Halaman

Selasa, 26 Ogos 2008

Maksiat jadi budaya dominan di Pulau Tioman

KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Pulau Tioman, Pahang mencatat peningkatan penjualan arak sebanyak 100 peratus sejak lima tahun lalu, berdasarkan permintaan tinggi di pasaran, lebih-lebih lagi harganya yang lebih murah dari minuman biasa.

Penjualan arak itu bukan sahaja daripada pemborong yang datang dari 'tanah darat', tetapi wakil pengedar termasuk kedai runcit menjualnya secara terbuka, dengan peniaga Melayu yang turut berbuat demikian.

Lebih dikesalkan, anak muda tempatan tanpa segan silu memunggah berkotak-kotak arak pelbagai jenama yang tiba di jeti, dengan gadis Melayu yang begitu sibuk melayan keinginan pelancong hingga ke dinihari - menghidang, menuang arak yang terdapat di mini bar yang 'bersepah' di Kampung Tekek, Air Batang dan di Kampung Salang.

Pendedahan ini dilakukan Timbalan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Pertanian PAS, Mazlan Aliman, bersama Naib Ketua Pemuda PAS Pahang, Fadli Ramli dan Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Rompin, Hanafiah Hashim, yang membuat tinjauan khas ke pulau berkenaan, 19 dan 20 Ogos lalu.

Menurut Mazlan, dengan meningkatnya penjualan arak yang berleluasa, pejabat agama juga tidak diletakkan di pulau yang diisytiharkan sebagai 'zon bebas cukai' oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, 17 Januari 2002 untuk tujuan pengawasan.

"Saya dan rakan berpeluang meninjau Pulau Tioman secara dekat, khususnya kesan dari perisytiharan ia sebagai kawasan bebas cukai. Walaupun matlamatnya untuk menarik kedatangan pelancong, khususnya dari Singapura, yang pasti bagi penduduk Tioman, tidak banyak perubahan yang dirasai melainkan kesan sosial yang sangat dahsyat," tegas beliau dalam kenyataannya kepada Harakah.

Tambah beliau, kawasan bebas cukai tidak mengandungi sebarang makna kerana yang murah dan berlambak hanya arak dan rokok semata-mata, tanpa prasarana seperti pejabat pos, balai bomba dan insinerator biarpun kerap kali dibangkitkan.

Beliau yang turut meninjau destinasi pelancongan seperti Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Perhentian, Desaru, dan Telok Cempedak turut menggambarkan fenomena serupa.

"Menonton 'sotong kering' di tepi pantai, arak, hiburan melampau, pergaulan bebas dan pesta maksiat adalah budayanya. Adakah ia zon eksklusif yang mana segala-galanya boleh dilakukan tanpa sebarang garis panduan atau etika sesuai dengan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan?' soal Mazlan.

Justeru, Mazlan menggesa Kementerian Pelancongan atau kerajaan negeri mesti melakukan sesuatu bagi mengawak sensitiviti agama dan budaya masyarakat setempat.

Katanya, kerajaan negeri perlu menempatkan pejabat agama dengan kakitangan yang munasabah agar penguatkuasaan dapat dilakukan dengan berkesan, selain mewujudkan garis panduan lebih ketat mengenai penjualan arak, dan papan tanda yang mengingatkan etika pakaian bagi memastikan mengawal kesan sosial di pulau berkenaan.

Sumber

2 ulasan:

cikgu_eya berkata...

lebih-lebih lagi harganya yang lebih murah dari minuman biasa.


apa maksudnya ayat nih ekk?
Lebih murah dari air masak kerr?
confius btoii... ^^

al_irsyad berkata...

owh...mereka buat perbandingan antara air minuman biasa(tak kirala..apa2 pon)...dengan arak. lebih kurang camtu la. Bukan bermaksud semua air lebih mahal daripada arak, cuma..kebanyakkannya..melebihi harga air arak disana.

wallahu'alam...