Halaman

Rabu, 18 Mei 2011

Cerita Hati

Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

TEmpat BarU....



Assalamualaikum...
Inilah tempat baruku
tempat dimana diriku memulakan semula pengajian untuk keperingkat yang lebih tinggi
Pengajian yang agak sukar juga, tapi dek kerana ilmu yang ingin didapati
maka, aku gagahkan diri juga. Walaupun pada tanggapan aku... "jauhnya la..."



Kampus UNIKL MITEC yang terletak diselatan tanah air.
Dikawasan perindustrian Pasir Gudang. Nak lebih tepat lagi..dalam kawasan Masai. Ataupun yang lagi tepatnya adalah dalam kawasan Seri Alam.



InsyaAllah... akan menimba ilmu sebanyak yang mungkin... oh, hampir terlupa. Jurusan Quality Engineering menjadi pilihan. Ingin mengaplikasikan kualiti dalam semua perkara. insyaAllah..... (^_^).

LAma tak Update blog...

Sabtu, 19 Februari 2011

KELAS PENGAJIAN DI RUMAH


HOME FAQIH LEARNING

Mudah l Motivasi l Mesra

Home Faqih Learning merupakan satu sistem pengajian dan bimbingan Islam di rumah, yang merangkumi perkara asas dalam kehidupan seorang muslim. Kami sediakan untuk anda :

Faqih Al-Quran
Faqih Fardhu A'in
Faqih Asas Islam
Untuk (mengikut kesesuaian pakej)

Dewasa
Remaja
Kanak-kanak
Bayaran

1 orang RM 25 per jam
4 orang RM 15 per jam
7 orang RM 10 per jam

Keterangan lanjut, sila hubungi :
- Erneza Hassan : 013-318 8267
- Ustaz Yusri : 013-629 5605

Pusat Latihan Faqih Synergies Training & Consultancy
No.16, tingkat 1, Jalan Pekaka 8/4
Seksyen 8, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor.

SUMBER

Program Cuti Sekolah



JOM FAQIH IBADAH !
Panduan Bersuci (Wudhu, Tayamum dan Mandi Wajib)
Panduan SMART SOLAT
Panduan Pengurusan Jenazah
Motivasi Diri
Terbuka untuk remaja 12-17 tahun

Tarikh : 14, 15 dan 16 Mac 2011
Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang
Bayaran : RM 60 sahaja ( untuk 30 peserta terawal RM 50)

Tempat :
Pusat Latihan Faqih Synergies Training & Consultancy
No. 16, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8 Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Untuk pendaftaran, sila layari : http://faqihsynergies.blogspot.com/
atau hubungi : Us Yusri : 013-629 5605 / Ustazah Erneza Hassan : 013-318 8267

TARIKH TUTUP : 11 MAC 2011

Maklumat Lanjut Disini

Isnin, 31 Januari 2011

Keadaan Mesir... genting...

Bismillahirrahmanirrahim...

terpanggil untuk post mesej sahabat dari egypt nih.

sama2 berdoa semoga semuanya dalam keadaan selamat.. insyaAllah...

-------------------------------------------------------------------------------------
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

Ahad, 30 Januari 2011

Keputusan penuh, PRK Dun Tenang




BN : 6699 undi

PAS : 2992 undi

Undi Rosak : 142 undi

Majoriti : 3707 undi


Ini bermakna calon BN, Azahar Ibrahim di pilih sebagai ADUN baru Tenang (N5) Johor.