Halaman

Ahad, 14 Disember 2008

Peringatan buat diri


Bismillahirrahmanirrahim...

Segala pujian hanya bagi Allah, tuhan sekali 'alam. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w beserta ahli keluarga baginda, para Sahabat, para tabi' dan tabi'in serta seluruh kaum muslimin dan muslimat yang hidup ataupun yang telah meninggalkan dunia.

Sekali lagi ucapan Alhamdulillah disebut menyatakan betapa bersyukurnya diri ini yang mana masih lagi diberi kesempatan untuk memperbaiki apa yang tersalah dan menambah bekalan untuk dibawa ke negeri Akhirat. Bagitu juga dengan kenikmatan yang cukup besar dikurniakan oleh Allah s.w.t. iaitu nikmat Iman dan Islam yang tidak semua makhluk memperolehnya...

Alhamdulillah...

Hari demi hari, umur kita semakin meningkat angkanya tetapi semakin pendek usianya dek kerana menghampiri hari kematian. Dikesempatan ini marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan kebaikan yang mana, sekurang-kurangnya boleh membantu kita di akhirat kelak (InsyaALLAH..).


Dalam Al-Qur'an, Allah s.w.t berfirman :

"Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik(syurga) dan tambahannya (kenikmatan melihat Allah). Dan Wajah mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak(pula) dalam kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal didalamnya." (Surah Yunus : 26 )1


Lain pula jadinya jika perkara sebaliknya dilakukan

"Adapaun orang-orang yang berbuat kejahatan (akan mendapat) balasan kejahatan yang setimpal dan mereka diselubungi kehinaan. Tidak ada bagi mereka seorang pelindung pon dari (azab) Allah, seakan-akan wajah mereka ditutupi dengan kepingan-kepingan malam yang gelap gelita. Mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal didalamnya".  (Surah Yunus : 27 )1


Memang tidak boleh dinafikan bawaha kenikmatan dunia ini memang sungguh dahsyat sehinggakan siapa yang tidak kuat Imanya barangkali boleh hanyut dibawa arus nikmat duniawi. Marilah sama-sama berdoa supaya kita tidak termasuk dalam golongan yang hanyut dengan kenikmatan duniawi.


"Harta dan anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus-menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan."             (Surah Al-Khafi : 46 )1


Harta benda, anak-anak, wanita dan pangkat merupakan kenikmatan duniawi yang boleh menyebabkan manusia lari dari mengigati Allah s.w.t. Dalam sedar ataupun tidak, kita kerap kali mengutamakan "perkara-perkara" ini berbanding mengutamakan Allah s.w.t.

Sebagai contoh, jadual harian kita tidak diatur dengan betul dan menyebabkan hampir-hampir tiada masa untuk Allah s.w.t. Itu kalau ada sedikit, bagaimana pula kalau memang tiada langsung?. Nauzubillah....

Seorang muslim yang berjaya, bijak untuk menguruskan masanya dengan teratur. Ada masa untuk dunia dan juga ada masa untuk akhirat.

Dengan keadaan dunia akhir zaman sekarang nih, banyak perkara yang perlu dibuat. Manfaatkan masa hidup dengan sebaiknya.


Amru bin Maimun R.A meriwayatkan Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,           "Ada lima perkara yang sangat berharga yang diberikan percuma oleh Allah s.w.t. kepada semua umat manusia. Lima perkara itu perlu dimanfaatkan oleh semua umat manusia dengan sebaik-baiknya sebelum datang lima perkara yang lain. Ia adalah masa muda sebelum masa tua, masa sihat sebelum masa sakit, masa senang sebelum masa susah, masa lapang sebelum masa sempit serta masa hidup sebelum datang kematian"2.

Wallahualam....

1. Terjemahan daripada Al-Quran Darul Iman

2. Tundukkan hati karangan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tiada ulasan: