Halaman

Rabu, 27 Ogos 2008

Permatang Pauh : Mahasiswa Kemuka 5 Tuntutan

24 Ogos 2008, Permatang Pauh : Selepas mengedarkan risalah dari rumah ke rumah, seramai hampir 100 orang mahasiswa dari pelbagai front berhimpun di sebuah masjid di Permatang Pauh bagi menyatakan 5 tuntutan untuk dilaksanakan oleh calon-calon yang bertanding sekiranya menang. Deklarasi manifesto yang telahpun disampaikan kepada YB Arif Shah (BN) dan saudara Anwar Ibrahim (PKR) tersebut telah diketuai oleh Mohd Hafizudin Abirerah selaku Pengerusi, National Students’ Coalition Movement (NASCAM) yang menggabungkan 15 buah front mahasiswa iaitu GAMIS, SMM, DEMA, PMN, Pro Mahasiswa, PKPIM, GMMA, GPMS, KARISMA, TERAS, UMANY, GBMU dan BBMN.

Antara 5 tuntutan tersebut adalah :

1. Politik - menuntut pilihanraya kecil ini dilaksanakan secara telus dan adil serta memberi kebebasan bersuara kepada mahasiswa menyatakan pandangan

2. Pendidikan - memberi pendidikan percuma kepada segenap lapisan pendidikan bermula dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, dan IPTA/S serta memberi kebebasan memberi pandangan dan membuat kajian akademik kepada guru, pensyarah dan mahasiswa semua peringkat

3. Sosial - Membasmi kemiskinan tegar tanpa mengambilkira latarbelakang kaum dan ideologi politik dan menjaga kebajikan rakyat secara serius dan konsisten

4. Hak Asasi Manusia - memansuhkan AUKU dan ISA

5. Ekonomi - melaksanakan pengurusan ekonomi yang kemas dan tersusun yang bebas dari penyelewangan dan penindasan

Sumber

2 ulasan:

cikgu_eya berkata...

Kenapa ekk... Tak der

sosial- membasmi gejala dan penyakit sosial yang kian menular di kalangan rakyat secara besar-besaran.


ekonomi- mengamalkan sisitem ekonomi halal tanpa riba', bunga dan sebagainya serta sumber ekonomi bersih dari syubhah...

muahhahahaha... kata nak mengamalkan sisitem Islam... kan? ^^

al_irsyad berkata...

Assalamualaikum..

boleh rujuk pada artikel yang seterusnya...