Assalamualaikumwarahmatullah....
Alhamdulillah..segala puji bagi Allah, tuhan sekalian 'alam. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. beserta kaum keluarga baginda. Para sahabat dan Para Tabi' dan Tabi'in serta seluruh kaum muslimin dan muslimat yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Dengan tiba-tiba sahaja, ana berasa "sungguh" ingin menulis sesuatu dalam blog ana.
Moga-moga ianya dapat memberi manfaat pada ana dan juga pada semua pembaca setia blog ini...insyaALLAH....
Tulisan kali ini, ana cuba sampaikan dalam "cara" santai. sebab.... ana skrg nih berada di rumah tercinta. Rasa seronok dan agak kerehatan "otak" ini daripada fikir berkenaan "assingment" yang bertimbun di kolej sana tuh.
Agak-agaknya la, yang mana akan dipilih oleh antum semua?. Mendahulukan Allah s.w.t. ataupun mendahulukan selain dari Allah.
10 saat utk berfikir.....
ok cukup. Masa telah tamat. Rasa-rasanya lah kalau ana bagi masa 1 saat pun , antum semua sudah berjaya memperoleh jawapan bagi soalan ana tu. Memang soalan yang cukup mudah dan jawapannya ringkas sahaja.
Kita sebagai orang yang mengaku Islam, Wajiblah mendahulukan Allah s.w.t. berbanding perkara ataupun makhluk lain. Sudah semestinya!!!. Full-Stop!.
Walau bagaimana keadaan sekalipun, Allah s.w.t. adalah yang paling utama.
Tetapi, manusia itu penuh dengan alasan dan muslihat untuk lari daripada kesalahan yang mereka lakukan sedangkan kesalahan itu mereka sendiri menyedarinya!. (Hinanya perbuatan seperti ini....dah la salah, pastu xnak mengaku.....alih2....ada je alasan utk mengelak)
Dosa yang dibuat akan terpalit satu titik hitam pada hati. cuba bayangkan dalam sehari berapa banyak dosa yang telah kita buat?. lepas tu, kira untuk dalam setahun ada 365 hari. haa??....agak-agaknya...berapa banyak ekk titik hitam kat hati kita nih!!. (Patutla ilmu nak dapat pun susah.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan