Halaman

Isnin, 30 Jun 2008

Masyarakat Bangladesh, Mulai Tinggalkan Bank-Bank Konvensional

Sejak berdirinya Islami Bank Bangladesh tahun 1983, industri perbankan berasas syariah Islam di Bangladesh berkembang pesat. Setelah itu, berdiri lima bank swasta berbasas syariah dan 20 cabang bank Islam dari bank-bank konvensional yang ada di Bangladesh.

"Masa depan industri perbankan berbasas syariah Islam sangat cerah, " kata Mominul Islam Patwary, ketua komite eksekutif Islami Bank Bangladesh Limited, salah satu bank dengan performa terbaik dalam bisnis dan profitnya, di antara 48 bank komersial yang beroperasi di Bangladesh.

Wakil Ketua Al-Arafah Islamic Bank, Bahauddin Muhammad Yousuf menambahkan, mayoritas warga Muslim Bangladesh yang religius menjadi faktor pesatnya perkembangan bank-bank berbasas syariah di negara yang berada di Asia Selatan itu.

Bank-bank berbasas syariah tidak menerapkan sistem bunga, yang dilarang dalam ajaran Islam. Selain itu, bank-bank berbasas syariah juga tidak boleh menerima dana atau membiayai bisnis-bisnis yang terkait dengan alkohol, perjudian, pornografi, tembakau, senjata dan daging babi.

Para bankir di Bangladesh meyakini, industri perbankan berbasas syariah akan lebih berkembang lagi jika pemerintah Bangladesh melaksanakan undang-undang sistem perbankan Islami.

"Sistem berbasas syariah yang bebas bunga akan menjadi sistem yang mendominasi sistem perbankan di Bangladesh, dan bank-bank konvensional akan menjadi minoriti di negara-negara Organisasi Konferensi Islam, termasuk Bangladesh, " kata M.Azizul Haque, seorang pakar perbankan Islami di Bangladesh dan ketua Dewan Syariah Dhaka.

Haque mengatakan, tingkat pertumbuhan bank-bank Islam di negara-negara OKI antara 15-20 persen, sedangkan tingkat pertumbuhan bank-bank konvensionalnya hanya 10-15 persen.

Tidak bisa dipungkiri, industri keuangan Islami kini menjadi sektor yang pertumbuhannya paling cepat. Sekarang saja, sudah ada sekitar 300 bank dan lembaga keuangan berbasis syariah di seluruh dunia. Salah satu faktor yang membuat orang lebih tertarik pada sistem syariah, kata Haque, karena sistem kapitalis terbukti tidak mampu memecahkan persoalan perekonomian global.

"Dunia sedang mencari tata perekonomian dunia baru. Dan yang akan menjadi tata perekonomian baru adalah sistem perekonomian yang Islami, " tukas Haque.

Sumber

Khamis, 19 Jun 2008

Menjadi kebiasaan

Bismillahirrahmanirrahim..

Pertama dan selamanya,

Alhamdulillah.... tuhan sekalian 'alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. beserta ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabi' dan tabi'in, serta seluruh kaum muslimin dan muslimat yang hidup ataupun yang telah meninggalkan dunia yang fana' ini.

Sekali lagi ana suka untuk mengucapkan alhamdulillah, kerana dengan izinNya dapatlah ana kesempatan untuk menitipkan sesuatu didalam blog ana ini.

Hari ini dan semenjak dua minggu kebelakangan ini, ana memang berada dalam "keadaan" yang agak tidak keruan. Mungkin disebabkan asakan dan terjahan perkara-perkara yang berada disekeliling ana sendiri. Yang pertamanya dari sudut study itu sendiri. Diikuti dengan persatuannya. Jemaahnya lagi dan juga komitmen dengan aktiviti luar. Dan yang paling penting sekali adalah (Hablum minannas) hubungan dengan manusia yang ingin sentiasa dijaga.

Kalau diikutkan nafsu, nak saja ana abaikan semua tu dan hanya fokus pada "Final Year" yang memang dah semakin hampir pada kemuncaknya.

Tetapi...

Bila memikirkan "kenapa" ana sebagai seorang manusia dicipta, segala yang menjadi bebanan didalam fikiran terus hilang tanpa dapat dicapai semula. Ana mengangap semua ini adalah satu tarbiyah pada diri ini untuk melahirkan "sesuatu" dari dalam yang boleh menyinari segenap ruang dengan Islam. Yang penting, ikhlas kerana Allah s.w.t.

Sebenarnya bukan itu yang ingin ana bawa pada penulisan kali ini, tetapi ianya adalah daripada salah satu cabang akhlak itu juga.
Iaitu "menjauhi perbuatan sangka buruk, mengumpat, menjejak keburukan orang lain"


"Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakkan dari prasangka buruk, sesungguhnya sebahagian dari prasangka buruk itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati, maka tentulah kamu merasa jijik dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang" (Al-Hujurat : 12)


Menjadi kebiasaan orang pada zaman sekarang ini, mengumpat tak kira masa dan tempat. Ada saja perkara yang ingin di umpatnya. Sampaikan perkataan umpat ini diubah menjadi "GOSIP". apa kejadahnya semua ini??!!. Dan kalau dilihat, GOSIP ini pula, kadang-kadang boleh menjadi satu "FITNAH"!!!. Dan tahukan kamu apa dosanya dan hukumannya pada orang yang menabur fitnah??!!.

Marilah sama-sama kita muhasabah diri. Jangan amalkan perakara yang telah menjadi suatu tabiat pada zaman sekarang ini. Benda ini nampak remah, padalah dengan lidah inilah juga kita boleh dihumbakan kedalam Neraka Allah s.w.t.


"Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka buat maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata" (Al-Ahzab : 58)


Bak kata pepatah orang melayu dahulu kala "kerana pulut, santan binasa dan kerana mulut, badan binasa" (eh...betul ke peribahasa nih...) . Dek kerana dosa lidah, habis satu badan menanggung derita.


"Wahai orang-orang yang hanya beriman pada lidahnya, tetapi iman itu tidak masuk kedalam hatinya, janganlah kamu mengumpat orang-orang muslim dan janganlah kamu mengejek keburukan mereka kerana sesiapa yang mengejek keburukan saudara muslimnya, Allah akan mendedahkan keburukannya sekali pun dalam rumahnya".
(Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi: Al-Hafiz al-Iraqi berkata : "Sanadnya Jayyid." )


Sudah jelas dan terang lagi bersuluh, tidak "gemar" atauapun "boleh" untuk kita mencari-cari kesalahan orang lain. Sekiranya "kesalahan" ataupun "keburukan" orang itu berlaku dihadapan mata kita sendiri(secara tidak sengaja,bukan mencari), maka itu tidak dikira kita mencari kesalahan orang itu. (aduss..... kenapa sungguh complicated).

Islam mengajurkan untuk kita bersangka baik sesama muslim. Indahnya akhlak seorang muslim itu bilamana dia melaksanakan apa yang Islam telah gariskan. Subhanallah...


*penulisan ini ditulis kerana terkilan dengan sifat yang ada dalam diri ana sendiri. Iaitu suka sangat untuk berfikir tentang perkara yang tidak elok pada sahabat-sahabat yang berada disekeliling ana. Teruknya!!!!.

Rabu, 18 Jun 2008

Rakyat mahu perubahan lebih dinamik - Gamis

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Hrkh) - "Kondisi kekuatan sesebuah gerakan mahasiswa yang berjaya ialah apabila berada dalam keadaan ditekan dan disekat.

"Namun, ujian sebenar bagi mereka ialah kekangan dari sudut kemewahan dan kesenangan,"jelas Presiden Gamis, Dzulkhairy Mohd Noor kepada Harakahdaily hari ini.

Sirah para sahabat Rasulullah saw, kata beliau, seperti zaman Bani Umayyah, Abbasiyyah dan Fatimiyyah telah membuktikan kenyataan tersebut.

Tambahnya, gerakan mahasiswa sebagai kuasa pendesak dalam masyarakat dilihat sebagai pengganggu oleh pemerintah suatu masa dulu sehingga termaktubnya Akta Universiti dan Kolej Universiti 1978(Auku).

"Hakikatnya, Auku bukanlah perkara terbesar yang menjadi matlamat gerakan mahasiswa Malaysia.

"Masih ada isu besar yang menjadi agenda lebih utama dan perhatian golongan tersebut dewasa ini,"jelas Dzulkhairy.

Walaupun,tegas beliau lagi, kemenangan Pakatan Rakyat menghantar lebih ramai ahli Parlimennya namun tidak semestinya melebarkan ruang untuk mahasiswa terus menjadi pencetus pembaharuan di dalam negara.

"Sebaliknya, kemenangan Pakatan Rakyat menjadi satu isyarat penting bahawa rakyat mahukan perubahan yang lebih dinamik berlaku di dalam negara kita," katanya lagi.

Parti Mahasiswa Negara (PMN) yang sebelum ini diharapkan dapat membawa satu pola perubahan besar dalam Malaysia dilihat seolah-olah diam membatu selepas pilihan raya baru-baru ini menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Gamis menyifatkan tindakan PMN itu sebagai langkah menyusun strategi yang lebih ampuh untuk menghadapi realiti cabaran.

"Saya mendapat maklumat bahawa ada ura-ura untuk wujudkan satu parti mewakili suara pelajar dan masih berada di peringkat perbincangan.

"Namun, saya menyeru semua mahasiswa untuk kembali memantapkan tarbiyah dalam usaha kita mewujudkan generasi tarbawi yang memiliki keupayaan dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, kemasyarakatan dan sebagainya," tambah beliau.

sumber

Kualiti IPTA negara menjunam akibat Umno

(Gambar Hiasan)

GEORGETOWN,17 Jun (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim menyatakan, mutu serta kualiti pengajian tinggi di Malaysia menurun disebabkan sikap pemimpin Umno yang tidak telus melantik golongan cerdik pandai untuk menerajui universiti-universiti di Malaysia.

Ini kerana tegas beliau, Umno hanya melantik golongan dari kalangan mereka sahaja bagi menerajui universiti di Malaysia dan ia jelas memperlihatkan amalan kroninesme dalam memilih pentadbir universiti.

"Perkara ini menyebabkan kualiti pengajian tinggi di Malaysia menjunam dengan teruk sekali sehingga tiada satu pun universiti di Malaysia yang tersenarai dalam ranking universiti terbaik dunia.

"Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia yang pernah tersenarai dalam 100 universiti terbaik dunia sekitar lapan tahun dahulu kini langsung terkeluar dari senarai universiti terbaik dunia,"jelasnya ketika menyampaikan ceramahnya dalam program "Pemimpin Bersama Rakyat" yang diadakan di Stadium Bandaraya Pulau Pinang baru-baru ini.

Tambahnya, ini disebabkan sikap pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) hanya memilih individu yang pro kepada mereka sahaja untuk menerajui universiti tersebut dan bukan berdasarkan kemampuan dan kebolehan individu.

Tegas Dato' Seri Anwar lagi, dasar Pakatan Rakyat apabila membentuk kerajaan persekutuan nanti adalah memastikan pentadbiran universiti di Malaysia ditadbir dengan telus dan baik.

"Dalam Pakatan Rakyat hanya mereka yang benar-benar mempunyai kelayakan dan berkemampuan akan dipilih menerajui dan mentadbir universiti di Malaysia tanpa adanya unsur kroninisme demi mengangkat mutu pengajian tinggi di Malaysia agar setanding di peringkat dunia,"katanya.

Program tersebut berjaya menghimpunkan ribuan rakyat Pulau Pinang dari pelbagai kaum. Mengikut rekod, program tersebut berjaya menghimpunkan jumlah pengunjung paling ramai dalam sejarah Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Selain Dato' Seri Anwar turut berpidato ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Sumber

Isnin, 16 Jun 2008

Muzium Syaitan di Jerusalem


Kabbalah yang merupakan induk segala ilmu sihir di dunia, sumber dari kitab iblis bernama Talmud, yang sekarang ini menjadi kitab suci kaum Zionis-Yahudi dan sangat dihormati oleh orang-orang Yahudi yang menjajah Tanah Palestin.

Awalnya, Kabbalah (Qibil) merupakan ‘ilmu’ atau ‘pengetahuan’ yang diturunkan secara lisan dan tidak ada kitab tentangnya. Namun oleh para penganutnya, ajaran iblis ini dibukukan. Ini terjadi di Aix en Provence, Perancis Selatan, di abad pertengahan.

Sekarang, Kabbalah menjadi 'trend' agama dalam kalangan artis-artis dunia terutamanya artis Hollywood. Madonna merupakan ikon dari Kabbalah Hollywood dan menjadi tokoh panutan banyak artis lainnya. Mereka berama-sama bergiat di Kabalah Center of Los Angeles. Nama-nama seperti David Beckham, Victoria Adam, Lindsay Lohan, Keira Knightley, David Radclive, dan sebagainya merupakan anggota Kabbalah Centre ini. Madonna sendiri tercatat seringkali mengunjungi Jerusalem dan melakukan ritual Kabbalis di sana.

Menurut laman The Jerusalem Post, penjajah Zionis-Israel akan membuka Muzium Kabalah di Jerusalem pada tanggal 25 Jun 2008. Dipilihnya kota suci Jerusalem karena diangap kota ini memiliki daya kesaktian yang luar biasa, antara lain kerana terletak di 33 darjah lintang utara dari garis meridian bumi. Kota-kota besar di dunia yang bersejarah juga terletak berdekatan dengan garis ini seperti Baghdad, Hiroshima, Los Angeles, dan Segitiga Bermuda.

Muzium Kabbalah ini secara ekslusif akan mempamerkan benda-benda dan kitab-kitab kuno Kabbalah, yang dipajang di empat ruangan besar. Muzium ini dibuka untuk umum dan diharapkan menjadi penyedut devisa yang besar bagi Israel selain kunjungan para pengunjung ke tembok ratapan, sinagog dan terowongan besar yang digali di bawah lantai kompleks Masjidil Aqsa, dan sebagainya. Ini dinyatakan oleh pimpinan projek, Rabbi Chaim Dalfin yang juga aktif di Sinagog New York, AS.

“Dengan hanya membayar tiket sebesar NIS 20 atau setara dengan US $5, Anda sudah dapat melihat-lihat koleksi Kabbalah kami, ” demikian Rabbi Dalfin.

Baphomet, patung sang dewa kambing yang merupakan penjelmaan dari Lucifer, yang terkenal dengan simbol kepala kambing mendez-nya merupakan salah satu sistem kepercayaan Kabbalah. Mungkin saja simbol iblis ini akan turut dipajang di sana.

Sumber

Khamis, 12 Jun 2008

DEAN LIST??... KERJAYA??... MASA DEPAN??...

Keinginan yang masih belum tercapai. Masih lagi dalam perjalanan yang jauh. Masih banyak lagi yang perlu dipelajari.

Dikala jam menunjukkan 00.01(12/6/08) , maka makin bertambahlah umurku. jadi orang tua dah!! (^_^)

"perkara yang paling menyedihkan ku adalah apabila bertambahnya umurku namun amalanku tidak bertambah" In Mas'ud ra

InsyaALLAH... akan memperbaiki akhlak ku (yg teruk ini!!) , menjaga hubungan dengan Allah s.w.t. dan juga hubungan dengan manusia (yg ku tak berapa pandai berkawan, maklum la... ku kan pemalu!!! ).

Kepada semua sahabat-sahabat yang pernah ana kenai ataupun yang mengenali diri ana, "maafkan segala kesalahan diriku ini". terima kasih juga untuk ucapan-ucapan itu, memang sungguh terharu bila ana membaca mesej antum semua.

~Membangun bersama Islam!!~

Ahad, 8 Jun 2008

Israel Hendak Serang Iran, Minyak Melonjak

NEW YORK 7 Jun – Harga minyak mentah dunia semalam mengalami kenaikan tertinggi dalam sehari sebanyak AS$10.75 (RM34.93) untuk mencatat rekod baru AS$138.54 setong (RM450.25) apabila Israel menyatakan kesediaannya untuk menyerang Iran.

Perkembangan ini dilihat bakal menyebabkan harga minyak mentah mampu mencapai paras AS$150-AS$200 setong dalam tempoh terdekat.

Sebelum ini, bank pelaburan terkemuka dunia Goldman Sachs meramalkan kemungkinan paras berkenaan dicapai dalam tempoh enam hingga 24 bulan akan datang.

Para penganalisis berkata, keadaan diburukkan lagi dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Israel, Shaul Mofaz yang dilaporkan akhbar Yediot Aharonot sebagai berkata, negara Yahudi itu akan menyerang Iran sekiranya republik Islam itu meneruskan program senjata nuklearnya.

Iran merupakan negara pengeluar minyak mentah keempat terbesar di dunia.

Sambil menyatakan serangan itu akan hanya boleh dibuat dengan sokongan AS, Mofaz berkata, pihaknya tidak melihat terdapat pilihan lain untuk menghentikan program itu kecuali dengan menyerang Iran.

“Pilihan-pilihan lain sudah tidak ada lagi. Sekatan tidak berkesan (untuk dikenakan ke atas Iran),’’ kata beliau yang juga Menteri Pengangkutan Israel.

Sumber

Obama Sokong Zionis, Musuhi Islam

BANDAR RAYA GAZA: Ucapan calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Demokrat, Barack Obama terhadap konflik Israel dan Palestin menerima kritikan daripada kedua-dua kumpulan yang berkuasa di Palestin, kelmarin.

Pergerakan Hamas yang memerintah Semenanjung Gaza menyelar ucapan kepada kumpulan pelobi Israel-AS di Washington itu sebagai mengesahkan yang AS memusuhi negara Arab dan penduduk Islam.

"Kami mendapati ucapan Obama itu sebagai bukti permusuhan pentadbiran AS terhadap negara Arab dan Muslim," kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri.

Dalam ucapannya pada persidangan tahunan Majlis Hal Ehwal Awam Amerika-Israel (Aipac) yang juga kumpulan pelobi berpengaruh Amerika, Obama menegaskan Baitulmaqdis juga perlu dikekalkan sebagai hak Israel.

Presiden Palestin, Mahmud Abbas (gambar) yang sebelum ini menggesa kawasan timur Baitulmaqdis yang diduduki Israel secara haram pada 1967 dijadikan ibu negara Palestin, turut mengkritik ucapan berkenaan.

"Kami menolak kata-kata itu, Baitulmaqdis adalah satu daripada perkara yang sedang dirunding; seluruh dunia tahu yang kami tidak akan menerima satu negara tanpa (timur) Baitulmaqdis (sebagai ibu negara). Ia sepatutnya jelas," katanya.

Obama dalam ucapan dasar luar pertama selepas disahkan menewaskan Hillary Clinton sebagai calon Demokrat bagi pemilihan Presiden baru, turut menegaskan tidak akan berkompromi bagi sebarang isu membabitkan keselamatan sekutu utama negaranya, Israel.

"Baitulmaqdis akan terus kekal ibu negara Israel dan tidak boleh dibahagikan," katanya yang disambut tepukan gemuruh.

Isu status Baitulmaqdis sememangnya menjadi isu getir rundingan damai Israel-Palestin kerana Palestin mahukan bandar itu menjadi ibu negaranya kelak.

Dalam ucapan pro-Israel dan di anggap asas pendirian dasar luar jika bergelar Presiden baru, Obama turut mengakui dirinya sebagai sahabat sejati Israel dan perhubu ngan Washington-Tel Aviv tidak mungkin terputus. � AFP

Sumber

Jumaat, 6 Jun 2008

Kem Motivasi Maahad Ahmadi Gemenceh 2008


Antara pelajar muslimat yang hadir

Tazkirah disampaikan oleh saudara RAHIM, pelajar UIAM tahun ke 3.

slot Koreksi diri

ANTARA FASILITATOR DAN AJK PELAKSANA
(aksi telah dipersetujui oleh semua)

Antara pelajar muslimin yang hadir


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.... selesai sudah kem motivasi di Maahad Ahmadi Gemenceh, Negeri 9. Berlangsung selama 3 hari, iaitu bermula pada 30mei dan berakhir pada 1 jun. Pelajar terdiri daripada PMR, SPM dan juga STAM. Semua sekali adalah dalam 200 orang pelajar.

Tenaga penggerak ditambah dengan barisan Fasilitator ada lebih kurang 31 orang kesemuanya.

Kem ini dianjurkan oleh ALUMNI Maahad Ahmadi Gemenceh.


-kepada pengarah program ni, ana lupa nama kem ni la. jadi ana just letak "kem motivasi". (maap ye )

Lashes LEGENDA lawat office baru In-Team






Bismillahirrahmanirrahim...

Pada akhir bulan 5 yang lepas, Lashes PMI LEGENDA telah menghantar wakil (mereka) ke Inteam rekod. Lawatan ini bersempena untuk menjemput Inteam ke Kolej Legenda untuk mengadakan konsert bersempena dengan MUKTAMAR SANAWI PMI LEGENDA.

Alhamdulillah....semasa kami sampai disana, Abang-abang Inteam agak sibuk dengan sesi fotografi bersama syarikat karangkraft. Untuk berurusan dengan Inteam, ana dan sahabat ana terus berjumpa dengan PR mereka. Diskuss punye diskuss, akhirnya mendapat feedback yang baik daripada PR inteam.

*tapi malangnya, pihak HEP tidak membenarkan PMI LEGENDA untuk membuat satu konsert. ini adalah kerana, pertama kali program seumpama ini akan diadakan dan kekhuatiran untuk tidak berjayanya konsert itu adalah tinggi.

(apa-apa pun, puas hati juga la.)

Harga Minyak Venezuela VS Malaysia





Benarkah dakwaan berikut? Jika benar apa tindakan semua? Cuba lihat analisis penganalisis berdasarkan maklumat yang didapati hasil pembacaan penganalisis mengenai harga minyak di Venezuela!

Rumor adalah seperti berikut, tetapi penganalisis telah membuktikan harga minyak di Venezuela seperti perkiraan di bawah. (Manakala harga minyak di negara lain akan disahkan kemudian kerana kesuntukan masa atau rakyat Malaysia boleh mencuba menyelidik sendiri)

UAE– RM1.19/liter
Eygpt– RM1.03/liter
Bahrain– RM0.87/liter
Qatar– RM0.68/liter
Kuwait– RM0.67/liter
Saudi Arabia– RM0.38/liter
Iran– RM0.35/liter
Nigeria– RM0.32/liter
Turkmenistan– RM0.25/liter
Venezuela– RM0.16/liter

MALAYSIA– RM2.70/liter

PDSVA (company macam Petronas) in Venezuela is an example that currently owns 24 refineries worldwide and sells petrol at N7 per litre. Due to the policies of Venezuelan oil company PDVSA, the Venezuela are able to enjoy $0.19 (atau RM 0.6197) per gallon or N6.12.

Jika 1 gallon (US, liquid) = 3.7854118 litre maka, harga seliter minyak di Venezuela akan jatuh pada harga RM 0.16370742 !!!!!!!!!!

KESIMPULAN MINYAK MALAYSIA (RM 2.70 per liter) TERSANGAT MAHAL BERBANDING MINYAK VENEZUELA (RM 0.16370742 atau RM 0.16 jika dibundarkan)!

Perbandingan statistik di atas adalah berdasarkan maklumat semasa pada hari ini!

Sumber