Halaman

Jumaat, 5 September 2008

Kapal Mesir pula dirampas

BOSASSO: Lanun Somalia merampas sebuah lagi kapal dan membawa krew serta sebuah kapal layar Perancis ke markas mereka di perairan terpencil, kata pegawai kerajaan, semalam.

Lanun negara itu menuntut wang tebusan selepas merampas 10 kapal dan membawanya ke Eyl, sebuah bekas pelabuhan perikanan yang kini digunakan kumpulan lanun.

Lanun terbabit menuntut lebih AS$9 juta (RM31 juta) bagi membebaskan dua kapal tangki Malaysia, sebuah kapal Jepun dan bot Nigeria di situ.

“Lanun itu pergi ke Eyl dengan sebuah kapal layar Perancis dan sebuah kapal Mesir yang dirampas semalam,” kata Menteri Mineral di wilayah Puntland, utara Somalia, Hassan Muse Alore.

Kementerian Luar Mesir mengesahkan kapal Mesir itu sudah dirampas. Mesir kini berusaha menerusi kedutaannya di Kenya untuk mengenal pasti kapal dan krew, lapor agensi berita Mena.

Kumpulan bersenjata berat merampas sekurang-kurangnya 30 kapal tahun ini di Teluk Aden. - Reuters

Sumber


____________________________________________________________________________________
Hhmm... lepas satu, satu lagi kapal dirampas lanun.
hebat juga ye lanun-lanun nih...
kalau tak salah, ni dah masuk kapal yg ke 4 di rompak lanun.
3 dripadanya adalah kapal Malaysia (betulkan kalau saya salah).

Tiada ulasan: