Halaman

Rabu, 17 September 2008

Aspirasi Label Syeikh Dr. Mahmoud Seyam Pengganas?




KUALA LUMPUR - Kehadiran Mantan Khatib Masjid Al Aqsa yang juga mantan Rektor Universiti Islam Gaza , Syeikh Mohamad Mahmoud Seyam ke Universiti Malaya mengundang kebencian di kalangan beberapa individu muslim di Universiti Malaya.

Ceramah perdana anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) itu dihadiri oleh hampir 500 orang pelajar dari pelbagai universiti.Dewan Kuliah Utama APIUM didapati tidak mampu menampung kehadiran hadirin yang agak ramai itu.

Namun demikian, amat menyedihkan apabila wujud beberapa notis yang melarang mahasiswa daripada menghadiri program tersebut didapati ditampal di Kolej Kediaman Zaaba.Tindakan pihak tertentu yang melarang ceramah dibuat kerana mereka melabel Syeikh Mohamad Mahmoud Seyam sebagai pengganas.

Selain itu, poster program yang ditampal di kolej-kolej kediaman telah dikoyakkan dan dibuang oleh pihak-pihak tertentu yang kurang senang dengan ceramah perdana anjuran PMIUM tersebut.

“Amatlah menyedihkan apabila seorang imam yang berjuang untuk membebaskan diri daripada penjajahan Zionis Yahudi dituduh pengganas oleh umat Islam sendiri.Tidakah kita sedar bahawa rakyat Palestin yang dibunuh dan dibantai setiap hari memerlukan mereka berjuang untuk membebaskan negara mereka.

Adakah tindakan itu bermakna perjuangan mereka adalah perjuangan pengganas?Saya merasa cukup kecewa kerana soal ini boleh dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu.Sepatutnya mahasiswa digalakkan untuk hadir sebagai sokongan kepada wakil Palestin yang hadir ke negara kita”ujar Exco Kebajikan PMIUM,saudara Nik Abdul Razak Nik Ahmad Ridzuan.

Pengerusi Pro Mahasiswa saudara Razali Zainuddin pula melahirkan rasa kesal dan berharap agar umat Islam di kampus ini tahu bilakah masa untuk berkelahi dan bilakah masa untuk bersatu.

“Janganlah setiap masa kita mahu berkelahi sehingga melibatkan soal yang penting sebegini pun kita tidak boleh bersatu hati.Soal Palestin adalah soal umat Islam keseluruhannya tanpa mengira ideologi dan fahaman politik

Berita dari

Tiada ulasan: