Halaman

Khamis, 25 September 2008

Tren LRT Yang Berlanggar Sudah Dipindahkan

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kerja-kerja memindahkan kedua-dua tren Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang berlanggar berhampiran Stesen LRT Bukit Jalil di sini sudah selesai Rabu malam, dan perkhidmatan itu akan beroperasi seperti biasa Khamis.

Pengurus besar komunikasi korporat Rangkaian Pengangkutan Intergrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) Ebi Azly Adullah berkata perkhidmatan tren LRT Star aliran Ampang antara Sentul Timur dan Sri Petaling Khamis akan bermula seperti biasa pada pukul 6.30 pagi.

Dalam insiden pukul 6.30 petang Rabu, dua tren berlanggar kira-kira 200m dari Stesen Bukit Jalil, mengakibatkan empat penumpang mengalami cedera ringan, manakala 300 lagi terselamat.

Ebi yang ditemui pemberita ketika mengiringi Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat melawat antara penumpang yang sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras di sini berkata, pihaknya akan menampung semua kos perubatan kesemua penumpang yang terlibat dalam kejadian itu.

Sementara itu Ong berkata beliau mahukan supaya laporan penuh daripada polis, pihak LRT Star, dan RapidKL berhubung insiden itu disiapkan secepat mungkin untuk diteliti pihaknya.

"Saya mahukan laporan terperinci. Jabatan kereta api di bawah kementerian Pengangkutan mempunyai kuasa untuk membatalkan lesen pengendali perkhidmatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat perubatan itu Rabu malam.

Terdahulu beliau melawat kawasan kejadian.

Ong berkata Kementerian Pengangkutan turut mempersoalkan aspek mengenai kekerapan penyelenggaraan perkhidmatan tren itu bagi memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan baik.

Katanya daripada empat penumpang yang mengalami kecederaan ringan yang dihantar ke pusat perubatan itu, hanya seorang wanita, Ko Thin Lau, 34, masih dirawat, dan keadaannya stabil.

Sumber

LRT berlanggar, 4 cedera ringan

24 Sept-Kira-kira 300 penumpang terselamat dalam satu insiden pelanggaran yang membabitkan dua tren Sistem Transit Aliran Ringan(LRT Star) kira-kira 200m dari Stesen LRT Bukit Jalil hari ini.

Bagaimanapun, empat penumpang cedera ringan dalam kejadian pukul 6.30 petang itu dan mereka kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sebagai pesakit luar.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Ahmad Amir Mohd Hashim berkata kejadian berlaku apabila sebuah gerabak LRT Star Aliran Ampang dari arah Sungai Besi secara tiba-tiba berhenti 200 meter daripada Stesen LRT Bukit Jalil, sebelum dirempuh sebuah lagi gerabak LRT dari arah belakang dalam trek yang sama., demikian menurut Bernama.

"Kira-kira 300 penumpang berada dalam kedua-dua tren namun kesemua penumpang berjaya dikeluarkan serta tiada kecederaan parah termasuk ke atas kedua-dua pemandu tren, kecuali tiga wanita dan seorang lelaki mengalami kecederaan ringan.

"Punca kejadiannya kita sedang siasat dan kita akan ambil keterangan kedua-dua pemandu LRT berkenaan yang berusia dalam lingkungan 30-an untuk mengetahui punca sebenar kejadian," katanya di tempat kejadian.

Beliau berkata kira-kira 20 anggota polis bersama dua buah ambulans bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima maklumat dan menolong mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam kedua-dua LRT tersebut.

Pegawai Eksekitif RapidKL, Suffian Baharuddin berkata kejadian mungkin berpunca daripada masalah teknikal namun punca sebenar hanya akan diketahui setelah siasatan polis dan pihak RapidKL selesai.

Beliau berkata akibat pelanggaran itu, aliran sistem LRT di kedua-dua hala stesen Star Sungai Besi, Bukit Jalil dan Seri Petaling ditutup untuk malam ini.

"Tren yang berlanggar masih berada di atas landasan dan kami berharap keadaan akan kembali seperti sediakala esok," katanya.

Salah seorang penumpang yang terselamat, Ecoo Abu Samad, 32, seorang pekerja pembinaan berkata ketika kejadian, tren yang dinaikinya secara tiba-tiba berhenti berdekatan stesen LRT Bukit Jalil sebelum dirempuh kuat oleh tren lain dan menyebabkan kesemua penumpang terjatuh.

"Ketika tren tersebut berhenti, saya nampak lampu isyarat di hadapan berwarna merah dan dalam beberapa minit, tren dirempuh dari arah belakang.

"Kejadian berlaku ketika waktu sibuk dan ketika itu penumpang memang ramai. Kami terperangkap di dalam tren kira-kira 25 minit sebelum diselamatkan pekerja stesen LRT tersebut," katanya.

Seorang petugas TNB yang menaiki sebuah lagi tren, R.Perumal, 48, berkata dalam sistem lampu dan penghawa dingin terputus diikuti dengan keadaan riuh-rendah para penumpang dan mereka terpaksa bertindak sendiri dengan membuka pintu tren untuk keluar.

"Ketika keluar dari tren tersebut, saya nampak beberapa yang cedera dibawa masuk ke dalam ambulans. Saya sendiri luka sedikit di bahagian kepala akibat terhantuk di tiang," katanya.

"Duit raya sekupang", inflasi naik 8.5 peratus

KUALA LUMPUR, 24 Sept- Walaupun kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan penurunan sebanyak 10 sen lagi harga minyak berkuatkuasa esok tetapi kesan dari tindakannya menaikkan harga petrol sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM1 pada 4 Jun lalu mengakibatkan cengkaman inflasi semakin ganas memangsakan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah.

Dianggap sebagai "hadiah" kerajaan Abdullah kepada rakyat oleh Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar, Malaysiakini melaporkan angka rasmi yang dikeluarkan hari ini, kadar inflasi telah melonjak ke paras 8.5 peratus pada bulan Ogos - yang tertinggi dalam tempoh 27 tahun - ekoran peningkatan harga makanan dan bahan api.

"Tidak ada jaminan inflasi akan berkurangan walaupun harga minyak diturunkan 10 sen lagi kerana harga barangan tetap tinggi.

"Sebagai contoh mudah, adakah esok harga minyak turun 10 sen, lusa adakah harga makanan di pasar-pasar Ramadhan akan turun?

"Apa pun, terima kasihlah kerajaan Pak Lah bagi duit raya sekupang kepada rakyat," kata Mahfuz dengan sinis.

Ahli ekonomi dari Kenanga Investment Bank, Wan Suhaimi Saidi,

menyifatkan kadar inflasi 8.5 peratus itu lebih tinggi daripada yang dijangkakan, tetapi Bank Negara tidak akan menaikkan kadar faedah untuk memastikan pertumbuhan.

"Ianya tinggi sedikit daripada jangkaan saya. Saya jangka 8.4 peratus. Saya tidak fikir kerajaan akan menaikkan kadar faedah penting. Ia akan dikekalkan pada kadar 3.50 peratus sehingga akhir tahun untuk menyokong pertumbuhan," katanya kepada AFP.

Jabatan Perangkaan telah menyemak semula dengan menurunkan angka inflasi bagi bulan Julai kepada 8.3 peratus. Ia sebelum ini meletakkan kadarnya pada 8.5 peratus.

Menurutnya, kos makanan dan minuman bukan alkohol meningkat 11.7 peratus dalam bulan Ogos, berbanding dengan setahun yang lalu. Kadar inflasi yang tinggi sudahpun menjejaskan pengguna dan mendorong ramai rakyat Malaysia mengurangkan perbelanjaan mereka bagi makanan.

"Peningkatan (kadar inflasi bagi bulan Ogos) ditunjukkan dalam kumpulan-kumpulan terpilih utama, iaitu makanan dan minuman bukan alkohol," katanya dalam satu kenyataan.

Data bulan Ogos menunjukkan peningkatan harga bagi kebanyakan kategori, termasuk pengangkutan yang melonjak 21.8 peratus, dan restoran dan hotel yang meningkat 6.5 peratus.

Kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 41 peratus dalam bulan Jun, sebagai langkah untuk mengurangkan peningkatan kos subsidi, tetapi telah membayangkan bahawa kadar harga boleh diturunkan tidak lama lagi.

Inflasi kekal tinggi

Selepas mengumumkan Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi bulan Ogos, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, beliau tidak menjangka CPI bagi bulan September akan lebih rendah.

"Walaupun, kesan sepenuhnya pengurangan harga petrol dalam bulan Ogos dan sekarang belum diambilkira sepenuhnya, CPI bagi bulan September mungkin tidak lebih rendah.

"Harga petrol yang rendah dijangka dijangka akan diimbangi oleh peningkatan perbelanjaan semasa cuti hari raya dan 30 surcaj bagi pengangkutan awam," kata Shahrir.

Bagaimanapun, beliau tidak menjangka CPI telahpun sampai ke paras puncaknya.

Shahrir berkata, kadar inflasi nampak telah stabil ekoran peningkatan bulan ke bulan hanya 0.2 peratus.

Bagaimanapun, kadar purata inflasi bagi tahun ini dijangka di sekitar 4.8 peratus

Rabu, 24 September 2008

JK Ramadhan 2






Alahamdulillah... JK Ramadhan 2 dapat berlangsung dengan baik. Ruginya tak dapat nak join. Mereka yang hadir kesana, dapat beberapa ilmu baru untuk dipraktikkan.
Semoga aktiviti-aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi...insyaALLAH...

JK IFTAR Portal Ukhwah.com 2008











Alahmdulillah... dapat disempurnakan majlis. Semoga kita akan bertemu lagi di lain JK. Mengeratkan lagi ikatan sillaturrahim sesama Islam.

Ahad, 21 September 2008

Antara kemanisan dalam Bulan Ramadhan..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...tuhan sekalian 'alam, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. beserta ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabi' dan tabi'in serta seluruh kaum muslimin dan muslimat yang hidup ataupun yang telah meninggalkan dunia ini..

Alhamdulillah.. kita telah dikurniakan nikmat yang paling besar iaitu nikmat Islam dan Iman. Sekali lagi marilah kita mengucapkan syukur kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk berada dalam bulan yang pebuh barakah ini iaitu bulan Ramadhan....

Seperti biasa, ana ingin berkongsi apa yang ana dapat didalam sesi tazkirah yang ana ikuti sekitar bulan ramadhan ini....


KEMANISAN DARIPADA RAMADHAN YANG KITA LALUI


1)KEMANISAN TAQWA
- Dalam bulan ramadhan nih, kita boleh merasa kemanisan taqwa yang mana, susah untuk dapatinya didalam bulan lain.
- Jika tiada taqwa dalam diri manusia, orang yang sihat pon belum tentu lagi boleh mengerjakan ibadah. Sedangkan kalau kita lihat, orang yang sakit bermacam-macam jenis pon boleh mengerjakan ibadah. (^_^) ini adalah kerana mereka memiliki taqwa.




2)KEMANISAN MERASA KEHADIRAN/ PEMERHATIAN DARIPADA ALLAH S.W.T.
- Ia adalah suatu kemanisan bilamana kita sentiasa berasa akan kehadiran Allah s.w.t. walau dimana kita berada. Oleh itu, kita akan lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian.
- Sebagai contoh, kita akan berasa sungguh gembira bilamana Sultan/pemerintah negara memberikan perhatian kepada kita. (^_^). Inikan pula perhatian daripada Allah s.w.t. pencipta langit dan bumi.



3)KEMANISAN ILMU/TAZKIRAH
- Didalam bulan Ramdhan yang penuh berkah ini iaitu jangka masa sebulan, akan ada 30 orang Tok Guru Ataupun Lecturer yang akan mengajar kita ilmu. (^_^)
- Susah untuk mendapati dalam mana-mana tempat pengajian yang mana dalam masa 1 bulan, kita berguru dengan 30 orang. Subhanallah.... indahnya...
- Ianya adalah suatu kemanisan yang sukat didapati... beruntunglah siapa yang merebutnya..





