Halaman

Ahad, 13 April 2008

JK Pesta Buku 2008 (PWTC)

JK Pesta Buku 2008 (PWTC)

Alahmdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat ana menyertai perjumpaan bersama-sama dengan sahabat di PWTC.

Alhamdulillah....walaupun terlambat, masih lagi berpeluang untuk bertaaruf bersama-sama mereka.

Sampai sahaja ditempat berkumpul, kelihatan 5 orang muslimat dan seorang muslimin sedang menunggu. Kelihatan diatas meja, juadah sudah terhidang iaitu 1 kek coklat, 1 kek blueberry, kuih muih dan juga kentang goreng.

Semuanya di sponosor oleh orang lain. Ana just datang makan sahaja (alhamdulillah).

Tidak lama selepas tu, lagi 3 orang muslimin menghadirkan diri. Selepas makan, kami bergerak ke tingkat 3 untuk solat zuhur berjemaah. Berkumpul semula di tempat makan tadi untuk mengemas meja sebelum memulakan perjalanan didalam PWTC.

Kami bergerak bersama-sama Ibu Angkat Ukhwah.com (Ummimq) ke Pesta buku kerana Ummimq hendak berjumpa dengan Kang (Pengasas Ukhwah.com dan juga seorang penulis buku, byk dikeluarkan oleh PTS). Tidak mendapat keizinan oleh Nya untuk kami bertemu dengan Kang. Ummimq meneruskan perjalanan sementara kami menunggu sekejap muslimin yang lain sampai kerana terpisah semasa dalam perjalanan.

Setelah jam menunjukkan pukul 3ptg (lebih kurang), kami menghantar Ummimq ke tempat teksi berhenti. Kemudian, barulah kami mula berjalan untuk (Borong) buku-buku yang ingin dibeli.

Alhamdulillah.... baru sahaja masuk semula dalam PWTC, ana bertemu dengan SENIOR semasa di KUTPM Shah Alam. Dia sekarang berada di tahfiz di negeri sembilan. SENIOR inilah yang ana pernah ceritakan dahulu, iaitu salah seorang antara 3 Firdaus semasa di KUTPM. Dia ni firdaus kopiah. Rupa-rupanya, dia sedang menunggu seorang lagi Firdaus, iaitu Mantan Presiden PMI KUTPM Shah Alam. Alhamdulillah... bertemu kembali diri ini dengan mereka. Masa jumpa tu, hanya tuhan yang tahu betapa seronok hati ini kerana mempunyai sejarahnya pada diri ana.

Kami tak dapat berbual lama, kerana sahabat2 ana sedang menunggu. Jadi ana hanya berbual sekejap sahaja dengan 2 orang Firdaus berkenaan. Hmm...bila lagi dapat jumpa dengan mereka?.
kalau ada rezeki, insyaALLAH boleh jumpa lagi dengan mereka.

Meneruskan perjalanan dengan sahabat ana (Muslimin23) ke dalam dewan ditingkat 2. Tersempak pula dengan sepupu belah ayah, Kak Ima namanya. Sedang menuntut di UITM Shah Alam tahun 3 jurusan Maskom. Terkejut juga bila berjumpa dengan Kak Ima disana. Disana dia menjadi orang yang membantu pengunjung yang menghadapi masalah ataupun persoalan. Katanya, ini adalah sebahagian daripada jurusan yang diambilnya. Ana faham sikit-sikit je apa yang disampaikannya. Tak boleh lama sangat berbual kerana masa tidak mengizinkan. Meneruskan perjalanan terus ke kedai Al-Hidayah Publisher (^_^). Kami mencari novel ayat2 Cinta untuk dibaca. Memang ketinggalan sikit nak mula membacanya.

Rasa-rasanya, kesemua buku yang dibeli oleh kami datang dari Hidayah Publisher sahaja. tempat2 lain, tak berminat pulak. tak tau kenapa. Yang ana tak tahan nak senyum sepanjang perjalanan dek kerana sahabat ana ni, rupa-rupanya seorang yang minat dengan duit2 lama. Semalam dia sempat membeli duit RM20 untuk menambah koleksi duit lamanya. wah... hebat juga dia ni, semua jenis duit lama dia dah ada.

Masa pusingan terakhir kami didalam dewan tingkat 2 tu, ana tersempak dengan SENIOR sewaktu beberapa kali menjadi Fasilitator under ABIM. Namanya Abu Qasim. penuntut di UIA Kuantan jurusan Doktor kot... (hehe...lupa pula). Sempat berbual untuk beberapa perkara sebelum masing2 membuat haluan sendiri. Keluar dari dewan, terus menuju ke arah The Mall untuk bertemu semula dengan sahabat2 tadi. semasa sampai ditempat berjalan kaki berhampiran pintu keluar(berhadapan The Mall), kami nampak kelibat mereka semua sedang duduk ditepi sambil makan kek. hehe...kek masih berbaki lagi, walaupun yang makan adalah dalam kuantiti yang ramai. Ha....masa tu, ada bersama kami ialah Koordinator Event dan Presiden Ukhwah.com.

Habis makan, habis berbual, masing2 membawa diri.

Buku2 yang sempat dibeli, setelah berfikir beberapa kali adalah
1) Ayat-ayat Cinta
2)Menundukkan Hati (Tok Guru Nik Aziz Nik Mat)
3)Fiqh Sirah (Syed Ramadhan Al Buty)

Tiada ulasan: