Halaman

Jumaat, 5 September 2008

Kemeriahan....

Kastam rampas bunga api, mercun RM6.1j tahun ini

KUANTAN: Kastam Diraja Malaysia berjaya merampas lebih 158,000 kilogram (kg) bunga api dan mercun bernilai RM6.135 juta di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abd Rahman Abd Hamid, berkata sehingga semalam, sebanyak 100 kes dikesan dengan 49 orang ditahan mengikut Akta Kastam 1967.

“Taksiran cukai bagi semua barangan yang dirampas terbabit dianggarkan bernilai RM3.969 juta,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penjenamaan semula Dewan Makmur Sultan Ahmad Shah di perumahan Kastam di sini, malam tadi.

Baca lagi


______________________________________________________________

Bismillahirrahmanirrahim...

Seperti biasa bilamana saat datangnya bulan Ramadhan, dari sekecil-kecil manusia hinggalah sebesar-besar manusia suka kepada bunga api ataupun mercun (tapi..x semua...kebanyakkan nya sahaja).

Ana bukan apa, kadang-kadang tu seronok bila main benda-benda nih. cuma.. bila dah bakar ruh, rasa rugi pulak. Ianya seperti kita membakar duit sendiri. Walaupun pada zahirnya kita bakar Mercun.

Hmm... kalau kita lihat, memang banyak kecelakaan yang berlaku dikala bermain dengan mercun (tambahan lagi kalau mercun buatan sendiri).

Walaupun ana tidak berapa suka tengok manusia-manusia bermain mercun, tapi... ana cukup suka tengok anak-anak kecil bermain bunga api dihalaman rumah mereka. Cukup meriah dan seronok....

Mungkin itulah nikmat keseronokkan bagi mereka.... (^_^)

5 ulasan:

al_irsyad berkata...

ana bukan apa...

ada juga ana dapat tau,yang mana..
polis (bkn semua), bila mereka buat rampasan mercun...

bawak balik kampung, bagi anak sedara main... (^_^)...

wallahu'alam...

cikgu_eya berkata...

btolll3x

Ada jiran kawasan perumahan ana, nak raya jek, bwk balik byk mercun. Sampaikan ms adik ana darjah baper ntah...

ana tanya dia,
'dah besar nk jadi per?'
dia jawab..
'pegawai kastam'

Huiihh.... bangga lah ana sbb adik ana yg kecik tuh tau kewujudan keje pegawai kastam. hebat tuhh.. terkagum. Bila ana tanya...

'Naper nak jd pegawai kastamm?'

Jawab dia...

'Sbb buleh rampas mercun. macam si polan tuh, abg dia pegawai kastam.. selalu bwk balik byk mercunnn...'

Adehhh... adekku telah rosak pemikirannya....

al_irsyad berkata...

salam...

ish3...

dasyat2...
hebat juga pemikiran budak2 zaman la nih... (^_^)

hhmm...

Wonder Nur berkata...

Saya pun suka jugak men mercun...
Satu kepuasan bila dapat men.. tapi bukan yang bahaya, setakat bunga api jer.. suke men walaupun dah besar panjang, ehh pendek ni.. tapi, bagi saya, kemeriahan raya tak rasa kalau tak men bunga api.. huhuhu... tapi hakikatnya saya tahu sumer tu membazir...
\(^,^)/

Tanpa Nama berkata...

Salam..
Saya pun suka jugak men bunga api.. seronok sangat men walaupun dah besor panjang.. eh, pendek la..
huhu... tak meriah la rayer klau tak men bunga api.. tapi hakikatnya, saya tau ia membazir.. kuihkuihkuih...
\(^,^)/