Halaman

Selasa, 29 April 2008

Perbicaraan

Assalamualaikumwarahmatullah...

Salam perjuangan dari ana....

Pertama dan selamanya marilah kita merapatkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya kita dapat merasai ni'mat Islam dan Iman. Kita juga perlu rasa bersyukur kerana dengan izin-Nya juga, kita masih diberi peluang untuk memperbanyakkan amalan dan membetulkan mana yang tersilap supaya bila sampai di negeri akhirat kelak, kita tidak akan kerugian.

Alhamdulillah....dapat sekali lagi ana menitipkan sesuatu didalam blog ini. mudah-mudahan ianya memberi manfaat bersama tak kiralah pada diri ana sendiri mahupun sesiapa yang membacanya. insyaALLAH....

Hari ini ingin sekali ana bercerita berkenaan bab Perbicaraan. Ianya mungkin dianggap remeh bagi sesetengah orang. Tapi bagi ana, ianya mempunyai 'impak' yang besar pada diri sendiri dan juga pada orang lain.

"Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah menghumbankan muka mereka ke dalam neraka?"
(sebahagian daripada hadith riwayat tirmizi, An-Nasai, Ibn Majah dan Ahmad. Tirmizi berkata : Hadith ini Hasan Sahih)

"Siapa yang banyak cakapnya banyaklah salahnya, siapa yang banyak salahnya banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka neraka adalah paling utama baginya."
(Diriwayatkan oleh al-Baihaqi sebagai kata-kata Umar Ibn al-Khattab)


Kalau apa yang ana biasa dengar daripada mana-mana orang dan juga daripada Dr. Fadzilah Kamsah, mengatakan bahawa lelaki dan perempuan ni, cara mereka melafazkan kata-kata adalah berbeza.

1)orang lelaki, sebelum mereka berkata-kata.... mereka akan berfikir dahulu berkenaan perkataan yang ingin disampaikan itu.
2)berlainan pula pada perempuan. Mereka biasanya akan berkata dahulu barulah mereka akan berfikir tentang apa yang mereka katakan.

lebih baik berfikir dahulu untuk menuturkan sesuatu perkataan itu, supaya tidak dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita lafazkan diakhirat kelak. walaupun lelaki ni lebih digelarkan (manusia putar belit).

Firman Allah s.w.t. : Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada dekatnya malaikat pengawas yang sentiasa hadir(Raqib Atid)
(Surah Qaaf : 18 )

Apa yang ana lihat di sekeliling ana, orang-orang Islam itu sendiri tidak pandai untuk menjaga pertuturan mereka. Bahkan kadang-kadang orang-orang bukan Islam lebih baik pertuturan mereka. (Bukanlah untuk ana mengatakan diri ana tidak pernah bertutur tidak elok), cuma ana ingin mengajak antum semua muhasabah diri balik.

Ana lebih fokuskan pada mereka-mereka yang berada dalam jemaah itu sendiri. Ana tidak statekan mana-mana jemaah, tetapi secara rambang. Bukan semua begitu, tetapi segelintir. Disebabkan segelintir inilah, habis yang lain pun terkena tempiasnya.

Sepatutnya (Kita) sebagai seorang yang ingin meneruskan perjuangan junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. mestilah cuba untuk menjadi contoh yang baik kepada orang lain. Walaupun kita tidak dapat untuk mendekati mereka (kerana da'wah), sekurang-kurangnya mereka tau dan respek terhadap akhlak (Kita) sebagai orang yang membawa agama.

Itu baru pertuturan. Belum lagi ana nak bawak masuk Isu (orang-orang dalam jemaah), masih main dengan "mengumpat" dan "berkata benda-benda lagha". Masih lagi bersifat kebudak-budakkan. Tapi ana bersangka baik sajalah, mungkin itu cara dia (BERSIASAH) dengan orang lain supaya dapat mendekati mereka.

Firman Allah s.w.t. : Wahai orang-orang yang beriman!. Janganlah satu puak lelaki mengejek-ngejek puak lelaki yang lain, boleh jadi mereka (yang diejek-ejek itu) adalah lebih baik daripada mereka (yang mengejek-ngejek) dan janganlah pula wanita-wanita mengejek-ngejek wanita-wanita yang lain, boleh jadi mereka (yang diejek-ejek itu) adalah lebih baik daripada mereka (Yang mengejek-ngejek), dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu saling panggil-memanggil dengan gelaran yang buruk. Sejahat-jahat nama (panggilan) ialah (panggilan) kefasikan sesudah keimanan. Dan sesiapa yang tidak bertaubat, maka mereka adalah orang-orang yang zalim.
(Surah al-Hujurat : 11 )

Ana cuma nak statekan berkenaan dengan gelaran (Panggilan) kepada sesama manusia. Kalau tak silap ana, sesiapa yang menggelarkan sesuatu panggilan kepada kawannya yang lain, dalam masa yang sama kawannya itu tidak redha dengan panggilan tersebut, maka.....kawannya yang "menggelarkan' itu dikiran berdosa.

disini ana nak selitkan lagu daripada kumpulan In-Team, yang ada kena-mengena dengan apa yang ana cuba sampaikan.

Manis bicara indah tutur kata

Tak seindah rupa pengertiannya

Lembutnya lidah mengata nista

Lidah yang tiada bertulang

Mengadu domba serta menfitnah sesame saudara

Terkadang aku berfikir sendirian

Perlukah amarahku dibiar terus menyala

Membakar membara dengan rasa banga

Mencela mereka dengan kata-kata

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan

Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita

Kata madah pujangga bisa menjadi pedoman manusia

Jagalah bahasa kata kita

Jangan disalah guna

Yang indah yang indah itu bahasa

Yang cantik yang cantik budi pekerti

Yang merah merah saga

Yang kuning kuning kerti

Yang indah itu bahasa

Yang cantik budi pekerti

Terkadang aku, mentafsir manusia

Kurniaan tuhan telah banyak dikhianati

Mencerca menghina dustanya bicara

Menyusun nista dengan kata-kata

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi

Terlajak kata buruk padahnya

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi

Terlajak kata hilang percaya


Selasa, 22 April 2008

Saatnya turun pertolongan dari Allah s.w.t

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah tuhan sekalian 'alam. selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabi dan tabi'in serta seluruh kaum muslimin dan muslimat yang hidup ataupun yang telah meniggalkan dunia ini.

Alhamdulillah...selesai sudah usrah mingguan PMI di kolej ana nih. hehe...tajuknya bukan main lagi. maklum la... usrah nih baru jugala bermula. kehadiran agak memendungkan, mungkin kerana masing-masing ada urusan yang lebih 'aula... (Bersangka Baik).

Ana tertarik dengan ayat al-Qur'an pembukaan usrah kami.

"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya mengusai negeri mekah), - Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, - Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya ia sangat-sangat menerima taubat."
(Surah An-Nasr : 1-3 )

Naqib usrah membawa ayat al-Qur'an ini untuk memberi gambaran ataupun situasi yang sedang berlaku di kolej kami sendiri. Bagaimana orang yang nakkan Islam itu sendiri adalah dalam kuantiti yang sangat sedikit berbanding dengan (ramainya) penuntut yang beragama Islam di kolej kami ini.

Perkara ini bukanlah suatu isu yang baru bagi student2 di kolej ini bahkan dimana2 pun, Isu yang sama tetap ada.

Hidayah itu milik Allah s.w.t.. Kita sebagai manusia hanya boleh mencuba dengan berbagai-bagai cara dakwah untuk menarik mereka2 ini. Keputusan akhirnya, kita serahkan pada Allah s.w.t.. Namun begitu, sebagai seorang yang bergelar muslim yang beriman, tidak sepatutnya ada dalam kamus diri kita ini perasaan (mengalah ataupun berputus asa). Kita boleh ambil contoh Sirah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. Bagaimana Baginda berdakwah kepada manusia dalam jangka waktu yang lama, dan tetap sabar dengan kerja yang dilakukan.

Kembali semula kepada masalah dikolej ana sendiri. Ana dengan rasa penuh tanggungjawab, merasakan ramai diatara student-student di kolej ini, dahagakan ilmu agama. Cuma mungkin ada perasaan (Malu) pada diri mereka yang menyebabkan meraka (terpaksa) menjauhi majlis-majlis ilmu ini. Mungkin antaranya adalah

1)Malu bila mana, ada kawan-kawan yang mengatakan mereka ni nak jadi ('alim) konon.
2)Malu untuk melakukan perkara baik.
3)Malu kerana takut dikatakan orang yang ketinggalan zaman.

itu semua hanyalah anggapan ana sahaja berdasarkan pemerhatian selama mana ana berada dikolej ini. (wallahu'alam)

Ana masih menunggu saatnya turun pertolongan dari Allah s.w.t.. Yang mana, bilanya datang saat itu, kita akan dapat melihat (keramaian) manusia yang hadirkan diri kerumah Allah dan juga majlis-majlis ilmu. (insyaALLAH...masa itu akan sampai). Dan bilamana saat itu tiba, manusia tidak lagi segan untuk melakukan kebaikan berbanding zaman sekarang ini, manusia lebih tidak berasa malu bila mana melakukan kejahatan. Nauzubillah....

Ya Allah.... kau bantulah Pejuang-pejuang agamaMu ya Allah... Kau tumpaskanlah musuh-musuh Islam.... Berilah kemenangan kepada tentera-tentera Islam ya Allah...

Isnin, 21 April 2008

Permata Ayah Bonda (versi Luahan)



Ditujukan Khas kepada adik-adik dan juga seangkatan dengan Saya

Mewangi kuntuman bahagia
dihalaman ayah serta bonda
menatang selaut cahaya
melerai resah dan gundah dijiwa

Ketika kau dilahirkan, hanya ada satu sahaja perasaan pada Ibu dan Ayah kau pada waktu itu. Iaitu suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya diri mereka dan Allah sahaja yang mengetahui perasaan mereka pada ketika itu. Kalau sebelum ini, mereka ternanti-nanti akan kelahiranmu dimuka bumi ini. Dengan lahirnya dirimu, maka penantian itu berakhir sudah. Maka penyeksaan rohani akibat penantian itu berakhir dengan ubat yang cukup mujarab, dikurniakan cahaya mata.

segunung impian dicipta
selangit harapan didamba
dibelai dimanja mesra
kaulah racun kau penawar
senyuman dan tangisan mu
pengubat luka dan lara

Sebelum kau dilahirkan lagi, Ibu dan Ayah telah menyimpan hasrat ataupun impian buat anak mereka. Maka setelah kau lahir kedunia ini, mereka akan cuba sebaik yang mungkin untuk menjadikan impian mereka berdua suatu kenyataan. Tiada dalam dunia ini yang mahukan anak mereka menjadi seorang yang jahat, malah Ibu-ibu dan bapa-bapa dalam dunia ini mahukan anak mereka menjadi orang yang baik-baik dan berjaya dalam hidup mereka. Oleh itu, didikan dan layanan yang paling baik diberikan pada dirimu kerana sayangnya mereka pada dirimu. Bak kata orang “kau lah racun, kaulah penawar”. Dek kerana sayangnya meraka pada dirimu, sampaikan sanggup berjaga malam untuk memastikan dirimu dalam keadaan yang baik. Si Ibu sanggup untuk mendapat sakit semata-mata nak lihat anaknya sihat sentiasa.

engkau umpama sebutir permata
diperlubukan sinar bersinar bercahaya
hiasi rumahtangga

Ibu dan Ayah akan terubat hati mereka bilamana melihat kau sihat dan gembira. Telatah dirimu membuatkan hati mereka terubat dikala hati mereka kerunsingan. Engkau bagaikan permata yang berharga pada diri mereka. Boleh dikatakan dirimu yang menghiasi rumah-tangga mereka.


Engkau harapan seisi keluarga
panjatkan doa dan air mata
yang pasrah kepada yang Esa

Anak-anak adalah harapan setiap Ibu dan Bapa didunia ini. Harapan yang sungguh besar diletakkan diatas bahu anak-anak mereka. Tetapi, tidak semua anak-anak menunaikan harapan Ibu dan Bapa mereka. Boleh dikatakan setiap hari, Ibu dan Bapa kau akan mendoakan dirimu dalam diam. Memang susah untuk melihat kedua IbuBapa mu megalirkan air mata dihadapan dirimu. Tetapi percayalah, mereka memang selalu mengalirkan air mata untuk dirimu. Mendoakan kebaikan untuk dirimu walaupun diri mereka diabaikan. Mendoakan menjadi seorang anak yang soleh ataupun solehah.


kepadamu kejora
kasih sayang dan pengorbanan
agar terus gemilang


Dididik diasuh tiap masa
diajarkan ilmu yang berguna
mengenal Allah dan Rasul
menyemai menyubur iman didada

Sejak kau lahir, kedua IbuBapa mu telah mendidik dirimu dengan sebaiknya. Kau tidak akan tahu, apa yang telah dilakukan oleh kedua IbuBapa mu sewaktu dirimu masih dalam keadaan kecil. Jadi, kau tidak boleh salahkan kedua IbuBapa mu sekiranya sekrang ini, lain pula situasinya. Percayalah….. tidak ada IbuBapa didunia ini yang akan mengabaikan anaknya dengan sengaja. Dirimu diajar dengan ilmu yang berguna, belajar mengaji, mengenal Allah dan Rasul, belajar menjadi seorang yang berakhlak. Dirimu telah disemai untuk menyuburkan iman didada.


Dilayu segala kekerasan
dilentur dengan kelembutan
dititip seuntai madah
hidup mu mula dan berakhir
menyusur fitrah dan sunnah
bernoktah dipenghujungnya

Suka untuk diulang sekali lagi bahawa, fitrah seorang manusia adalah menyayangi anak mereka dengan penuh kasih sayang. Dirimu diasuh dengan cara yang paling lembut. Kekerasan tidak sama sekali digunakan. Sekiranya kekerasan digunakan, dirimu tidak akan menjadi sebaik yang sekarang ini. Dalam untuk mentarbiyah seseorang, kita lebih “prefer” untuk mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w. (berhikmah). Kata-kata yang berhikmah diucapkan pada dirimu untuk dirimu berfikir. Moga-moga hidupmu mula dan berakhir dalam menyusur fitrah dan sunnah (insyaALLAH).

Tiada yang lebih membahagiakan
melihat dirimu kian membesar dewasa
didalam sejahtera

Setelah dirimu diasuh dengan cara yang paling baik, Ibu dan Ayah mu akan merasa bahagia sekiranya didikan mereka selama ini menjadi. Melihat dirimu membesar dalam keadaan sejahtera bersama Iman yang kukuh.


usah terpesona pujukan dunia
yang hanya menyilau pandangan
memukau dengan keindahannya

Dirimu yang sudah mula dapat berfikir dan sudah semakin membesar, akan nada ujian yang bakal menimpa. Ibu dan Ayah mu sering mengigatkan dirimu tentang bahaya pujukan dunia yang fana’ ini, walaupun dirimu tidak perasan akan hal ini. tetapi percayalah dan taatlah kata-kata Ibu dan Ayah mu selagi mana tidak bertentang dengan suruhan Allah s.w.t.. Dunia ini sudah banyak menipu manusia. Walaupun begitu, masih ada lagi yang tidak sedar akan perkara itu. Malah hanyut dan leka dengan keseronokkan dunia yang sementara ini.

nasihat ayah bonda
agar engkau lebih bersedia untuk menghadapinya

Itulah antara nasihat yang sering diingatkan pada dirimu agar lebih berhati-hati dalam menjalani hidup ini. Dugaan dan ujian yang akan datang, tidak dapat diduga oleh manusia kerana semua itu adalah kehendak Allah s.w.t.

Bersemi kelopak kasih sayang
Dipersada cinta yang sejati
titisan susu ibunda
menyegarkan dan menghapuskan dahaga

Sejak dari kecil hinggalah saat ini, kasih sayang yang diberikan oleh kedua IbuBapa mu tidak pernah susut malah sentiasa diperbaharui. Cinta IbuBapa pada anak-anak mereka, tidak pernah berbelah bagi. Tidak pernah membeza-bezakan antara satu sama lain. Kadang-kadang, anak-anak mereka sendiri yang menganggap sedemikian. Masih ingatkah dirimu tentang usia mu diwaktu masih bayi?. Air susu yang diperoleh dari Ibu mu lah yang telah menyegakan badan dan menghapuskan dahaga. Malah Ibu mu tidak pernah merungut setiap kali dirimu mahukan air susu.


renjisan keringat dari ayahanda
menyubur pohon kehidupan
tua yang sebidang tabah
buatmua doa dan harapan
jadilah insan yang mulia
pembela dihari tua

Tahukan kamu, betapa berkerja kerasnya Ayahmu untuk mencari rezeki buat dirimu dan keluargamu?. Tahukah kamu mengapa Ayahmu sanggup bersusah payah mencari rezeki sampai sedemikian rupa?. Itulah yang dinamakan kasih-sayang seorang ayah. Tidak pernah mengeluh dan merungut bila mana dalam soal membesarkan anak-anak. Walaupun dirinya sudah agak tua untuk mencari rezeki, digagahi juga dirinya agar dirimu dapat merasai makanan dalam hidup sehari-hari.


waktu bisa merubah segalanya
dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi redahi pancaroba
andai langkahmu tersasar kesimpangan
pulanglah kelaman ayah bonda
kembali menghuni ditamannya

Walaupun dirimu telah diasuh dengan baik sejak dari kecil, itu tidak menjadikan kamu kebal daripada semua ujian dan dugaan yang datang menimpa. Oleh itu, sentiasalah mengharap rahmat dari Allah s.w.t. selama mana kamu berada dimuka bumi ini. Sekiranya langkah mu tersasar, carilah Ibu dan Ayah mu. Kerana mereka lebih awal makan garam daripada kamu, malah ilmu mereka lebih banyak berbanding ilmu yang kamu peroleh selama mana kamu hidup. Kenanglah zaman dimana dirimu dididik dan diasuh dengan Islam yang sempurna, insyaALLAH…. Akan menemui jalan pulang. Ibu dan Ayah mu sentiasa menanti kepulanganmu…

Bersamalah semula menghirup embunan kasih sayang
sedingin air mata bonda

Engkaulah permata ayah bonda

Selain daripada amalan yang akan dibawa ke dalam kubur nanti, doa anak yang soleh juga merupakan ubat ataupun pelindung daripada Ibu dan Ayah kena azab kubur. Wahai anak-anak yang soleh dan solehah sekalian, jgn lupa untuk mendoakan kesejahteraan kedua Ibu Bapa anda semua.

Zaman Fasik

Assalamualaikumwarahmatullah...

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian 'alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabi' dan tabi'in serta seluruh kaum muslimin dan muslimat yang hidup ataupun yang sudah meninggalkan dunia ini.

salam perjuangan dari ana, pada semua pengunjung blog "Akan Ku Tempuh Jalan Ini"

sudah lama benar, ana tidak menyuruh tangan ana ini untuk menitipkan sesuatu didalam blog. Selalunya, ana hanya "copy and paste" ke dalam blog ini. Memang pemalas betul la. (^_^)

Hari ini, ana mempunyai kelapangan sedikit untuk menitipkan sesuatu sebagai bahan bacaan bersama. Walaupun di kelilingi dengan Assingment yang sudah mencurah-curah datang, namun masih ada masa untuk "relax" kan diri daripada semua itu.

Alhamdulillah...kerana dengan izin-Nya, masih diberi peluang untuk meneruskan hidup diatas dunia yang fana' ini bagi mengumpul seberapa banyak amalan sebagai bekalan menuju ke negeri akhirat. Alhamdulillah... kerana Hati ini, masih lagi rindu kepada Islam itu sendiri dan berharap agar hati ini tidak dipalingkan dari Islam (insyaALLAH).

Kita sedia maklum dengan keadaan dunia di luar sana, iaitu penuh dengan ranjau dan onak-duri. Daripada yang sekecil-kecil manusia, sampai la kepada sebesar-besar Usia manusia, semuanya tidak terlepas daripada fitnah dunia akhir zaman(zaman fasik). Hanya yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t. sahaja yang mampu menjalani hidup didunia ini dalam keadaan yang dilandaskan oleh Allah s.w.t. iaitu jalan Islam.

Ana teringat isi kandungan usrah iaitu

Manusia itu tidak dapat dan boleh mencapai kebaikan dan kejahatan melalui daya usaha,ikhtiar dan kehendaknya. Tetapi sungguhpun demikian pada hakikatnya saya tidaklah dapat mencapai kebaikan kecuali dengan taufik dan pertolongan Allah. Begitu juga saya tidak akan terjerumus ke dalam kejahatan kecuali dengan kehendak Allah. Kesemua ini adalah dalam linkungan izin dan kehendak Allah.

kebanyakkan orang yang buat kejahatan, mereka suka mengatakan begini "ala...aku jadi cam ni pun sebab Allah dah tetapkan."

Tidak. tidak sama sekali apa yang hang cakapkan tuh!.
Bagi ana(berdasarkan ceramah yang ana dengar), Allah s.w.t. ciptakan manusia ni sebab nak masukkan manusia kedalam syurga, iaitu tempat asal manusia. Tidak sama sekali Allah s.w.t. ciptakan manusia sebab nak masukkan manusia itu kedalam neraka.

"Dan jiwa serta penyempurnaannya (penciptaannya) maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorkannya."
(Asy-Syams : 7 - 10 )

"Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang di kerjakannya."
(Al-Muddatstsir : 38 )

Memang sungguh rugi bagi mereka yang memilih jalan kefasikan kerana terpesona dek keindahan dunia yang fana' ni. Dunia yang ibarat penjara bagi orang Islam dan syurga bagi orang Kafir.

Bagi ana, ramai yang hanyut adalah kerana mereka tidak memahami sebenar-benarnya apa itu Islam. Mereka sekadar kenal Islam melalui keturunan ataupun ikut-ikut.Andai kata mereka memahami benar apa itu Islam (memahami tidak bermaksud mempunyai Ilmu tinggi) insyaALLAH...akan terpelihara meraka daripada melakukan perkara2 yang dilarang oleh Islam.

Diri ini sering disibukkan dengan benda-benda dunia, sampaikan kadang-kadang tiada masa langsung untuk Islam. Itu belum masuk lagi bab nak mengadap Allah s.w.t.
Ujian...ujian..


Moga-moga, diri ini ditetapkan berada di jalan Ini (Islam), khusyuk dalam solat dan mempunyai akhlak yang baik....amiinn...

Ahad, 20 April 2008

Buletin FIKRAH Dilancarkan

Oleh usen


"BismiLlahirrahmanirrahim


AlhamduliLlah, bersyukur kita kehadrat Allah kerana dengan limpah kurnia serta inayahNya jua dapat kita hidup buat meneruskan perjuangan menegakkan islam yang tercinta ini. Terlebih dari itu kita terus diberikan untuk hidup di dalam nikmat iman dan islam. Setiap detik berlalu, dimatangkanNya kita. Semakin umur dititi, ilmu terus diberkati. InsyaALlah.



Tanggal 15 Apr 08 - Buletin sulung DPPWM telah selamat dilancarkan dengan jayanya. Walau tiada kompang dipalu, walau tiada gimik terhidang, tetapi kehadiran jemaah dan taulan sudah cukup untuk kita mula mewarkan bahawa DPPWM setapak lagi menjulang.


Ribuan terima kasih diucapkan kepada tetamu dihormat, Sdr Kamarulzaman Mohamad (ketua DPPWP) kerana sudi hadir serta melancarkan buletin ini. Penghargaan juga buat Tn Hj Azzaruddin (TYDP PAS Kaw W.Maju), sdr Mahyuddin (S/u PAS Kaw W.Maju) serta perwakilan muslimat kaw W.Maju yang sudi mampir. Dan yang terawla para sahabat mujahid DPPWM yang menjadi pencetus penerbitan buletin ini.



Nama FIKRAH buletin diberi,
tanda naluri pemuda yang tinggi,
menjadi wadah pembakar diri,
sebarang suasana sedia berbakti.


Semoga dengan kelahiran wadah suara hati dan saluran rakyat ini akan menjadi penggalak kepada sahabat sekelian untuk terus mencurah keringat memacu islam ke persada dunia.


Diharap juga dikeluaran yang mendatang , Fikrah dapat dimantapkan lagi dengan sumbangan-sumbangan buah fikiran serta tulisan yang menyentuh semangat mujahid. Akhir kalam, ana menyeru semua jemaah DPPWM supaya teruskan perjuangan. Barisan-barisan yang kosong tolong rapatkan. Jika usrah makin kita sisihkan, bimbang hanyut diterjah gelombang.


Sekian, assamualaikum wrt.


Izamuddin bin Ludin
Ketua Lajnah Penerangan dan ICT
Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju


usen: boleh dimuat turun di http://dppwm.blogspot.com/

Sabtu, 19 April 2008

Permata Ayah Bonda

Assalamualaikumwarahmatullah....

salam ukhwah pada semua pengunjung..

meh sini, kita sama-sama hayati lagu ni...

heheh...mungkin lagu ni lebih pada anak2 yang belum lagi mencapai tahap dewasa agaknya...

jom kita dengar dan hayati..

Murtad – Antara Aqidah dan Status Ugama


Semakin berkembang pembangunan semakin betambahlah juga berita-berita murtad disana-sini. Masyarakat Melayu kita hari ini seolah-seolah tidak sensitif lagi dengan pencemaran kepada ugama yang di anuti mereka sendiri iaitu Islam. Bagi sesetengah mereka, panduan hidup yang di tentukan dalam Islam bukanlah sesuatu yang penting dalam kehidupan seharian. Tidak kurang juga yang menganggap Islam sebagai penghalang kepada kemajuan diri yang mereka kejar. Bahkan ada juga yang lebih berani dengan mengatakan jika semua nak ikut Islam maka masyarakat Melayu akan ketinggalan di belakang bangsa-bangsa lain yang telah mencapai kemajuan. Daripada sini maka wujudlah berbagai-bagai masalah masyarakat yang amat sukar untuk di selesaikan. Diantara masaalah tersebut ialah seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan wanita bukan muhrim, kelahiran anak-anak luar nikah, penagihan dan pengedaran dadah, curi, ragut, rompak, samun, pembunuhan, samada yang terancang atau tidak terancang serta yang lebih mamalukan lagi ialah keputusan menukar ugama bagi golongan Melayu Islam atau lebih popular dengan istilah MURTAD.

Dalam posting ini Wohgomok ingin menumpukan kepada perkara murtad dan keperihatinan pihak berkuasa serta masyarakat Melayu keseluruhannya. Nampaknya pihak berkuasa dan masyarakat Melayu kita hari ini lebih perihatin atau memberi tumpuan kepada kes-kes murtad yang telah berlaku, tetapi tidak kepada memikirkan cara untuk mengelakkan daripada berlakunya murtad dan apakah puncanya yang menyebabkan berlakunya murtad. Tuduh menuduh dan kutuk mengutuk sering terdengar apabila di beritakan berlakunya kes mutad. Contoh utama yang ingin Wohgomok kemukakan disini ialah kes Lina Joy yang baru-baru ini dihebohkan (bukan Jom Heboh) di media-media cetak dan elektronik. Bahkan ada yang berdemo apabila Lina Joy memfailkan kes di mahkamah untuk menghapuskan status ugama Islam yang tercatit didalam kad pengenalan beliau. Bagi pihak yang berkuasa pula beria-ia mempertahankan supaya status ugama Islam yang tercatit dalam MyKad Lina Joy tidak di hapuskan.

Dalam kes Lina Joy ini mungkin Wohgomok mempunyai pandangan yang sedikit berbeza dan bercanggah dengan pandangan umum (Kalau Wohgomok silap diharap saudara-suadara dapat membetulkannya, tapi diharap tidak mengutuk). Bagi Wohgomok, apalah yang di sibuk-sibuk sangat pasal status ugama Islam yang tercatat dalam kad pengenalan Lina Joy. Aqidah beliau sudah pun jauh dari Islam, bahkan beliau sudah tidak boleh di anggap sebagai seorang Islam lagi. Kalau status ugama Islam di kekalkan dalam kad pengenalannya, mungkin suatu kekeliruan akan berlaku sekiranya Lina Joy didapati meninggal dunia di suatu tempat dimana orang tidak mengenalinya. Mungkin mereka akan kebumikan jenazah beliau di tanah perkuburan Islam, kerana status ugama simati hanya dikenali melalui kad pengenalan yang dijumpai. Sedangkan kalau mengikut hukum Islam, orang-orang yang telah mengishtiharkan diri sebagai bukan Islam atau murtad ini tidak boleh dikebumikan mengikut cara Islam bahkan perkuburannya juga mesti diasingkan. Oleh yang demikian Wohgomok ingin mencadangkan kepada pihak yang mempunyai kuasa supaya tidak menyekat pertukaran status ugama yang tercatat dalam kad pengenalan orang-orang yang telah murtad tetapi hendaklah di masukkan status ugama yang sedang dianutinya pada ketika itu dengan menambah perkataan MURTAD didalam kurungan selepas status ugama yang di anuti. Sebagai chontoh, sekiranya seseorang Islam itu berpindah ke ugama Kristian, maka status ugamanya haruslah di tulis seperti ini, SATUS UGAMA: KRISTIAN (MURTAD). Biar padan muka dia, biar semua orang tahu bahawa dia adalah murtad.

Mungkin sifat semi panas baran Wohgomok dah bermula, tapi itulah yang Wohgomok rasakan salah satu perubahan yang perlu dilakukan demi maruah Islam.

Sumber

Putera Kepala Angkatan Bersenjata Belanda, Tewas di Afghanistan

Tiga anggota pasukan NATO asal Belanda, tewas dalam serangan bom yang dipasang di jalan, di Afghanistan. Taliban mengklaim sebagai pelaku serangan itu, salah satunya alasannya adalah sebagai pembalasan atas film "Fitna' buatan anggota Parlemen Belanda, yang melecehkan Islam.

Salah satu korban tewas adalah Letnan Dennis van Uhm, putera dari Jenderal Peter van Uhm yang baru diangkat sebagai kepala angkatan bersenjata Belanda hari Kamis kemarin.


Selain tiga tentara Belanda yang tewas, satu orang lagi luka-luka dan dalam kondisi yang serius. Menurut keterangan juru bicara kementerian pertahanan Belanda, Jenderal Freek Meulman, keempat tentara asal Belanda itu baru kembali dalam sebuah misi, ketika bom yang dipasang di jalan meledak dan menghancurkan kendaraan yang mereka tumpangi. Insiden ini terjadi di provinsi Uruzgan.


Sementara itu, juru bicara kelompok Taliban Yousuf Ahmadi mengatakan bahwa pihaknya tahu anak lelaki dari kepala angkatan bersenjata Belanda ada dalam mobil tersebut. Padahal sebelumnya Ahmadi mengatakan bahwa kelompoknya tidak tahu siapa yang berada dalam mobil yang dihantam serangan bom itu.


Lebih lanjut Ahmadi mengatakan, "Serangan ini merupakan bagian dari operasi kami dalam melawan Belanda. Pertama, karena mereka menjajah negeri kami dan kedua, sebagai pembalasan atas pelecehan yang dilakukan Belanda atas Nabi Muhammad Saw."


Setelah film "Fitna" Geert Wilders beredar luas, kelompok Taliban mengancam akan meningkatkan serangan terhadap pasukan Belanda di Afghanistan. Saat ini, pasukan Belanda yang dikerahkan sebagai bagian pasukan NATO jumlahnya lebih dari 1.600 tentara. Pemerintah Belanda, pada bulan November lalu, memutuskan untuk memperpanjang misinya membantu pasukan NATO di Afghanistan sampai 2010

Sumber

Perlawanan Pejuang Palestina, Tewaskan 13 Tentara Zionis Israel

Militer Israel harus kehilangan 13 tentaranya dalam serangan gagah berani para pejuang Palestina di perbatasan Kerem Shalom, selatan Ghaza, Sabtu (19/4). Juru bicara militer Israel mengatakan, serangan itu merupakan serangan kebetulan, tapi serangan yang sudah direncanakan di tengah perayaan hari besar agama Yahudi.

Menurut militer Israel seperti dilansir surat kabar Yediot Aharonot, serangan berupa ledakan bom dan serangan dari dua orang bersenjata. "Para pelakunya mendekati perbatasan pada pagi dinihari, ketika suasana masih berkabut. Aksi ledakan bom seperti ditujukan untuk membuka peluang serangan yang lebih luas lagi, " kata jubir militer Israel.


Ia menyatakan, serangan ini lebih kompleks daripada insiden penculikan Gilad Shalit, prajurit Israel yang sampai kini masih berada dalam tawanan para pejuang Palestina.


Hamas mengaku bertanggung jawab atas serangan itu. "Tiga kendaraan-buka satu-yang sudah dipasangi bom, diledakan di lokasi serangan, " kata jubir Hamas Abu Obaida


Sementara itu, beberapa jam sebelum serangan pejuang Palestina ke perbatasan, mantan presiden AS Jimmy Carter melakukan pembicaraan dengan Kepala Biro Politik Hamas Khalid Mishaal di Damaskus.


Tokoh senior Hamas Muhammad Nazzal mengungkapkan, pembicaraan berlangsung secara langsung dan saling terbuka, membahas sejumlah usulan-usulan. "Kami mengagumi Carter yang telah melakukan upaya ini, " kata Nazzal.


Menurut Nazzal, pembicaraan antara Carter dan Mishaal menyinggung soal upaya pembebasan prajurit Israel yang diculik, gencatan senjata dengan Israel dan tentang perbatasan-perbatasan di Ghaza. "Hamas siap membebaskan Gilad Shalit, tapi dengan harga yang harus dibayar, " ujar Nazzal.


Harga yang harus dibayar Israel adalah pembebasan ratusan warga Palestina yang berada di penjara-penjara Israel. Dalam pembicaraan itu, masih menurut Nazar, juga dibahas mengenai kompensasi dan mekanisme pembebasan Shalit. Sedangkan untuk gencatan senjata, pimpinan Hamas meminta gencatan senjata harus dilakukan dua arah.

Sumber

UIAM kalah ....


Setelah penangguhan prosiding sebanyak dua kali maka hari ini telah terjawab segala pertuduhan yang dilemparkan kepada saya. Prosiding yang bermula lebih kurang pada pukul 10.20 minit pagi tadi di Kamar Mahkamah UIAM mengambil masa hampir dua jam untuk pihak panel hakim membuat keputusan yang diketuai oleh Prof. Dr Ismail.
Saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada semua rakan-rakan, pihak media dan aktivis-aktivis yang lain kerana memberi sokongan kepada saya. Kes ini telah berpihak kepada saya dan pihak panel hakim telah berbincang dan memutuskan saya didapati tidak bersalah.

Saya tidak dibenarkan untuk diwakilkan oleh mana-mana peguam atau wakil pensyarah bagi tujuan untuk membantu dan berhujah bagi pihak saya. Manakala pihak Unit Undang-Undang UIAM iaitu Encik Mohamad bin Mos bertindak sebagai pendakwa raya.

Pihak pendakwa raya telah memulakan penghujahan beliau dengan membentangkan pertuduhan-pertuduhan kepada saya. Dua pertuduhan itu ialah yang pertama saya dituduh mengeluarkan kenyataan umum di Suruhanjaya Pilihanraya pada 7hb Januari 2008 untuk membentuk Parti Mahasiswa Negara.
Kedua, saya dituduh membentuk sebuah parti politik. Pertuduhan itu dibuat kerana pihak disiplin UIAM berpendapat saya masih lagi seorang mahasiswa di universiti berkenaan. Kemudian, pihak pendakwa raya telah menunjukkan klip video temuramah 2 minit yang dimuat turun dari laman web Malaysiakini sebagai satu bukti bagi menyokong dakwaan tersebut.

Saya telah mengakui bahawa orang yang ditemuramah di dalam klip video itu adalah saya tetapi saya mengaku tidak bersalah di atas dakwaan-dakwaan yang dilemparkan kepada saya kerana saya percaya bahawa saya telah graduan daripada universiti tersebut. Maka, pokok pertuduhan ini adalah berkaitan samada saya masih lagi belajar ataupun sudah tamat belajar di UIAM. Pihak pendakwa raya telah membawa seorang saksi daripada staf Fakulti Ilmu Wahyu bagi menyokong dakwaan beliau. Saksi itu juga bersetuju bahawa saya telah melengkapkan segala kewajiban-kewajiban saya sebagai seorang mahasiswa dalam fakulti berkenaan cuma nama saya masih belum diluluskan oleh Senat kerana didapati status saya ialah digantung pengajian.

Saya berpendapat bahawa pihak UIAM tidak menjelaskan secara spesifik apakah yang dimaksudkan dengan perkataan student dan graduation / graduating. Hujah saya telah dibalas oleh pihak pendakwa raya kerana saya mendefinisikan perkataan students yang diterjemahkan di dalam Seksyen 2, AUKU 1971 tidak selari dengan perlembagaan universiti. Pihak pendakwa raya mengatakan bahawa UIAM dikecualikan dari AUKU kerana ia ditubuhkan di bawah Akta Syarikat (Company Act). UIAM juga mungkin tidak menjelaskan kepada mahasiswa bahawa status graduated itu digunakan kepada semua mahasiswa yang telah menamatkan peperiksaan akhir tahun dan lulus kesemuanya walaupun mereka masih belum menjelaskan beberapa perkara-perkara teknikal yang lain. Dan dengan status itu, mereka juga boleh untuk bekerja dengan mana-mana organisasi dan sebagainya.

Saya juga belum berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh pihak pendakwa raya atau pihak Unit Undang-Undang UIAM sendiri apakah motif atau sebab mereka ‘menggantung pengajian’ saya sehingga saya dinafikan hak (legitimate expectations) untuk mendapatkan transkrip penuh, belum dapat diluluskan oleh Senat status graduasi dan disekat PTPTN.
Mengikut Students Discipline Rules 2004 (Amendments 2006), Rule 4 (1), pihak disiplin UIAM hanya boleh menggantung mahasiswa paling maksimum selama 7 hari sahaja bagi tujuan penyiasatan. Ia disebut sebagai suspension pending investigation. Tetapi, bagi kes saya pihak disiplin telah ‘menggantung pengajian’ saya lebih daripada dua bulan.

Justeru, saya akan menunggu selama seminggu untuk mendapatkan laporan bertulis hasil prosiding itu. Kemudian, saya akan berbincang dengan pihak disiplin UIAM dan penasihat guaman saya untuk tindakan selanjutnya.

Saya dengan rendah diri menyeru kepada semua mahasiswa dan aktivis-aktivis rakyat untuk terus komited memperjuangkan hak-hak rakyat di bawah perlembagaan dan menghapuskan akta-akta yang drakonian terutamanya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)



Sumber

MB Perak akan bergelar Datuk Seri

Oleh pemudawilayah

"a
IPOH 18 April – Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar pada 17 Mac lalu akan dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena Hari Keputeraan ke-80 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah esok.


Turut menerima darjah kebesaran ialah Pengerusi DAP Perak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Ngeh Ko Ham yang menerima Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP). Darjah kebesaran itu membawa gelaran Datuk. - Utusan

sumber

Pindaan Auku dikehendaki lebih menyeluruh, dipersetujui ramai pihak

KUALA LUMPUR, 18 April (Hrkh) - Pindaan Auku 1972 yang lebih kepada penglibatan pelajar universiti dalam aktiviti kemasyarakatan, bukannya politik, dilihat sebagai strategik licik Kementerian Pengajian Tinggi dalam memenuhi gesaan pelajar yang mahukan akta itu dimansuhkan.

Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa UKM, Abdullah Abdul Karim ketika memberi respons berhubung pindaan itu berkata, pindaan itu sebenarnya masih tidak memberi kebebasan kepada mahasiswa yang lebih menjurus kepada persatuan yang ada hubungan dengan kerajaan.

Semalam Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Idris Harun dilaporkan berkata, seseorang mahasiswa tidak semestinya hanya tertumpu kepada bidang yang dipelajarinya sebaliknya boleh melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti Belia 4B.

Mengulas perkara ini, Abdullah membidas pertubuhan Belia 4B yang sedia maklum lebih cenderung kepada kerajaan dan ini secara tidak langsung mereka akan terlibat dengan politik kerajaan.

"Amat tidak adil kerajaan bertindak demikian, dalam masa sama ada niat tersembunyi kerajaan di sebalik pindaan tersebut," katanya ketika menghubungi Harakahdaily hari ini.

Mengulas kebenaran pelajar terlibat dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Abdullah mencabar kerajaan supaya tidak menyekat pelajar untuk terlibat dengan mana-mana pertubuhan NGO selain Belia 4B seperti Teras, Jemaah Islah Malaysia (JIM), Suaram, Gerak, Jerit, dan sebagainya.

"Jika pelajar boleh terlibat dalam NGO, saya minta mereka juga tidak dihadkan untuk NGO tertentu sahaja biarlah ia menyeluruh," tegas beliau.

Berhubung senario mahasiswa terlibat dengan politik katanya, perkara itu tidak dapat dielakkan dan sememangnua pelajar akan tetap dipergunakan oleh mana-mana parti politik termasuk kerajaan sendiri seperti Putri Umno dan Putra Umno.

Justeru katanya, kementerian sepatutnya memperbetulkan prosedur tatatertib univsersiti terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan membuat pindaan akta.

"Bahkan kementerian juga patutnya mengambil kira pandangan semua pihak termasuk pelajar, NGO dan parti politik sebelum meminda akta berkenaan," katanya. - mns

Selasa, 15 April 2008

AUKU: Jangan tipu siswa, rakyat

Sekumpulan pelajar merayu kepada menteri pengajian tinggi agar meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dengan telus dan "tidak lagi menipu siswa dan rakyat."


Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema) berkata menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin "bercadang membentangkan pindaan pada hujung tahun ini."


"Jika menteri pengajian tinggi benar-benar jujur untuk meminda AUKU, kementeriannya harus telus mengumumkan keputusan tentang pindaan itu, supaya orang ramai boleh mendapat maklumat, danbenarkan mereka memberikan saranan dan menyertai proses pindaan akta tersebut," kata jurucakapnya Ong Jing Cheng.


soh sook hwa vs uuca suit 060207 assemblyDalam satu kenyataannya semalam, Dema berkata sudah ramai pemimpin kerajaan sebelum ini menyatakan kesediaan untuk berbuat demikian tetapi akhirnya akta itu tidak mengalami sebarang pindaan.


Pemimpin-pemimpin kerajaan itu, tambah Ong, termasuklah perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mantan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"(Semua kenyataan ini) menyebabkan mahasiswa dan orang ramai bimbang kecekapan kerajaan BN," kata Ong. "Dema mempertikaikan ketulusan kementerian dan meragui akan ada tindakan selepas ini."


Dema juga menyenaraikan beberapa lagi menteri yang "berjanji" untuk meminda AUKU tetapi tidak mengambil tindakan konkrit.


Pada Januari 1994, menteri pendidikan Tan Sri Dr Sulaiman Daud menyatakan kesediaannya untuk meminda akta itu dan mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa semakan.


Menteri pengajian tinggi penggal lalu Datuk Seri Mustapa Mohamad menangguh-nangguhkan rang pindaan AUKU dalam beberapa sesi sidang Dewan Rakyat selepas mengambil alih jawatan itu pada 2006.


"Sehingga pilihanraya umum ke-12, tiada keputusan konkrit tentang perkara ini," kata Ong.

Sumber

AUKU: Gerakan temui pemimpin pelajar

Pemuda Gerakan akan menubuhkan badan petugas khas untuk mengumpulkan maklum balas daripada pemimpin pelajar universiti berhubung cadangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.


forum on uuca 090605 stampsKetuanya Datuk Mah Siew Keong berkata, berasaskan maklumat tersebut, pergerakan itu akan mengemukakan satu cadangan mengenainya kepada Kementerian Pengajian Tinggi.


Katanya, langkah tersebut selaras dengan usaha menterinya Datuk Seri Mohd Khaled Nordin untuk menyemak dan meminda AUKU dan membentangkannya di parlimen hujung tahun ini.


"Kerana Akta ini akan memberi kesan kepada generasi muda kita, maka kami akan menemui para pemimpin pelajar universiti tidak lama lagi.


"Kita akan mendengar pandangan dan maklum balas daripada mereka," kata Mah dalam satu kenyataan hari ini.


Menurutnya, pembaharuan yang akan dilakukan itu menunjukkan kerajaan serius untuk meningkatkan sistem pendidikan tinggi Malaysia, terutama piawaian universiti-universiti awam di negara ini.


"Pertimbangan oleh menteri berkenaan untuk membenarkan para pelajar terbabit dalam politik adalah satu langkah ke hadapan yang positif.


"Pemuda Gerakan berharap ia diberi pertimbangan segera sebagai mencerminkan perubahan suasana berbanding dengan 30 tahun yang lalu," tegas Mah.

Sumber

Kerajaan Pahang hina mahkamah

Kerajaan Pahang dan jabatan perhutanan negeri didakwa gagal membayar pampasan lebih RM37 juta kepada sebuah syarikat walaupun ia telah diarahkan oleh mahkamah tinggi Kuantan.


Laporan itu dibuat seorang kontraktor Mohd Roshdy Abdul Wahab di balai polis Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur pada hari Ahad.


Dalam laporannya, beliau menyatakan kerajaan Pahang dan jabatan perhutanan negeri diarah membayar ganti rugi RM37,127,471.60 bersama faedah 8 peratus setahun kepada Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd mulai 2000.


Arahan itu dikeluarkan mahkamah pada 6 November tahun lalu dan ia memberikan tempoh selama tiga bulan - mulai 7 Januari hingga 6 April lalu - untuk membuat pembayaran itu akibat tidak memperbaharui lesen pembalakan kepada syarikat tersebut lapan tahun lepas.


Mohd Roshdy, dalam laporannya itu berkata, beliau meminta polis menyiasat kes tersebut tanpa memberi sebarang keistimewaan atau perlindungan walau yang dilaporkan itu melibatkan kerajaan negeri.


Bercakap dalam sidang media di luar perkarangan ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi hari ini, pengarah syarikat itu Syed Ali Baharuddin Syed Osman berkata, beliau kecewa dengan tindakan Pahang yang masih belum membayar wang tersebut.


"Saya mahu pihak polis menjalankan siasatan ke atas kes ini, ia secara jelas menunjukkan kerajaan negeri Pahang menghina mahkamah.


"Saya selaku pemilik syarikat mahu mendapatkan keadilan supaya ia juga tidak berlaku kepada syarikat lain," katanya.


Kerajaan negeri melalui jabatan perhutanan telah didapati bertindak secara tidak sah oleh mahkamah apabila enggan memberi semula lesen kepada Seruan Gemilang Makmur untuk menjalankan pembalakan di atas kawasan konsensi seluas 10,000 hektar di mukim Bebar, Pekan.


Tarikh akhir untuk membayar pampasan tersebut ialah pada 6 April.


Sementara itu naib ketua angkatan muda PKR (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, yang hadir sama dalam sidang media tersebut, berkata menteri besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakub telah menyalahgunakan kuasa mentadbir negeri Pahang.


Katanya, kegagalan membayar pampasan tersebut sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah membuktikan sikap tidak peduli beliau.

sumber

RM27 juta untuk Selangor hangus dalam masa 50 hari

KLANG, 15 April (Hrkh) - 54 Adun Barisan Nasional (BN) dalam pentadbiran dahulu membelanjakan peruntukan tahunan sebanyak RM27 juta bagi 2008 hanya dalam masa 50 hari daripada permulaan tahun itu, kata Exco Selangor, Ronnie Liu.


"Amat mengejutkan dan sukar dipercayai apabila para exco mendapati peruntukan tahunan sebanyak RM500,000 seorang yang bertujuan untuk memperbaiki jalan raya dan longkang telah habis digunakan dalam bulan Februari," katanya.


Katanya, kerajaan negeri akan meminta penjelasan daripada 36 bekas Adun BN dan 18 yang lain yang masih mengekalkan kerusinya tentang bagaimana peruntukan tersebut digunakan.


Ronnie Liu, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kajian dan Penyelidikan Kerajaan Tempatan, berkata demikian kepada wartawan selepas melakukan lawatan ke Majlis Perbandaran Klang, semalam.


Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil keputusan minggu lepas untuk mendapatkan penjelasan daripada Adun terbabit sebagai tanggung jawab.


"Kesemua surat kepada Adun terbabit akan dihantar dalam masa seminggu dan mereka perlu menjelaskan dengan terperinci bagaimana wang tersebut digunakan dan siapa kontraktor yang terbabit melakukan kerja-kerja berkenaan," katanya.


"Kami tidak berpuas hati dengan cara peruntukan itu digunakan. Kami ingin tahu bagaimana wang pembayar cukai itu dihabiskan. tapi buat masa ini kami tidak membuat sebarang spekulasi tentang bagaimana wang itu digunakan, kita tunggu penjelasan mereka," katanya.


Ronnie berkata, ekoran itu Adun dalam pentadbiran sekarang terpaksa memohon peruntukan baru untuk kegunaan mereka.


"Kami akan memperkanalkan satu sistem di mana setiap sen akan diteliti. Matlamat kami supaya semuanya berjalan secara telus dan rakyat boleh menyemak perbelanjaan kerajaan," katanya.



Sumber

Notis hadir ke balai, tindakan polis 'mala fide' - Syed Husin

KUALA LUMPUR, 15 April (Hrkh) - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dr Syed Husin Ali mengecam tindakan polis yang menyerahkan notis hadir ke Balai Polis Dang Wangi petang ini (3.00 petang) ke atas Presidennya, Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali dan Yahya Shari.


Beliau menganggap tindakan polis ke atas pemimpin-pemimpin KeADILan ini merupakan satu bentuk ugutan dan provokasi.


"Mereka begitu cepat sekali bertindak ke atas pemimpin-pemimpin ini selepas menerima aduan.Kami harap secara adil pihak polis bertindak cepat juga apabila menerima aduan tentang hal-hal lain dari pihak kami atau pihak-pihak lain.


"Kami juga menganggap tindakan ini sebagai mala fide (berniat jahat)," katanya dalam satu kenyataan media berhubung isu terbabit.


Dipercayai polis menyerahkan notis itu untuk menyiasat mereka berhubung sebuah perhimpunan pada 14 April 2008 dan polis bertindak kerana menerima aduan mengenai perhimpunan tersebut.


Berhubung dengan perhimpunan semalam, Syed Husin menjelaskan bahawa pertemuan telah di adakan di antara pihak polis termasuk Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur dan lain-lain, wakil penganjur Yahya Shari yang juga pembantu khas Menteri Besar Selangor dan wakil-wakil Kelab Sultan Sulaiman.


"Status perhimpunan itu dari segi undang-undang tidak pernah timbul dalam perbincangan ataupun surat-menyurat yang berikutan. Perhimpunan itu diadakan di kawasan persendirian (private)," katanya.


Katanya seperti pihak polis sedia maklum, perhimpunan itu berjalan secara aman dan terkawal dan diadakan dengan teratur dalam lingkungan kawasan Kelab Sultan Sulaiman.


Bagaimanapun kata Syed perhimpunan itu telah diberhentikan selepas pihak pegawai polis meminta Saudara Anwar Ibrahim menamatkan ucapan.


"Namun tidak ada bantahan dari perhimpunan, penganjur atau Anwar sendiri terhadap tindakan polis ini. Segalanya berakhir dengan aman dan baik pada jam 10.30 malam," kata Syed Husin.

Sumber

Umno didakwa peralat Yayasan Pahang untuk kepentingan politik

TEMERLOH 15 April (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pahang kesal Umno memperalatkan Yayasan Pahang untuk kepentingan politiknya.


Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi mendedahkan bagaimana Umno, mempergunakan kemudahan Yayasan Pahang di Mesir iaitu sebuah bilik di bangunan Asrama Haiyu Asyir untuk menempatkan pejabat Kelab Umno.


Nasruddin berkata, adalah tidak wajar harta rakyat digunakan untuk kepentingan sebuah parti politik.


"Umno sepatutnya menggunakan wang sendiri untuk membeli dan membiayai pengurusan kelabnya, kenapa menggunakan kemudahan milik rakyat," katanya yang baru pulang dari lawatan ke Mesir baru-baru ini.


Nasruddin berkata, beliau mempunyai bukti mengenai dakwaanya itu, dan mahu pihak Umno memberi jawapan mengapa harta rakyat digunakan untuk tujuan politik kepartian. Pihaknya juga menimbang untuk membuat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).


"Mereka menjadikan Rumah Pahang seperti Markaz Umno, manakala pegawai Yayasan pula terlibat menjadi pengedar borang keahlian Umno kepada para pelajar," ujarnya.


Tindakan itu amat mengelirukan kerana pelajar tidak dibenarkan berpolitik tetapi kenapa pula pegawai kerajaan sendiri melanggar larangan itu dengan menjadi agen kepada sebuah parti politik dan berkempen kepada pelajar.


Katanya, dalam lawatanya ke Mesir itu beliau mendapati wujudnya beberapa perkara yang kurang menyenangkan, antaranya pihak pengurusan (wakil Yayasan Pahang di Mesir) mengutamakan pelajar dari negeri lain untuk menduduki Asrama Yayasan Pahang sekali gus mengetepikan pelajar anak Pahang.


Ini berlaku kononya pelajar Pahang yang disisihkan itu cenderong menyokong PAS, manakala pelajar luar Pahang adalah penyokong Umno yang datang dari Johor, Selangor dan negeri-negeri lain.


"Saya difahamkan wujud isu pihak pengurusan lebih mengutamakan pelajar bukan warga Pahang (menyokong Umno) untuk menduduki asrama milik Yayasan Pahang," katanya.


Begitu juga isu kebajikan pelajar di mana ada pelajar yang layak menerima bantuan dinafikan atas sebab politik (alasan popular yang diguna untuk menekan pelajar yang tidak disenangi).


Beliau berkata, bantuan (wang zakat) kepada pelajar Pahang juga lebih kecil (antara 2,000 hingga 4,000 ringgit) berbanding bantuan sama diterima pelajar dari negeri-negeri lain seperti Selangor, Terengganu dan sebagainya. Para pelajar negeri-negeri terbabit menerima bantuan di antara (5,000 hingga 6,000 ringgit setahun).

Sumber

Himpunan Rakyat, 70,000 Penuhi Stadium Ipoh Perak

Oleh cina-islam


"a
IPOH, 14 April :- Setelah rakyat Perak menunggu untuk masuk ke Stadium Perak selama 50 tahun, malam tadi mencatat sejarah baru dengan kehadiran lebih 70,000 rakyat untuk mendengar amanat dari 5 Menteri Besar dan Ketua Menteri dalam program Himpunan Rayat yang diadakan disini malam tadi.

Kehadiran pengunjung sebegitu ramai telah dijangkakan oleh pihak penganjur dengan beberapa persiapan awal memaklumkan program tersebut dalam blog-blog utama dan edaran risalah hand bill dan poste



Pihak penganjur telah membariskan Menteri Besar Perak selaku tuan ramah,YAB Ir. Nizar, Menteri Besar Kedah, YAB. Ust. Azizan Razak, Wakil Menteri Besar Selangor, YB. Dato' Dr. Hassan Ali, Wakil Menteri Besar kelantan, YB. Dato' Husam Musa, dan Wakil Ketua Menteri YB Nga Kor Ming yang juga Exco Kerajaan Perak.



Semua pengunjung telah dihidangkan dengan maklumat terkini dari semua penceramah sehingga jam 11.45. Keadaan hampir 4/5 sesak dengan pengunjung sehingga kebahagian padang yang sebahagian besar dipenuhi oleh pendengar.


MB Kedah dalam ucapannya, mengatakan rakyat telah berjaya mengikis satu kepercayaan karut iaitu hanya BN yang mampu mentadbir negara. sambil berseloroh beliau mengatakan UMNO jenis tidak mahu mengaku kalah, Beliau membuat kiasan macam suami isteri, kedah dah dapat suami baru dan dia sudah bercerai dengan suami lama(UMNO). Katanya "jangan dok perasan nak balik rumah lagi".


Sepanjang program berlangsung yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Perak, yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Ust. Misbahul Munir Hj. Masduki, Pengunjung tidak kering gusi dengan selangseli ucapan takbir, Makkal Sakti dan Reformasi.


Antara tetamu yang hadir pula ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang, Pengerusi PKR negeri Perak, Ust. Zulkarnain, Pengerusi DAP Perak YB. En. Ngeh Koo Ham , dan semua Wakil-wakil Rakyat dari Pakatan Rakyat Perak.

Sumber

Gempar: Filem 'Dunia Baru The Movie' Juga Persendakan Islam !!

Seantero dunia baru saja dikejutkan dengan filem "Fitna" yang dikatakan menghina umat Islam. Maka hebohlah disana sini umat Islam mengadakan demonstrasi membantah tindakan pengeluar filem Belanda, Geert Wilder itu. Lantaran filem pendek itu juga mereka mahu Kerajaan Belanda berusaha membatalkan penayangan filem yang menghina Islam. Di negara kita, Wisma Putra turut membantah tayangan filem itu.


Kenyataan yang dikeluarkan menyatakan tindakan itu tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam. Apa yang lebih menarik, gara-gara filem itu umat Islam diseluruh dunia diseru memulau barangan keluaran Belanda.



Dalam sedar atau tidak, sebenarnya penghinaan terhadap agama Islam juga telah berlaku didalam negara kita sendiri. Mungkin kita terlepas pandang atau sengaja buat-buat tak nampak. Sebelum ini kita dikejutkan dengan kontroversi yang melibatkan pelakon drama Rosnah Mat Aris. Beliau dikatakan menghina isteri Nabi Muhammad SAW, kini telah menerima hukuman digam oleh pihak berkuasa atas keceluparan mulutnya itu. Bahkan apa yang lebih memeranjatkan siaran rancangan terbitan sebuah stesyen TV swasta itu juga telah dibatalkan gara-gara perbuatan Rosnah itu.


Kini, sebuah filem terbitan pengeluar filem tempatan Grand Brilliant iaitu "Dunia Baru The Movie" juga dikatakan telah terdapat unsur menghina Islam. Filem yang diapditasikan daripada drama "Dunia Baru" itu telah ditayangkan kepada umum bermula awal Februari 2008 lalu. Ia diarahkan oleh M. Hitler Zami iaitu anak kepada pelawak terkenal Zami Ismail. Mungkin dek kerana namanya Hitler, maka beliau langsung tidak faham akan sensitiviti umat Islam dan orang Melayu di negara ini. Mungkinkah Hitler merasakan bahawa membuat filem sekadar untuk suka-suka semata-mata lantaran itu tidak mahu langsung memikirkan impaknya terhadap penonton. Walhal filemnya itu ditonton oleh pelbagai golongan masyarakat dari yang muda hinggalah yang tua.


Filem yang membariskan pelakon terkenal seperti Elyana, Ann Ngasri, Pierre Andre, Mustapha Kamal, Anita Baharom dan ramai lagi itu telah dirakamkan di beberapa lokasi di Yan dan Pendang, Kedah Sarul Aman. Filem itu mengisahkan gelagat gila-gila pelajar disebuah kolej dalam menjalani aktiviti seharian mereka. Ia telah mendapat perhatian meluas dikalangan para penonton sejak mula ia ditayangkan di TV3. Pencipta dunia baru dan penulis skripnya untuk televisyen dan filem ialah Wan Hasliza Wan Zainuddin . Drama bersiri untuk filem ini di TV dulu dikatakan pernah mencapai rating yang tinggi iaitu 3 juta penonton. Populariti inilah yang menyebabkan pengarahnya M. Hitler Zami berusaha membawanya ke layar perak.


Kisah penghinaan ini berlaku dalam satu babak di sebuah majlis perkahwinan. Dalam adengan tersebut Opie yang dilakonkan oleh Elyana telah berbesar hati untuk menyumbangkan suaranya bagi menyerikan majlis berkenaan. Beliau berpasangan dengan pelakon muda Pierre Andre telah menyanyi sebuah lagu dalam majlis berkenaan. Maka oleh kerana rakannya Mardhiah lakonan Ann Ngasri kelihatan agak warak dan sememangnya menggemari irama nasyid, Elyana dan Pierre Andre telah memilih untuk menyumbangkan sebuah lagu nasyid yang telah popular sepanjang zaman iaitu berjudul 'Sepohon Kayu".


Melihat liriknya sahaja, kita sudah tahu yang lagu ini adalah sebuah lagu ketuhanan yang memerlukan penyampainya memiliki ciri-ciri Islamik. Lagu ini adalag sebuah lagu dakwah yang telah popular sejak sekian lama. Bahkan lagu serta liriknya sahaja sudah boleh meremangkan bulu roma penyanyi dan pendengarnya. Boleh dikatakan hampir seluruh umat Islam di negara ini boleh menghafal dan mengingati senikata lagu ini. Maka itu, apabila ianya ingin dijadikan sebagai sebuah lagu dalam filem, pendekatannya haruslah selaras dengan lagu berkenaan. Lagu itu adalah lagu dakwah dan bukan lagu pop komersial atau pun lagu rock yang membolehkan penyanyinya terkinja-kinja, berjoget lambak serta bersuka ria macam orang tak sedar diri.


Dalam filem "Dunia Baru The Movie", pengarahnya Hitler sengaja membutakan mata apabila mengarahkan Elyana dan Pierre Andre menyampaikan lagu berkenaan dengan diringi oleh band rock, berpakaian mendedahkan aurat, terkinja-kinja seolah-olah tidak memahami langsung akan lirik serta tujuan lagu berkenaan dinyanyikan. Lebih menyedihkan lagi, pengantin yang diraikan ketika itu adalah ayah kepada pengarah itu sendiri iaitu Zami Ismail. Sebagai seorang tua, beliau langsung tidak mempunyai kesedaran dan memikirkan perkara ini, walhal beliau boleh menyunting adengan berkenaan jika mahu.


Justeru itu kita amatlah berharap agar pihak berkuasa dapat memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap pengeluar filem terbabit atas penghinaan ini. Biarpun ianya tidak secara "jelas" menghina agama Islam, namun langkah mempersendakan lagu-lagu nasyid berbentuk dakwah dengan elemen yang boleh merosakkan jelas sekali bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan dan agama Islam itu sendiri. Tambahan pula si penyanyinya juga tidak menutup "Aurat" dan langsung tidak menonjolkan imej islamik ketika mendendangkannya. Sudahlah tu, dengan muzik Metal yang dimainkan serta mereka berjoget-joget keseronokan seolah-olah tidak memahami langsung maksud yang tersirat disebalik lirik lagu nasyid tersebut.


Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita merasa sungguh kecewa dengan kejadian ini. Maka kita berharap agar pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan tegas kepada artis dan penerbit filem berkenaan demi menjaga maruah Islam itu sendiri. Sudahlah rancangan tersebut jelas sekali memaparkan betapa sosialnya para pelajar kolej di negara kita. Pergaulan bebas serta berbagai aktiviti yang sungguh memualkan seringkali didedahkan kepada kita. Justeru itu kita haruslah juga mendesak serta mengambil tindakan sama apa yang berlaku kepada pengeluar filem Belanda baru-baru ini. Kabarnya DVD dilem berkenaan sedang dijual dipasaran. Maka apa akan jadi kepada generasi muda yang melihat perbuatan ini. Adalah lebih elok mereka memilih lagu pengantin baru untuk menghiburkan pengantin dalan adengan berkenaan. Semoga selepas ini, pihak-pihak berkenaan akan lebih berhati-hati dalam menerbitkan sesebuah drama atau pun filem.


Sumber

Isnin, 14 April 2008

Web, blog: Taktik pembangkang racun pengundi muda, kata Ali Rustam

Penggunaan laman web serta blog oleh parti pembangkang untuk menyebarkan dakyah politik mereka adalah antara punca mengapa undi dari pengundi muda banyak memihak kepada pembangkang semasa Pilihan Raya Umum yang lalu.


Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, penggunaan laman web serta blog untuk menyebar fitnah mengenai kerajaan juga telah mengelirukan rakyat sehingga berlakunya apa yang para analisis politik gambarkan sebagai 'tsunami politik'.


ImageKatanya, hakikat bahawa ramai calon Barisan Nasional (BN) yang tidak menggunakan laman web atau blog telah menyebabkan BN gagal menangkis fitnah pembangkang serta memberi penerangan yang tepat kepada pengundi.


"Pelbagai kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah disediakan kerajaan. Tetapi pembangkang telah mengambil kesempatan menggunakan segala kemudahan ini untuk membantu mereka dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.


"Kita di BN tidak menggunakan blog untuk memberi penerangan yang tepat kepada pengundi. Inilah salah satu sebab mengapa ramai pengundi muda berpaling tadah dan menyokong pembangkang.


"Selain itu, cara berkempen pembangkang yang banyak menggunakan isu-isu perkauman juga telah memberi kesan kepada keputusan akhir," tambahnya.


Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis meraikan kemenengan BN Tangga Batu di sebuah hotel di sini. (Bersambung ke muka 3)


Laporan ini berita utama muka depan Melaka Hari Ini (Rabu 9 April 2008 / 2 Rabiulakhir 1429) dengan tajuk 'Penggunaan laman web, blog: Taktik pembangkang racun pengundi muda'.


Di bawah pula adalah tulisan saya dalam Fikrah Editor Harakah, 9-22 Safar 1429 / 16-29 Februari 2008.


Memaksimumkan ICT hadapi dakyah Umno-BN


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Antara tajuk berita akhbar harian Melayu yang diulang saban hari adalah 'Usah terpengaruh dakyah pembangkang', dan 'Jangan terpengaruh dakyah pembangkang'. Hairan bin ajaib, pembangkang hampir tiada medan menyatakan pandangan, jadi bagaimana mereka berjaya melakukan dakyah dan propaganda?


Pihak yang menabur dakyah dan propaganda itu adalah Umno-BN yang memperkudakan media massa bagi melanjutkan kuasanya yang mereput itu. Seperti pilihan raya lalu, media massa terutama bebahasa Melayu ditunggang penuh nafsu bagi mengaburi mata rakyat; melihat Umno-BN bagaikan geliga, siap sedia mencetuskan huru-hara.


Sekalipun kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sudah banyak mengubah pemikiran masyarakat, media massa tradional seperti akhbar, radio dan televisyen kukuh sebagai senjata paling ampuh bagi menghadapi pilihan raya. Siapa menguasai maklumat, hampir pasti memenanginya, termasuklah melalui pendekatan paling kotor - membenarkan yang batil yang menyalahkan yang benar.


Kini media massa yang hampir 100 peratus dikuasainya, Umno-BN berkokok menjalankan dakyah dan propaganda. Disebabkan berkuasa penuh, tiada pihak menyanggahnya. Setiap hari media massa mencanangkan apa didakwa kejahatan pembangkang, tetapi mulut dituduh disumbat. Sewajarnya sebagai pendukung demokrasi (kononnya), pihak yang menuduh dan dituduh sama-sama diberi peluang bersuara, barulah rakyat (pengundi) sebagai hakim, berupaya membuat pilihan terbaik.


Sebagai negara yang diuar-uarkanb bakal mencapai status maju pada 2020, rakyat menanggung malu di mata dunia jika demokrasi ala-Malaysia dibandingkan dengan negara bertamadun dunia. Di Amerika, calon-calon Presiden, daripada Demokrat dan Republikan diberikan liputan meluas oleh media massa. Pengundi mempunyai akses terhadap rancangan calon untuk kebajikan rakyat dan juga masa depan negara.


Sekalipun dakwaan siapa menguasai media, dialah pemenang pilihan raya terpakai di Amerika, seperti di negara maju lain termasuk Britain, penguasa tiada halangan kepada pihak berkaitan menerbit dan menyebar luas media alternatif. Media ini berkembang subur di negara maju, menyediakan pandangan kedua untuk rakyat yang dahagakan maklumat.


Bagaimanapun, hal ini tidak berlaku di Malaysia. Pandangan kedua hampir tidak dibenarkan. Berdasarkan arahan PM sebagai Menteri Dalam Negeri pada tahun 2000, parti-parti yang sah berdaftar dibenarkan menerbitkan buletin sekali dalam masa 15 hari dengan permit penerbitan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Berdasarkan kebenaran inilah terbit akhbar Harakah (PAS) dan Roket (DAP) manakala Suara Keadilan (KeADILan) tidak diberikan permit.


Buletin parti ini tidak boleh disamakan dengan akhbar harian. Harakah tidak boleh disamakan dengan Berita Harian atau Utusan Malaysia. Lawan Harakah yang setara adalah Merdeka (terbitan Umno) yang tidak mendapat sambutan itu.


Dari segi indeks kebebasan akhbar sedunia, Malaysia kini hampir ke kedudukan tercorot (124), lebih buruk daripada Kemboja, Bhutan dan Timor Leste. Berdasarkan senario ini, kita begitu bimbang kerana kewartawanan buruk akan menghasilkan sebuah kerajaan buruk yang natijahnya akan menyebabkan rakyat menderita.


Apabila sebuah kerajaan buruk dipilih, terjadilah pelbagai keburukan - rasuah, penyelewengan kuasa dan aneka jenayah. Sebahagian kesilapan memilih kerajaan buruk ini terletak di bahu rakyat yang dikaburi mata dan hati mereka oleh media massa. Media massa Melayu sudah menjadi petunjuk kepada sesetengah orang Melayu, dipercayai segala ratib sang penguasa yang gila akan kesinambungan kuasa.


Kini, berdasarkan hakikat Umno-BN mencengkam media, satu-satunya jalan keluar bagi pejuang kebenaran adalah memanfaatkan kemajuan ICT dengan memaksimumkan penggunaannya. Antaranya perhebatkan perjuangan melalui alam maya dan produk hilirannya seperti bahan muat turun agar sampai ke tangan setiap pengundi, hatta di pedalaman bagi menangkis serangan menggila Umno-BN.


Selepas meneliti kedua-dua artikel ini, antara pertanyaan saya adalah:


1. Mohd Ali Rustam melalui artikel ini telah memfitnah pembangkang (kini pemerintah di lima negeri) menggunakan laman web dan blog untuk menyebarkan dakyah politik dan pengundi muda telah mempercayainya. Wahai Dato' Seri yang bijaksana, anda telah tersilap dengan mengandaikan anak muda begitu mudah percaya akan perkara karut-marut termasuk fitnah. Generasi muda sekarang adalah golongan terpelajar, mereka tidak makan akan temberang (hantu pun mereka tidak percaya apatah lagi takut), mereka mahukan bukti akan sesuatu perkara itu. Jika sesuatu perkara itu benar, barulah mereka mempercayainya. Kalau laman web dan blog menulis kisah merapu termasuk cerita hantu, siang-siang lagi mereka akan menolak sekalipun membacanya. Janganlah beremosi menuduh anak muda senang termakan fitnah pembangkang.


2. Mohd Ali Rustam telah mengaku ramai calon BN-Umno buta teknologi maklumat. Demikian juga kebanyakan orang Umno. Kalau dah tahu, tak apalah Dato' Seri. Jangan tak tahu.


3. Mohd Ali Rustam berkata kerajaan sudah bersusah payah menyediakan kemudahan ICT sebaliknya pembangkang mengambil kesempatan. Ini juga bermaksud orang Umno-BN buta teknologi dan tidak menghargai kemudahan disediakan kerajaan. Buat apa buat MSC dan pelbagai koridor sedangkan orang Umno-BN tidak tahu apa-apa pun?


4. Mohd Ali Rustam mengesyorkan pemimpin BN guna blog untuk beri penerangan. Syabas Dato' Seri, bekas rakan sejawatan Dato' Seri dari Selangor dan Perlis kini sudah pun menjadi bloggers. Harap-harap Dato' Seri akan menyertai mereka tidak lama lagi (selepas pencen).


5. Mohd Ali Rustam mendakwa pembangkang banyak menggunakan isu perkauman. Saya nak tanya Dato' Seri satu isu saja iaitu Hindraf. Siapa yang memainkan isu ini siang dan malam berbulan-bulan lamanya. Bukankah pemimpin Umno dan media massa yang dikuasainya. Siang malam HINDRAF, HINDRAF sehingga rakyat naik bosan.


6. Akhbar 'Melaka Hari Ini' saya jumpa dalam masjid. Sudah menjadi pengetahuan umum akhbar ini (harga RM1) gagal di pasaran, jadi dicampakkan saja ke sekolah, jabatan kerajaan, masjid dan surau. Bagaimana akhbar ini boleh dicampakkan ke masjid sedangkan masjid kawasan larangan berpolitik? Sebagai akhbar kerajaan negeri, duit siapa yang digunakan untuk menerbit dan mencetak akhbar ini? Jika kos penerbitan akhbar ini 50 sen senaskhah, jika dicetak 50,000 naskhah, kosnya sudah RM25,000. Kalau sebulan sudah RM750,000. Kalau setahun sudah berapa? Jangan aniaya duit rakyat dalam bab ini.


7. Akhbar ini diterbitkan kerajaan negeri, bagaimana pula ia sarat dengan laporan kepartian. Bukankah Dato' Seri telah memperkudakannya untuk menyampaikan dakyah parti terutama diri sendiri? Lebih-lebih lagi pemilihan dan perhimpunan agung Umno sudah makin dekat.


8. Akhir sekali berdasarkan artikel kedua (rencana pengarang Harakah), syabas diucapkan kepada pejuang keadilan yang telah menfaatkan ICT untuk melenyapkan kebatilan. Teruskan perjuangan suci ini menghancurkan kezaliman.



Sumber