Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak pada sidang media selepas menyampaikan ucapan pada Kursus Pemantapan Integriti Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Kedah anjuran bersama Institut Integriti Malaysia (INM) dan Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah (INSPIN) di Wisma Darul Aman semalam.
"Kita perkenalkan polisi belanja berhemah dan menghentikan semua perbelanjaan pembangunan, misalnya arahan dikeluarkan agar semua agensi kerajaan mengurangkan perbelanjaan sebanyak 30 peratus peruntukan untuk pembangunan," jelas beliau.
Beliau berkata demikian berikutan keresahan yang timbul di kalangan Adun semasa kursus tersebut mengenai kekurangan peruntukan.
Menurutnya, hal itu berlaku kerana kerajaan yang baru, mengambil alih pemerintahan pada pertengahan tahun belanjawan,sedangkan belanjawan sebelumnya telah diluluskan bulan November lalu.
"Kita (ketika itu) berada di pertengahan jalan. Jadi kekurangan ini akan diatasi," maklumnya.
Pada bulan November akan datang, menurut Ustaz Azizan, belanjawan baru akan dibentangkan dan keadaan akan menjadi normal semula.
Mengulas mengenai kursus yang diadakan itu, beliau menerangkan ianya bertujuan memberi satu imej baru kepada pentadbiran dan ahli politik yang sebelum ini dilihat tidak mempunyai integriti dan dipandang serong,sedangkan jawatan politik adalah jawatan yang suci dan mulia.
Jelasnya, perkara itu berlaku kerana orang melihat dalam politik telah berlaku penyelewengan kuasa, rasuah dan sebagainya. - mks. _
Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan