Halaman

Rabu, 22 Oktober 2008

Proses Kematangan

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah...kerana dengan izinNya dapat sekali lagi didalam blog ini. Walaupun dalam keadaaan laptop yang baru ditimpa kemalangan Ngeri, ianya masih lagi dapat berfungsi untuk membantu tuannya.

Semenjak kebelakangan ini, banyak perkara yang berlaku disekeliling ana dalam keadaan yang drastik. Mahu ataupun tidak, tempiasnya akan kena juga pada diri ana..

Kematangan adalah bergantung pada pengalaman hidup seseorang. Pengalamanlah yang banyak mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. Dari situ kita belajar mana yang baik dan mana yang buruk. Mana yang lurus dan mana yang bengkok.

Hobi adalah sesuatu yang kita suka buat pada bila-bila masa sahaja, tak kiralah waktu lapang ataupun senggang.Bila mana ana bercerita mengenai hobi ana pada sahabat-sahabat terdekat ana, mereka agak terkejut dan mengatakan hobi yang agak kurang sesuai. Ana akuinya, tapi itulah ana. Ana paling suka melihat telatah orang-orang dewasa yang sudah lama "makan garam" berbanding diri ana. dari situ ana dapat mengambil sedikit sebanyak pedoman dan iktibar untuk diri ana sendiri.

Mungkin juga setiap daripada kita walaupun tak banyak, sekali-sekala mesti akan terfikir apa akan jadi dengan diriku bila dah besar nanti. Matangkah diriku??. (^_^)
Memang benar, bukan senang nak jadi orang dewasa nih. Banyak rintangan dan cabaran yang perlu kita tempuhi untuk sampai ketahap sedemikian.

Daripada pembacaan juga dapat mejadikan diri kita menghadapi proses kematangan.
Tak kiralah membaca buku berkenaan Agama, Motivasi, Keluarga dan juga Novel.
Untuk melengkapkan proses pembacaan, ianya perlu direalisasikan dalam kehidupan seharian.
PERINGATAN: jgn realisasikan cinta-cinta remaja yang melalaikan!.
tetapi ianya lebih kepada ilmu-ilmu rumah tangga dan juga Keluarga.

p/s: byk buku yang boleh entaorang baca untuk kearah ini. Antaranya : "Cinta dirumah Hasan AlBanna" , "Aku Terima Nikahnya" , "Bunga kebahagiaan", "Men from mars ,Women from Venus" dan banyak lagi la.. (^_^). (Ana sebutkan buku2 ini kerana ana dah bacanya....)


Benarkah ada matang secara drastik??.

Kalau dulu, diri kita suka berseloro ataupun bergurau tak kena tempat. Kalau dulu kita memang tidak pernah serius dalam aktiviti seharian (dari bangun tidur sampai la masuk tidur semula), Kalau dulu kenakalan memang tidak dapat dibendung daripada dizahirkan terhadapa teman-teman. Kalau dulu, masih lagi boleh bermanja-manja dengan Ibu kerana masih merasakan dirinya kecil.

Tapi bila mana, dalam diri sudah merasai sifat "kedewasaan", semua itu harus dikurangkan walaupun tidak semuanya dapat dibuang. Selalunya lelaki adalah yang paling lambat dan susah untuk matang.

Jawapannya?. (empunye badan yang mengetahuinya....)

Jumaat, 17 Oktober 2008

Pilihan raya kampus: UMP, UMK, UTeM milik proaspirasi

PETALING JAYA: Keputusan bagi tiga buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mengadakan pilihan raya kampus mereka hari ini menunjukkan kumpulan proaspirasi menguasai gelanggang pertandingan dengan mudah tanpa persaingan.

Tiga IPTA berkenaan yang seratus peratus berpihak kepada pendokong matlamat universiti dan kerajaan tersebut ialah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Bagi UMP, Mohd ‘Afif Abd Aziz yang bertanding untuk kerusi umum memperoleh jumlah undian tertinggi iaitu sebanyak 3175 undi.

Empat lagi calon yang menang untuk kerusi umum ialah Mohamad Suffi Kamari (2963), Nik Aimie Farah Nik Azhan (2828), Nur Izzah Zakaria (2794) dan Noor Izyannisa’ Sarjuni (2663).

Pemilihan kali ini mempertandingkan lima kerusi umum dan sepuluh kerusi fakulti dengan jumlah keseluruhan 15 kerusi.

Setiap fakulti diperuntukan dua kerusi.

Dua pelajar yang dipilih untuk mewakili Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) ialah Muhammad ‘Izzat Saidon dengan memperoleh 704 undi dan Nur Hidayah Maslan dengan 588 undi.

Bagi Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Sazwan Sahar berjaya mengungguli empat calon lain dengan kutipan 588 undi diikuti rapat dengan perbezaan 14 undi iaitu Naeem Zulkifle, 574 undi.

Shahrul Afzam Mohamad yang mendapat 389 undi telah dipilih untuk mewakili Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP) bersama Norizan Syahnan yang memperoleh 254 undi.

Bagi Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (FKASA) serta Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), calon dari fakulti berkenaan diumumkan menang tanpa bertanding.

Mereka ialah Mihammad Adib Mahmud dan Annuar Abdullah bagi FKASA, manakala Wan Nor Hafizah Wan Abd Talib dan Lim Min Siang bagi FKEE.

Peratusan jumlah keluar mengundi adalah sebanyak 77.88 peratus daripada 4700 pelajar yang layak mengundi.

Keputusan itu diumumkan oleh Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Alumni, Prof. Dr. Abd Jalil Borham.

Sementara itu semua 22 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya kampus UTeM terus kekal milik wakil proaspirasi bagi penggal pengajian 2008/2009.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Zolkepli Buang kira-kira pukul 6 petang tadi.

Mantan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTeM, ketika dihubungi berkata beliau berpuas hati dengan proses pengundian kali ini lebih-lebih lagi dengan keputusan yang diperolehi.

“Syukur prosesnya berjalan lancar, semuanya teratur kerana hanya satu pihak yang bertanding.

“Tiada istilah ‘proaspirasi’ mahupun ‘promahasiswa’ di UTeM kerana semua pengundinya mendokong matlamat universiti dan kerajaan,” katanya.

Pemilihan kali ini menyaksikan tujuh kerusi umum dipertandingkan dan 15 kerusi fakulti menjadikan kesemuanya 22 kerusi.

Dalam pada itu bagi UMK kesemua sembilan kerusi yang dipertandingkan berpihak kepada proaspirasi.

Daripada jumlah itu, tiga merupakan kerusi umum dan enam kerusi fakulti.

Mantan YDP MPP UMK, Mohd Nazri Hanapiah Sudin ketika dihubungi berkata pilihan raya yang pertama itu mencatat rekod kemenangan seratus peratus calon penyokong universiti.

“Saingan tetap ada, tapi kami hanya bertanding sesama sendiri,” katanya.

UMK mula beroperasi pad atahun 2007.

Selain itu, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) turut berpihak kepada proaspirasi kerana kesemua calonnya menang tanpa bertanding.

Bagi Universiti Utara Malaysia (UUM) yang mengadakan pilihan raya kampus mereka semalam, turut diungguli oleh kumpulan proaspirasi walaupun difahamkan pencapaiannya tidak seratus peratus.-Mstar

Sumber

Pro M USM Kesal Penindasan Mahasiswi di UPM

Pulau Pinang, 16 Oktober - Pro Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (ProM USM) merakamkan ucapan takziah kepada beberapa aktivis Pro Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (ProM UPM) yang telah dikenakan notis 24 jam keluar dari kolej kediaman oleh Universiti di sana baru-baru ini.

USM berpendapat tindakan tersebut adalah sesuatu yang keterlaluan kerana waktu-waktu sebegini adalah ‘musim peperiksaan’.

USM mencadangkan kepada UPM untuk menyiapkan dokumentasi yang perlu dan segera diketengahkan kepada Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri; atau Unit Penjaminan Kualiti Universiti (QOMU) di sana sendiri.

Selain itu, USM juga mencadangkan UPM untuk menghantarkan dokumentasi lanjut kepada semua pihak - MP Parlimen, ahli-ahli politik, NGOs, Bar Council, SUHAKAM, media massa dan sebagainya untuk meraih sokongan keadilan dari pihak-pihak berwajib.

USM juga melahirkan rasa syukur kepada Tuhan dan terima kasih kepada pentadbiran Universiti kerana tidak melayan mana-mana pihak (mahasiswa) di sini sebagaimana di UPM walaupun di sini terdapat juga perbezaan ideologi politik dalam kalangan mahasiswa dan staff-staff Universiti- Pro Mahasiswa USM

Sumber


Ucapan Asal Pro Mahasiswa USM

2 pelajar cemerlang UPM dibuang kolej

kemaskini 8:19pm Dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM) dibuang daripada kolej kediaman kira-kira seminggu sebelum peperiksaan akhir semester bermula.

Pelajar wanita, kedua-duanya mencapai keputusan CGPA 3.5 mata, diarahkan meninggalkan Kolej Tun Perak mulai semalam, sehari selepas notis rasmi dikeluarkan.

Mereka menganggotai Kelab al-Biruni UPM, sebuah kumpulan rasmi pelajar cemerlang. Peperiksaan akhir mereka bermula Selasa depan.

UPM menyatakan, kedua-duanya berada di kolej itu "secara tidak sah" dan "tanpa pengetahuan pihak pengurusan kolej".

Mereka berdua, seorang daripadanya exco Persatuan Mahasiswa Islam UPM, diarahkan mengosongkan bilik kediaman mereka di Blok Lekir mulai 10 pagi.

"Jika saudari mengingkari arahan ini, saudari boleh boleh dikenakan tindakan tatatertib dan pihak kolej berhak menyita barang-barang di dalam bilik tersebut," surat pengetua kolej berkenaan Prof Madya Dr Jasni Sabri bertarikh 14 Oktober dipetik.

Malaysiakini belum berjaya mendapatkan reaksi pihak kolej dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti itu.

Difahamkan, kedua-duanya menetap di kolej itu sejak awal semester ini setelah pengurusan kolej meluluskan permohonan mereka.

Pada asalnya, nama mereka tidak tersenarai sebagai penghuni kolej itu semasa pendaftaran semester ini, awal Julai lalu, walaupun dimaklumkan mendapat tempat seminggu sebelumnya.

Hasil perbincangan dengan pentadbiran kolej, mereka akhirnya dibenarkan tinggal.

Namun, Jumaat minggu lepas, selepas menginap lebih tiga bulan di asrama berkenaan, pintu bilik mereka telah "disita" oleh pengurusan kolej tanpa sebarang notis rasmi.

Borang permohonan Mahasiswa Luar kampus (MLK) turut diselitkan bagi menyatakan mereka harus mencari kediaman di luar UPM.

Mereka bagaimanapun tidak mengisi borang itu kerana tidak berminat berbuat demikian.

Kedua-dua pelajar perempuan itu kini menumpang di sebuah rumah rakan di Seri Serdang.

Sewaktu memindahkan barang-barang mereka, seorang pegawai HEP didakwa memperlekehkan kedua-duanya dengan berkata "tidak guna bersembahyang jika tidak membayar yuran kolej."

Sejurus kemudian, selepas menyemak status pembayaran yuran kediaman mereka dengan Pejabat Bendahari, kedua-dua terkejut apabila didapati pembayaran telah dibuat pada 10 Julai lalu, sewaktu mereka mula menetap di kolej tersebut, tetapi dibatalkan keesokannya tanpa pengetahuan mereka.

Sumber-sumber memberitahu lagi, ketika kedua-duanya mengangkut keluar barang-barang milik mereka, beberapa anggota 'Geng Harimau Maut' dan kakitangan HEP berada di tempat kejadian.

'Geng Harimau Maut' gelaran bagi sekumpulan pelajar UPM yang didakwa sering membuat kacau di universiti itu menjelang dan semasa pilihanraya kampus.

Universiti itu dijangka mengadakan pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar awal tahun depan.

Lebih kurang lima anggota 'Geng Harimau Maut' didakwa hendak memberi tekanan kepada dua pelajar wanita tersebut.

Sumber

27 ditahan

" Seramai 27 orang termasuk pemimpin PAS ditangkap polis di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru kerana cuba menghalang tindakan merobohkan kawasan setinggan tersebut.Menurut setiausaha jawatankuasa bertindak penduduk, Taslim Nani, semua yang ditahan termasuk tiga wanita dibawa ke balai polis Johor Jaya.

Mereka ditangkap sewaktu mengadakan benteng manusia di jalan masuk ke kampung itu dengan memegang tangan antara satu sama lain.

Kira-kira 500 penduduk membantah usaha perobohan itu.

Taslim, yang kini masih ditahan, memberitahu Malaysiakini, ahli jawatankuasa badan perhubungan PAS Johor
Syed Othman Syed Abdullah turut dibawa ke balai polis berkenaan.

Menurutnya lagi, pengerusi jawatankuasa itu Jameon Abdullah pengsan sewaktu ditahan.

Sementara itu, Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Karim memberitahu, Jameon dikatakan dirempuh oleh anggota polis, sebelum rebah dan pengsan.

Katanya, beliau difahamkan, Jameon yang juga imam masjid di kampung tersebut, telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Hassan juga, ketika dihubungi semasa berada polis terbabit, turut mengesahkan jumlah yang ditahan ialah seramai 27 orang, termasuk tiga orang wanita.

Menurutnya lagi, kerja-kerja merobohkan rumah-rumah di situ dihentikan oleh pihak pemaju pada kira-kira jam 2.50 petang tadi.

Pemaju kawasan itu Bukit Lenang Sdn Bhd merobohkan perkampungan itu selepas mendapat perintah mahkamah

Hassan yang juga bertindak sebagai peguam kumpulan penduduk itu, rundingan sedang dibuat antara penduduk dengan pemaju tersebut dan 291 buah dijangka tidak akan dirobohkan.

Tambahnya, beberapa rumah yang dirobohkan, setakat ini, tidak berpenghuni.

Menuru seorang penduduk, kira-kira 100 anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan 200 lagi anggota polis termasuk yang berpakaian biasa hadir di kawasan itu yang sedang dirobohkan.

Kampung Baru Plentong Tengah, seluas 113 ekar, dipercayai mula dibangunkan antara 25 hingga 30 tahun lalu. Ia didiami lebih 2,000 orang, sebahagian besarnya Melayu, dengan 310 buah rumah.

Sementara itu, pada jam 12.55 tengahari tadi, tiga orang peguam sedang berusaha untuk mendapatkan kebenaran pihak polis untuk bertemu dengan mereka yang ditangkap itu.

Ketiga-tiga peguam tersebut ialah John Fernandez, Kuna Nadesan
dan Mathews George.

John memberitahu Malaysiakini bahawa mereka tidak dibenarkan masuk menemui kumpulan yang ditahan.

Katanya, mereka juga tidak dibenarkan menemui pegawai penyiasat bagi kes tersebut.

Sumber


Rabu, 15 Oktober 2008

SEMANGAT???




Bismillahirrahmanirrahim...

Pertama dan selamanya, marilah kita mengucapkan berbanyak-banyak pujian kehadrat Ilahi, kerana banyak sungguh nikmat yang kita perolehi. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. beserta ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi' dan tabi'in, serta tidak dilupakan juga pejuang-pejuang agama Allah diatas muka bumi ini.

Alhamdulillah, kita telah berjaya menempuhi latihan sebulan dibulan Ramadhan untuk mengaplikasikannya didalam baki 11 bulan yang ada , InsyaALLAH..... Dan jangan pula lupa untuk mendapatkan 6 hari berpuasa dibulan syawal kerana ganjaran pahalanya bagaikan setahun berpuasa.

Semangat?.

Apa yang dimaksudkan daripada perkataan "SEMANGAT"?. Ana tidak mahu menghurai panjang maksud perkataan SEMANGAT tu sebenarnya, tetapi hanya mahu untuk mengaitkannya dengan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI)Umumnya PMI Legenda Khasnya.

Diwaktu dan ketika ini, memang tidak boleh dinafikan lagi... peranan PMI sudah semakin menyerlah disetiap kampus dalam Malaysia. Tak kiralah IPTA mahupun IPTS. Cuma yang membezakannya adalah nama dan cara bergerak.

Persatuan Mahasiswa Islam ataupun PMI adalah berbeza dengan mana-mana persatuan yang lain, kerana PMI adalah satu-satunya persatuan yang akan menjaga Islam didalam sesuatu kampus itu. Satu tugas ataupun tanggungjawab yang besar yang mesti dipikul oleh semua pelajar Islam dikampus berkenaan dengan memberikan bantuan tak kiralah kewangan,tenaga dan juga idea pada PMI.

PMI pun terdiri daripada manusia juga, tiada bezanya dengan persatuan lain. Setiap daripada manusia memerlukan "pemangkin" untuk terus menerus bertahan didalam kehidupan yang penuh onak dan duri. Tak mustahil bilamana kita dengar berita berkenaan orang kuat dalam PMI "futur" buat seketika. Ini semua ada kaitannya dengan SEMANGAT yang kian luntur.

kenapa??.

wallahu'alam... (ana tidak mahu menjawabnya)

Ana sendiri akuinya, kadang-kadang diri kita akan kurang bersemangat untuk terus menerus dalam "jalan ini".Oleh sebab yang demikian,faktor "pemangkin" ada pada setiap orang. Bercakap pasal pemangkin ni, ana nak sebutkan satu contoh sahaja iaitu orang yang berada dihadapan sahabat-sabahat seperjuangan ataupun orang ramai untuk memberikan kata-kata semangat pada mereka. Kalau kita teliti dalam askar dan polis, mereka ada seorang ketua dihadapan yang akan memberikan kata-kata semangat atau perangsang sebelum turun kemedan.

Ianya bukan satu perkara yang mudah berdiri dihadapan orang ramai untuk berucap supaya orang-orang yang mendengarnya akan berkobar-kobar.

Ramai dikalangan sahabat-sahabat PMI ini sangat memerlukan "pemangkin" seperti ini. Bukan untuk selama-lamanya, tetapi hanya untuk seketika sahaja. Dimana ketika mereka baru untuk naik, terus mendaki kepuncak yang tertinggi... (InsyaALLAH)

Memang payah...tetapi tidak mustahil untuk meghasilkannya!.

Rumah Terbuka Mohamad

Bersama Sepupu Belah Ibu


Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian 'alam. selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. beserta ahli keluarga baginda.Para sahabat, para tabi' dan tabi'in, serta seluruh kaum muslimin dan muslimat yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Alhamdulillah... masih lagi diberi kesempatan untuk memperbaiki amalan dan juga iman yang makin hari makin gersang daripada cahaya Allah s.w.t.

Rumah terbuka memang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia khususnya orang melayu. Acara tahunan ini lazimnya akan berlangsung bila tibanya bulan syawal. Sanak saudara dan jiran tetangga dijemput untuk meramaikannya dan tak dilupakan juga teman-teman jauh yang sudah lama tidak bersua muka.

Pada ketika itulah juga, yang jauh dapat didekatkan. Yang rapat dapat disatukan. Tetamu dijamu dengan pelbagai juadah istimewa yang tidak terdapat dalam bulan lain ataupun majlis yang lain. Dan lazimnya juga, pada waktu inilah anak-anak sedara dapat mengenal bapa saudara dan mak saudara yang memang tidak pernah bersua malah kenal nama pun barangkali tidak.


Dikesempatan ini, ana ingin menjemput sesiapa yang mengenali diri ini untuk datang ziarah kerumah ana... InsyaALLAH...pada 19/10/08 (ahad).

wallahu'alam...

Isnin, 13 Oktober 2008

Pemuda PAS akan anjur himpunan raksasa bantah ISA

KUALA LUMPUR,13 Okt (Hrkh) - Satu himpunan raksasa akan dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS bagi membantah penggunaan Akta ISA pada 10 Januari 2009 jam tiga petang di Putrajaya.
Iklan

Menurut Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, PAS telah mengambil ketetapan untuk terus konsisten bahawa ISA mesti dihapuskan.

Malah katanya, akta zalim itu kini bukan sahaja ditentang oleh rakyat bahkan turut dibantah oleh rakan-rakan di dalam komponen BN iaitu MIC dan MCA.

Pemuda PAS akan mengadakan himpunan raksasa bertemakan Hapuskan ISA, yang akan menghimpunkan hampir 100,000 rakyat untuk terus memberi tekanan kepada kerajaan supaya akta itu dihapuskan.

ImageSalahuddin juga yakin berjaya mengumpul dan menggerakkan rakyat seramai ratusan ribu itu berdasarkan pengalaman dalam Himpunan Bersih pada tahun lepas yang dianggap memberi desakan hebat kepada kerajaan.

"Dalam masa tiga bulan mulai sekarang kita akan gunakan masa ini untuk memobilisasikan rakyat, walau siapapun akan menjadi PM dalam terdekat ini akta zalim akan dihapuskan demi maruah rakyat,"katanya dalam sidang media baru-baru ini.

Salahuddin turut memaklumkan pada November ini akan diadakan ceramah melancarkan himpunan raksasa itu.

Berhubung ketidakpuasan mahasiswa terhadap perjalanan pilihan raya kampus tidak lama lagi, Salahuddin akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Pengajian Tinggi pada 20 Oktober nanti.

Dalam pertemuan di Parlimen, Salahuddin akan menyerahkan memoradum menuntut satu pilihan raya kampus yang adil dan telus serta bersih.

Antaranya, kata beliau pilihan raya yang bebas daripada gangguan yang tidak bertamadun daripada pihak universiti termasuklah tidak menandatangani borang penamaan calon, dan rampasan komputer riba pelajar yang bukan pro aspirasi sebagaimana terjadi tahun sebelum ini.

Image"Pilihan raya kampus akan menentukan masa depan mahasiswa, jadi dunia kampus ini perlu bersih daripada elemen yang tidak bertamadun supaya dapat mewujudkan demokrasi yang tulen," katanya.

Bercakap soal peralihan kuasa pada Mac nanti, Salahuddin tidak berniat untuk campur tangan plan peralihan itu bagaimanapun beliau berharap situasi itu tidak akan menjejaskan negara.

Beliau juga melahirkan kebimbangan dalam kesibukan negara menghadapi peralihan kuasa masalah besar rakyat tidak diselesaikan dan dibiarkan berlalu begitu sahaja.

"Dalam kesibukan ini masa depan negara, kestabilan politik dan masalah isu besar rakyat seperti kenaikan harga barang di pasaran dibiarkan begitu sahaja, BN harus memberi tumpuan kepada rakyat walau apa pun yang berlaku dalam parti mereka" tambahnya.

Sumber

Teka-teki pilihanraya kampus

kemaskini 6:30pm Pilihanraya kampus masih menjadi rahsia walaupun tempoh perkhidmatan semua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sudah berakhir awal bulan ini.

Bagaimanapun universiti-universiti di sebelah pantai timur Semenanjung dan Universiti Utara Malaysia (UUM) akan membuat pengundian pada minggu ini.

Notis pemberitahuan tentang pilihanraya sesi 2008-2009 yang dijadual Khamis ini dikeluarkan di kampus-kampus berkenaan dua minggu lalu.

Pemilihan awal ini melibatkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).

Di UUM, pilihanraya kampus dijadualkan Rabu, lapor Bernama hari ini.

Universiti-universiti lain masih belum jelas kedudukannya buat masa ini.

Seorang aktivis mahasiswa memberitahu Malaysiakini hari ini, universiti-universiti utama di Lembah Kelang seperti Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Universiti Sains Malaysia (USM) dijangka diadakan Januari tahun depan.

Tarikh pilihanraya di institusi-institusi lain tidak dapat dipastikan, kata jurucakap Pro-Mahasiswa Nasional, Ahmad Shahir Abdul Aziz selepas pertemuan beberapa pemimpin pelajar dengan pegawai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Harun.

Tarikh tepat bagaimanapun tidak dimaklumkan.

Idris hari ini dilaporkan berkata setiap institusi pengajian tinggi awam dibenarkan menetapkan tarikh pilihanraya di kampus masing-masing.

Pertemuan di lobi Parlimen hari ini kira-kira setengah jam turut dihadiri Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) dan Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM).

Beberapa kumpulan mahasiswa Jumaat lepas menuntut Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan segera tarikh pilihanraya di kampus-kampus lain.

Sebanyak 13 kumpulan mahasiswa bersama penyokong diketuai SSM menuntut kementerian berbuat demikian “supaya amalan demokrasi dapat berjalan dengan baik” di peringkat kampus.

"Pilihanraya kampus kali ini tidak serentak.

"Kementerian Pengajian Tinggi sengaja merahsiakan tarikh pilihanraya keseluruhan kampus daripada pengetahuan mahasiswa,” kata pengerusinya Mohd Hafizuddin Abirerah.

Pada 2 Oktober lalu, Majlis Perwakilan Pelajar di kampus seluruh negara dibubarkan selepas tempoh perkhidmatan mereka tamat.

Sumber

Khamis, 9 Oktober 2008

Agong Dan Raja Permaisuri Tiba Di Cartagena

CARTAGENA (Sepanyol), 8 Okt (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah tiba di sini awal Rabu untuk melancar dan menamakan kapal selam kedua Malaysia jenis Scorpene.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut oleh Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abu Seman Yusop, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar.

Turut hadir ialah para pegawai dari Sepanyol dan wakil Navantia, syarikat pembuat kapal yang dipertanggungjawabkan membina Scorpene 2, milik Tentera Laut Diraja Malaysia.

Malaysia menempah dua kapal selam baru jenis Scorpene berharga RM3.4 bilion pada 2002 yang dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan rakan kongsinya dari Sepanyol, Navantia.

Majlis melancar dan menamakan kapal selam itu akan berlangsung pada Rabu di limbungan Navantia di bandar raya pelabuhan ini, yang terletak 450km dari ibu negara Sepanyol, Madrid.

Kapal selam pertama Malaysia jenis Scorpene dilancarkan di Cherbourg, Perancis, pada Oktober 2007.

BERNAMA

Perak mungkin 'rampas' tapak kem tahanan ISA

Kerajaan negeri Perak mungkin mengambil langkah perundangan tidak lama lagi untuk mengambil balik tapak Kem Tahanan (Kemta) di Kamunting yang menempatkan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin mungkin diminta mengambil balik tanah milik kerajaan negeri itu yang menempatkan Kemta tersebut dan sekaligus memaksa kerajaan pusat di Putrajaya memindahkannya ke tempat lain.nizar jamaluddin 100 days interview 180608 09

Ahli Exco kerajaan Perak, A Sivanesan berkata, beliau akan mengemukakan cadangan tersebut dalam mesyuarat exco supaya kerajaan negeri mengambil balik tapak yang menempatkan Kemta sejak kira-kira 40 tahun lalu.

Ia dijadikan tapak pusat tahanan tersebut sewaktu pentadbiran kerajaan BN, sebelum Akta Pengambilan Tanah dikuatkuasakan.

Perak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum Mac lalu. Selama ini, ketiga-tiga parti komponen Pakatan - PKR, PAS dan DAP - mengecam ISA yang memboleh seseorang itu ditahan tanpa bicara.


Sivanesan berkata, memandangkan Pakatan mengecam ISA, maka adalah munasabah jika kerajaan negeri mahu Kemta itu dikeluarkan dari negeri tersebut.

"Jika Barisan Nasional mahu menyimpan kem tesebut sebagai harta karunnya, maka pindahkanlah kem tesebut ke kawasan dalam bidang kuasanya di Johor atau Pahang, supaya Kemta jauh dari pandangan kami.

dap pc on puchong school 050506 a sivanesan"Saya pasti semua rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan, terutama pemimpin dan penyokong Pakatan di seluruh negara, pastinya menyokong cadangan tersebut," katanya.

Menurut Sivanesan, kerajaan negeri boleh, melalui undang-undang, mengambil balik tapak tersebut dan meruntuhkan Kemta, untuk membina rumah, hospital dan sekolah di situ.

Dengan itu, katanya, kerajaan negeri Perak dan Pakatan boleh membuktikan yang mereka tidak mahu ada kena mengena dengan penguatkuasan undang-undang tersebut.

Sumber

Selasa, 7 Oktober 2008

Mufti akui mangsa 'permainan politik'

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersara mengejut akibat "tidak selesa dengan permainan politik" oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya.

“Cara menguruskannya, macam main silap mata. Mereka tidak jujur,” katanya hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan lanjut bentuk permainan politik itu dan pihak yang terlibat.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, surat makluman tamat kontrak perkhidmatannya selama dua tahun bermula 2006 dihantar kepadanya baru-baru ini walaupun kontrak baru sehingga Oktober 2009 telah ditandatangani Jun lalu.

Tindakan itu, menurut sumber-sumber, "ada (niat) sesuatu".

mohd asri zainul abidin interview 231106 assuredDr Mohd Asri bagaimanapun menjelaskan tidak akan bertemu Menteri Besar Datuk Seri Md Isa Sabu untuk menyelesaikan permainan politik seperti didakwanya melibatkan pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya tidak akan berjumpa beliau (Md Isa) untuk meminta jawatan," katanya.

Ditanya sama ada keputusan melepaskan jawatan itu dibuat kerana terdapat tekanan akibat beberapa pandangannya yang tidak selari dengan pandangan ahli politik, beliau berkata:

"Beberapa pandangan saya kritikal. Saya tidak kisah. Ada orang tidak selesa. Saya tidak kisah berbeza pandangan dengan pentadbir, tidak kira Umno atau parti mana pun.”

Sepanjang dua tahun berkhidmat sebagai mufti, katanya, beliau telah "melakukan sesuatu".

"Daripada hari pertama (bertugas), ada orang terkejut dengan pandangan saya. Sepanjang tempoh itu, saya telah bertemu dengan pelbagai orang daripada pelbagai peringkat.

"Saya puas hati, saya telah melakukan sesuatu," katanya.

Mengulas "permainan politik" itu, Dr Mohd Asri berkata, istana sebagai institusi yang mengawal hal-ehwal Islam dan adat istiadat Melayu tidak mengetahuinya.

Oleh itu, tambahnya, beliau berhasrat menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bagi menyampaikan hajatnya dan memohon perkenan baginda.

Bekas ahli akademik Universiti Sains Malaysia (USM) akan kembali mengajar di kampus itu di Pulau Pinang mulai 1 November ini.

Katanya, beliau akan berlepas ke United Kingdom selama tujuh bulan mulai 1 Disember untuk menjalankan kajian berkaitan pengajian hadis dan politik.

Sebelum meninggalkan jawatan itu, tambahnya, beliau akan mencadangkan penggantinya seperti yang pernah diamalkan oleh khalifah Islam yang pertama, Abu Bakar as-Siddiq.

Diminta menjawab kenyataan bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyifatkan tindakannya itu sebagai tidak menghormati keputusannya yang menyambung perkhidmatan sehingga tahun depan, Dr Mohd Asri berkata:

"Saya baik dengan beliau. Mungkin beliau tidak gembira dengan keputusan saya ini.”

dr asri zainul abidin mufti perlis and putrajaya pantunMufti termuda di Malaysia itu memecah rekod institusi agama itu apabila bersuara lantang dalam beberapa isu penting dan kontroversi, termasuk penangkapan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bulan lepas, peralihan kuasa dalam Umno, mubahalah isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambutan Hari Pahlawan di Tugu Peringatan Negara dan pengharaman penyanyi Faizal Tahir.

Selain itu, beliau pernah hadir dalam forum yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Kelantan selepas pilihanraya umum 8 Mac lepas.

Anak kelahiran Bukit Mertajam itu, kelulusan doktor falsafah dalam pengajian hadis di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), dilantik sebagai mufti menggantikan Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin yang bersara wajib.

Sumber

Dr. MAZA Letak Jawatan Mufti Perlis

Selasa Oktober 7, 2008
Asri akui letak jawatan Mufti Perlis "tanda protes kerajaan negeri"

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN | mstar.com.my

PETALING JAYA: Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menjelaskan beliau mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Mufti Perlis sebagai tanda protes kepada kerajaan negeri.

"Saya berhenti sebagai tanda protes kepada kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Ditanya sama ada pengunduran tersebut disebabkan kekecewaan beliau terhadap kerajaan negeri, Asri berkata, beliau telah menegur dan menyampaikan apa yang perlu diperkatakannya.

"Terpulang kepada mereka untuk menerimanya atau tidak. Yang penting saya telah suarakan pandangan saya," katanya.

Dengan keputusan itu, menurut anak kelahiran Bukit Mertajam Pulau Pinang ini perkhidmatan beliau sebagai mufti akan tamat penghujung bulan ini dan akan kembali bertugas sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM).

Sepatutnya kontrak beliau hanya tamat tahun depan.

"Saya telah menghantar surat kepada USM dan akan kembali bertugas pada 1 November depan," katanya.

Sebelum ini, Asri pernah menjadi pensyarah Pengajian Islam di universiti tersebut.

Beliau pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1427 peringkat negeri Perlis ketika menjadi tenaga pengajar di universiti tersebut.

Asri dikenali sebagai tokoh agama yang berani dengan sikap lantangnya menegur beberapa isu termasuk penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), peralihan kuasa dalam Umno, mubahalah isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambutan Hari Pahlawan di Tugu Peringatan Negara dan pengharaman penyanyi kontroversi Faizal Tahir.

Ketika ditanya mengenai perancangan masa depannya selepas tidak lagi menjadi mufti, Asri berkata:

"Saya akan ke luar negara, Insya-Allah Disember depan. Mungkin Allah memberikan saya peluang yang lebih baik selepas ini, siapa tahu," katanya.

Menurut Asri, beliau secara lantang menegur sesuatu perkara membuktikan bahawa mufti perlu menyatakan kebenaran tanpa rasa takut dan bimbang kedudukannya terancam.

"Saya telah buktikan apa yang saya cakap bukan untuk meraih populariti dan punya kepentingan tertentu.

"Kenapa perlu takut dan bimbang kita akan kehilangan jawatan hanya kerana kita mengatakan sesuatu yang benar," katanya.

Tambahnya, beliau telah membuktikannya apabila telah menjadi mufti selama dua tahun tanpa dipecat kerana menegur sesuatu perkara.

Asri dilantik sebagai Mufti Perlis pada 1 November 2006 menggantikan Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin yang bersara wajib.

Ditanya adakah beliau tahu siapa calon yang akan menggantikannya, Asri berkata:

"Maaf saya tidak boleh beritahu siapa orangnya. Calonnya sudah ada.

"Saya akan bawa dia menemui Raja Perlis untuk mencadangkan. Terpulang kepada budi bicara baginda untuk membuat keputusan," katanya.

Ucapan Raya....




Bismillahirrahmanirrahim...

Pertama dan selamanya...marilah kita mengucapkan syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya, kita dapat merasai pelbagai kenikmatan atas muka bumi nih.

di kesempatan ini, ana ingin mengucapakn "salam Aidilfitri" kepada semua pembaca blog nih. Ana cuba untuk spesifikkan nama-nama berkenaan. tapi.... masa tidak mengizinkan.
(^_^). senang cerita... malas agaknya.... (hehe...maaf yer)

Maaf Zahir dan Batin


Ramadhan dah berlalu...syawal pula yang menjelma...

kepada yang tahu umah ana dimana, dialu-alukan untuk datang ziarah. seperti tahun-tahun yang sebelum nih...insyaALLAH...

Sekian sahaja,
Wassalam....

Isnin, 6 Oktober 2008

Tentera Britain akui sukar tewaskan Taliban




Cadangan perjanjian damai diusaha tamatkan pemberontakan

LONDON: Komander Kanan tentera Britain di Afghanistan semalam dipetik sebagai berkata kemenangan tentera asing di Afghanistan adalah mustahil malah perjuangan Taliban akan menjadi masalah jangka panjang di negara itu.

Akhbar The Sunday Times memetik Brigadier Mark Carleton-Smith sebagai berkata, mereka tidak akan menang dalam peperangan di negara itu.

"Kita cuma dapat mengurangkannya ke tahap pemberontakan yang boleh diurus dan bukan menjadi ancaman strategik serta mampu ditangani askar Afghanistan itu sendiri. Kita akan berundur dengan keadaan pemberontakan di pedalaman masih ada," katanya.

Beliau turut berkata, perjanjian damai di antara pihak berkuasa dan Taliban perlu diusahakan.

"Jika Taliban bersedia untuk duduk dan berbincang mengenai penyelesaian politik di negara itu, maka ia akan menjadi satu perkembangan yang akan menamatkan pemberontakan seperti ini," katanya.

Walaupun Britain dan sekutunya dari Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) mengadakan kempen menentang pejuang Taliban di Afghanistan, pegawai Britain sudah menyuarakan minat untuk cuba memujuk Taliban meletakkan senjata dan menyertai kerajaan sedia ada.

Kelmarin, Kerajaan Britain menafikan dakwaan United Kingdom berpendapat kempen ketenteraan di Afghanistan akan menuju kegagalan. Penafian itu dibuat selepas akhbar Perancis melaporkan Duta Britain ke Kabul berkata kehadiran tentera asing hanya menambahkan kesengsaraan terhadap negara itu.

Akhbar mingguan Perancis, Le Canard Enchaine yang disiarkan Rabu lalu berkata Duta Britain, Sherard Cowper-Coles memberitahu pegawai Perancis bahawa adalah lebih baik Afghanistan menjadi 'kerajaan berasaskan diktator yang diterima rakyat.

Beliau dilaporkan turut berkata, kehadiran tentera asing hanya menambahkan masalah kepada negara itu dengan meningkatkan faktor kejatuhan kerajaan di Kabul.

Cowper-Coles juga berkata, 'strategi America ditakdirkan untuk gagal' dan kehadiran tentera asing di Afghanistan adalah 'sebahagian daripada masalah dan bukannya penyelesaian'.

Sumber

Jumaat, 3 Oktober 2008

Banyak nak tulis!!!....

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikumwarahmatullah.... kepada semua pembaca setia, untuk beberapa ketika ini, ana dop boleh nak menulis untuk mengisi blog nih.

Hhmm... ambik angin kejap.... panas sungguh rasanya....