Biarlah Gambar bercerita...
Alhamdulillah...selesai sudah Kem bersama JAWI di Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Tanjung Bidara, Masjid Tanah Melaka. Kem ini lebih kepada, program Tahfiz. Ana 'dipelawa' oleh sahabat untuk menjadi Fasi bagi bersama-sama dengan beliau untuk "handle" program nih.
Peserta terdiri daripada mereka yang "sedang cuba" menghafaz Al-Qur'an dan juga Kelas Al-Qur'an di Masjid Al-Muhsinin Danau Desa.
Ana tidak menyangka, FASI juga banyak mendapat manfaat(zahir) disamping "cuba" memberi yang terbaik pada para peserta. Kem ini dianjur bersama oleh Masjid Al-Muhsinin(taman danau desa) dengan JAWI.
Antara perkara baru yang ana dapat lakukan adalah:
1) membuat lawatan ke tempat penetasan penyu dan juga tempat pemeliharaan penyu di Melaka. (dekat sahaja dengan kompleks Falak Al-Khawarizmi)
2)Dapat membuat cerapan pada malam dan siang hari.Untuk melihat gugusan bintang, arah kiblat, lihat bulan, matahari dan juga planet musytari. (anda mesti lakukan aktiviti ini... SUBHANALLAH.....)
3)Dapat main PAINTBALL (riadah yang agak menyeronokkan.)
4)Dapat panduan untuk melihat bintang dilangit.
5)Dapat melihat dengan mata sendiri, bagaimana pemeliharaan penyu dan juga dapat melihat anak penyu yang baru berusia 4 hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan