Halaman

Isnin, 26 Oktober 2009

Kepimpinan ataupun Disiplin??




Tersentak seketika bila mana menghadiri satu perjumpaan tidak rasmi di Gombak. Yang mana, ana pada ketika itu hanyalah sebagai pengiring bagi ustaz dan Guru Besar untuk menghadiri perjumpaan bagi membincangkan program yang akan dijalankan.

Pada awalnya, dalam pemikiran ana hanyalah membincangkan tentang bajet dan aktiviti yang sesuai ketika disana nanti. Tetapi bila mana sampai sahaja ke destinasi yang dituju, pemikiran ana pada ketika itu telah ditukar kepada 180 darjah yang bertentangan dari asal.



Bukan terpaksa, tetapi dengan rela. Malah ana rasa seperti diri ana ditarik untuk berfikir diluar kotak sebagai seorang yang dewasa dan juga sebagai seorang pendidik!.

"Cubalah kita berfikir seperti budak-budak nih berfikir. Mereka nih, bukannya dewasa seperti kita". Kata-kata yang sudah lama ana tinggalkan bila mana menjadi seorang guru yang ditaklifkan menjaga disiplin disekolah.

Kita mengaggap perkara-perkara ini adalah suatu masalah disiplin yang berat :

1) Terlupa bawa Tag nama

2) Terlupa bawa stokin

3) Pakai selipar (kasut basah)

4) Membuat bising

Sedangkan perkara-perkara itu, nampak "remeh" pada pandangan mereka. (melainkan jika kita memberitahu rasionalnya)



Pernahkah disekolah antum terjadi perkara-perkara sebegini :

1) Pukul guru

2) Tengking guru

3) Mewalan guru

4) dan perkara-perkara yang seumpama dengannya

Jika perkara-perkara yang dinyatakan diatas tidak terjadi, maka boleh dikatakan antum telah mendapat anak murid yang baik. Jadi apa masalahnya lagi?.

Antum kena ingat, kita didik mereka bukan untuk melihat hasilnya hari itu juga. Ataupun melihat hasilnya pada esok hari, malah untuk tahun hadapan pun belum tentu lagi. Kita mendidik mereka untuk 10 dan ke atas yang akan datang.

Didalam perbincangan itu juga ada diselitkan, jika sekarang ini tidak berlaku sesuatu yang teruk timbul dari anak murid antum, ana syorkan antum "hasilkan" daripada diri murid-murid berkenaan sifat "kepimpinan" dan bukannya disiplin yang entah kemana. Bina kekuatan "dalam" pada diri mereka.



Contoh yang ana boleh bagi adalah :

1) Tanya mereka berkenaan Solat Fardhu (nasihatkan mereka untuk melaksanakannya)

2) Ajak mereka untuk melakukan amalan-amalan sunat sebagai penguat diri

3) Latih mereka dengan menunjukkan contoh terlebih dahulu sebelum menyuruh mereka untuk melakukan perkara yang sama

Dari situ, kita sendiri akan dapat melihatnya. Perubahan yang kelihatan walaupun sedikit.

----> Guru yang akan melaksanakannya mestilah istiqamah. Jangan berputus asa didalam mendidik. Proses pendidikan ini bukannya memakan masa sehari, setahun, 10 tahun, 20 tahun. Tetapi ianya adalah proses seumur hidup.


*bukan tips dari penulis, tetapi tips yang diberikan oleh orang yang penulis jumpa

Sabtu, 24 Oktober 2009

Sedikit mengenai SRICU



Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi

Pelajar yang ada sekarang ialah 102 orang. terdiri daripada Darjah 1 - Darjah 6







Kelihatan PENGAWAS perempuan sedang menjalankan tugas di kantin. Memantau pelajar makan.


dihadapan sekali kelihatan kumpulan PENGAWAS sedang menghabiskan makanan sebelum memulakan tugas masing-masing sewaktu rehat

Butiran mengenai Sekolah rendah Islam Cahaya Ummi disini

Selasa, 20 Oktober 2009

...







Pejuang Masih Bertahan di Al-Aqsa




Ketegangan antara pasukan Israel dan rakyat Palestin telah mereda ketika beberapa ratus orang Muslim Palestin terus menduduki Masjid Al-Aqsa dan tak sedetikpun meninggalkannya.

Konfrontasi antara Palestina dan Israel di Jerusalem dan melibatkan Masjid Al Aqsa dimulai ketika Israel menangkap pemimpin Gerakan Islam, Raed Shaleh. Polisi Israel menuduh Salah yang melancarkan "perang agama" dan mengatakan ia bersalah dari "penghasutan dan hasutan".

Raed Salah meminta rakyat Palestin untuk terus berada di dalam dan sekitar Al-Aqsa untuk "melindungi dari makar Yahudi." Selama bentrokan yang sudah terjadi lebih dari seminggu ini, tentera dan polisi Israel telah menangkap ratusan orang Palestin. Puluhan tentera Israel luka-luka. Namun kekejaman tentara Yahudi bukan hanya di Al Aqsa saja, juga merembet ke beberapa kem pelarian dan kota-kota di Tebing Barat di mana ribuan orang Arab bergabung mengadakan demonstrasi di Gaza, Syria, Mesir dan Jordan.

Kemarahan rakyat Palestin tercetus kerana ratusan ekstremis Israel cuba memasuki Haram, di mana Masjid Al-Aqsa berada. Para Yahudi itu merayakan Yom Kippur dan Sukkot . Beberapa ekstremis ingin menghancurkan masjid. Kemarahan ini diperburuk ketika para penduduk Gaza tidak dibenarkan masuk ke Jerusalem untuk beribadah di mesjid. Hanya wanita saja yang diperbolehkan masuk.

Sumber

Tebing Barat Semakin Menyokong HAMAS




The Sunday Time, yang terbit di London, menyatakan bahawa dukungan kepada kelompok Hamas semakin meningkat di Tebing Barat. Dukungan kepada Hamas yang diberikan rakyat Tebing Barat itu, mengalahkan Ketua Autoriti Palestin, Mahmud Abbas.

Dukungan kepada Abbas itu menurun, sebagai akibat sikap dari Mahmud Abbas, yang mendukung penundaan pembahasan dari hasil penyelidikan yang dilakukan Komisi HAM PBB, yang menegaskan bahwa Israel telah melakukan jenayah perang di Gaza. Sementara itu, rejim Zionis-Israel kelam kabut, akibat laporan yang disampaikan mantan Jaksa Afrika Selatan, yaitu Richard Goldstone, yang juga seorang Zionis.

Laporan itu membolehkan Israel melakukan penyelidikan atas agresi militernya ke Gaza yang sangat biadab. Jika Israel tidak melakukan penyelidikan, maka Israel dapat diseret ke mahkamah kejahatan perang internasional (ICC), yang berpusat di Den Haag.

Sumber

Sabtu, 10 Oktober 2009

Ikhtiar Terakhir.....



MUNAJAT PEJUANG

Doa bagi mereka yang senantiasa difitnah dan diganggu sepanjang perjalanan dakwah dan doa memperoleh kekuatan dan pertolongan daripada Allah s.w.t..

Selepas doa ini, elok disambung dengan doa rabitah.

TERJEMAHAN MUNAJAT PEJUANG

Ya Allah! Ya Tuhan yang Maha Penyayang. Wahai Tuhan yang memiliki Arash yang mulia, Wahai Tuhan yang Maha Mencipta, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa Mengembalikan, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa melakukan apa yang dikehendki, Kami bermohon kepadaMu dengan cahaya keAgunganMu yang meliputi ArashMu, dengan kekuasaanMu yang Engkau telah tentukan ke atas seluruh makhlukMu, dengan rahmatMu yang meliputi setiap sesuatu. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami.


Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menyakiti kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu. Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menzalimi kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu.



Ya Allah! Ya Tuhan yang tunduk kepadaNya pemimpin-pemimpin yang sombong. Wahai Tuhan yang tunduk kepadaNya orang-orang yang membawa perpecahan.Tidak ada yang datang dari Engkau ya Tuhan melainkan akan kembali kepadaMu jua. Tidak ada tempat untuk memohon pertolongan melainkan kepadaMu dan tidak ada tempat bergantung melainkan kepadaMu. Hindarkanlah kami daripada segala tipudaya orang-orang yang dengki dan kegelapan orang-orang yang menentang kami, jua keburukan orang-orang yang iri hati serta zalim. Dan rahmatilah kami dibawah naungan ArashMu. Wahai Tuhan yang maha Mulia, kuatkanlah tubuh badan kami untuk mendapatan keredhaanMu, dan terangilah hati-hati kami dan sanubari sahabat-sahabat kami untuk melaksanakan manhajmu.


Ya Allah, jauhkanlah antara kami dengan musuh-musuh kami dan orang-orang yang dengki kepada kami sebagaimana Engkau jauhkan diantara timur dan barat. Sambarlah pandangan-pandangan mereka dari melihat kami dengan cahaya kebesaranMu dan kemuliaanMu. Sesungguhnya Engkaulah pemberi sebesar-besar nikmat dengan rahmatMu, ya Tuhan yang Maha Mengasihani.


Ya Allah! Kami berlindung dengan kalimah-kalimahMu yang sempurna daripada setiap gangguan Syaitan dan setiap penglihatan yang jahat dan membahayakan. Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami serahkan kepadaMu tengkok musuh-musuh kami dan orang-orang yang mendendami kami. Kami juga berlindung denganMu daripada perbuatan jahat mereka.



Ya Allah! Kembalikanlah tipudaya mereka ke atas tengkok-tengkok mereka sendiri. YaAllah! hancurkanlah kesatuan mereka dan pecah belahkanlah panji mereka, goncangkanlah pendirian mereka dan utuskanlah keatas mereka anjing daripada anjing-anjingMu.


Ya... Allah Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kesabaran ke atas kami dan tetapkanlah pendirian kami. Tolonglah kami untuk menghadapi kaum yang engkar. Ya Allah! Perbaikilah hubungan diantara kami dan jinakkanlah diantara hati-hati kami. Tunjukkanlah kami jalan-jalan yang selamat dan keluarkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhilah kami dari kekejian samaada yang zahir daripadanya mahupun yang tersembunyi. Wahai Tuhan kami engkaulah Tuhan yang maha menutup, maka tutuplah keaiban kami dan amankanlah ketakutan kami.


Ya Allah! Tolonglah kami, janganlah susahkan kami.Tolonglah kami, janganlah Engkau tolong mereka untuk menyusahkan kami, rancangkanlah untuk kami, janganlah Engkau rancangkan untuk mereka yang menyusahkan kami.Berilah kami hidayah, mudahkanlah hidayah itu untuk kami. Tolonglah kami untuk menentang orang yang hendak melakukan kezaliman ke atas kami.

Ya Allah! Pimpinlah kami ke jalan yang lurus dan jadikanlah kami dikalangan penunjuk jalan yang mendapat petunjuk dan dikalangan para da'ie yang mendapat petunjuk. Ya Allah! Satukanlah saf pejuang-pejuang kami yang ikhlas dan bantulah tentera-tentera yang bersatu dan orang-orang yang bersama dengan mereka.


Ya Allah! Sesungguhnya dengan wajah (Kebesaran) Allah yang Maha mulia dan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh orang yang berbuat kebaikan mahupun kejahatan, kami berlindung daripada kejahatan-kejahatan yang turun dari langit dan daripada kejahatan yang naik ke langit, daripada kejahatan yang bertebaran di muka bumi dan yang keluar daripadanya, daripada fitnah malam dan siang, daripada kejutan bahaya-bahaya besar yang datang pada waktu malam dan siang, melainkan kejutan yang datang dengan baik. Ya Tuhan yang maha pemurah, Ya Tuhan yang amat mengasihani, Ya Tuhan yang yang membuka hati, Ya Tuhan yang menutup keaiban. Ya Tuhan yang menyingkap kesusahan. sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui perkara-perkara yang tersembunyi.



Ya Allah! Ya Tuhan yang cahaya kemulianNya dalam rahsiaNya dan rahsiaNya dalam ciptaanNya, sembunyikanlah kami daripada pandangan orang-orang yang sentiasa memandang dan daripada hati orang-orang yang dendam serta orang-orang yang melampau sebagaimana Engkau sembunyikan roh di dalam jasad. Sesungguhnya Engkaulah Maha berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah! Tindakkanlah ke atas orang-orang yang menzalimi kami dan menentang kami. Janganlah Engkau jadikan musibat terhadap agama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai cita-cita utama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai tujuan ilmu kami dan janganlah Engkau timpakan kepada kami sebab dosa kami akan kekerasan orang-orang yang tidak gentar kepadaMu dan orang yang tidak mengasihani kami.


Ya Allah! Sesungguhnya kami mengadu kepadaMu lemahnya kami, sedikitnya helah kami dan hinanya kami di sisi manusia. Ya Tuhan yang maha mengasihani, Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah tertindas dan Engkaulah Tuhan kami. Ya Allah! Kepada siapakah Engkau campakkan kami. Kepada orang-orang yang jauh yang membenci kami atau kepada musuh yang mengancam kami. Jika Engkau tidak murka kepada kami maka kami tidak peduli. Akan tetapi keampunanMu lebih meluas kepada kami daripada dosa-dosa kami. Dengan cahaya wajahMu (kebesaran) yang menerangi kegelapan dan menjadi menjadi baik di atasnya urusan dunia dan akhirat, kami berlindung daripada ditimpakan ke atas kami kemurkaanMu kepadaMulah tempat bermohon sehingga engkau redha. Dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan pertolongan Allah yang maha tinggi lagi maha Agung.


Ya Allah! Engkau telah memerintahkan kami supaya berdoa dan Engkau telah menjanjikan kepada kami dengan diperkenankan doa. Maka perkenankanlah doa kami. Ya Allah! KepadaMulah segala Pujian, kepadaMulah tempat mengadu dan denganMulah tempat memohon pertolongan. KepadaMulah tempat kami bergantung, maka dengarilah suara doa munajat kami ini. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu. Amiin..

Sumber : PAS Johor

Khamis, 8 Oktober 2009

Markas Pemuda PAS diceroboh, petugas ditetak!


(Gambar Salah seorang mangsa yang ditetak dengan parang)

BAGAN PINANG, 8 Okt: Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.


Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, sekumpulan 20 lelaki bermotosikal dipercayai penyokong BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.

Selain ditumbuk, pemuda PAS terbabit juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.

Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

"Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan.



Suhaizan juga kesal di atas kejadian itu menganggap penyokong Umno BN tersebut bertindak membelakangi undang-undang.

"Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni," katanya.

Ekoran kejadian tersebut, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini.

Satu taklimat khas kepada pemuda yang hadir akan di adakan malam ini di markas induk mereka.

"Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.

Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebgai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

"Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa dia melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain.

"Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan.

Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan.

Harakaydaily bagaimanapun dalam usaha mancari kesahihan maklumat tersebut.

Berikutan itu DPP akan mengadakan satu sidang media tergempar dai Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, jam 11 pagi ini.

Sidang media tersebut akan diketuai Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasarudin Hassan dan Suhaizan sendiri.

Turut akan didedahkan dalam sidang media tersebut adalah berkaitan maklumat terbaru penyelewengan undi pos.

Sumber : Harakahdaily