4)KEMANISAN MASJID
- Cuba kita lihat, bila tiba sahaja bulan ramadhan (lebih-lebih lagi awai ramadhan), Masjid dan surau akan kembali penuh dengan manusia yang ingin meraih "rahmat" Allah s.w.t. Dan ini menjadikan masjid dan surau kembali meriah.
- Antara banyak-banyak rumah, Rumah Allah s.w.t. adalah yang paling mulia. Dan Rumah Allah s.w.t. jugalah, yang satu2nya...rumah semua orang boleh kunjungi atau datang. Orang kaya boleh datang, menteri, wakil rakyat, CEO , tentera dan juga orang miskin. xde sape yang tidak boleh hadir ke rumah Allah s.w.t.
- Tapi, kalau rumah orang2 besar, tak semua boleh masuk (betui tak?.) dan juga...rumah orang2 miskin, x semua orang dalam dunia ni nak masuk (betui tak?.)




5)KEMANISAN LAILATULQADAR
- malam yang ditunggu-tunggu oleh semua umat islam
- sama-samalah kita mencarinya... dan semoga kita dapat menemuinya....insyaALLAH...


~Selamat Beramal untuk semua~

Rabu, 17 September 2008

Aspirasi Label Syeikh Dr. Mahmoud Seyam Pengganas?




KUALA LUMPUR - Kehadiran Mantan Khatib Masjid Al Aqsa yang juga mantan Rektor Universiti Islam Gaza , Syeikh Mohamad Mahmoud Seyam ke Universiti Malaya mengundang kebencian di kalangan beberapa individu muslim di Universiti Malaya.

Ceramah perdana anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) itu dihadiri oleh hampir 500 orang pelajar dari pelbagai universiti.Dewan Kuliah Utama APIUM didapati tidak mampu menampung kehadiran hadirin yang agak ramai itu.

Namun demikian, amat menyedihkan apabila wujud beberapa notis yang melarang mahasiswa daripada menghadiri program tersebut didapati ditampal di Kolej Kediaman Zaaba.Tindakan pihak tertentu yang melarang ceramah dibuat kerana mereka melabel Syeikh Mohamad Mahmoud Seyam sebagai pengganas.

Selain itu, poster program yang ditampal di kolej-kolej kediaman telah dikoyakkan dan dibuang oleh pihak-pihak tertentu yang kurang senang dengan ceramah perdana anjuran PMIUM tersebut.

“Amatlah menyedihkan apabila seorang imam yang berjuang untuk membebaskan diri daripada penjajahan Zionis Yahudi dituduh pengganas oleh umat Islam sendiri.Tidakah kita sedar bahawa rakyat Palestin yang dibunuh dan dibantai setiap hari memerlukan mereka berjuang untuk membebaskan negara mereka.

Adakah tindakan itu bermakna perjuangan mereka adalah perjuangan pengganas?Saya merasa cukup kecewa kerana soal ini boleh dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu.Sepatutnya mahasiswa digalakkan untuk hadir sebagai sokongan kepada wakil Palestin yang hadir ke negara kita”ujar Exco Kebajikan PMIUM,saudara Nik Abdul Razak Nik Ahmad Ridzuan.

Pengerusi Pro Mahasiswa saudara Razali Zainuddin pula melahirkan rasa kesal dan berharap agar umat Islam di kampus ini tahu bilakah masa untuk berkelahi dan bilakah masa untuk bersatu.

“Janganlah setiap masa kita mahu berkelahi sehingga melibatkan soal yang penting sebegini pun kita tidak boleh bersatu hati.Soal Palestin adalah soal umat Islam keseluruhannya tanpa mengira ideologi dan fahaman politik

Berita dari

Selasa, 16 September 2008

Sedikit renungan....

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.... alhamdulillah...alhamdulillah...

Pertama dan selamanya... marilah kita sama-sama mengucapkan syukur keadrat ilahi, kerana diberi nikmat Iman dan Islam. Juga masih diberi kesempatan untuk melalui Bulan Ramadhan yang penuh berkah ini hingga keakhirnya...insyaALLAH.

Pada kali ini, ana just nak sampaikan apa yang baru sahaja ana dapat ketika tazkirah disurau berdekatan.


Disampaikan oleh Ustaz Abdullah Isa Abdul Hamid


Amalan-amalan yang boleh Kifarah Dosa

1)Berulang-alik untuk solat berjemaah disurau ataupun masjid

2)Lepas solat, duduk sebentar untuk berzikir

3)Sentiasa perbaharu wuduk. Pastikan wuduk tidak putus.


Amalan-amalan yang boleh menyebabkan darjat diangkat oleh Allah s.w.t.

1)Menjamu orang makan(berbuka puasa), bersedekah untuk akhirat

2)Ucapan(bahasa yang lembut), jaga tingkah laku , jangan sombong

3)Bangun untuk solat malam ketika orang lain sedang lena.


wallahu'alam....

JK Ramadhan Version 2





LIQA’ MAHABBAH - JK Ramadhan (2)
TARIKH : 21 SEPTEMBER 2008


HARI : AHAD


TEMPAT :
Tahfiz Al Quran Bustanul Ulum,
Madrasah Bustanul Ulum, Jalan Sultan Salahahuddin.
50480 Kuala Lumpur.



ANJURAN :
PORTAL www.ukhwah.com

maklumat lanjut disini

Moh kita ke JK IFTAR JAMA'IE 2008


Tarikh : 20 September 2008
Hari: Sabtu
Masa : 6ptg - 8mlm
Lokasi : HeadQuaters FoodCourt KL Sentral



Maklumat lanjut layari disini

JK Ramadhan 08







Gambar pertama gelagat adik-adik ketika sesi taaruf

Gambar kedua ketika sesi pembentangan hasil kerja menggunakan straw. Kumpulan akhi sirat_82 dan akhi azemi.

Gambar ketiga ketika games baru bermula. Adik-adik sedang tekun menghasilkan cipataan mereka. Kumpulan akhi scenario dan akhi Umar_Khalil

Gambar keempat hasil ciptaan adik-adik kumpulan akhi alwalid dan akhi mohamad

Gambar kelima setelah selesai solat maghrib dan berbuka puasa bersama.



teruskan bacaan disini

Hikmah disebalik penciptaan (1)





Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...tuhan sekalian 'alam. selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. beserta ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabi' dan tabi'in, serta seluruh kaum muslimin dan muslimat yang hidup ataupun yang telah pergi menemuiNya.

Alhamdulillah... sekali lagi dipanjatkan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya, ana diberi kesempatan untuk menitipkan sesuatu didalam blog kesayangan ini.hhmm...agak lama juga ana tidak menulis apa-apa dalam ruangan nih. Sibuk dengan hal lain yang entah apa pun tak dapat dipastikan.

Penulisan kali ini ada berkait rapat dengan tazkirah yang ana dengar pada minggu lepas. Lama dah ana simpan benda nih dalam fikiran ana. simpan baik-baik untuk manfaat bersama dengan pembaca semua.

Lihat sahaja pada gambar, kita sudah dapat mengenal pasti, makhluk apakah itu. Ianya adalah kitaran hidup seekor rama-rama. Subhanallah..sungguh cantik makhluk ciptaan Allah s.w.t. ini. daripada seekot ulat bulu, bertukar menjadi kepompong untuk suatu ketika dan akhirnya bertukar menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Hikmah disebalik cerita berkenaan kitaran hidup rama-rama ini....

Kalau kita selami dan fikir-fikirkan sejenak berkenaan kehidupan seekor rama-rama, tentu kita dapat mngambil iktibar sesuatu..

kita mulakan dengan kehidupannya sewaktu menjadi ulat bulu / ulat bluncas. Ketika ini, ia adalah seekor makhluk perosak yang suka merosakkan tanaman dan apa jua yang boleh dimakannya.

Bilamana sudah tiba masanya, Allah s.w.t. mengarahkan si ulat beluncas ini untuk menutup dirinya... dengan kepompong untuk suatu ketika. tidak boleh makan seperti dulu, tidak bolh berjalan, apa pon tidak boleh buat.

Sampailah saat yang ditentukan oleh Allah s.w.t., Rama-rama pun keluar dari kepompongnya yang begitu sempit. Kalau dulu ianya seekor ulat bulu yang hodoh dan hina, sekarang ini, sudah menjadi seekor rama-rama yang cantik lagi disukai.

Adakah anda dapat melihat sesuatu??

Kita comparekan dengan kehidupan manusiawi kita nih.
Kalau dahulunya, kita lalai dan leka dalam mentaati perintah Allah s.w.t. suka buat kesalahan. Bahkan, orang-orang disekeliling kita sudah tidak tahan dengan keadaan diri kita.

Sampaila suatu masa, Allah s.w.t. menghadiahkan kita "BULAN RAMADHAN" yang penuh dengan keberkatan. Untuk kita muhasabah diri, mengasingkan diri daripada dunia buat sementara waktu.Terhindar daripada dosa-dosa besar dan juga cuba untuk elak daripada melakukan dosa kecil...

dan akhirnya...insyaALLAH.....
bila kita keluar sahaja daripada bulan ramadhan...

diibaratkan menjadi seorang manusia yang baru... yang cantik dan indah luaran dan dalaman....... insyaALLAH...


wallahu'alam....

Jumaat, 5 September 2008

Kemeriahan....

Kastam rampas bunga api, mercun RM6.1j tahun ini

KUANTAN: Kastam Diraja Malaysia berjaya merampas lebih 158,000 kilogram (kg) bunga api dan mercun bernilai RM6.135 juta di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abd Rahman Abd Hamid, berkata sehingga semalam, sebanyak 100 kes dikesan dengan 49 orang ditahan mengikut Akta Kastam 1967.

“Taksiran cukai bagi semua barangan yang dirampas terbabit dianggarkan bernilai RM3.969 juta,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penjenamaan semula Dewan Makmur Sultan Ahmad Shah di perumahan Kastam di sini, malam tadi.

Baca lagi


______________________________________________________________

Bismillahirrahmanirrahim...

Seperti biasa bilamana saat datangnya bulan Ramadhan, dari sekecil-kecil manusia hinggalah sebesar-besar manusia suka kepada bunga api ataupun mercun (tapi..x semua...kebanyakkan nya sahaja).

Ana bukan apa, kadang-kadang tu seronok bila main benda-benda nih. cuma.. bila dah bakar ruh, rasa rugi pulak. Ianya seperti kita membakar duit sendiri. Walaupun pada zahirnya kita bakar Mercun.

Hmm... kalau kita lihat, memang banyak kecelakaan yang berlaku dikala bermain dengan mercun (tambahan lagi kalau mercun buatan sendiri).

Walaupun ana tidak berapa suka tengok manusia-manusia bermain mercun, tapi... ana cukup suka tengok anak-anak kecil bermain bunga api dihalaman rumah mereka. Cukup meriah dan seronok....

Mungkin itulah nikmat keseronokkan bagi mereka.... (^_^)

Kapal Mesir pula dirampas

BOSASSO: Lanun Somalia merampas sebuah lagi kapal dan membawa krew serta sebuah kapal layar Perancis ke markas mereka di perairan terpencil, kata pegawai kerajaan, semalam.

Lanun negara itu menuntut wang tebusan selepas merampas 10 kapal dan membawanya ke Eyl, sebuah bekas pelabuhan perikanan yang kini digunakan kumpulan lanun.

Lanun terbabit menuntut lebih AS$9 juta (RM31 juta) bagi membebaskan dua kapal tangki Malaysia, sebuah kapal Jepun dan bot Nigeria di situ.

“Lanun itu pergi ke Eyl dengan sebuah kapal layar Perancis dan sebuah kapal Mesir yang dirampas semalam,” kata Menteri Mineral di wilayah Puntland, utara Somalia, Hassan Muse Alore.

Kementerian Luar Mesir mengesahkan kapal Mesir itu sudah dirampas. Mesir kini berusaha menerusi kedutaannya di Kenya untuk mengenal pasti kapal dan krew, lapor agensi berita Mena.

Kumpulan bersenjata berat merampas sekurang-kurangnya 30 kapal tahun ini di Teluk Aden. - Reuters

Sumber


____________________________________________________________________________________
Hhmm... lepas satu, satu lagi kapal dirampas lanun.
hebat juga ye lanun-lanun nih...
kalau tak salah, ni dah masuk kapal yg ke 4 di rompak lanun.
3 dripadanya adalah kapal Malaysia (betulkan kalau saya salah).

