KUALA LUMPUR, 17 Jun (Hrkh) - "Kondisi kekuatan sesebuah gerakan mahasiswa yang berjaya ialah apabila berada dalam keadaan ditekan dan disekat.
"Namun, ujian sebenar bagi mereka ialah kekangan dari sudut kemewahan dan kesenangan,"jelas Presiden Gamis, Dzulkhairy Mohd Noor kepada Harakahdaily hari ini.
Sirah para sahabat Rasulullah saw, kata beliau, seperti zaman Bani Umayyah, Abbasiyyah dan Fatimiyyah telah membuktikan kenyataan tersebut.
Tambahnya, gerakan mahasiswa sebagai kuasa pendesak dalam masyarakat dilihat sebagai pengganggu oleh pemerintah suatu masa dulu sehingga termaktubnya Akta Universiti dan Kolej Universiti 1978(Auku).
"Hakikatnya, Auku bukanlah perkara terbesar yang menjadi matlamat gerakan mahasiswa Malaysia.
"Masih ada isu besar yang menjadi agenda lebih utama dan perhatian golongan tersebut dewasa ini,"jelas Dzulkhairy.
Walaupun,tegas beliau lagi, kemenangan Pakatan Rakyat menghantar lebih ramai ahli Parlimennya namun tidak semestinya melebarkan ruang untuk mahasiswa terus menjadi pencetus pembaharuan di dalam negara.
"Sebaliknya, kemenangan Pakatan Rakyat menjadi satu isyarat penting bahawa rakyat mahukan perubahan yang lebih dinamik berlaku di dalam negara kita," katanya lagi.
Parti Mahasiswa Negara (PMN) yang sebelum ini diharapkan dapat membawa satu pola perubahan besar dalam Malaysia dilihat seolah-olah diam membatu selepas pilihan raya baru-baru ini menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Gamis menyifatkan tindakan PMN itu sebagai langkah menyusun strategi yang lebih ampuh untuk menghadapi realiti cabaran.
"Saya mendapat maklumat bahawa ada ura-ura untuk wujudkan satu parti mewakili suara pelajar dan masih berada di peringkat perbincangan.
"Namun, saya menyeru semua mahasiswa untuk kembali memantapkan tarbiyah dalam usaha kita mewujudkan generasi tarbawi yang memiliki keupayaan dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, kemasyarakatan dan sebagainya," tambah beliau.sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan