Halaman

Khamis, 26 November 2009

Salam AidilAdha



Bismillahirrahmanirrahim...

Dikesempatan ini, ingin ana mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha" kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.

Rabu, 25 November 2009

Jamuan Akhir Tahun 2009, 1 Ibnu Qayyum




Cikgu Zuraidah menyampaikan hadiah kepada Adik Aida Khairina


Ustaz Mohamad menyampaikan hadiah kepada Adik Solahuddin Al-Ayubi


Ustaz Mohamad menyampaikan hadiah kepada Adik Aqil Isyraf


Ustaz Mohamad menyampaikan hadiah kepada Adik Izzat Shauqi

Ter...Melawat Zoo negara....





25 November 2009,

Secara tidak sengaja dan tidak dirancang, dapat juga akhirnya ana menjejakkan kaki ke Zoo Negara yang mana telah lama diidamkan untuk menziarahinya.

Kebetulan "service" kereta di Perodua yang letaknya berdekatan dengan Zoo Negara. Selesai sahaja urusan di Perodua, terus sahaja memecut kereta ke tempat yang ingin dituju. Jam menunjukkan pukul 11.10pagi.

Disebabkan program ziarah Zoo Negara nih tidak dirancang, maka "kamera" untuk mengambil gambar yang cantik pon tidak dapat disediakan. Gambar-gambar dibawah hanya menggunakan kamera handphone. Memang tak cantik, tapi.... boleh la.

Sang Beruang mengucapkan Selamat Datang kepada kami (ye ke?? )

















Puas hati juga program "ter melawat Zoo Negara" nih. Ziarah kali nih, tergesa-gesa juga kerana waktu tuh, cuaca agak mendung. Jadi, tak dapat nak lihat semua yang ada. Hanya mencari binatang yang dianggap "rugi" kalau tidak melihatnya.

P/S: Ustaz Ismail, insyaAllah...lepas nih, kita plan sekali yer.

Khamis, 19 November 2009

"PENGAWAS"






GAMBAR 1 : PENGAWAS SEKOLAH

GAMBAR 2 : PENGAWAS PUSAT SUMBER

Kem Jati Diri 2009













Ahad, 15 November 2009

...



Diatas Ataupun Yang Dibawah lebih keinginannya





Rabu, 11 November 2009

Iklan 'potong' jadi isu di Parlimen




Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengkaji penyiaran iklan P1 Wimax broadband yang menimbulkan kontroversi apabila menggunakan perkataan 'potong' secara berulang-kali dalam iklan itu.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Saei Kie berkata kandungan iklan itu sedang dalam pertimbangan forum kandungan SKMM untuk menentukan sama ada ia bercanggah dengan kod kandungan yang sepatutnya.

"Bagaimanapun untuk makluman semua, iklan sebelum boleh disiarkan mesti mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya kementerian ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di peringkat dasar bagi kementerian berkenaan di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) mencelah penggulungan Heng bagi meminta kementerian menghentikan penyiaran iklan itu yang dikatakan boleh disalah tafsir.

"Bila kita kata potong ini... lucah sangat la... kita faham (tukar penggunaan talian internet kepada jalur lebar) tapi bagi sesetengah orang, potong itu maknanya potong itulah (merujuk kepada amalan bersunat).

"Saya ingat kalau boleh minta menteri iklan itu dipotonglah," katanya.

Bagaimanapun hasrat Mohamad untuk berhujah mengenai pengwujudan Tabung Kebajikan Penggiat Seni ditegur Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meminta beliau meringkaskannya.

"Yang Berhormat, sila ringkaskan, saya tidak mahu menggunakan perkataan 'potong' pada Yang Berhormat," katanya, berseloroh.

Mendengar teguran itu, Mohamad segera menghentikan hujahnya dengan berkata: "Jadi begitu saya tidak kena potonglah," yang mengundang ketawa anggota dewan. BERNAMA

Sumber

Jumaat, 6 November 2009

Mahasiswa Demontrasi Pertahankan Qanun Jinayah di ACHEH



Lebih 100 mahasiswa dari Institut Agama Islam Negeri ( IAIN ) Ar-Raniry dan Universitas Syiah Kuala ( Unsyiah ) bergabung dalam satu kesatuan yang diberi nama Mahasiswa Untuk Syariat Islam ( Mahsyar ) melakukan aksi demonstrasi dihadapan kantor Gubernor Aceh pagi tadi.

Himpunan aman yang bermula sekitar jam 10.45 pagi ( 11.45 Malaysia ) tadi antara lain menuntut agar Gubernor Aceh, Irwandi Yusuf tidak berdolak dalik lagi dalam hal pelaksanaan Qanun Jinayat Islam di bumi Aceh Darussalam. Ini berikutan tindakan Irwandi sebelum ini yang memberikan pelbagai alasan untuk tidak menandatangani undang-undang Qanun Jinayah yang berkait dengan hukuman rejam.



Pelbagai alasan dipaksakan agar diterima pakai oleh rakyat Aceh, kata wakil mahasiswa dalam himpunan itu tadi. Hal ini dilihat seolah-olah ada campurtangan pihak asing dalam menekan pemerintah Aceh dari melaksanakan syariat Islam, kata satu sumber. Walaubagaimanapun, ketegasan Irwandi itu yang diperlukan, kata Faisal, salah seorang coordinator himpunan.

Himpunan yang dihadiri oleh anggota Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia ( KAMMI ), Lembaga Dakwah Kampus ( LDK ) IAIN Ar-Raniry dan Unsyiah ini pada mulanya agak kericuhan dengan tindakan pihak keselamatan dan lebih 20 anggota polis yang berkawal yang tidak membenarkan para peserta himpunan masuk ke dalam kawasan kantor. Laungan slogan-slogan mahasiswa ini hanya dilakukan di hadapan pintu pagar masuk ke Kantor Gubernor Aceh sahaja.

Sekitar jam 11.30 pagi, setelah didesak berkali-kali dan ditambah aksi dorong mendorong pintu pagar kantor, akhirnya pihak polisi membuka pagar dan semua peserta himpunan dibenarkan masuk untuk menyuarakan isi hati mereka dihalaman kantor. Namun, Irwandi Yusuf hanya menghantar wakilnya sahaja yang keluar untuk berhadapan dengan para mahasiswa dengan disaksikan oleh puluhan anggota polisi dan wartawan dari pelbagai media.



Beberapa wakil mahasiswa menyampaikan ucapan dengan meluahkan kekecewaan serta menegaskan agar Irwandi tegas melaksanakan Syariat Islam di Aceh kerana undang-undang ini sudah ada dan disahkan oleh anggota Dewan Perwakilan Rakyat Aceh ( DPRA ), namun ditolak oleh beliau. Mereka turut memberi amaran kepada kerajaan Pusat agar tidak campurtangan dalam pelaksanaan Syariat Islam di Aceh dan jangan berani mencabar Qanun Jinayah ini.Jangan sampai undang-undang ini dikontroversikan lagi, tetapi sekarang adalah masa untuk dilaksanakan, kata mereka.

Saat ini, ulama’-ulama di Aceh mula terpecah kepada 2 kelompok iaitu yang mula menzahirkan sikap kekecewaan terhadap pemerintahan Irwandi dan sebahagian lagi berdiam diri dan terdapat juga mereka yang menyetujui agar rakyat difahamkan dahulu mengenai Qanun ini, barulah dilaksanakan agar nanti tidak berlaku masalah. Namun, pimpinan mahasiswa Aceh meyakini bahawa para ulama’ ini sudah mula bimbang untuk berbicara kerana isu qanun ini sudah menjadi permasalahan politik. Mereka turut memegang sepanduk tertulis ‘Jalankan Qanun Jinayat atau mundur !!!’ dan ‘Pak Irwandi jangan gadaikan hukum Allah’.


Himpunan berakhir dengan aman sekitar jam 11.45 pagi dengan bacaan pernyataan sikap oleh Sdr.Faisal selaku coordinator Mahsyar dan bacaan doa. Berikut adalah isi kandungan pernyataan sikap mahasiswa Islam Aceh dibawah gabungan Mahsyar :



“ Aceh adalah daerah provinsi yang merupakan kesatuan masyarakat hukum yang bersifat istimewa dan diberi kewenangan khusus untuk mengatur dan mengurus sendiri urusan pemerintahan dan kepentingan masyarakat setempat. Dewan Perwakilan Rakyat Aceh telah mengesahkan peraturan daerah tentang Qanun Jinayat ( hukum pidana Islam ) dan Qanun Acara Jinayat ( hukum acara pidana Islam ). Kedua Qanun ini sebagai Qanun perbaikan terhadap qanun 12, 13, 14, 2003 tentang khamar, maisir dan khalwat. Banyak pihak yang menilai ketiga qanun tersebut terdapat banyak kelemahan dan kekurangan sehingga perlu dilakukan perbaikan. Maka qanun Jinayat menjadi penting untuk memberi penguatan terhadap pemberlakuan Syariat Islam di Aceh. Namun alangkah sangat menyedihkan ketika masyarakat Aceh mendapati pemimpinnya ( Gubernor ) justeru menolak menandatangani Qanun tersebut.

Maka dengan ini kami yang terhimpun dalam Mahsyar ( Mahasiswa Untuk Syariat Islam ) menganggap perlu untuk menyatakan tuntutan sebagai berikut :

Pertama, mendesak Gubernor Aceh untuk segera menjalankan Qanun Jinayat dan Qanun Acara Jinayat yang telah disahkan oleh DPRA pada tanggal 14 Sept 2009 lalu, walaupun sebenarnya Gubernor Aceh tidak bersedia menandatangani Qanun tersebut. Tapi berdasarkan fasal 37 ayat ( 2 ) Qanun Aceh Nombor 3 tahun 2007 tentang tatacara pembentukan Qanun-Qanun menyebutkan bahawa dalam hal rancangan qanun sebagaimana dimaksud pada ayat ( 1 ) tidak ditandatangani oleh Gubernor / Bupati / walikota dalam waktu paling lama 30 hari sejak rancangan qanun disetujui bersama : Maka rancangan qanun tersebut sah menjadi qanun dan wajib diundangkan, diperkuat dengan fasal 43, UU No 10 / 2004 tentang pembentukan peraturan perundangan.




Disini jelas bahawa sejak tanggal 15 Okt 2009 lalu ( 30 hari sejak 14 Sept 2009 ) Qanun Jinayat telah sah menjadi hukum positif dan setiap orang dianggap mengetahuinya dengan pernomboran dan dimasukkannya kedalam Lembaran Daerah. Maka kami mengecam sikap Gubernor Aceh yang melakukan provokasi-provokasi untuk menggagalkan qanun yang sudah sah tersebut justeru seharusnya Irwandi sebagai pemimpin menghormati setiap keputusan hukum yang ada sehingga dapat menjadi tauladan buat seluruh masyarakat. Bukan malah mempolitisasi qanun tersebut dengan alasan-alasan yang terlalu dipaksakan.



Kedua, meminta kepada pemerintah pusat untuk menghormati qanun jinayat yang telah disahkan oleh DPRA dan jangan sekali-kali melakukan upaya pembatalan atau melakukan revisi perda ( peraturan derah ) yang telah ditunggu-tunggu oleh seluruh masyarakat Aceh, namun apabila hal tersebut tetap dipaksakan maka masyarakat Aceh menilai ini adalah bahagian dari penghambatan pemberlakuan Syariat Islam yang dilakukan Pusat terhadap Aceh.

Dengan demikian tuntutan ini kami sampaikan, sudah semestinya Syariat Islam di Aceh menjadi contoh untuk menggapai masyarakat Madani yang kita cita-citakan bersama.


Mahasiswa Untuk Syariat Islam ( Mahsyar )

Banda Aceh, 6 November 2009

(Faisal Plimbang )

Koordinator Aksi

Sumber

Bila 'Malu' semakin tipis.......dan....


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membantah sekeras-kerasnya penyiaran iklan Count The Panties Contest seperti dimuatkan di sebuah akhbar tempatan semalam.

Iklan yang memuatkan borang penyertaan tersebut "tidak mengambil kira sensitiviti dan pegangan kesopanan dan kesusilaan rakyat di negara ini yang majoritinya beragama Islam", kata presidennya SM Mohamed Idris.


"Adalah sesuatu yang amat memalukan apabila menyiarkan iklan yang secara langsung menggalakkan penyertaan para pembaca akhbar dalam peraduan mengira jumlah seluar dalam wanita," katanya.

"CAP amat ingin mengetahui rasional di sebalik tindakan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam membenarkan iklan sedemikian disiarkan dalam media arus perdana negara."

Dalam satu kenyataannya semalam, CAP menggesa KDN dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak lebih tegas dan proaktif untuk memastikan "iklan-iklan murahan" tidak disiarkan lagi pada masa hadapan.

Menurutnya lagi, Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia melarang kandungan yang dianggap sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mencaci, mengugut atau mengganggu seseorang.

Tambahnya, kandungan yang disifatkan tidak sopan itu pula termasuklah bahan-bahan yang bersifat jelik, tingkah laku tidak sopan dan bertentangan dengan kelakuan yang diterima umum.

"Ini termasuklah bahan-bahan bogel dan seks. Persoalannya apakah iklan mengira seluar dalam wanita ini terikat di bawah akta ini?" kata Mohamed lagi.

CAP juga merujuk peruntukan Akta Iklan Lucah Sopan 1953 yang bertujuan menyekat iklan lucah dan iklan mengenai penyakit berkaitan seks.

Menurut Seksyen 3 akta itu, menjadi kesalahan melekat atau menulis di rumah, bangunan, dinding, pintu, pagar, tiang, papan, pokok atau tempat buang air atau mana-mana benda, gambar lucah atau sumbang atau alat bertulis atau cetak.

"Jadi, apakah peranan akta ini dalam membendung iklan lucah sedemikian?" kata aktivis pengguna berpengalaman itu.

Peraduan khas untuk golongan wanita itu menghendaki pesertanya mengira jumlah seluar dalam di dalam sebuah jam dengan ganjaran RM1,000 seorang bagi 200 pemenang.

Hadiah itu pula dibayar dalam bentuk kredit panggilan telefon sama ada pascabayar atau prabayar.


Dianjurkan oleh syarikat jenama tuala wanita popular, peraduan itu bermula awal bulan lepas hingga 31 Disember ini.

Sumber