Halaman

Sabtu, 22 November 2008

Pemuda PAS Desak Kerajaan Perjelas Isu MoU Al Azhar

KUALA LUMPUR 21 November - Pemuda PAS menuntut Malaysia menjelaskan pihak sebenar yang membatalkan perjanjian persefahaman (MoU) antara Universiti al-Azhar dan institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Naib ketua dewan itu, Azman Shapawi Abdul Rani berkata pihaknya dimaklumkan oleh pengurusan universiti itu bahawa pembatalan MoU itu bukanlah atas kehendak universiti tersohor tetapi kerajaan Malaysia sendiri.

“Bila kita berjumpa pengurusan al-Azhar, al-Azhar kata bukan mereka yang batalkan, tetapi kehendak kerajaan Malaysia,” jelasnya kepada Malaysiakini selepas menyerahkan memorandum kepada perdana menteri di Putrajaya semalam.

Azman Shapawi menambah, Pemuda PAS bertemu dengan pihak Universiti al-Azhar di Kaherah awal bulan ini.

Beliau berkata, penjelasan universiti itu bertentangan sama sekali dengan kenyataan kerajaan sebelum itu.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ogos lalu yang mendakwa pembatalan MoU itu akibat pencapaian rendah pelajar Malaysia, terutamanya penguasaan bahasa Arab.

Pembatalan itu didakwa dibuat oleh majlis tertinggi al-Azhar yang dipengerusikan oleh al-Imam al-Akhbar sendiri.

Menurut sayap kanan PAS itu, dalam memorandum, pembatalan itu menimbulkan masalah kepada 5,000 pelajar di 18 kampus.

Pemuda PAS menyerahkan memorandum kepada pejabat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya agar perjanjian itu disambung kembali.

Memorandum empat muka surat itu, antaranya, mendesak Kedutaan Malaysia di Mesir memainkan peranan menyelesaikan perkara itu “dengan lebih amanah”.

Dalam memorandum itu juga, Pemuda PAS menggesa Universiti al-Azhar membantu meningkatkan kualiti kolej-kolej swasta yang bekerjasama dengannya, “bukan membuat pembatalan mengejut”.

Memorandum turut menyenaraikan beberapa “kesan negatif” akibat pembatalan perjanjian itu:

  • Menimbulkan masalah kepada institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dan penuntutnya.
  • Membantutkan usaha IPTS melahirkan modal insan seperti hasrat kerajaan.
  • Mengurangkan jumlah pelajar IPTS milik pengusaha Melayu-Islam dan menimbulkan risiko ditutup.
  • Membataskan pilihan mahasiswa Melayu-Islam mendapatkan pendidikan terbaik.

Ditanya tindakan selanjut PAS jika tuntutan itu tidak berhasil, Azman Shapawi berkata:

“Tengoklah Januari nanti apabila kemasukan baru dibuat. Kalau tidak berhasil juga, mungkin kita ramai-ramai pergi jumpa perdana menteri.”

Azman Shapawi diiringi setiausaha Pemuda PAS, Ahmad Sabki Yusuf dan ketua penerangan Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Amazan sewaktu memorandum itu diserahkan kepada setiausaha sulit kanan kepada perdana menteri, Datuk Ahmad Yaakob.

Pemuda PAS mendakwa tuntutan mereka disokong 25 pusat pengajian dan persatuan-persatuan mahasiswa itu di seluruh negara.-malaysiakini

JK Pernikahan Mulya dan wawa_83


Bergambar bersama Mulya(berbaju melayu kuning)


Alhamdulillah... selesai sudah Majlis pernikahan sahabat ana (Mulya). Student UIA tahun 3(klu tak salah) jurusan Ilmu Wahyu. Baru sahaja mengenali Yusof(nama sebenar) ketika JK Tautan UKhwah pada 1 dan 2 November lepas, di Rumah anak Yatim Darul Aminan Ampangan.

Semoga Kalian (Yusof dan wawa_83) berbahagia hingga keakhir hayat dan dirahmati Allah s.w.t. selamanya. aminn...

Khamis, 13 November 2008

Adun DAP baca ayat al-Quran ulas bajet

IPOH, 13 Nov (Hrkh) - Wakil Canning dari DAP yang juga merupakan Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak telah dua kali menyelitkan ayat al-Quran semasa membahaskan Bajet 2009 Negeri Perak sebentar tadi.

Wong Kar Woh mendapat perhatian daripada semua yang hadir bila beliau menyebut ayat ke-12 dari Surah Al-Hujurat.

Beliau menekan bahawa kita semua adalah adik beradik berdasarkan dari ayat tersebut.

Sekali lagi sebelum beliau menghabiskan ucapannya beliau membaca kalimah "Takmuru nabil maaruf watan hau anil mungkar" dari surah Ali Imran ayat 110

Sumber

JK TAutan Ukhwah 08

Fasilitator sedang menikmati Sarapan pagi




Acara sukaneka baru sahaja bermula



sempat berposing ketika acara sedang berlangsung



isi air dalam botol. cepat dik...cepat.... (^_^)




taklimat untuk acara yang ke 2. Dikendalikan oleh akhi mohamad



inilah dia peserta yang telah dibalut badan mereka dengan tisu gulung. yang tengah2 tu, adalah Fasi Muslimat (^_^)



sesi LDK terbahagi kepada beberapa kumpulan. kelihatan akhi muslimin23 sedang memberi pengisian pada adik-adik



Akhi Mulya memulakan aktiviti "Mess" untuk kesemua adik-adik



Khusyuk adik-adik mendengar pembentangan daripada akhi Mulya



Rumah Anak Yatim Darul Aminan, Ampangan Negeri 9.

Rabu, 5 November 2008

Tanam Jagung

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikumwarahmatullah....

Alhamdulillah....segala puji bagi Allah, tuhan sekalian 'alam. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. beserta ahli keluarga baginda, Para sahabat, para Tabi' dan tabi'in serta seluruh kaum muslimin dan muslimat yang hidup ataupun yang telah meniggal dunia.

Alhamdulillah sekali lagi.... akhirnya.... Laptop ana kembali sembuh dari cedera serius baru-baru ini dek kerana "accident" teruk.

hhmm.. lama sungguh ana tak update blog nih. InsyaALLAH... akan ana cuba untuk menulis sesuatu selepas ini. Banyak benda nak kongsi nih....cuma masa sahaja yang tidak mengizinkan. Sebab sekarang nih, ana baru sahaja dapat tawaran kerja dan akan start bekerja pada hari ini.

Lama jugak "tanam jagung" kat umah, akhirnya dapat juga kerja. Kerja yang ana baru dapat ni, luar dari bidang pengajian ana. Dari pengalaman orang yang telah mendahului ana "makan garam"dalam bidang pekerjaan nih, kalau dapat kerja apa pun, terima sahaja. Sementara menunggu pekerjaan yang betui-betui dalam bidang sendiri.

ok la, ana nak siap2 nih.... masuk kerja jam 9pagi (skrg dah jam 7.26pagi).

Wallahu'alam...