Halaman

Jumaat, 28 Ogos 2009

Ustaz Ismail Kamus sihat, kini di Makkah



KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Berita kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Ustaz Dato' Ismail Kamus yang kini merupakan pendakwah bebas yang tersebar melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) hanyalah khabar angin semata-semata.

Menurut ahli keluarganya, Ismail Kamus kini sedang mengerjakan umrah di Makkah dan berada dalam keadaan sihat walafiat sekaligus menafikan berita itu.

Semalam tersebar SMS yang melaporkan bahawa beliau telah menghembuskan nafas terakhir petang semalam akibat serangan sakit jantung.

Malah SMS tersebut turut mengajak umat Islam menyedekahkan surah al-fatihah supaya roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Sebaliknya berita yang sebenar ialah kematian tokoh ekonomi terkenal iaitu Prof Dato' Dr Ismail Salleh di Singapura petang semalam.

Ismail Kamus merupakan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam yang terletak di Gombak Setia.

Sumber

HAMAS dan Negara Islam

Hamas, sekali lagi menyangkal berdirinya negara Islam Palestin yang sudah dideklarasikan Abdel Latif Moussa di Farah. Tak ada negara Islam dan raja atau pangerannya. Dan Hamas sama sekali tak berdiri di belakang Moussa untuk hal ini. Menurut Hamas, jika saja itu terjadi maka Palestin akan berubah menjadi negara sekular. “Tak ada bezanya dengan Turki-Recep Tayyip Erdogan.” begitu ujarnya.

Dan itu sama sekali bukan sesuatu yang mudah buat Hamas. Melihat “sang pangeran” berdiri menentang dan menampilkan imej di masjid dan jalanan yang lain tentang Palestin, dan menentang statusnya. Masjid dan jalanan selalu menggambarkan perjuangan Hamas di Jalur Gaza, kerana di dua tempat itulah Hamas dibesarkan. Dan sekarang, keduanya telah diambil alih oleh mereka.

Kedatangan Moussa di Palestin mengingatkan kita semua pada sejarah lama. Cara dan jalan yang sama kembali terbangun: bahawa menentang sebuah kekuatan baru yang moderat, mengabaikan kestabilan wilayah, dan meniadakan dialog, adalah opini yang akan membangun terhadap siapapun penentangnya adalah ekstremis sesungguhnya. Dan sangatlah jelas jika Hamas diposisikan dalam stigma tersebut.

Padahal, kenyataannya, Hamas menolak perbincangan apapun tentang kewujudankelompok ini di Jalur Gaza. Hamas menyatakan bahawa Hamas adalah Hamas yang tengah berjuang menentang penjajahan di negerinya, dan kelompok Jihad Salafi atau siapapun itu bahkan Al Qaidah adalah mereka yang tak pernah ada di Palestin dan merecoki perjuangannya. Perjuangan Gaza adalah murni dari tetesan dan tumpah darah rakyat Palestin.

Dengan semakin menggelembungnya kekuatan-kekuatan baru yang menimpali kekuatan lama yang memang berbeza orientasi perjuangannya dengan Hamas, sekali lagi, Hamas berada dalam fenomena yang mengkhuatirkan, kerana semua itu menjadi erosi bagi semua perjuangan Gaza. Apalagi rekonsialisasi Fatah berjalan mulus—dengan kali ini melibatkan seorang Arab Yahudi dalam keanggotaannya. Hamas berdiri di atas tanah Gaza tapi kehilangan semua kekuatannya di depan musuh abadi mereka, kerana bergerak pun—menentang rencana pembentukan dua Negara—diertikan sebagai ajakan perang kepada dunia.

Saat ini, mereka yang membela Hamas boleh dihitung dengan jari satu tangan. Artinya ada banyak harga mahal sehubungan isolasi, rekrontruksi dan dialog dengan musuh. Tak ada Negara Arab Timur Tengah yang benar-benar melibatkan diri secara bersungguh-sungguh dalam isu Palestin. Tak ada lagi kartu AS yang boleh dipakai oleh Hamas.

Pertanyaan besarnya adalah: Apa lagi yang akan dilakukan Hamas di Gaza? Masihkah terus melakukan perjuangan atau mulai kompromi? Sementara Mahmoud Abbas—pemimpin Fatah yang kembali terpilih—tengah tersenyum membuka jubah kebesarannya menanti mana yang akan masuk kantong berikutnya, sambil menghitung dan menghitung umur dan kesabaran Hamas.

Tapi, Hamas bukan sebuah gerakan 'petang semalam', yang mudah ditekuk oleh musuh-musuhnya. Bagaimana pun Hamas telah berperang dengan Israel, dan dapat menyelamatkan gerakannya. Sementara kekuatan lainnya, sekarang hanya menjadi pengekor Israel. Hamas masih menjadi harapan masa depan rakyat Palestin, yang menginginkan kemerdekaan, dan bukan Mahmud Abbas.

Sumber

Wacana Pemikiran Sayyid Qutub



Jom kita pakat gi....

Rabu, 26 Ogos 2009

PAS tolak gesaan Majlis Peguam untuk hapus hukum sebat

Gesaan Majlis Peguam kepada pihak kerajaan untuk menghapuskan hukuman sebat bagi apa jua kesalahan jenayah hendaklah ditolak. Hujah yang diberikan oleh Majlis Peguam untuk menyokong gesaannya itu dianggap tidak tepat dan tidak kukuh. Setiap hukuman yang telah ditetapkan dalam sistem perundangan negara buat masa ini adalah berasas dan ia merupakan satu hukuman bagi mengajar pesalah dan rakyat di negara ini.  


Dalam Islam, hukuman yang hendak dilaksanakan mestilah untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada manusia supaya tidak mengulangi jenayah-jenayah yang terkutuk sama ada oleh penjenayah mahupun rakyat umumnya. 


Malah, hukuman sebat ini disebut oleh Allah SWT dalam Al-Qur’an serta hadith-hadith yang muktabar dan pernah dilaksanakan oleh sahabat Rasulullah SAW sendiri. 

Kita harus sedar bahawa peningkatan kadar jenayah saban tahun adalah salah satunya berpunca daripada hukuman yang dijalankan kurang memberikan kesan psikologi dan jiwa kepada pesalah dan masyarakat. 

Ia tidak menggerunkan kita. Oleh yang demikian, rakyat tidak takut untuk melakukan kesalahan dan jenayah. 

Dalam kes Puan Kartika Sari Dewi Shukarnor, setelah Mahkamah Syari’ah membuat keputusan demikian, beliau redha dan mahu untuk dilaksanakan hukuman tersebut atas dasar keinsafan dan takut kepada hukuman Allah SWT di hari akhirat nanti. 

Malah, beliau juga menolak untuk menyaman mana-mana pihak dan mahu untuk menyegerakan hukuman tersebut. Saya berharap agar beliau benar-benar insaf dan menjadi insan yang bertaqwa. 

Saya berpendapat agar Majlis Peguam meneliti saranannya itu. 

Parti Islam SeMalaysia (PAS) bersedia untuk bermuzakarah dengan mereka untuk berbincang mengenai perkara ini. 

Saya juga menyarankan agar pihak peguam syari’e di Malaysia dapat menjalankan aktiviti-aktiviti penerangan dan dialog bersama Majlis Peguam dan masyarakat supaya entiti dan sistem perundangan Syari’ah di Malaysia dimartabatkan. 


YB Nasharudin Mat Isa 

Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) 

Ahli Parlimen Bachok 

26 Ogos 2009 / 5 Ramadhan 1430

Sumber


PAS berjaya kekalkan status "kubu kuat"

25 Ogos 2009, PAS mengulangi kemenangan besar yang dicapai dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu apabila kiraan undi rasmi menunjukkan calonnya, Mohd Salleh Man mengatasi pesaing daripada Barisan Nasional, Rohaizat Othman dengan majoriti melebihi 4,551.

Kiraan rasmi menunjukkan PAS mendapat 9,618 undi berbanding 5,067 diperolehi BN, menambahkan lagi pukulan kepada BN yang belum pernah memenangi pilihan raya kecil di Semenanjung sejak selepas pilihan raya umum lebih setahun lalu.

Kerusi Dun Permatang Pasir dimenangi wakil PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dengan majoriti 5,433 undi dalam Pilihan Raya Umum-ke 12, kemenangan ketiga dan dengan majorit terbesar dalam tiga pilihan raya dimenangi PAS sejak 1999. 

Kemenangan ini menyaksikan majoriti merosot diperolehi PAS dipercayai akibat hari pengundian yang dilakukan pada hari bekerja. 

Jumlah keluar mengundi merosot kepada 73.1 peratus daripada 82.57 peratus pada pilihan raya umum yang lalu.

Daripada 14,832 atau 73.1% pengundi yang turun mengundi, Salleh memperoleh 9,618 undi, manakala Rohaizat mendapat 5,067 undi. 

Pada Mac tahun lalu, bekas penyandang Allahyarham Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat 5433 undi majoriti; dari 20,350 atau 82.5% undi keseluruhannya. 

Disebabkan peratusan turun mengundi berkurang sebanyak 9.4% dari piliharaya sebelumnya, bermakna undi tradisi PAS dan Umno juga masing-masing turut menyusut sebanyak 12.6% (1386 undi) dan 9.5% (504 undi).


Pakatan Rakyat berkeyakinan kemenangan calon PAS Mohd Salleh Man di Dun Permatang Pasir dengan 4,551 majoriti mengalahkan calon Umno, Rohaizat Othman akan memperkukuhkan momentum untuk mengambil alih kerajaan persekutuan dalam pilihanraya umum ke-13 kelak.

Naib Presiden PAS yang juga Pengarah pilihanraya ini, Datuk Mahfuz Omar, menganggap Umno semakin sukar memadamkan momentum perubahan rakyat bersama Pakatan sejak pilihanraya umum 8 Mac tahu lalu lagi. 

"Umno sudah kalah 7 (kali) dan menang di Batang Ai sahaja. Kalau main bola, secara kebiasaannya itu (kekalahan berterusan) menandakan bahawa Umno akan kalah dalam permainan keseluruhannya...pilihanraya ke-13 kelak. 

"Hari ini (25 ogos) adalah hari jadi saya (dan) saya kira ini hadiah hari jadi saya. Pilihanraya ke-13 kelak, rakyat pula dapat hadiah kemenangan peringkat persekutuan, insyaAllah." 

Bagi beliau, Umno tidak boleh lagi kata ini (kemenangan) sama dengan kemenangan mereka di Manik Urai, kononnya berjaya kurangkan majoriti (sehingga) 65 undi. 

"Najib (Perdana Menteri) boleh katakah Umno berjaya di Permatang Pasir, sedangkan Pakatan dapat empat ribu lebih (4,551 undi)."


Sumber