Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah...segala puji bagi Allah, tuhan sekalian 'alam.... selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. beserta keluarga Baginda, para sahabat, para tabi' dan tabi'in serta seluruh kaum muslimin dan muslimat yang hidup ataupun yang telah meninggalakn dunia.
Pertama dan selamanya, marilah kita mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin-Nya, kita dapat merasai nikmat Iman dan Islam dan masih berkesempatan untuk memperbanyyakkan amalan dan bekalan untuk menuju ke negeri akhirat kelak.
Petang tadi dalam jam 3 petang, ana dan sahabat ana mengambil keputusan untuk pergi ke pasaraya Giant yang terletak di Nilai, negeri 9. Walaupun keputusan itu dibuat "last minute" dan agak terburu-buru, kami tetap meneruskan niat kami itu untuk sesekali pergi jelajah sekitar kawasan Nilai.
Menaiki motor cabuk yang baru dibeli (dalam 5 bulan dah kot) keluaran syarikat HONDA, memecut laju tanpa mengira jalan dan simpang(laju la sangat...hehehe). Dan akhirnya, sampai la juga ke destinasi yang ingin ditujui (Alhamdulillah). Melihatkan warna awan yang sudah bertukar rupa dari putih kepada kelabu, menyebabkan langkahan ana semakin agak cepat.
Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan tindakan kami ini. Yang tiada tujuan langsung untuk ke pasaraya Giant Nilai. Tujuan kami pada masa tu hanya satu iaitu sekadar berjalan-jalan dari satu kedai buku kepada kedai buku yang lain (eh...ada 2 kedai buku je..., tapi...ada pertambahan orang yang menjual buku...). Apabila masuk sahaja dalam banggunan Giant, kelihatan buku-buku agama disusun rapi diatas meja yang betul2 berhadapan dengan pintu masuk Giant.
Masa tu, ana hanya sekadar pandang sahaja dari jauh, tetapi sahabat ana sempat mendekatkan dirinya pada buku-buku yang disusun rapi itu. Dia membelek-belek sebentar dan memulakan langkahan semula bersama ana. Kebetulan pula sahabat ana bertanya "nak kemana sekarang ni". Ana pun jawab "haa...baru teringat, ku nak telefon mak aku jap. ada hal sikit".
Nak kata minggu lepas tak balik rumah, balik kot..(tapi sekejap je la) sbb ada kem kepimpinan dekat je dengan rumah. Tapi keinginan untuk telefon rumah tu, ada juga ye. Kalau seminggu tak balik rumah, alahai.... ibuku sudah mula bertanya-tanyakan khabar anaknya yang nun jauh disana.
Setiap kali ku tidak balik ibuku akan bertanya
"angah...minggu ni x balik ke?".
dan seperti biasa la, ana akan menjawab
"eerrmm....insyaALLAH...klu xde apa2... angah akan balik."
sekiranya minggu ni ada program... jawapannya sudah lain macam. (^_^)
"eerrmm...minggu nih, angah x leh balik kot. tapi....klu berkesempatan, insyaALLAH...akan balik"
"ish...ada-ada saja program dia. ni program apa pulak nih?."
dengan agak keberatan, menjawab jugalah..
"ni program persatuan mak."
"persatuan mana nih?. ukhwah lagi la tu..."
"eerrkk...bukan program ukhwah mak, tapi program persatuan di kolej nih"
"hhmm..ada-ada saja.. tapi jgn lupa, angah tu masih belajar lagi. jgn berat sangat pada akiviti sampai tinggal belajar. ingat tu!"
"insyaALLAH mak..."
Begitulah selalunya...bila mana diri ini tidak dapat pulang kerumah kerana ada program diluar.
Berbalik kepada situasi tadi, kami meneruskan jelajahan ke kedai buku yang pertama, disana banyak juga buku-buku yang baru diterbitkan, tetapi semuanya tidak dapat mengambil hati ana untuk membelinya. Mungkin tidak kena pada situasi ana sekarang agaknya...
Meneruskan langkahan kembali ke tempat buku-buku yang tersusun rapi tadi kerana sahabat ana ada mengatakan sesuatu yang menrik minat ana. Iaitu berkenaan buku yang memang selama ini ana mencarinya. Sesampai sahaja di meja berkanaan, terus ana capai buku tersebut lalu dibelek dari depan sampai la ke bahagian belakang.
Buku "Aku terima Nikahnya" memang dapat menarik minat ana untuk membelinya. Tambahan pula ana agak mengenali penulisnya berdasarkan laman web Saifulislam.com .
ketika ini, ana baru sahaja memulakan pembacaan. Memang isi-isinya banyak memberi manfaat pada remaja seperti ana ini. Moga-moga apa yang diterangkan didalam buku ini, ana dapat praktikkanya dalam kehidupan.... (isnyaALLAH)
Fardhu Muslim pun masih lagi tidak sempurna.....jangan bermimpilah nak sampai ke Baitul Muslim...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan