Halaman

Sabtu, 15 Mac 2008

Itu baru Melayu "bunuh" Melayu.

Utusan Malaysia sudah melampau, tiupkan api perkauman
Posted on Saturday, March 15 @ 16:23:17 EST by reformis
Kelantan seolah anak tiri dalam keluarga kerajaan Persekutuan yang besar. Mesyuarat Menteri-menteri Besar bersama PM tidak mengundang Kelantan, dan Pusat pula mewujudkan kerajaan dalam kerajaan di Kelantan dan sebagaimana yang berlaku di Terengganu di bawah PAS dulu. Itu baru Melayu "bunuh" Melayu.

Oleh HFAR

Keputusan PRU ke-12 terus-menerus menjadi topik bualan hangat. Ketika bersarapan pagi di sebuah kedai mamak di KL pagi tadi sepasang suami-isteri berketurunan Cina duduk dimeja sebelah saya. Mereka bertutur dalam bahasa Cina, walaupun saya tidak memahaminya namun saya dapat menangkap yang mereka juga bercerita tentang PRU ke-12 apabila nama DAP dan pimpinan DAP serta negeri Perak disebut-sebut dalam bualan mereka itu.

Akhbar arus perdana berbahasa Melayu juga nampaknya masih terus-menerus melaporkan keputusan "upset" yang jelas tidak memihak pemegang saham dan tuan-tuan punya syarikta mereka.

Walau bagaimanapun saya melihat akhbar-akhbar berkenaan kini sudah beralih dari mengulas darihal keputusan PRU itu kepada agenda baru. Kini mereka terang-terangan membakar dan mengadu domba pula antara sesama pakatan parti-parti alternatif kepada melaga-lagakan sesama bangsa Melayu.



Ini saya kira sesuatu yang tidak sihat dan jika tidak dikawal boleh sampai keperingkat mencetuskan ketegangan antara dan sesama kaum, sesuatu yang sewajarnya tidak diizinkan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Saya yakin kiranya mana-mana laman web atau blog melakukan kerja keji ini pasti kami akan disiasat dan terus diambil tindakan, saya harap pihak polis khususnya Cawangan Khas melihat kesan dan implikasi mainan api Utusan Malaysia itu dan mengecualikan mereka.

Kalau orang Melayu yang tidak mengundi Umno atau BN dianggap sebagai pengkhianat dan menjual maruah agama dan bangsa saya kira Utusan sudah jauh tergelincir dan menghina proses demokrasi dan hak asasi rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan negara kita.

Antara tajuk-tajuk dalam ruangan forum akhbar berkenaan hari ini adalah:

Melayu "makan" Melayu

Melayu telah menghulurkan tangan dan tenaga bagi merebahkan kepimpinan bangsanya sendiri.

Orang Melayu tidak mempunyai apa-apa untuk menjaga maruah bangsa selain berada ditampuk pemerintahan.

Tahniah Melayu Pulau Pinang. Anda telah membuat satu perubahan yang betul, perubahan yang membinasakan diri sendiri.

Kesemua ini adalah hasutan dan sangat bahaya bagi keamanan dan kestabilan negara. Jangan terus biarkan Utusan lepas dengan agenda jahat ini.

Kalau benar kita mahu berbicara soal mempertahan maruah agama dan bangsa, lihatlah apa yang dilakukan terhadap kerajaan PAS di Kelantan sejak tahun 1990.

Ia walaupun kerajaan yang diteraju oleh orang Melayu yang beragama Islam, namu kerajaan Melayu Islam di peringkat Pusat terus meminggir dan mendiskriminasinya.

Kelantan seolah anak tiri dalam keluarga kerajaan Persekutuan yang besar. Mesyuarat Menteri-menteri Besar bersama PM tidak mengundang Kelantan, dan Pusat pula mewujudkan kerajaan dalam kerajaan di Kelantan dan sebagaimana yang berlaku di Terengganu di bawah PAS dulu.

Itu baru Melayu "bunuh" Melayu.

Keputusan PRU ke 12 sesungguhnya adalah iktibar buat Umno dan BN. Ambil dan akur keputusan rakyat. Tak perlulah menggunakan lorong-lorong tidak demokratik untuk menjatuhkan kehendak rakyat. Bukit Aman diharap tinjau-tinjaulah perkembangan di Utusan itu.

Tiada ulasan: