Halaman

Sabtu, 28 Februari 2009

Umno-BN tadbir negara dengan hasil judi

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - PAS khuatir tindakan yang dilakukan oleh bakal Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak seolah menggambarkan Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi.

Ini berikutan, tindakan Najib yang meluluskan 10 'special draw' judi sebaik sahaja menerajui Kementerian Kewangan menampakkan 'tembelang' sebenar bakal Presiden Umno itu. 

Demikian kata Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli semasa mengulas jawapan bertulis Kementerian Kewangan mengenai kelulusan 10 cabutan 'special draw' kepada Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook baru-baru ini. 

"Jawapan bertulis yang diberi kepada Loke terdapat 10 kali 'special draw' (cabutan khas) yang dibuat selepas Najib menerajui Kementerian Kewangan. 

"Dengan cabutan itu kerajaan mendapat hasil cukai itu sebanyak RM77,026,171.04. dan dalam jawapan kementerian itu bahawa cabutan bertujuan untuk dana pendidikan, kesihatan dan sebagainya, "dakwa Hatta. 

PAS khuatir tindakan ini sekali lagi menggambarkan bahawa Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi, katanya. 

Malah paling dikesali, dalam keadaan ketiadaan wang kerajaan Umno/BN begitu mudah menggunakan industri judi untuk mendapatkan sumber kewangan, ujarnya. 

"Ini juga menunjukkan kerajaan sebenarnya menggalakkan orang ramai berjudi, sedangkan judi akan mengundang kepada masalah sosial dan sebagainya," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai. 

Paling membimbangkan, dalam keadaan ekonomi gawat, tabiat judi ini digalakkan dengan kelulusan 'special draw' akan hanya memusnahkan lagi ekonomi dan kantung rakyat, kata Hatta. 

Sementara itu, Loke mendedahkan Kementerian Kewangan telah meluluskan 10 cabutan 'special draw' (cabutan khas) pada tahun 2008. 

Katanya jumlah kutipan cukai yang diperolehi daripada cabutan khas tersebut adalah sebanyak RM77,026,171.04. 

Kerajaan membenarkan cabutan khas diadakan berdasarkan kepada keperluan semasa yang bertujuan untuk membiayai pelbagai program dan projek pembangunan yang berbentuk sukan, kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemasyarakatan, dedahnya

Sumber

Isnin, 16 Februari 2009

Golongan yang tercicir dari jalan Dakwah...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... bersyukur kehadrat Ilahi, dengan limpah kurniaNya dapat sekali lagi ana berkongsi sesuatu didalam blog ini.

Hujung minggu lalu ana menghadiri kuliah mingguan di APIUM seperti biasa. Seperti biasa juga, akan ada jualan buku diruang legar tingkat bawah blok A. Belek punye belek, ana terpandang sebuah buku harakah karangan Al-Ustaz Fathi Yakan yang bertajuk "Golongan yang tercicir disepanjang jalan dakwah".

Pengisiannya memang sangat menarik minat ana untuk memilikinya.

Dimulakan pengisian dengan kisah-kisah pada zaman Rasulullah s.a.w. .Dimana, pada zaman baginda lagi, perkara ini pernah terjadi.

Antara tajuk besar dalam buku tu berkenaan "asbab" yang menyebabkan golongan ini tercicir dari jalan dakwah

1)Gerakan
2)Pemimpin
3)diri sendiri
4)keadaan persekitaran

nak taw lebih lanjut, cubalah membacanya...
semoga bermanfaat.

*kalau ada penambahan ataupun pembetulan, silalah respon

Jumaat, 13 Februari 2009

Siapa sebenarnya penderhaka?

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - Sebelum Umno mahu mengambil tindakan melucutkan gelaran Dato' Seri ke atas Ir Mohammad Nizar Jamaluddin atas dakwaan kononnya menderhaka dan menangkap Karpal Singh di bawah ISA atas dakwaan kononnya menghina Sultan Perak, penguasa dan rakyat perlu melihat sejarah ebenar siapa penderhaka sebenarnya.

Mengulas kemelut tersebut Ahli Parlimen Telok Kemang, Dato' Kamarul Baharin Abbas, penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu telah menjadi modus operandi Umno.

"Tetapi sekarang juak-juak Umno mahu menghukum pemimpin Pakatan Rakyat kerana kononnya tidak akur kepada Titah DiRaja. Sebelum itu cuba kita membuka helaian sejarah yang lalu siapa sebenarnya yang mula-mula menghina dan memalukan Raja-Raja Melayu," katanya.

Pertama, pemimpin Umno yang pertama melondeh Raja-Raja Melayu dalam krisis Perlembagaan ialah bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang jelas menghina Raja-Raja Melayu ketika mengurangkan kuasa dan keistimewaan raja-raja Melayu, ujarnya.

Lebih trajis lagi kisah pertabalan Ibrahim Petra sebagai Sultan Kelantan dan kes ini berlaku di Ketereh yang dipimpin oleh Dato' Seri Annuar Musa namun bekas Adun Kok Lanas itu tidak didakwa, katanya

Masih segar dalam ingatan, perkatan 'natang' (binatang) ketika Umno Terengganu khususnya Dato' Seri Idris Jusoh mempertikai perkenan Sultan melantik Dato' Ahmad Said sebagai MB Terengganu.

Namun sehingga kini Idris dan konco-konconya yang melakukan demonstrasi haram selepas piliahan raya umum 8 mac lalu tidak didakwa, tegas Kamarul yang juga Pengerusi Perhubungan KeADILan Negeri Sembilan.

"Kes-kes yang disebut itu tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak yang berwajib khasnya pihak polis pimpinan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Jawapannya mudah kerana mereka pemimpin Umno. Sungguh kebal pemimpin Umno sehingga PDRM pun tak berani mengambil tindakan ke atas mereka," katanya.

Mengulas kes Pakatan Rakyat di Perak, Kamarul berkata, kepimpinan di sana bukan tidak akur kepada Sultan Perak, cuma cara yang dipertontonkan kepada rakyat seolah-olah berat sebelah.

"Mengapa Sultan Perak tidak menyokong untuk membubarkan Dun? dan mengapa pula Sultan Azlan cukup patuh dengan kehendak dan nasihat Ketua Perhubungan Umno Perak, Dato' Seri Najib Tun Razak merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia?," soalnya.

Majoriti rakyat mahukan satu proses keadilan yang jelas kerana apa yang sedang berlaku ini bercanggah dari segi Perlembagaan, katanya.

Cara yang dibuat oleh Umno dan keputusan Sultan Perak menjadi pertikaian sedangkan Pakatan Rakyat tidak pernah mempelekehkan Raja atau tidak patuh kepada Raja, katanya.

"Kenapa Umno tidak sanggup menunggu Dewan Undangan Negeri Perak bersidang untuk membuat dan usul undi tidak percaya?" soalnya lagi.

Sejarah terbukti pemimpin Umno lah yang telah melondehkan maruah Raja Melayu, menjahanamkan maruah bahasa Melayu dan memecahbelahkan bangsa Melayu, tegas Kamarul.

"Sekarang mereka gegak gumpita mahu menghukum Nizar dan Karpal Singh pula," katanya.

"Sayang pada Sultan Perak yang ditunjukkan oleh Umno dalam kes 'Rampasan Kuasa' di Perak hari ini sebenarnya bagaikan tanam tebu dibibir mulut sahaja.

"Pendirian Pakatan Rakyat sememangnya cukup jelas iaitu mahu mengembalikan kemuliaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai sebuah institusi Raja Berperlembagaan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Sumber

Ahad, 8 Februari 2009

Isu Perak sekarang nih..

Bismillahirrahmanirrahim....

Berkenaan dengan isu perak sekarang nih, ana tertarik dengan satu penulisan yang mendalam maksudnya...



Firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah al-Ankabut:


Maksudnya : Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan begitu sahaja untuk mengatakan bahawa kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan mengetahui mereka yang berdusta.


Kalaulah dibenarkan, diseru kepada rakyat Perak khususnya dan para pejuang Islam seluruh tanah air umumnya, cuba bayangkan ungkapan khusus ini:


''Adakah rakyat Perak menyangka bahawa mereka akan dibiarkan begitu sahaja untuk mengatakan: Kerajaan kami sudah selamat/beriman/kuat dll, sedangkan mereka belum diuji. Dan sesungguhnya Allah telah menguji kerajaan-kerajaan Islam sebelum mereka (cth khalifah Umar Ibn Aziz, Khalifah Usmaniyyah, Kerajaan Kesultanan Melayu Islam Melaka dll), sesungguhnya Allah mengetahui pejuang-pejuang yang benar dan komited serta mengetahui pengkhianat/pendusta/perasuah yang diberi@beri rasuah RM50 juta dan sebagainya''

Insya Allah, moga kaedah ala ''al-'Ibratu bi'umumi al-lafzi la bikhususi sabab'' ini dapat memberi sedikit ketenangan hati buat pejuang-pejuang yang benar...Wahai Rakyat Perak, inilah 'Tapisan' Allah. 

Ya Muqallib al-Qulub, Thabbit Qulubana 'ala Dinik (Wahai Pembolah-balik Hati, Tetapkanlah Hati-hati Kami dengan Agamamu)

Wassalam


Sumber

Selasa, 3 Februari 2009

Bermula lagi....


Bismillahirahhmanirrahim...

Setelah 3 bulan lebih ana bersama dengan syarikat E-Media Publication, akhirnya kaki diangkat juga untuk meninggalkannya.

Bermula lagi lembaran baru