Hikmah disebalik.....

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...Tuhan sekalian 'alam, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w beserta ahli keluarga baginda, pada sahabat, pada tabi' dan tabi'in serta seluruh kaum muslimin dan muslimat yang hidup ataupun yang telah mati.

Sekali lagi ingin mengucapkan alhamdulillah kerana dengan izinNya, dapatlah sekali lagi ana menitipkan sesuatu didalam blog ini.

Memandangkan sekrang nih, baru masuk kedalam Bulan Ramadhan, jadi... ana pun nak cerita serba sikit berkenaan bulan ramadhan. tapi... versi santai la..

hhmm.. kebetulan juga, semalam semasa sesi tazkirah diantara solat terawih ada bercerita berkenaan dengan hikmah disebalik "perang Badar Qubra".

Ana pon, bukanya reti sangat nak cerita pasal peperangan tuh, cuma.. ana ingin mengambil beberapa isi menarik yang sempat ana ingat sampai la nih. InsyaALLAH.. semoga bermanfaat pada ana dan pembaca sekalian...

1)Pertolongan dari Allah s.w.t. akan datang pada masanya

2)Jangan takut sekiranya kita dari golongan yang sedikit
-tentera muslimin seramai 313 orang manakala tentera kafir adalah seramai 1000 orang.

3)Sekiranya dari kalangan org2 terdekat dgn kita "lawan Islam", kita boleh menjauhkan diri "buat sementara waktu" daripada mereka.
-Kalau kita lihat pada zaman sekarang ini, sudah ramai orang yang "nampak" islam, tetapi.... dengan terang-terangan @ sembunyi melawan Islam....(nauzubillah..)


*sebenarnya ada 4 point kesemuanya....dan, point2 ini telah dibahaskan dengan jelasnya.... malangnya...ana tidak dapat nak mengingati kesemuanya kerana tidak membawa buku catatan.


wallahu'alam....

Rabu, 3 September 2008

Kerajaan Negeri Perak kembalikan bantuan RM1.3 Juta kepada SAR

IPOH, 3 Sep- Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak akan mengembalikan semula bantuan berjumlah RM1.3juta kepada 18 buah sekolah Agama Rakyat di Negeri Perak bagi tahun 2008 ini.

"Bantuan kepada sekolah agama rakyat telah dinafikan oleh kerajaan BN/Umno yang memerintah Perak dahulu sejak pentadbiran Tun Mahathir lagi tetapi kini dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, bantuan tersebut telah diberikan semula.

"Bantuan tersebut akan diagih-agihkan dalam bulan Ramadan, sedikit masa lagi," kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak, Ustaz Misbahul Munir bin Masduki

Terdapat 9 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat dan 9 buah lagi Sekolan Agama Rendah yang menjadikan jumlah keseluruhannya 18 buah.

Menurut beliau, Kerajaan Pakatan Rakyat sangat prihatin dan mengambil berat untuk menyelesaikan masalah yang telah dicipta oleh kerajaan BN/Umno sebelum ini.

"Merekalah yang menyekat bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dahulu hingga menimbulkan masalah dan kerumitan kepada sekolah dan juga para guru yang bertugas di Sekolah-Sekolah Rakyat," jelas Misbah.

Beliau melahirkan rasa kesal apabila Umno mahu menunjukan rasa prihatinnya terhadap Sekolah Agama Rakyat yang mana sebelum ini merekalah yang menjadi `penghalang' dan menindas Sekolah Agama Rakyat dengan menafikan pemberian per kapita tersebut.

Laporan Bernama melaporkan tentang desakan Pergerakan Pemuda Umno, Zainol Fadzi supaya Menteri Besar Perak Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut memberikan lot tanah kepada Sekolah Agama Rakyat milik persendiran dan Sekolah Agama Pondok dalam usaha memaju dan memartabatkan agama Islam di Perak.

Misbah memberitahu Kerajaan negeri menyedari bahawa pemberian RM30,000 setahun kepada 9 buah sekolah Cina itu(bukan setiap satu sekolah sebagaimana laporan tersebut) adalah tidak memadai.

Oleh itu sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri memutuskan untuk memberikan tanah kepada sekolah tersebut bagi membolehkan mereka menubuhkan sebuah syarikat untuk mengusahakan tanah berkenaan," katanya.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, tanah tersebut akan diusahakan dengan tanaman Kelapa sawit dimana dalam jangka masa lima tahun akan memulakan pengeluaran hasil, maka bantuan RM30,000 setahun itu akan diberhentikan.

Misbah juga turut menjelaskan bahawa pemberian 400 hektar tanah kepada sembilan buah sekolah menengah persendirian Cina di Perak itu adalah atas tempoh pajakan selama 30 tahun.

"Projek seumpana ini telah lama dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan dimana kerajaan Kelantan telah memperuntukan 3,000 hektar tanah untuk sekolah-sekolah Cina di sana," katanya

"Kerajaan Pakatan Rakyat mahu bersikap adil kepada semua sekolah-sekolah di Negeri Perak ini, bukan macam Umno/BN yang sehingga kini gambar Menteri Besar dari Pakatan Rakyat di lima buah negeri pun tidak dibolehkan digantung dibilik-bilik darjah sekolah-sekolah kerajaan Pusat," ujarnya.

Menurut Misbah lagi, Kerajaan Pakatan Rakyat juga sedang mengenal pasti tanah untuk Sekolah-Sekolah Agama Rakyat bagi tujuan yang sama dan akan di umumkan sedikit masa lagi.

Sumber

Selasa, 2 September 2008

Yang ku sayangi....

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
mengharungi hidup insani
indahnya damainya keluarga yang bahagia
itulah idaman impian setiap insan
yang dahagakan belaian
serta kasih dan sayang

Ketika insan lain berbahagia bersama keluarga
namun kita masih meniti titian rapuh perhubungan
mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
mungkinkah kita sering kali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah...
Oh ibu..
dengarlah rintihan dan luahan hatiku
yang dahaga kasih
jiwaku merasa tersiksa ketandusan kasihmu
marilah kita bina
bersama-sama
Keluarga bahagia...




bersempena dengan bulan yang mulia ini, moh la kita....rapatkan ikatan kekeluargaan... banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk merealisasikan apa yang kita perkatakan sekarang ini. hhmm.... moh kita...moh kita fikir sama-sama...


1)Solat Fardhu secara berjemaah
- Ayah dan Ibu mestilah memainkan peranan masing-masing untuk melaksanakan solat fardhu secara berjemaah. Bukan susah dan tak mustahil... paling kurang pon, dapat solat subuh dan maghrib secara berjemaah. Ini kerana zuhur dan asar waktu ibu dan bapa keluar bekerja. Jadi, untuk mendapatkan solat secara berjemaah dengan keluarga adalah rendah.

2)Bersahur
- Haa... bersahur bersama-sama nampak molek sikit. Ianya juga dapat mengeratkan ikatan anak-beranak. (hehe....)

3)Berbuka bersama ( masakan dari dalam rumah sendiri.......)
- Wah...wah...wah... waktu berbuka memang paling seronok dan best. Mana taknya, Makanan yang ada diatas meja, sungguh banyak. sampai terpaksa tambah meja lain untuk meletakkan makanan. (hehe....). Memang seronok makan ramai-ramai nih. lagi-lagi kalau Ibu sendiri yang masak dan hidangkan pada anak-anak beserta suami tercinta.

4)Bertaddarus bersama
- Hhmm... ini yang paling seronok kalau lakukan bersama ahli keluarga. Ayah yang menjadi ketuanya. Membaca dan sama-sama mempelajari dari kesilapan bacaan yang dibuat. hhmm... kan molek tu. sesambil tu, ayah ataupun sesiapa la...boleh ambil peluang untuk memberi sedikit nasihat ataupun teguran.... insyaALLAH....

hhmm... banyaknya perkara yang boleh dilakukan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam bulan ramadhan nih... (^_^). Yang selebihnya bergantung pada diri kita sendiri sahaja. Samada nak ataupun tak nak.


Ramadhan...

wallahu'alam....