Islam tidak memerlukan kita untuk mempertahankannya, tetapi kitalah yang memerlukan Islam. Jika bukan kita yang menjadi manusia mempertahankan Islam, ketahuilah bahawa Allah akan memberikannya kepada orang lain. maka amat rugilah diri
Jumaat, 11 Disember 2009
AMIR....
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah tepat sahaja jam menunjukkan 3ptg, maka berakhirlah sudah kelas tambahan bagi pelajar-pelajar terpilih untuk kumpulan pertama di SRICU.
Kelas tambahan bagi pelajar-pelajar kumpulan A telah berlangsung selama 2 minggu, yang mana telah bermula pada awal bulan Disember yang lalu.
Setiap guru bagi kumpulan A telah diberikan "mentee" masing-masing. Mentee bagi ana adalah Amir Muzahid daripada kelas 4 Ibnu Batutah dan juga Sahraz dari kelas 3 Al Kindi. Yang dapat hadir sepanjang kelas tambahan berlangsung hanyalah Amir Muzahid kerana ayah kepada Sahraz mengatakan bahawa mereka sekeluarga akan 'tidak' lagi menetap di Malaysia.
Bercerita sedikit mengenai perjalanan kelas tambahan sewaktu cuti sekolah nih. Minggu pertama telah ana gunakan sebaiknya untuk mengajar mata pelajaran Akademik. Ini termasuklah BM, Matematik, Sains dan juga BI. Manakala minggu kedua pula ana mengajar silibus agama iaitu termasuklah Jawi, Fekah, Tauhid dan Akhlak.
Alhamdulillah...walaupun serba kekurangan, ianya dapat juga ditampung dengan bantuan rakan sekerja dan juga buku rujukan yang telah disediakan. Harap sangat ianya dapat membantu para pelajar walaupun hanya sedikit.
Waktu perjalanan Kelas Tambahan
8.30pg -9.40pg : Belajar
9.40pg -10.20pg : Rehat
10.20pg -12.30pg : Sambung belajar
Masa nih, ditetapkan oleh mentor sendiri. terpulang pada cara mereka. Dengan berpandukan masa yang telah "dilist" kan diatas, ana menggunakan peluang yang sebaiknya untuk bermain "pingpong" bersama pelajar-pelajar yang ada. Dengan berbekalkan satu "table" pingpong , 7 "pemukul" pingpong dan sebiji bola, kami beraksi menunjukkan "kehandalan" masing-masing (^_^).
Setelah penat memerah otak, riadah sekadar untuk selingan.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan