Islam tidak memerlukan kita untuk mempertahankannya, tetapi kitalah yang memerlukan Islam. Jika bukan kita yang menjadi manusia mempertahankan Islam, ketahuilah bahawa Allah akan memberikannya kepada orang lain. maka amat rugilah diri
Rabu, 6 Ogos 2008
Berehatlah....
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah... ucapan yang sepatutnya dikeluarkan oleh setiap makhluk ciptaan Allah s.w.t. kerana nikmat2 yang telah dikurniakan pada mereka memang tidak ternilai harganya.
hhmm... mungkin pada saat ini, sahabat-sahabat semua sedang bertungkus-lumus untuk mencapai apa yang di ingini oleh hati.
hhmm... mungkin juga pada saat ini, sahabat-sahabat semua sedang sibuk menghitung hari untuk mendapat gaji bulanan.
hhmm... mungkin juga, sahabat-sahabat sekalian sedang leka dibuai "mimpi" disiang hari.
Berehatlah...berehatlah wahai sahabat-sahabat ku sekalian...
ambillah masa kalian..... ambillah....
walaupun tak dapat lama, sekadar 1 minit sudah mencukupi.
sudah lama dirimu tidak meluangkan masa untuk Tuhan yang telah menciptakan semua makhluk.
sudah lama dirimu tidak menangis kerana Dia.
sudah lama dirimu tidak meminta sesuatu seolah-olah dirimu tidak memerlukan Dia.
engkau nak tunggu berapa lama lagi??.
adakah kau pasti yang kau akan hidup pada esok hari??.
Berehatlah...
cukuplah sampai disitu sahaja...
Berehatlah wahai sahabat ku....
*penulisan ini adalah umum kepada sahabat-sahabat dan khas pada diri ana sendiri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan