Halaman

Rabu, 18 Mac 2009

Kongres Bertindak Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (GAMIS) pada 9 Mei 2009

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) akan menganjurkan Kongres Bertindak Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara bertempat di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya pada hari Sabtu, 9 Mei 2009 ini. Program mega GAMIS ini dijangka akan disertai seluruh mahasiswa Islam, pakar-pakar pendidikan Islam, guru-guru sekolah agama dan NGO yang berkenaan. Menurut Pengarah Kongres, saudari Munawirah merangkap Timbalan Setiausaha Agong GAMIS, kongres ini meletakkan 3 objektif asas iaitu sebagai medan menyatukan golongan mahasiswa dan pendidik menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dalam negara, membetulkan pandang alam (world-view) rakyat dan pemerintah mengenai pendidikan Islam yang sebenar, serta forum mendesak policy-makers negara membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara.
Sebelum Kedatangan British (sebelum 1824),umumnya pendidikan tidak menekankan soal formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian. Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah-sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut. Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit kerana pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh diperolehi daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramai tokoh agama yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yang amat tinggi.

As – Sam’an (1977) menegaskan bahawa sebagaimana tingginya kebergantungan manusia terhadap harta benda dan kekuatan, maka sebegitulah jua perlunya manusia kepada pendidikan. As – Shalaby (1978) pula menyatakan bahawa Al-Quran telah dijadikan suatu mata pelajaran dalam semua bidang pengajian semenjak zaman Rasulullah. Al –Buti pula mengatakan segala ilmu yang tidak didasari oleh Al- Quran akan menyebabkan si penuntut ilmu masih lagi teraba-raba dalam lembah kejahilan dan kebodohan. Pendidikan dalam Bahasa Arab mendokong maksud yang berkait rapat dengan perkataan Tarbiyyah yang memanifestasikan makna tumbuh, bertambah dan berkembang. Tarbiyyah di sini membawa maksud proses mendidik manusia ke arah kehidupan yang lebih sempurna.

Menyoroti serta menganalisa perkara ini, seiringan dengan polemik kebejatan sosial semasa, dapatlah disimpulkan bahawa sistem pendidikan negara sedang mengalami krisis dalam proses perlaksanaan itu sendiri. Bermula dengan kes buli seterusnya kepada budaya gengsterisme, mat rempit, ajaran sesat, pergaulan bebas dan lain-lain adalah cerminan kepada ketempangan sistem pendidikan kini terutama matapelajaran pendidikan Islam itu sendiri, dilihat semakin kehilangan fungsi dalam mendidik.

Bertitik tolak kepada perkara ini, maka Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) merasakan adalah satu keperluan yang amat penting untuk mewujudkan satu gelombang kesedaran di tengah-tengah masyarakat akan isu yang berlaku. Justifikasi, GAMIS mengambil amanah ini dengan memulakan langkah untuk menganjurkan Kongres Bertindak Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara.

Harapan GAMIS, agar kongres ini menjadi titik pemula ke arah kebangkitan kesedaran yang lebih serius di pihak pemerintah, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi khususnya serta masyarakat amnya mengenai pengajian Pendidikan Islam yang wajar di angkat martabat, bukan lagi sebagai kelas kedua dalam menjadi enjin pemulihan kebobrokan akhlak generasi muda.


Sumber

PRK P59 : GAMIS Akan Berkampung di Bukit Gantang

Hampir 200 orang aktivis GAMIS telah bertekad untuk berkampung bersama rakyat sepanjang pilihanraya kecil Bukit Gantang mulai 27 hingga 29 Mac ini demi memastikan rakyat membuat pilihan yang tepat kepada calon yang mempunyai kejelasan visi perjuangan untuk menyelamatkan negara dari segala krisis ekonomi dan konflik politik 'gila kuasa' yang makin memangsakan rakyat. Sebuah pentas pidato mahasiswa akan diadakan pada 28 Mac tersebut. GAMIS berhasrat menjadikan pentas perdana tersebut medan mempertemukan kedua-dua belah calon atas satu pentas bagi memberikan ruang kepada rakyat mengadili manifesto pihak mana yang lebih realistik kepada rakyat.

Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang 2009 merupakan pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 7 April 2009 di Parlimen Bukit Gantang, Perak. Kerusi Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum, daripada PAS. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan 29 Mac 2009 merupakan hari penamaan calon manakala tarikh pilihan raya adalah 7 April 2009.[1] Pilihanraya ini akan diadakan serentak dengan Pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Pilihan raya kecil Batang Ai.


Sumber

First time menulis TAG

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda melilih nama itu?
Nama Blog ana "Akan Ku Tempuh Jalan Ini" . Ana memilih nama ini kerana, ada suatu peristiwa yang agak mendalam maksudnya pada diri ana.... lantaran daripada peristiwa itu, ana mendapat idea untuk meletakkan nama yang sekarang nih.

2)Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
Link blog ana sekarang "http://www.mohamadirsyad.blogspot.com" . Untuk link nih, xde sebab yang utama. "Mohamad" adalah panggilan yang sinonim dengan ana didalam portal Ukhwah.com . Jadi ana menggunakannya kerana senang untuk mengigatinya. Berkenaan dengan Irsyad tuh, ana minat dengan lagu "taubat seorang hamba".

3)Apakah method penulisan dalam blog anda?
Pada permulaannya, ia lebih kepada perkongsian ilmu dan cerita mengenai pengalaman ana. Lama kelamaan, ana menjadikannya sebagai medium untuk sesiapa sahaja ingin mendapatkan isu semasa dan juga sekadar perkongsian ilmu.

4)Pernah terasa nak hapuskan blog anda?
Setakat nih, pernah juga sekali dua. Kerana ana nampak blog ana lebih kepada hal peribadi. Jadi ana anggapnya sebagai buang masa pengunjung sahaja. Jadi.... ana cuba manfaatkan blog ana dengan bahan ilmiah untuk pembacaan bersama.

5)Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang TAG anda ini?
Hhmm... mempunyai keistimewaan tersendiri... kerana bagi ana, setiap orang mempunyai kepakaran dan bidang masing-masing.

6)Senaraikan 5 orang yang akan anda TAG
a) Azym b)Rasyid Rohim c) Oceed d)Azizul e)iqin


----------------------------------------------------------------------------------------------------
Mungkin ada sebab kenapa ana menjawab TAG pada kali ini. Salah satu sebabnya mungkin kerana ana dapat mengetahui sejarah dia berblog. Dengan mengetahui makna disebalik blognya.

Isnin, 9 Mac 2009

Bedah Siasat 2

Kumpulan Sasaran : Tingkatan 2 

Tempat : Sekitar Wangsa Maju dan Wangsa Melawati, Kuala Lumpur 

Akhirnya perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan usaha sama semua pihak. Dari pengarah hingga ke barisan Fasilitatornya. Seramai 210 peserta mengambil bahagian dalam program pada kali ini. Rata-rata adalah dari kalangan keluarga yang berada.


Program dimulakan dengan “first step” daripada ketua Fasilitator untuk mengawal keadaan yang mana disaat itu sibuk dengan mendaftarkan peserta ditambah pula dengan berkumpulnya peserta dengan orang yang mereka kenali. Method yang digunakan mesti bersesuaian dengan umur para peserta agar mendapat tindak balas yang positif. Tindakan pantas Ketua Fasilitator untuk mengawal keadaan amatlah perlu untuk melihatkan “permulaan” program kepada para peserta ataupun ibubapa yang masih tidak beredar.setelah menghantar anak-anak mereka.


Kebanyakkan peserta berasal daripada keluarga yang Elit, dimana IbuBapa tidak banyak meluagkan masa bersama anak-anak mereka. Ada beberapa peserta yang telah “dicop” oleh guru-guru mereka sebagai “yang suka” melawan. Jadi, untuk itu method yang sesuai perlulah digunakan untuk menjadikan mereka dapat menerima para Fasilitator yang ternyata asing bagi mereka. Apa yang pasti, keadaan mereka yang sekarang nih adalah disebabkan oleh manja dan jarang ditegur oleh ibubapa mereka.


Kepelbagaian MESS dapat menarik minat peserta untuk menumpukan perhatian. Ternyata para peserta lebih menggemari suasana yang ceria dan aggressive berbanding kuliah yang terlalu straight. Tambahan pula, lagu tema yang dipilih menarik dan dapat menghilangkan rasa bosan para peserta seterusnya mereka lebih bersedia untuk cuba menumpukan pada pengisian seterusnya.


Apa yang penulis dapat sewaktu menilai semula apa yang berlaku adalah, para peserta inginkan penghargaan atas apa yang mereka lakukan. Dengan itu, mereka akan lebih teruja untuk melakukannya lagi. Dan kebanyakkan peserta yang penulis temui, memerlukan seseorang untuk mendegar luahan rasa ataupun berkongsi cerita dengannya.


Mungkin banyak lagi yang perlu diambil perhatian dan dikaji berkenaan pelajar-pelajat yang menghadiri program ini…


Penulis minta tunjuk ajar daripada pembaca. Diharap penulis mendapat komen yang bernas untuk lebih memperbaiki apa yang kurang…. Supaya bersama-sama dapat mendidik dan membentuk semula generasi pelapis. Lahirkan semula pejuang-pejuang agama Islam!.... insyaALLAH….


Wallahu’alam….

Ahad, 8 Mac 2009

Bedah siasat 1

Kumpulan sasaran : Darjah 1 – Darjah 6

Tempat : Sekitar kawasan Batu dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Kehadiran lebih kurang 70 orang yang kesemuanya rata-rata adalah dari keluarga yang berada. Pada peringkat permulaan, peserta agak susah untuk dikawal. Mungkin kerana tidak biasa dengan kehidupan tanpa ibubapa disisi mereka.


Alhamdulillah bila mana selesai sesi suai kenal antara peserta dengan Fasilitator mendapat sambutan baik. Mungkin kerena method yang digunakan oleh Fasilitator kena dengan umur mereka. Ditambah pula, para peserta mempunyai “rekod bersih” semasa disekolah mengikut apa yang difahamkan pada Fasilitator.


Atas kapasiti mereka yang masih lagi dalam peringkat “kecil” maka tidak mustahil perkara yang paling mereka minati adalah permainan. Untuk itu, slot MESS banyak digunakan untuk mengembalikan perhatian para peserta daripada lamunan mereka. MESS yang digunakan juga tidak lari dari motif program ataupun pengisian yang sepatutnya mereka dapat.


Setiap peluang yang ada mestilah digunakan sebaiknya oleh Fasilitator untuk lebih dekat dengan peserta. Contohnya ketika makan ataupun ketika sesi riadah. Tak kiralah dekat dari segi perbualan ataupun hanya dengan sentuhan.


Mereka pada umur sebegini memang amat rapat dengan ibubapa. Untuk itu Fasilitator mengambil peluang “Muhasabah” dengan menggunakan pendekatan “pengaruh ibubapa”. Menceritakan susah payah ibubapa mencari sesuap nasi untuk keluarga. Marah ibubapa bukan kerana tak suka pada peserta tetapi adalah tanda mereka prihatin ataupun ambil berat berkenaan perkembagan peserta. Ibubapa tidak pernah menuntut pulangan wang ringgit daripada peserta tetapi hanyalah sebuah kasih sayang apabila para peserta besar kelak.


Untuk mengawal peserta dari berbuat bising tak kira dikala pengisian sedang berjalan ataupun ketika waktu “senggang” adalah agak sukar. Jika sekadar ingin menjerit “DIAM SEMUA!!!” , memang senang tapi kesan pada peserta juga perlu difikirkan. Mungkin persepsi mereka terhadap Fasilitator turut akan berubah dek kerana “tengkingan” yang diterimanya. Mungkin pendekatan yang boleh digunakan adalah dengan memberi arahan yang berlawanan dari maksud yang ingin kita lihat. Sebagai contoh “ha..bising la lagi….bising…bising cepat”.


Banyak lagi perkara yang perlu dilihat daripada program yang dijalankan. Bagi mendapatkan suatu method yang betul-betul dapat memberi kesan kepada peserta bilamana menyertai program yang diadakan.

*minta pendapat daripada pembaca sekalian...

Rabu, 4 Mac 2009

BN guna '3R' sebagai talian hayat

MELAKA, 4 Mac (Hrkh) - Pengerusi KeADILan Melaka, Khalid Jaafar berkata BN menggunakan '3R' iaitu sentimen Race, Religion, Royal (Bangsa, Agama dan Sultan) untuk mengekalkan kuasanya.

"Hanya dengan 3R ini sahajalah talian hayat yang BN ada kerana isu-isu lain sudah tidak laku dan tidak mampu untuk mempengaruhi rakyat. Dengan sentimen bangsa (race) BN meniupkan api perkauman di kalangan bangsa Melayu agar mereka kembali menyokong BN khasnya Umno.
"Sebab itu kita lihat Umno menggunakan isu DAP anti melayu, seperti isu Pengerusi DAP Johor yang dikatakan menyamakan dasar bumiputera dengan dasar apartheid lalu Umno membesar-besarkan isu ini untuk menagih simpati orang Melayu," kata Khalid.

Mengenai sentimen agama (religion) pula katanya, jelas sekali BN sering memainkan isu negara Islam yang bertujuan menjauhkan bukan Melayu dari PAS dan Pakatan Rakyat.

"Isu ini sering dimainkan pada setiap kali Pilihan Raya dan begitu juga dalam kes azan di Selangor di mana BN menuduh Teresa Kok terlibat dalam isu ini.

"Selain itu BN sehari dua cuba membangkitkan isu derhaka kepada Raja-Raja Melayu untuk memburuk-burukkan imej Pakatan Rakyat di mata rakyat. Pakatan Rakyat khasnya di Perak dituduh sebagai penderhaka kerana didakwa tidak mahu tunduk kepada keputusan Sultan melantik Menteri Besar (MB) dari kalangan BN," tambahnya.

Malah menurut Khalid, BN yang sebenarnya derhaka kepada Raja-Raja Melayu kerana merekalah yang meminda perlembagaan mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu pada tahun 90-an dulu.

"BN sebenarnya dalam kelemasan sekarang kerana rakyat mula sedar kegagalan dan kelemahan BN setelah memerintah negara selama 50 tahun, ekonomi makin parah, rasuah membarah, harga barang melambung, politik kacau bilau dan ketelusan serta keadilan tiada lagi," ujar Khalid.

Sumber

Ahad, 1 Mac 2009

Ustaz Wan Jamil Mahmood meninggal dunia

KOTA BHARU, 28 Feb (Hrkh) - Yang Dipertua PAS Tumpat, Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood, 63 meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian kira-kira jam 1 pagi tadi.

Beliau dirawat di hospital berkenaan sejak lebih sebulan lalu akibat jangkitan kuman di bahagian buah pinggang. 


Sebelum ini Allahyarham yang juga mantan anggota Parlimen Tumpat sudah beberapa kali dirawat di hospital tersebut sejak tahun lalu. 

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Arniwati Sabirin merupakan anggota jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kelantan. 

Selain itu beliau juga merupakan penyelia Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubur dan Ketua Whip Majlis Daerah Tumpat serta bekas Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri. 

Mendapat pendidikan peringkat sarjana muda di universiti di Indonesia. Isterinya juga berasal dari Bukit Tinggi. 

Setiausaha PAS Tumpat, Jamaluddin Ishak berkata, kematiannya merupakan kehilangan besar bagi PAS Tumpat dan Kelantan memandangkan Allahyarham merupakan seorang tokoh politik yang disegani kawan dan lawan. 

"Malah kepimpinannya begitu menonjol ketika menjadi anggota parlimen Tumpat kerana aktif mengambil bahagian bagi menyuarakan masalah rakyat," katanya. 

Jenazahnya akan disembahyang kira-kira jam 11 pagi ini di Masjid Pasir Pekan tidak jauh dari rumahnya. Ia dijangka diimamkan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Dan jenazahnya akan disemadikan di tanah perkuburan kampung tersebut. Alfatihah.

Sumber