Keputusan pilihanraya kampus, akhirnya Pro Mahasiswa berjaya menawan semula Universiti Malaya setelah hampir 5 tahun ia dipegang oleh ASPIRASI. Dari tahun 2005, mula-mula aku menjejakkan kaki di UM, aku menunggu-nunggu saat manis ini. Dalam tempoh hampir 5 tahun kita semua menangis setiap kali kekalahan kita diumumkan. Kita menangis bukan kerana sebab kekalahan, tetapi kita menangis sebab terasa peritnya usaha, pengorbanan masa, duit dan seluruh tenaga yang kita perahkan demi melihat Islam kembali tertegak di UM. Tahun ini kita semua menangis lagi, kerana kita meraikan kemenangan dan tanda kesyukuran. Ya Allah, thank you ya Allah, Syuran ya Allah, terima Kasih Ya Allah...!!!