Kembara ‘ilmu selang cahaya
Bumi tuhan tiada bertepi
Diselam tak cecah kedasar
Ditimba tak luak setitis
Kembara misi lembah nurani
Biarpun titisan ‘ilmu suluhan budi
Resapan dari akal yang murni
Untuk diuntai mutiara sufi
Menjadi azimat menuju Firdausi
Lembah nurani fitrahnya suci
Jangan ditinggal gersang jangan dibiar hitam
Gersang nurani kerana tiada ‘ilmu
Hitam nurani kerana dosa bertimbun
Noda dihati melemahkan minda
Kembara sufi terasa sukar
Sesatlah didalam pelayaran
Hanyut tiada pedoman akhirnya karam dalam kegagalan
Bismillahirrahmanirrahim...
Memang tidak boleh dinafikan yang mana, keadaan diri tidak menentu. mungkin kerana hati ini penuh dengan "noda". Suka untuk ana berkongsi lagu ini dengan antum semua. Moga-moga lagu ini dapat membuka minda dan membuang jauh-jauh perasaan malas dalam diri kita ini... InsyaALLAH!!.
Carilah 'ilmu tak kira dimana tempatnya. 'ilmu itu tidak semestinya duduk dalam kelas ataupun kuliah. Pengalaman kita juga adalah 'ilmu kurniaan Allah s.w.t.
Kadang-kadang, orang yang hebat tidak muncul dari dewan kuliah, tetapi muncul dari tempat yang tidak disangka-sangka oleh manusia. Percayalah..... itu semua kurniaan Allah.sw.t. pada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan