Salam perjuangan dari ana....
Pertama dan selamanya marilah kita merapatkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya kita dapat merasai ni'mat Islam dan Iman. Kita juga perlu rasa bersyukur kerana dengan izin-Nya juga, kita masih diberi peluang untuk memperbanyakkan amalan dan membetulkan mana yang tersilap supaya bila sampai di negeri akhirat kelak, kita tidak akan kerugian.
Alhamdulillah....dapat sekali lagi ana menitipkan sesuatu didalam blog ini. mudah-mudahan ianya memberi manfaat bersama tak kiralah pada diri ana sendiri mahupun sesiapa yang membacanya. insyaALLAH....
Hari ini ingin sekali ana bercerita berkenaan bab Perbicaraan. Ianya mungkin dianggap remeh bagi sesetengah orang. Tapi bagi ana, ianya mempunyai 'impak' yang besar pada diri sendiri dan juga pada orang lain.
"Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah menghumbankan muka mereka ke dalam neraka?"
(sebahagian daripada hadith riwayat tirmizi, An-Nasai, Ibn Majah dan Ahmad. Tirmizi berkata : Hadith ini Hasan Sahih)
"Siapa yang banyak cakapnya banyaklah salahnya, siapa yang banyak salahnya banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka neraka adalah paling utama baginya."
(Diriwayatkan oleh al-Baihaqi sebagai kata-kata Umar Ibn al-Khattab)
Kalau apa yang ana biasa dengar daripada mana-mana orang dan juga daripada Dr. Fadzilah Kamsah, mengatakan bahawa lelaki dan perempuan ni, cara mereka melafazkan kata-kata adalah berbeza.
1)orang lelaki, sebelum mereka berkata-kata.... mereka akan berfikir dahulu berkenaan perkataan yang ingin disampaikan itu.
2)berlainan pula pada perempuan. Mereka biasanya akan berkata dahulu barulah mereka akan berfikir tentang apa yang mereka katakan.
lebih baik berfikir dahulu untuk menuturkan sesuatu perkataan itu, supaya tidak dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita lafazkan diakhirat kelak. walaupun lelaki ni lebih digelarkan (manusia putar belit).
Firman Allah s.w.t. : Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada dekatnya malaikat pengawas yang sentiasa hadir(Raqib Atid)
(Surah Qaaf : 18 )
Apa yang ana lihat di sekeliling ana, orang-orang Islam itu sendiri tidak pandai untuk menjaga pertuturan mereka. Bahkan kadang-kadang orang-orang bukan Islam lebih baik pertuturan mereka. (Bukanlah untuk ana mengatakan diri ana tidak pernah bertutur tidak elok), cuma ana ingin mengajak antum semua muhasabah diri balik.
Ana lebih fokuskan pada mereka-mereka yang berada dalam jemaah itu sendiri. Ana tidak statekan mana-mana jemaah, tetapi secara rambang. Bukan semua begitu, tetapi segelintir. Disebabkan segelintir inilah, habis yang lain pun terkena tempiasnya.
Sepatutnya (Kita) sebagai seorang yang ingin meneruskan perjuangan junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. mestilah cuba untuk menjadi contoh yang baik kepada orang lain. Walaupun kita tidak dapat untuk mendekati mereka (kerana da'wah), sekurang-kurangnya mereka tau dan respek terhadap akhlak (Kita) sebagai orang yang membawa agama.
Itu baru pertuturan. Belum lagi ana nak bawak masuk Isu (orang-orang dalam jemaah), masih main dengan "mengumpat" dan "berkata benda-benda lagha". Masih lagi bersifat kebudak-budakkan. Tapi ana bersangka baik sajalah, mungkin itu cara dia (BERSIASAH) dengan orang lain supaya dapat mendekati mereka.
Firman Allah s.w.t. : Wahai orang-orang yang beriman!. Janganlah satu puak lelaki mengejek-ngejek puak lelaki yang lain, boleh jadi mereka (yang diejek-ejek itu) adalah lebih baik daripada mereka (yang mengejek-ngejek) dan janganlah pula wanita-wanita mengejek-ngejek wanita-wanita yang lain, boleh jadi mereka (yang diejek-ejek itu) adalah lebih baik daripada mereka (Yang mengejek-ngejek), dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu saling panggil-memanggil dengan gelaran yang buruk. Sejahat-jahat nama (panggilan) ialah (panggilan) kefasikan sesudah keimanan. Dan sesiapa yang tidak bertaubat, maka mereka adalah orang-orang yang zalim.
(Surah al-Hujurat : 11 )
Ana cuma nak statekan berkenaan dengan gelaran (Panggilan) kepada sesama manusia. Kalau tak silap ana, sesiapa yang menggelarkan sesuatu panggilan kepada kawannya yang lain, dalam masa yang sama kawannya itu tidak redha dengan panggilan tersebut, maka.....kawannya yang "menggelarkan' itu dikiran berdosa.
disini ana nak selitkan lagu daripada kumpulan In-Team, yang ada kena-mengena dengan apa yang ana cuba sampaikan.
Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba serta menfitnah sesame saudara
Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa banga
Mencela mereka dengan kata-kata
Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita
Kata madah pujangga bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna
Yang indah yang indah itu bahasa
Yang cantik yang cantik budi pekerti
Yang merah merah saga
Yang kuning kuning kerti
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti
Terkadang aku, mentafsir manusia
Kurniaan tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca menghina dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan