Halaman

Sabtu, 30 Mei 2009

Saudi Larang Dua Buku Sayyid Qutb


Kementerian Pendidikan Arab Saudi baru-baru ini memerintahkan untuk menarik dua buku Sayyid Qutb dari perpustakaan-perpustakaan sekolah di Saudi, kerana dinilai berisi idea-idea ektrimis dan dapat menyesatkan para siswa-siswi yang membacanya. 


Perintah penarikan kedua buku itu diakui oleh direktor sekolah khusus anak lelaki di provinsi Asir, Abdul Rahman al-Fasil dan direktor sekolah khusus anak perempuan di provinsi Abha, Ibrahim al-Hamdan.

Dua buku Sayyid Qutb yang diperintahkan untuk ditarik dari perpustakaan berjudul "The Lies About Sayyid Qutb" dan "The Jihad in the Way of God".

"Kedua buku itu sebenarnya sudah lama ada di perpustakaan-perpustakaan sekolah, tapi belum pernah dilakukan pengawasan apakah buku itu pantas dibaca para siswa atau tidak," kata Abdul Rahman al-Fasil.

"Tujuan penarikan kedua buku ini untuk melindungi siswa-siswi yang masih muda dari ideologi-ideologi yang menyimpang," sambung Ibrahim al-Hamdan.

Sayyid Qutb adalah penulis dan tokoh intelektual pendiri gerakan Ikhwanul Muslim di Mesir pada era tahun 1950-1960-an.

Penulis Saudi, Abdul Wahid al-Ansari berpendapat, jika kedua buku Qutb dianggap berbahaya untuk siswa sekolah, maka tindakan kementerian pendidikan Saudi mengeluarkan perintah penarikan buku tersebut sudah benar. Menurutnya, bukan tidak mungkin masih banyak buku-buku yang berisi ideologi-ideologi ekstrim yang beredar di Saudi.

Kementerian Pendidikan Saudi menyatakan, pihaknya sudah beberapa kali mengeluarkan perintah penarikan buku-buku yang dianggap tidak pantas dibaca siswa dari perpustakaan-perpustakaan sekolah. Buku-buku yang dinyatakan dilarang, dimusnahkan atau disimpan di satu tempat khusus. (ln/aby)


Sumber

JOM!!

Kalau Boleh...

- Baca Al-Quran

- Baca terjemahan

- Baca Tafsir

Banyak manfaat yang boleh diperolehi kalau membacanya. Cuma nak dan taknak sahaja manusia membacanya. Banyak kisah-kisah yang menarik untuk dijadikan bahan cerita pada anak-anak. Kalau Cikgu-cikgu nak menarik perhatian anak murid mereka, bolehla menceritakan kembali apa yang telah dirinya baca ketika membelek Naskah Al-Qur'an.

Ada sahabat ana pernah beritahu yang ketika waktu lapang, dia suka membaca terjemahan Al-Qur'an yang bersaiz kecil tuh. Boleh dibawa kemana-mana kerana saiznya kecil. Dia kata memang banyak cerita-cerita yang menarik yang kita sendiri pun tak akan tahu, kalau tidak pernah membacanya. Dan katanya lagi, dia suka ulang-ulang membaca terjemahan nih. Kalau boleh, sampai dia dah dapat ceritakan kembali apa yang dibacanya.

Bercerita berkenaan baca terjemahan Al-Qur'an berulang kali nih, ana teringat akan seorang hamba Allah nih. Mungkin ana boleh gelarkan dia sebagai pakcik. Ana pernah bertemu dengannya sewaktu ana masih lagi bekerja dengan syarikat buku di Kuala Lumpur. Dia kata, kalau boleh, ana nak baca berulang-ulang kali terjemahan Al-Qur'an nih disamping mempelajarinya. Gurunya ataupun nama lain (Ustaz yang bekerja sebagai pensyarah di sebuah Universiti) berkata padanya yang kita sepatutnya sudah membaca terjemahan nih lebih dari 10 kali. Yang tiada basic Arab, kalau setakat pernah menghabiskan sekali bacaan sahaja untuk terjemahan, masih kurang sangat. Buku-buku biasa pon kita boleh baca berulang kali, inikan pula terjemahan Al-Qur'an yang mempunyai banyak panduan dalamnya untuk manusia. Diwaktu itu, dia baru sahaja selesai menghabiskan bacaan sebanyak 1 setengah kali. dan dia kata dirinya masih tidak puas hati.

Hhhmmm.... Memang MENARIK!.

Rabu, 27 Mei 2009

Ziarah

Sekadar gambar hiasan
Bismillahhirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian 'alam. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. beserta ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabi' dan tabi'in serta seluruh kaum muslimin dan muslimat yang masih hidup ataupun yang telah meninggalkan dunia ini.
Alhamdulillah...masih lagi diberi kesempatan masa untuk menambah amalan dan meneruskan usaha yang sangat sedikit ini dalam "cuba untuk mencurahkan apa yang ada, dalam membantu agama Allah s.w.t." membantu agama Allah s.w.t.
Menilai dan merenung kembali sirah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. didalam membawa risalah tauhid diatas muka bumi. Halangan dan cabaran yang ditempuh tersangatlah jauhnya jika nak dibandingkan dengan apa yang "sedang cuba" dilakukan sekarang ini.
Pengorbanan yang tiada tolok bandingnya didalam sejarah perjuangan manusia. Walaupun Baginda disakiti, baginda tidak marah malah mendoakan orang yang menyakiti Baginda dengan harapan Allah memberikan hidayah kepada mereka. Alangkah mulianya peribadi yang dimiliki oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Contohnya ketika Nabi s.a.w. datang ke Taif untuk mengajak penduduk Taif menyembah Allah s.w.t. dan meninggalkan sembah berhala. Baginda telah dicemuh malah tubuh badan baginda disakiti sampai berdarah. Reaksi Baginda s.a.w. masih sama iaitu tidak berasa marah pada mereka malah mendoakan mereka supaya dikurniakan hidayah bila mana Malaikat Jibril berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang dia ingin menghukum penduduk Taif. Subhanallah....
Malam yang mungkin berlainan pada malam-malam sebelum. Malam yang penuh dengan pelbagai persoalan dikepala yang menyebabkan keresahan sehingga "menyesakkan" dada. Puas beberapa kali menarik nafas panjang, namun ianya tidak berkurangan juga. Cuba dengan mengigati Allah iaitu berzikir dan istighfar beberapa kali, dan hasilnya menampakkan keberkesanannya. Alhamdulillah... ana teringat sebuah lirik lagu yang berbunyi "dengan mengigati Allah, jiwakan menjadi tenang".
Ku ambil "CD" yang bertajuk "Mari mengembara kealam Barzakh" untuk dimainkan di PC baru yang ayahku baru sahaja membelinya berdekatan dengan tempat kerja. Menghabiskan masa malamku (sehingga jam 12.15) dihadapan PC bagi menamatkan kisah yang ada dalam CD berkenaan. Mungkin ini sebagai ganti kepada CD(original) yang ingin ku tonton sejak seminggu lalu yang bertajuk "Sang Murabbi" milik sahabat ana di Kolej Legenda Mantin, N9.
Trailer "Sang Murabbi" yang ana dapat tonton didalam "Youtube" memang menarik minat ana untuk melihat keseluruhan cerita berkenaan. Lantas pada hari itu juga ana bertanyakan pada sahabat-sahabat terdekat tentang siapa diantara mereka memiliki cerita berkenaan. "Golongan Al-Murobbitun Dakwah" adalah golongan yang sepenuh masa dicurahkan untuk Islam. Mungkin ramai yang boleh separuh-separuh masa sahaja dalam kerja-kerja seperti ini kerana masih terikat dengan kerja mencari rezeki dan mungkin ada juga yang sudah bergiat sepenuh masa dalam kerja Islam.

Selasa, 12 Mei 2009

Rumah KOsong.....



Kerap kali terngiang-ngiang difikiran ku berkenaan "bermulanya" , bila mana terlihat "suatu perkara" yang secara tak sengaja aku terpandangnya. Merangkak dan mengesot untuk meneruskan perjalanan. Begitu banyak duri dan halangan yang perlu dihadapi untuk sampai ke rumah kosong itu.

Lain pula jadinya bila sampai ke tempat yang dituju. Terpaksa memikirkan bagaimana untuk menjadikan rumah kosong itu berfungsi sebagai sebuah rumah yang boleh didiami. Paling tak boleh nak lupa, bila mana rumah kosong itu mengalami beberapa kerosakan kecil yang  perlu diperbaiki lagi. Pada saat itu, sangat lah istimewanya. Dengan masalah kewangan dan ditambah pula masalah untuk mencari bahan pengganti yang terhad kuantitinya, menyebabkan masalah itu bertambah berat. Tapi itu semua tidak mematahkan semnagat untuk berusaha mencarinya.

Terpaksa berjalan jauh, meredah kembali duri dan halangan yang asal agar sampai ketempat yang ada membekalkan bahan berkenaan dikampung sebelah. Kami mengambil iktibar daripada masalah yang melanda dengan mempelajari teknik membuat bahan berkenaan agar bila mana masalah yang sama timbul, kami boleh membuatnya sendiri dan dapat mengurangkan kos perbelanjaan.

Alhamdulillah.... dapat belajar ilmu baru...

orang kata kalau asyik bergantung dengan orang lain sahaja, sampai bila pon tak maju. Jadi kami mengambil inisiatif untuk belajar ilmu "ukur bahan" agar mudah untuk kami "uli" campuran menjadi bahan yang kami mahu.

Sekarang nih, rumah sudah semakin baik. Tapi macam biasa la, nak kena "maintainance" tiap-tiap bulan agar tiada kerusakan besar yang berlaku. Tapi siapalah kita nak "meramal" masa depan. Walaupun kita dah cuba sedaya upaya untuk menjaga rumah tuh, kadang-kadang ada jugak yang rosaknya. Tapi Alhamdulillah... buat masa nih, tiada kerosakan besar yang berlaku.

kami berusaha untuk mengelakkan satu masalah besar yang akan berlaku sekiranya tidak diatasi dari sekarang. Ianya adalah bila mana orang yang "telah belajar" ilmu membuat bahan itu tidak lagi duduk dirumah itu. Dek kerana ingin meneruskan perjalanannya sendiri. Mungkin bersama kelaurga yang baharu ataupun mungkin ingin berhijrah ketempat lain....

Khamis, 7 Mei 2009

Perak lagih......

Bismillahirrahmanirrahim.......

Isu semasa yang makin tegang nih, membuatkan diri ana untuk menulis dalam blog, supaya pembaca dapat mengetahui cerita sebenar.

Pertama,

berkenaan dengan "sedikit salah faham, yang digambarkan TERUK oleh Media di Malaysia". Ana berminat untuk QUOTE kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang mana 

"Ini berlaku kerana mereka mencemburui PAS di samping mengakui parti itu telah berada di tengah-tengah masyarakat sehingga berjaya menenggelamkan Umno. 

"Setiap kali berlaku pemilihan dalam parti sudah tentu ada pertembungan pandangan, namun ia perkara biasa," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil peserta kursus Tafaqquh Fiddin di Balai Islam, hari ini. (Harakahdaily- Thu | May 07).

Tambahan lagi.....

Ditanya mengenai tulisan anaknya Nik Abduh dalam blog yang merendah-rendahkan pembantu Menteri Besar beliau berkata, beliau hanya sekadar menegur sahaja. 

Katanya, Nik Abduh ada hak untuk menulis dalam blog memandangkan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri dan mempunyai ilmu agama. 

Beliau berkata, semua pandangan negatif atau positif diterimanya. 

"Zaman Rasulullah saw dahulu ulama hanya baginda seorang sahaja, yang lain (sahabat nabi) semuanya profesional, tetapi lama kelamaan baginda menggabungkan ilmu profesional dengan ulama yang ada padanya. 

"Akhirnya ilmu ulama dan profesional bercampur dalam satu tubuh seorang pemimpin dan inilah yang sedang dilakukan oleh PAS," katanya
(Harakahdaily- Thu | May 07).


Kemudian.... Berkenaan dengan Penahanan Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Hrkh) - Mahkamah Majistret Tanjung Malim petang tadi menolak permohonan tahanan reman polis terhadap Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu. Iklan     
      
Mohamad dibebaskan dengan jaminan polis selama sebulan. 

Menurut peguam yang mewakili beliau, Aminuddin Zulkifli mahkamah tidak berpuas hati dengan alasan-alasan yang diberikan oleh pegawai penyiasat. 

Pegawai penyiasat mengatakan mereka memerlukan masa untuk menyiasat Mohamad yang dituduh melakukan hasutan supaya orang ramai menggagalkan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak hari ini. 

Pasukan peguam Mohamad Sabu kemudiannya membantah tuduhan tersebut kerana tertuduh hanya menyeru orang ramai supaya hadir ke majlis solat hajat dan doa munajat memohon agar Perak terus aman. 

Laporan maklumat pertama (FIR) terhadap Mohamad Sabu dibuat oleh Ketua Polis Perak sebelum beliau ditahan secara misteri petang semalam di Kuala Lumpur.

Sumber : Harakahdaily



Perlantikan speaker baru di perak

"mengenai pelantikan speaker baru Dewan undangan negeri Perak, Kamarudin yang juga ahli parlimen Tumpat menyatakan bahawa ianya tidak sah kerana speaker yang ada masih ada. 

Menurutnya, seseorang speaker hanya akan dilantik apabila terdapat kekosongan yakni selepas berakhirnya suatu pilihan raya umum, pembubaran dewan, peletakan jawatan atau meninggal dunia. 

"Sebaliknya sekarang ini tiada kekosongan dan tidak ada sebarang peruntukan mesyuarat untuk memecat speaker, malah pemecatan speaker tidak sepatutnya berlaku kerana usul mengenainya tidak sah. 

"Hal tersebut disebabkan usul yang dikemukakan Adun BN itu dibuat selepas mereka dihalau keluar daripada dewan tersebut. 

"Oleh yang demikian, ianya tidak dikira sah dan tertolak," demikian katanya ketika mengulas perkembangan semasa di Dun Perak sekarang ini

Sumber :(Harakahdaily)

Rabu, 6 Mei 2009

Peringkat Seterusnya



Memperkasakan diri dengan Ilmu pengetahuan

Sebagai langkah persediaan

Keluar ke lapangan dan juga keperingkat seterusnya

Seperti kata Naqib usrah ana, "jangan dok sibuk nak cerita pasal PERINGKAT SETERUSNYA" kalau peringkat yang sekarang nih pon masih tak stabil lagih..


Sebagai menyahut seruan yang diwar-warkan

marilah kita sama-sama berusaha

pergi keperingkat yang seterusnya.

Sampai bila nak dok kat takuk yang lama?.



Untuk kesempatan yang ada nih, ana ingin mengucapkan tahniah kepada Naib Presiden GAMIS diatas perkahwinan beliau dengan zaujahnya di Tumpat Kelantan baru-baru nih. Beliau memang tak kenai ana pon, cuma ana jer yang nak buat ucapan. "semoga rumahtangganya senntiasa dibawah Rahmat Allah s.w.t. dan berbahagia selamanya."

Ahad, 3 Mei 2009

Perjuangan- Saff One


Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerun hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya 2x

Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda

Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang 
Bak singa yang lapar yang garang

Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam 
Yang pandai berenang berpaut ke sampan

Ada yang berjaya berenang ke tepian 
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa