Halaman

Khamis, 25 Jun 2009

ISRAEL Bakal Miliki Carrefour


Koor Industries Ltd, sebuah perusahaan BUMN Israel diberitakan akan mengakuisisi jaringan supermarket Carrefour Peranchis. Koor mengumumkan rencana itu setelah dewan direksinya sepakat untuk mengambilalih Carrefour Peranchis awal minggu ini. 

Laman Bisnis.com mengutip berita di Flexnews menyebutkan, selama ini Koor Industries sudah memiliki 1,76 juta lembar saham atau sekitar 0,25 persen kepemilikan perusahaan Carrefour Peranchis, yang tercatat sebagai perusahaan ritel terbesar kedua di dunia itu. Dan Koor khabarnya akan mengeluarkan dana sekitar 886 juta dollar untuk akusisi tersebut. Koor yang dimiliki pengusaha yang berasal dari Israel bernama Eli Hurvitz ini, sudah membuat kesepakatan prinsip dengan HSBC yang akan menambah pinjaman sebesar 300 juta euro pada perusahaan Koor untuk keperluan akuisisi itu.

Jika akuisisi ini terwujud, maka di Indonesia (dan Malaysia) akan beroperasi sebuah perusahaan milik Israel. Padahal Indonesia sampai saat ini tidak menjalin hubungan diplomasi dengan Israel dan Indonesia belum mengakui kedaulatan negara Yahudi itu. Terlebih lagi, isu Israel sangat sensitif bagi Muslim Indonesia, kerana penjajahan dan penindasan rezim Zionis itu terhadap bangsa Palestin.

Perusahaan Carrefour yang berdiri sejak tahun 1959 ini memiliki jaringan yang luas di berbagai negara, mulai dari Eropah, Amerika dan Asia antara lain di negara Taiwan, China, Thailand, Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Bagaimana komentar Carrefour Indonesia tentang berita akuisi oleh BUMN Israel itu, pihak Carrefour Indonesia Irawan D. tidak memberikan jawaban tegas. Irawan yang menjabat sebagai Direktur Corporate Affairs PT Carrefour Indonesia hanya mengatakan, “Tidak ada akuisisi apa pun. Mohon tidak salah menyimpulkan. Kami (Carrefour) adalah perusahaan terbuka (tbk), kerananya pihak eksternal mana pun dapat membeli melalui bursa saham,” kata Irawan seperti dilansir Bisnis.com

Menurutnya, jumlah Carrefour di Indonesia hanya sedikit, sekitar 43 cabang dan menyumbang omzet sebesar 893 juta euro pada perusahaan induknya. Di seluruh dunia, Carrefour memiliki 15.430 gerai dengan omzet sebesar 97,56 miliar euro sepanjang tahun 2008. (ln/bisnis.com)


Sumber

Rabu, 24 Jun 2009

Ahlan Ya Rajab


Alhamdulillah sedar tidak sedar kita kini telah hampir dengan bulan Rejab, bulan ini adalah antara bulan haram yang sentiasa dihormati semenjak dahulu lagi. Bulan Rejab pernah mencatatkan beberapa peristiwa penting dalam kalendar umat Islam terutama yang paling masyhur dan diingati ramai ialah pada bulan ini telah berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj.

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

Peristiwa yang telah menatijahkan banyak perkara pada umat Islam. Khususnya kewajipan mengerjakan solat lima waktu kepada seluruh umat Islam.. selepas berlalunya tahun kesedihan bagi nabi Muhammad dengan kematian insan yang tersayang Allah telah mengembirakan Baginda dengan peristiwa bersejarah ini.

Segalanya berlaku hanya dalam tempoh sepertiga malam, dari Makkah nabi dibawa ke Masjid Al-Aqsa menaiki buroq kemudian di mi'rajkan ke sidratul muntaha bertemankan malaikat Jibril. Satu peristiwa yang amat menakjubkan melampaui batasan akal fikiran manusia biasa. Namun dengan keimanan yang kuat yang kental kita wajib percaya akan peristiwa yang berlaku kerana tiada apa yang mustahil bagi Allah SWT..

Terdapat pelbagai peristiwa disepanjang perjalanan Baginda, antaranya baginda telahpun diperlihatkan akan umur dunia dengan kelibat seorang yang sangat tua. Banyangkan pada ketika nabi diperjalankan pun sudah sedemikian rupa umur dunia apatah lagi pada waktu kini, sudah pasti kita sudah terlalu hampir dengan ketibaan hari kiamat.

Tidak ketinggalan juga untuk umat Islam mengingati suatu lagi peristiwa yang amat penting ialah peperangan Tabuk yang berlaku pada bulan Rejab tahun 9H. Peperangan Tabuk meletus apabila Rasulullah s.a.w menerima berita tentang pembunuhan Farwah bin 'Amru Al-Jazami yang merupakan salah seorang ketua yang dilantik oleh Rom bagi kawasan Ma'an.

Beliau telah dibunuh dengan disalib dan direbus di dalam kawah air panas apabila Rom mengetahui dia telah memeluk agama Islam dan merupakan wakil kepada nabi Muhammad S.A.W di dalam mengerjakan dakwah Islamiah di sana. Setelah mendapat tahu tentang pembunuhan yang kejam itu lalu Rasulullah S.A.W dalam masa yang singkat telah mengerahkan agar para tentera Islam untuk keluar berjihad ke Tabuk.

Rasulullah telah menjelaskan kepada mereka tujuan tersebut secara terang-terangan dan baginda berjaya mengumpulkan sebanyak 30 000 orang tentera. Ini merupakan suatu tindakan tegas yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dalam menjaga maslahat umat Islam daripada dirobek dan dilanggar sesuka hati oleh musuh Islam.

Dalam peperangan Tabuk ini tidak berlaku pertempuran yang besar kerana tentera musuh lebih dahulu berundur diri. Kemenangan yang agak mudah walau pun tentera muslim menghadapi banyak kesukaran ketika mahu keluar ke Tabuk ini telah digunakan sebaiknya oleh Rasulullah s.a.w dengan meluaskan pengaruh dakwah kepada raja-raja sekitar kawasan tersebut serta menghantar beberapa orang pendakwah untuk menyampaikan dakwah ke kawasan yang lebih jauh.

Oleh itu fahamlah kita bahawa peperangan dalam islam bukanlah untuk mencetuskan keganasan mahupun membalas dendam akan tetapi adalah bertujuan untuk menjaga maslahat umat islam daripada diperbodohkan serta diceroboh dengan sesuka hati oleh musuh islam, juga untuk melaksanakan misi dakwah kepada pemerintah yang dapat menerima islam.

Dan diantara peristiwa lain yang dapat kita selami dengan kedatangan bulan rejab ini ialah peristiwa hijrah umat Islam yang pertama ke Habsyah (Ethiopia). Pada ketika awal penyebaran Islam di Makkah kaum musyrikin banyak memberikan tekanan hidup kepada kaum muslimin. Mereka telah diseksa, dipulau, dicaci dan sebagainya. Hal ini menyebabkan terdapat dikalangan sahabat yang mengadu pada Rasulullah akan penderitaan yang mereka hadapi.

Lalu baginda memerintahkan mereka agar berhijrah ke Habsyah, ini bertujuan untuk menjaga keteguhan iman mereka disamping mencari tapak baru dalam proses mengembankan dakwah Islamiyah. Antara sahabat yang terlibat dalam penghijrahanini ialah saidina Othman bersama isteri beliau dan beberapa orang muslimin yang lain. Jumlah mereka adalah 14 orang lelaki dan 4 orang wanita..

Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab. Said menjawab: "Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: "Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa." (Sahih Muslim)

Perbanyakkanlah amalan seharian kita, semoga dengan kedatangan bulan yang dipenuhi dengan pelbagai kelebihan ini dapat kita manfaatkan sebaik yang mungkin. Tidak lama lagi kita akan bertemu dengan bulan yang penuh dengan keberkatan iaitu bulan Ramadhan. Berbaki 2 bulan lagi ini persiapkanlah diri kita sebaik yang mungkin agar kita dapat menjalani ibadah yang sempurna dalam Ramadhan yang mulia nanti..

YA ALLAH YA TUHAN KAMI BERKATILAH KAMI DI DALAM BULAN REJAB DAN SYABAN DAN BERIKANLAH KAMI REZEKI UNTUK MERASAI AKAN NIKMAT RAMADHAN..AMINN


Petikan dari : Yahoo Group baitul_irfan07

Isnin, 22 Jun 2009

PEPSI- Pay Every Penny to Save Israel


Sebenarnya hal ini bukan berita baru dalam kalangan umat Islam sejak tercetusnya fatwa dan idea boikot terhadap produk-produk yang mendukung dan memberi bantuan ke negara Zionis Israel. 

MEMRI (Middle East Media Research Institute) baru-baru ini mengeluarkan sebuah transkrip berbahasa Inggeris yang mereka dapat dari sebuah ceramah seorang ulama Mesir pada bulan Februari lalu dan baru dikutip oleh media-media Israel baru-baru ini, pada ceramah itu menyebutkan bahwa PEPSI adalah kepanjangan dari "Pay Every Penny to Save Israel" (Bayar setiap sen untuk membantu Israel).

Ulama yang bernama Hazim Abu Ismail mengatakan dalam sebuah stesyenn TV Al Nas (sebuah saluran khusus untuk keagamaan) di Mesir, menyerukan untuk setiap Muslim memboikot minuman ringan Pepsi, kerana menurutnya setiapwang yang kita gunakan untuk membeli Pepsi sama saja dengan membantu Israel.

Minuman ringan Pepsi sendiri, termasuk dari daftar produk yang mendapat fatwa untuk diboikot oleh para ulama beberapa tahun yang lalu, di samping produk-produk lain.

Selain itu, sebelumnya pada tahun 2008 yang lalu - seorang anggota parlimen dari Hamas di Gaza pernah membuat kenyataan serupa berkaitan dengan Pepsi. Berbicara pada stesyen TV rasmi milik Hamas - Al-Aqsha TV, anggota parlimen Hamas - Salim Salamah mengatakan " Ada perusahaan yang didirikan oleh pihak kolonial dan penjajah - perusahaan yang besar dan mempunyai cabang di seluruh dunia seperti Pepsi, Pepsi Cola (minuman ringan). Ini adalah sebuah perusahaan yang terkenal. Pepsi merupakan sebuah akronim, P-E-P-S-I- Pay Every Pence to Save Israel. Membayar setiap sen untuk membantu Israel.."

Jadi, sebagai seorang Muslim, masihkah kita akan tetap membantu Zionis Israel dengan membeli produk-produk yang jelas-jelas akan mendukung negara penjajah Israel? (fq/israelnationalnews)

Sumber

Ahmadinejad Hina 2 Sahabat Nabi Secara Terbuka



Di tengah eforia kemenangannya dalam pilihanraya Iran yang baru saja diadakan, Ahmadinejad sebelumnya mengeluarkan pernyataan yang terang-terangan menghina dua orang sahabat Rasulullah Muhammad saw. 

Kecaman dan hinaan Ahmadinejad itu—lebih gila lagi—disampaikan dalam sebuah program televisyen secara langsung di Shabaka 3, saluran televisyen Iran, hanya beberapa hari sebelum pelaksanaan pilihanraya Iran.

Seperti yang diketahui, Iran yang berbasis Syiah ini—salah satu aliran Islam yang dianggap menyimpang—sudah sejak lama mempersempit ruang gerak para jamaah ahli Sunnah (kaum Sunni). Di bawah kepemimpinan Ahmadinejad, bahkan para jamaah Sunni mengalami penderitaan yang belum pernah dialami sejak Revolusi Rafidi Khomeini.

Dalam program itu, Ahmadinejad dengan tegas mengatakan Talhah dan Zubair adalah dua orang pengkhianat. “Talhah dan Zubair adalah dua orang sahabat Rasul, tapi setelah kepergian Rasul, mereka berdua kembali kepada ajaran sebelumnya dan mengikuti Muawiyah!”

Padahal dalam sejarah, Talhah dan Zubair, dua orang sahabat Rasul itu, tak pernah bertempur bersama-sama Muawiyah, kerana keduanya meninggal lama sebelum peperangan Jamal di tahun ke-36 kekhalifahan Islam di mana Muawiyah menjadi rajanya.

Pernyataan Ahmadinejad ini sudah jelas kemana arahnya, iaitu membuat sebuah perbandingan atas sahabat Rasul dulu dengan kejadian politik saat ini di Iran—berkaitan dengan rivalnya Mousavi. Sebelumnya, Ahmadinejad sudah sangat sering menghina sekitar 15 juta penganut Sunni di Iran. Bahkan, pendahulu Ahmadinejad, Rafidi menghina dan menganggap remeh alias menyepelekan 90% Muslim seluruh dunia.

Namun demikian, masih banyak juga pihak atau pengagum Rafidi dan pengingkar sahabat Rasul lainnya seperti Ahmadinejad ini. Mereka adalah orang yang tidak menyedari gerakan Syiah atau mereka yang tak mahu memahami rejim 12 Imam ini yang merupakan musuh terbuka terhadap para sahabat Rasul. (sa/alqimmah/sunni-news/ayandenews)


Sumber

Ikhlas dariku

Aku buka seperti engkau sangkakan

Pura pura didalam berjuang..

Aku tidak pandai menyulam rahsia

Juga tak pandai ku bermadah pujangga


Jika ada benci dihati

Oh katakanlah padaku..

Relaku terima walau kutukan

Asalkan aqidah terjaga..

Kerana tidak sanggup lagi

Mempermainkan dustur ilahi

hakikat hati tak terluka

walau zahirnya ada yang terluka..



Tuhan ku mohon keampunan

Ketelanjuran yang berulang kali

Teman kita paterikan disini

Berakhir sebuah lamunan duniawi

Terima syukur taufik ilahi..

Tuhan ku mohon keampunan

Ketelanjuran yang berulang kali..

Khamis, 18 Jun 2009

Khatib di TURKI Memegang Pedang


Jika selama ini khatib Jumaat kerap membawa dan memegang tongkat ketika memberikan khutbah Jumaat, ternyata ada juga khatib yang membawa dan mengacungkan pedang dalam ritual suci mingguan umat Muslim itu. 

Hal unik tersebut terjadi di masjid Suleyman Paca (Sulayman Basya) yang terletak di salah satu kawasan wliayah Canakkale (Syanaq Qal'ah), Turki Barat, dan telah menjadi tradisi yang telah turun temurun dan terlestarikan lebih dari 624 tahun.

Di masjid bersejarah dan elok tersebut, dalam setiap khutbah Jumaatnya, sang khatib akan menaiki mimbar sambil membawa pedang, lalu menyampaikan khutbahnya dengan tetap membawa dan sesekali mengacungkan pedangnya.

Syaikh Mehmet Mutlu, imam dan khatib masjid Suleyman Paca mengatakan, tradisi ini telah berjalan turun temurun sejak masa kekhilafahan Uthmaniyyah.

"Dahulu, sewaktu leluhur kami menakluk wilayah Anatolia (Turki sekarang) yang saat itu menjadi jantung imperium Byzantium, mereka menjadikan pedang sebagai senjata mereka. Keadaan perang dan penaklukan menjadi penghias hari-hari, hingga berkhutbahpun dengan membawa pedang," kata Mutlu.

Apakah ini tidak termasuk ke dalam sebuah bid'ah yang sesat?

Justru, Nabi Muhammad sendiri pernah melakukan hal ini. "Dalam sebuah hadith, diriwayatkan jika Nabi kita Muhammad pernah berkhutbah sambil menggenggam pedang," kata Mutlu.

Diterangkannya, masjid Suleyman Paca adalah masjid yang pertama kali didirikan di daratan tanah Eropa-Byzantium (mengecualikan Andalusia) sejurust setelah ditaklukannya.

Canakkale sendiri termasuk ke dalam Turki wilayah Eropah. Di tempat ini banyak teriwayatkan lagenda-lagenda dan epik-epik maha dahsyat, salah satunya adalah epik Ksatria Troy yang kini monumen kuda raksasanya diabadikan di wilayah Canakkale dan juga hikayat sultan-sultan Utsmani.

sumber

Sabtu, 13 Jun 2009

Jom Merenung sekejap...


Dalam risalah 'Antara Masa Lalu dan Masa Kini' dalam tajuk "Ranjau-Ranjau Di Perjalanan" Imam Hasan al-Banna telah mengatakan:


"Saya ingin terus terang menyatakan kepada kamu, bahawa hari ini dakwah kamu ini masih belum dikenali orang ramai. Apabila mereka mengetahui dan memahami matlamat dan tujuan dakwah ini kamu akan menerima permusuhan dan pertarungan yang sengit dari mereka. Kamu akan mendapati di hadapan kamu kesukaran-kesukaran dan kamu akan dihalangi oleh ranjau-ranjau.

Hanya pada ketika itulah sahaja kamu baru mula mengikuti jalan para pendukung dakwah... adapun sekarang ini, kamu masih belum dikenali, kamu masih dalam peringkat membuat persediaan untuk dakwah dan bersedia untuk menghadapi perjuangan dan jihad yang dituntut oleh dakwah.

Kejahilan umat tentang hakikat Islam akan tegak sebagai rintangan di pertengahan jalan, kamu akan mendapati ahli agama yang terdiri daripada ulamak rasmi akan memandang ganjil pemahaman kamu terhadap Islam dan mengingkari jihad yang kamu lakukan untuk memperjuangkan kefahaman kamu itu.

Para pemimpin, ketua-ketua orang yang rindukan kemegahan dan kekuasaan akan menaruh dendam kesumat terhadap kamu. Kesemua bentuk pemerintah akan tegak serentak menghadapi kamu, semua kerajaan akan berusaha membatasi kegiatan kamu dan meletakkan rintangan-rintangan di jalanmu."


"Penyamun-penyamun ini akan memasang perangkap dengan apa cara sahaja untuk dapat menentang kamu dan memadamkan sinar dakwah kamu. Dalam usaha-usaha mereka ini mereka akan menggunakan kerajaan-kerajaan yang lemah, akhlak yang rendah dan tangan-tangan yang sentiasa menadah sesuatu dari mereka tetapi melakukan kejahatan dan permusuhan terhadap kamu."


"Kesemua mereka akan menaburkan salah faham dan tuduhan-tuduhan kabur terhadap dakwah kamu dan mereka akan terus berusaha untuk melemparkan tuduhan yang mengatakan bahawa dakwah kamu itu tidak sempurna, tempang dan songsang, sekalipun mereka melemparkan tuduhan-tuduhan itu dengan cara yang paling kotor, menggunakan kekuatan dan kekuasaan mereka, berlaku zalim dengan menggunakan harta kekayaan dan kedudukan mereka.


Firman Allah:


"Mereka ingin hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahayanya sekalipun orang-orang kafir benci." (Ash-Shaff: 8)

"Tidak syak lagi kamu akan mengharung dan menghadapi perkara-perkara tersebut dalam peringkat ujian dan cubaan, kamu akan ditangkap, dipenjara, dibuang daerah, dipindah dan diporak-perandakan. Segala kepentingan-kepentingan kamu akan dirampas, kerja-kerja kamu akan dibekukan dan rumah-rumah kamu akan digeledah. Boleh jadi masa ujian ini kamu lalui dalam satu jangka waktu yang panjang.

Firman Allah : 


'Apakah manusia itu menjangka bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji." (Al-Ankabut: 2)

"Tetapi ingatlah bahawa setelah ujian-ujian ini Allah telah menjanjikan akan memberikan pertolongan kepada para mujahidin dan ganjaran bagi mereka yang beramal dan berbuat baik.

Firman Allah:


"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih, (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu, itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahuinya, nescava Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga `Adnin. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang hampir (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.


Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Para pengikutnya yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong (agama) Allah, lalu segolongan dari Bani Israel beriman dan segolongan (yang lain) kafir. Maka kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang." (Ash-Shaff: 10-14)



"Tidakkah kamu akan tetap pendirian untuk menjadi ansarullah?"

Rabu, 10 Jun 2009

Tentera Thai terlibat dalam Pembunuhan di Masjid


Setelah kejadian 'pembantaian' umat Islam di masjid Isnin malam yang lalu yang dilakukan oleh sekelompok orang yang tidak dikenal, pemerintah Thailand terus menyalahkan kelompok-kelompok pejuang Muslim yang ada di selatan Thailand. 

Pemerintah Thailand sendiri mengaku mereka telah membangun sebuah "kesepakatan yang lebih baik" dengan penduduk kampung dan semuanya dilaksanakan di bawah undang-undang dan sesuai dengan "hak-hak azazi manusia", kata jenderal Anupong Paojinda sambil menambahkan bahawa para pejuang muslim Thailand telah melakukan kesalahan dengan menyerang pegawai keamanan.

Pemerintah Thailand langsung meminta jenderal Anupong Paojinda untuk terbang ke wilayah tersebut setelah kejadian penembakan umat Islam di sebuah masjid di wilayah Narathiwat.

Bagaimanapun penduduk desa tetap menyalahkan pasukan tentera Thailand atas serangan berdarah itu, yang merupakan satu dari kejadian terburuk yang pernah terjadi di wilayah Thailand selatan.

Penduduk kampung Cho Ai-rong mengatakan mereka menduga kuat memang ada keterlibatan militer Thailand dalam pembantaian di masjid daripada keterlibatan pejuang Muslim.

"Saya yakin tidak mungkin ada pejuang Muslim yang sanggup menembak orang yang sedang sholat Isya di Masjid karena hal itu sangat sakral dan bertentangan dengan agama Islam," kata salah seorang penduduk kampung yang meminta namanya dirahsiakan sewaktu diwawancara.


Lebih dari 1000 orang penduduk kampung berkumpul di dekat masjid di Cho Ai-rong pada hari Selasa lalu untuk melihat lokasi kejadian serangan dan untuk menghadiri solat jenazah para syuhada. 

Penduduk lokal mengumpulkan tubuh ke lapan-lapan orang yang terbunuh termasuk imam masjid, pada pagi Selasa kemudian memandikan dan mengkafani mereka untuk di solatkan sebelum nantinya dimakamkan.

Kelompok-kelompok HAM sebelumnya telah menyalahkan penyalahgunaan wewenang yang dilakukan tentera Thailand di wilayah selatan negeri itu, termasuk penggunaan kekerasan yang berlebihan pada tahun 2004 dimana terjadi pengepungan masjid yang dilakukan tentera Thailand dan mengakibatkan 32 orang meninggal.(fq/wb)

Sumber

Selasa, 2 Jun 2009

Kuntuman Doa Ku Kirim.......


Al-Fatihah buat sahabat ana, Ustaz Hamzah yang telah pergi menemui Allah pada hari Isnin bersamaan dengan 1/6/09

Walaupun hanya sekali kita bertemu, namun wajah mu tetap dapat ku ingati dengan agak baik. Perwatakanmu dan peribadimu yang baik, menyebabkan diriku tertarik untuk dapat mengecamnya hingga sekarang...

Semoga roh mu ditempatkan bersama-sama dengan para solihin... amiinnn...

Sesungguhnya MATI itu benar. Setiap yang bernyawa akan merasai kematian. BErilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu baik untuk orang yang beriman....