Halaman

Khamis, 19 Jun 2008

Menjadi kebiasaan

Bismillahirrahmanirrahim..

Pertama dan selamanya,

Alhamdulillah.... tuhan sekalian 'alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. beserta ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabi' dan tabi'in, serta seluruh kaum muslimin dan muslimat yang hidup ataupun yang telah meninggalkan dunia yang fana' ini.

Sekali lagi ana suka untuk mengucapkan alhamdulillah, kerana dengan izinNya dapatlah ana kesempatan untuk menitipkan sesuatu didalam blog ana ini.

Hari ini dan semenjak dua minggu kebelakangan ini, ana memang berada dalam "keadaan" yang agak tidak keruan. Mungkin disebabkan asakan dan terjahan perkara-perkara yang berada disekeliling ana sendiri. Yang pertamanya dari sudut study itu sendiri. Diikuti dengan persatuannya. Jemaahnya lagi dan juga komitmen dengan aktiviti luar. Dan yang paling penting sekali adalah (Hablum minannas) hubungan dengan manusia yang ingin sentiasa dijaga.

Kalau diikutkan nafsu, nak saja ana abaikan semua tu dan hanya fokus pada "Final Year" yang memang dah semakin hampir pada kemuncaknya.

Tetapi...

Bila memikirkan "kenapa" ana sebagai seorang manusia dicipta, segala yang menjadi bebanan didalam fikiran terus hilang tanpa dapat dicapai semula. Ana mengangap semua ini adalah satu tarbiyah pada diri ini untuk melahirkan "sesuatu" dari dalam yang boleh menyinari segenap ruang dengan Islam. Yang penting, ikhlas kerana Allah s.w.t.

Sebenarnya bukan itu yang ingin ana bawa pada penulisan kali ini, tetapi ianya adalah daripada salah satu cabang akhlak itu juga.
Iaitu "menjauhi perbuatan sangka buruk, mengumpat, menjejak keburukan orang lain"


"Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakkan dari prasangka buruk, sesungguhnya sebahagian dari prasangka buruk itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati, maka tentulah kamu merasa jijik dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang" (Al-Hujurat : 12)


Menjadi kebiasaan orang pada zaman sekarang ini, mengumpat tak kira masa dan tempat. Ada saja perkara yang ingin di umpatnya. Sampaikan perkataan umpat ini diubah menjadi "GOSIP". apa kejadahnya semua ini??!!. Dan kalau dilihat, GOSIP ini pula, kadang-kadang boleh menjadi satu "FITNAH"!!!. Dan tahukan kamu apa dosanya dan hukumannya pada orang yang menabur fitnah??!!.

Marilah sama-sama kita muhasabah diri. Jangan amalkan perakara yang telah menjadi suatu tabiat pada zaman sekarang ini. Benda ini nampak remah, padalah dengan lidah inilah juga kita boleh dihumbakan kedalam Neraka Allah s.w.t.


"Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka buat maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata" (Al-Ahzab : 58)


Bak kata pepatah orang melayu dahulu kala "kerana pulut, santan binasa dan kerana mulut, badan binasa" (eh...betul ke peribahasa nih...) . Dek kerana dosa lidah, habis satu badan menanggung derita.


"Wahai orang-orang yang hanya beriman pada lidahnya, tetapi iman itu tidak masuk kedalam hatinya, janganlah kamu mengumpat orang-orang muslim dan janganlah kamu mengejek keburukan mereka kerana sesiapa yang mengejek keburukan saudara muslimnya, Allah akan mendedahkan keburukannya sekali pun dalam rumahnya".
(Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi: Al-Hafiz al-Iraqi berkata : "Sanadnya Jayyid." )


Sudah jelas dan terang lagi bersuluh, tidak "gemar" atauapun "boleh" untuk kita mencari-cari kesalahan orang lain. Sekiranya "kesalahan" ataupun "keburukan" orang itu berlaku dihadapan mata kita sendiri(secara tidak sengaja,bukan mencari), maka itu tidak dikira kita mencari kesalahan orang itu. (aduss..... kenapa sungguh complicated).

Islam mengajurkan untuk kita bersangka baik sesama muslim. Indahnya akhlak seorang muslim itu bilamana dia melaksanakan apa yang Islam telah gariskan. Subhanallah...


*penulisan ini ditulis kerana terkilan dengan sifat yang ada dalam diri ana sendiri. Iaitu suka sangat untuk berfikir tentang perkara yang tidak elok pada sahabat-sahabat yang berada disekeliling ana. Teruknya!!!!.

1 ulasan:

Desperado berkata...

Nak tambah lagi satu produk dari Dutch tu...

AYAM BELANDA ok ker? ke nak kena boikot jugak...

Salam Perkenalan

www.pilihananda08.blogspot.com