pertemuan qalbi (hati) itu, pastilah berlaku kedekatan secara jasad (ie fizikal lelaki dan wanita berada dalam jarak yang dekat, "close proximity "). Padahal lelaki dan wanita itu ibarat dua magnet berbeza kutub, pastilah saling tarik menarik apabila berdekatan. Semakin dekat kedudukan, semakin kuat tarikannya. Tarikan itu akhirnya berakhir dengan sentuhan antara keduanya, malah bukan sekadar tersentuh, bahkan terikat rapat, erat dan ketat. Itu sudah hukum logik ciptaan Pencipta lelaki, wanita dan magnet. Begitulah juga lelaki dan wanita, tarikan antara keduanya tidak ubah seperti tarikan dua magnet. Maka memang berlaku kemungkinan, malah bukan setakat mungkin, realiti yang lepas sudah membuktikan bahawa berlaku persentuhan antara jasad lelaki dan wanita dalam cinta remaja, malah banyak situasi yang melebihinya hingga berlaku perihal yang tidak diminta. Bencana dan dosa zina.


Disebabkan cinta remaja itu mengandungi komponen haram, ie bersentuhan antara lelaki dan wanita, maka cinta remaja itu sendiri adalah haram. Itulah hakikat yang terpaksa diterima sebagai seorang Islam, sesuai dengan makna Muslim iaitu tunduk dan patuh pada Allah, seluruhnya dan sebulat-bulatnya secara total, tanpa bantahan.

Amar Makruf Dan Nahi Mungkar (Bahagian 4)



Tujuan Nahi Mungkar

Nahi Mungkar yang diwajibkan Allah SWT itu adalah bertujuan untuk melahirkan suatu ummah yang sebaik-baiknya selari dengan firman Allah Ta’ala :


Maksudnya :


“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh melakukan yang ma’ruf dan kamu melarang dari mengerjakan yang mungkar.”


Untuk melahirkan ummah yang mendapat rahmat Allah selari dengan firman Allah Ta’ala:


Maksudnya :


“Dan mukmin lelaki dan mukminah perempuan itu setengahnya pembantu kepada setengah yang lain, mereka menyuruh melakukan ma’ruf dan mereka melarang dari mengerjakan yang mungkar, dan mereka mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat serta mematuhi Allah dan RasulNya, merekalah yang akan mendapat rahmat Allah Ta’ala, sesungguhnya Allah itulah yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana.”

Untuk melahirkan ummah yang tersisih dari laknat Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagaimana Allah Ta’ala telah melaknat Bani Israel kerana mereka mengerjakan mungkar sebagaimana firman Allah:


Maksudnya:


“Terlaknatlah orang-orang kafir dari golongan Bani Israel melalui lisan Nabi Allah Daud dan Isa bin Maryam, itu adalah disebabkan oleh derhaka mereka (terhadap Allah Ta’ala) dan mereka melampau, mereka tidak mencegah kemungkaran dikalangan mereka, itulah seburuk-buruk amalan mereka.”

Untuk mengekalkan kestabilan ummah selari dengan Junjungan SallaLlahu’Alaihi Wassalam.


Maksudnya :


“Bandingan orang yang mencegah kemungkaran dan orang yang melakukannya, samalah dengan bandingan suatu kaum yang sama-sama mempunyai saham keatas sebuah kapal, bila diundi segolongan dari mereka mendapat bahagiannya disebelah atas sementara yang lain pula mendapat disebelah bawah. Mereka yang menerima nasibnya disebelah bawah itu, apabila berkehendakkan air terpaksa melalui mereka yang berada disebelah atas, maka mereka berkata: ‘Kalau kita pecahkan kapal ini dibahagian bawahnya tentu kita tidak menyusahkan mereka uang disebelah atas.’ Jika mereka yang disebelah atas membiarkan kemahuan orang-orang dibawah memecahkan kapal itu (dibahagian bawah nya) nescaya kesemua mereka akan hancur tenggelam tapi jikalau mereka mencegah nya, kesemua mereka terselamat.”


Daripada hadis diatas dapatlah kita menganggap bahawa pemecahan kapal itu sebagai suatu kemungkaran.


Jika ianya tidak dicegah, seluruh yang berada diatas kapal itu akan tenggelam dan mati. Tetapi bila mungkar tertegah, kesemua mereka terselamat. Itulah perbandingan yang tepat bagi sesuatu ummah yang menjalankan tuga nahi mungkar.

Jumaat, 21 Mac 2008

Cinta Remaja (Bahagian 4)

4. Suara Lunak Lemak Manja Wanita adalah Aurat

Surat al Ahzab ayat 32: "Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" . Yang dimaksud dengan tunduk di sini ialah bukanlah tunduk pandangan semasa berbicara, tetapi tunduk di sini bermakna melembutlunakmanjakan suara semasa wanita berbicara dengan lelaki sehingga boleh menimbulkan keberahian lelaki itu untuk bertindak tidak baik terhadap mereka. Contoh sikap demikian ialah bertutur secara lunak, lemah gemalai, manja, dan menggoda hawa nafsu lelaki. Yang dimaksud dengan dalam hati mereka ada penyakit ialah orang yang mempunyai niat berbuat serong dengan wanita, seperti melakukan zina atau pembukaan kepadanya.

Nah! Isteri-isteri Nabi yang merupakan para wanita yang paling mulia dan merupakan ibu kepada kaum mukminin itu pun diberi panduan, amaran dan peringatan agar tidak melunakkan suara apabila berbicara dengan lelaki. Para isteri Nabi yang suci pun diberikan peringatan keras, apatah lagi kaum mukminat(perempuan yang beriman) seluruhnya. Kaum lelaki dalam kuatnya secara jasadi sebenarnya lemah terhadap tarikan wanita. Ternyata pertuturan wanita yang lunak, manja, dan menggoda kepada lelaki yang bukan merupakan suaminya adalah maksiat yang jelas dan tentunya haram. Sedang dalam cinta remaja itu, lagak pergaulan, percakapan dan komunikasi antara kedua-dua orang dari pasangan remaja itu tidak banyak bezanya dengan lagak pergaulan seorang suami isteri yang semestinya berkasih-kasihan dan manja kepada pasangannya semasa perhubungan dan perbualannya. Mereka bertutur dengan kata-kata manja dan nada menggoda. Perlakuan sedemikian padahal tidak layak sama sekali bagi pasangan bukan suami isteri, bahkan haram. Demikian sebabnya, cinta remaja yang memang mengandung perlakuan tidak halal ini adalah terlarang, malah haram.





Tika Mata diuji manisnya senyuman
terpamit rasa menyubur harapan
dan seketika terlontar kedunia khayalan
hingga terlupa singkat perjalanan

Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
impian yang tersimpan
enggan ku keasyikan
gusar keindahannya merampas rasa cinta
pada dia yang lebih sempurna

Bukan mudah
bernafas dalam jiwa hamba
dan ku cuba menghindarkan pesona maya
kerna tak upaya ku hadapinya
andai murkaNya menghukum leka

Diatas nama cinta
pada yang selayaknya
ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan
setiap pengorbanan
agar disuluh cahaya redhaNya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasihNya
kerna sesungguhnya hakikat cinta
hanya dia yang Esa

saratkan hati ini dengan cinta hakiki
sehingga ku rasai
nikmatNya
SyurgaNya
CintaNya




Pelajar UKM dikasari, dibuang kolej, komputer riba dirampas

Pelajar UKM dikasari, dibuang kolej, komputer riba dirampas



KUALA LUMPUR, 20 Mac (Hrkh)
- Mahasiswa tahun dua kursus Sains Nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mohd Arif Misrol baru-baru ini telah dikenakan tindakan buang kolej tanpa melalui sebarang prosiding mahkamah universiti kononnya di atas tuduhan menyebarkan risalah.

"Mejar (B) Housaini daripada pihak keselamatan universiti datang dan memaksa Arif mengaku bahawa dia memiliki risalah itu. Keengganannya mengaku dan mendesak untuk mendapatkan semula dokumen pengenalan dirinya menyebabkan Arif dikasari.

"Beliau kemudiannya telah dibawa ke Unit Tindakan Khas, pejabat keselamatan UKM (Wisma Aman) untuk disoal siasat," demikian menurut satu sumber kepada Harakahdaily.

4 Mac lalu, Pengurus Kolej Pendeta Zaa'ba beserta dengan 3 orang staf dan 2 orang AJK Kebajikan Mahasiswa (Jaksa) Kolej mendatangi Arif di biliknya.

Menurut sumber, pihak-pihak berkenaan bertindak menggeledah biliknya dan merampas 'card holder' kepunyaannya yang mengandungi kad pengenalan, kad matrik dan dokumen pengenalan diri yang lain kerana disyaki memiliki dan mengedarkan risalah haram itu.

Ekoran peristiwa itu, kata sumber berkenaan, satu laporan polis terhadap insiden tumbuk telah dibuat di Balai Polis Kajang pada 5 Mac lalu.

17 Mac lalu, Arif menerima surat penamatan penginapan kolej yang mengarahkan beliau secara serta merta mengosongkan bilik dan memulangkan kunci bilik berkuatkuasa pada hari yang sama. Bagaimanapun, surat tersebut tidak menyatakan dengan jelas mengenai kesalahan Arif.

"Surat itu juga ditandatangani Pengurus kolej tersebut dan bukannya ditandatangani oleh Pengetua sebagaimana lazimnya," kata sumber.

Tambah sumber, Arif berasa kesal di atas tindakan dan hukuman ke atas dirinya yang dilakukan oleh pihak universiti dan kolej tanpa dinyatakan dengan jelas kesalahan beliau serta tidak diberikan hak untuk membela diri di mahkamah universiti.

"Hal ini serba sedikit mengganggu tumpuannya dalam pengajian, lebih-lebih lagi berita ini ditokoktambah dan disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab kononnya dia akan ditamatkan pengajian dan dibuang dari universiti.

"Arif sebagai Yang Di-Pertua Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST), berasa tindakan ini telah memburukkan imej dan reputasinya selaku pimpinan mahasiswa dan persatuan yang dipimpinnya," jelas sumber berkenaan.

Seorang pengamal undang-undang, Zulkhairi Abd Aziz berkata, berdasarkan peruntukan undang-undang, samada Akta Universiti dan Kolej Universiti atau Perlembagaan Persekutuan, ia memberikan hak kepada mana-mana mahasiswa untuk dibicarakan di mahkamah universiti dengan kehadiran Lembaga Disiplin dan Tatatertib.

"Ia juga memberikan hak kepada mahasiswa untuk membela diri dan mendapatkan akses pembelaan termasuklah mendapatkan khidmat peguam sebelum disabitkan ke atas mana-mana kesalahan. Penafian hak untuk dibicarakan kepada pelajar itu adalah perlanggaran kepada prinsip keadilan semulajadi (natural justice), di bawah undang-undang pentadbiran," katanya.

Sementara itu, Arif berkata, pihaknya memohon agar apa-apa tindakan yang mahu diambil hendaklah dilakukan selepas beliau dibicarakan di mahkamah universiti untuk memberi peluang kepadanya membela diri dan memastikan kes ini berjalan mengikut prosedur yang sepatutnya.

Selain itu, tambah sumber, komputer riba kepunyaan rakan sebiliknya, Ammar Khalis Mat Aris, pelajar tahun dua kursus Sains Laut juga dirampas semasa Arif dibawa ke Wisma Aman untuk disoal siasat.

"Rampasan ini berlaku ketika Amar tidak berada di bilik, tanpa sebarang alasan yang kukuh dan kuasa yang sah untuk mengambilnya. Ini secara tidak langsung menyulitkan Amar untuk menjalani pengajian di UKM. Suatu laporan polis di Balai Polis Kajang telah dibuat pada 6 Mac lalu berhubung insiden tersebut," katanya.



sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13398&Itemid=28