Halaman

Memaparkan catatan dengan label Santai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Santai. Papar semua catatan

Rabu, 18 Mei 2011

Cerita Hati

Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

Ahad, 26 Disember 2010

Lihatlah dunia dengan mnggunakan mata hati...



sungguh mudah tertipu dengan bayangan dunia yang indah-indah belaka. Jika hanya menggunakan mata untuk melihat dunia maka dirimu akan mudah tertipu. tetapi..jika melihat dunia dengan menggunakan (Mata + Hati) untuk menilai dan mentafsir... insyaAllah.... akan selamatlah.

Segala yang indah dipandangan mata tidak semestinya indah pada pandangan hati

Isnin, 28 Disember 2009

Kem ALTIS di GuNunG DaTuK , Negeri 9

Biar Gambar Bercerita......




Kem "kembali kesekolah" anjuran konsultan ALTIS dari Senawang Negeri 9.

.................Gambar PEserta + Fasi + AJK + Cheff.................



.....Sesi REgangan Badan Sebelum Mendaki kepuncak Gunung Datuk.....




..................... BErehat Sebentar Di Chekpoint PErtama....................

...........Yang BeRbaJu HijaU Adalah orang yang membawa kami ke puncak...........



.........................Berada Di Puncak Gunung Datuk...........................





..........................Barbeque Diatas Gunung Datuk..........................




.....................Hari TErakhir ( PerMaiNan "WAR GAME" ).....................







Rabu, 23 Disember 2009

Kem Bersama JAWI di KOmpleks FaLak Al-Khawarizmi

Biarlah Gambar bercerita...






























Alhamdulillah...selesai sudah Kem bersama JAWI di Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Tanjung Bidara, Masjid Tanah Melaka. Kem ini lebih kepada, program Tahfiz. Ana 'dipelawa' oleh sahabat untuk menjadi Fasi bagi bersama-sama dengan beliau untuk "handle" program nih.

Peserta terdiri daripada mereka yang "sedang cuba" menghafaz Al-Qur'an dan juga Kelas Al-Qur'an di Masjid Al-Muhsinin Danau Desa.

Ana tidak menyangka, FASI juga banyak mendapat manfaat(zahir) disamping "cuba" memberi yang terbaik pada para peserta. Kem ini dianjur bersama oleh Masjid Al-Muhsinin(taman danau desa) dengan JAWI.

Antara perkara baru yang ana dapat lakukan adalah:
1) membuat lawatan ke tempat penetasan penyu dan juga tempat pemeliharaan penyu di Melaka. (dekat sahaja dengan kompleks Falak Al-Khawarizmi)
2)Dapat membuat cerapan pada malam dan siang hari.Untuk melihat gugusan bintang, arah kiblat, lihat bulan, matahari dan juga planet musytari. (anda mesti lakukan aktiviti ini... SUBHANALLAH.....)
3)Dapat main PAINTBALL (riadah yang agak menyeronokkan.)
4)Dapat panduan untuk melihat bintang dilangit.
5)Dapat melihat dengan mata sendiri, bagaimana pemeliharaan penyu dan juga dapat melihat anak penyu yang baru berusia 4 hari.