Halaman

Sabtu, 16 Januari 2010

KeKuaTan Iran, KEtakuTan AS dan SeKuTunya




Iran ke Angkasa Lepas, AS Gentar
Hari Selasa lalu, Iran berhasil meluncurkan satelit domestik buatannya sendiri yang diberi nama Omid (harapan) ke luar angkasa. Peluncuran Omid, merupakan sebahagian dari rancangan Iran untuk mengorbitkan satelit-satelitnya yang lain ke luar angkasa.


1/3 Penduduk Israel Berpindah Jika Nuklear IRAN Berjaya
Dalam sebuah undian suara tentang teknologi nuklear Iran yang diadakan oleh sebuah stesenn radio militer Israel pada Jumaat (232/5) lalu, didapati hasilnya sepertiga penduduk negeri Zionis itu akan hijrah keluar Israel jika Iran berhasil mencapai teknologi nuklear.


Qardhawi Akan Bela Iran Jika Diserang
Ulama kelahiran Mesir yang cukup terkenal di dunia antarabangsa, Syaikh Yusuf Qaradawi menyatakan akan memberi dukungan pada Iran untuk mempertahankan program nuklearnya dan akan berpihak pada Iran jika AS dan sekutunya Israel, menyerang negara republik Islam itu.

"Semua negara, termasuk Iran, punya hak membangun program nuklearnya untuk keperluan damai. Jika Washington mengobarkan perang dengan Tehran, kita selayaknya membela Iran," kata Syaikh Qardawi seperti disiarsurat akhbar al-Watan.

Ahmadinejad: IRAN Kuasa Besar Dunia
Presiden Iran Mahmud Ahmadinejad menyeru dunia antarabangsa untuk berinteraksi dengan negaranya dengan memandangnya sebagai pusat utama dan kekuatan besar di kawasan Timur Tengah dan dunia.


Dunia tak stabil jika IRAN diserang
WASHINGTON: Serangan ke atas Iran mungkin menyebabkan keadaan menjadi amat tidak stabil dan menimbulkan kesan yang tidak dijangka di Timur Tengah.

Pengerusi Ketua Turus Tentera Amerika Syarikat (AS), Admiral Mike Mullen berkata, AS bersedia berdepan sebarang risiko andai perang meletus di Iran meskipun tenteranya terbabit dalam perang di Iraq dan Afghanistan.

"Sudah lama kami memberi perhatian terhadap Iran dan menyedari potensi ancaman program nuklear Iran yang pastinya bakal diguna menghasilkan senjata.

"Jika Iran memiliki senjata nuklear, keadaan pasti tidak stabil tapi pada masa sama, senario sama juga akan turut berlaku jika Iran diserang," katanya.

Khamis, 7 Januari 2010

PALESTIN- Sudah 2 Minggu Bekalan Makanan Tersangkut



Keadaan umat Islam di Gaza, Palestin, sangat menyedihkan khususnya setelah distribusi bantuan makanan bagi rakyat Palestin di Jalur Gaza dihentikan PBB dengan alasan kekurangan bahan bakar.

Orang-orang Palestin telah berada dalam kesulitan untuk mendapatkan makanan sejak Palestina diduduki pada tahun 1946. Di beberapa kem pelarian, ada yang memakan rumput.

Badan PBB yang mengelola distribusi bantuan, UNRWA, menghentikan pengiriman bantuan makanan ke Gaza dua minggu lalu kerana kenderaan mereka mengalami kekurangan bahan bakar. Lebih dari 80% penduduk Gaza mengandalkan bantuan kemanusiaan, dengan pasukan makanan dari PBB memenuhi keperluan 1.5 juta orang. Sebahagian besar dari mereka adalah kanak-kanak


Cris Gunness, juru bicara UNRWA mengatakan bahwa bantuan kepada 650.000 orang mesti dihentikan sementara. Israel benar-benar kejam, setelah tanah Palestin dirampas, mereka membiarkan orang-orang Islam Palestin hidup dalam kesengsaraan dan kelaparan.


Sampai bila situasi menyedihkan dan mengiriskan ini berlangsung? Sementara ada sebahagian orang Arab yang merancang membeli seorang penyerang bolasepak asal Sepanyol bernama Fernando Torres dengan tawaran yang—ehm, bisa mengurut dada—Rp 2.2 trilyun! (sa/poj)

SUMBER

Sabtu, 2 Januari 2010

Mahasiswa BAntah E-Voting!



Banyak perkara yang boleh dipersoalkan kepada pihak yang ingin melaksanakannya, jika ingin berbincang mengenai kelebihan dan kekurangan.

tetapi apa yang paling penting sekali, mesti bantah E-Voting!

Jumaat, 1 Januari 2010

Selamat Tahun Baru 2010 (Masihi)




Dalam tak sedar ketika semua asyik menyambut tahun baru 2010, lebih kurang jam 12.00malam - 4.00pagi (ana difahamkan), telah berlaku Gerhana Bulan


..................................Gambar hiasan sahaja..................................