Adlin sewaktu Konsert Akademi Fantasia 6 pada 26 April 2008
Kenapa anak seniman arwah Tompel ini naik angin dengan teguran yang membina? Sepatutnya berterima kasihlah kerana orang cuba menegur untuk kebaikan dirinya sendiri. Lihat perangai buruk Adlin yang berbohong disini . Sila lihat gambar-gambar yang berkaitan dan anda fikirkanlah sendiri.
Jelas sekali pembohongan Adlin. Lambang yang tergantung dilehernya adalah sama dengan sejenis salib sebelah kanan yang dikenali sebagai 'Egyptian Cross'- lambang Kunci Kehidupan, Kunci Sungai Nile, atau sebagai Crux Ansata, bahasa Latin bermaksud "cross with a handle".
Rancangan Melodi TV3 yang menemuramah Adlin telah dilihat cuba bersubahat dengan menyiarkan beberapa slot gambar dirancangan lain dan tidak cuba memaparkan slot sewaktu dirancangan yang terbabit sebagaimana gambar diatas.
Wahai TV3 , biarlah ikhlas dan jujur. Sepatutnya siarkanlah slot Konsert Akademi Fantasia 6 pada 26 April 2008 itu; bagi Adlin dan penonton siaran lihat sendiri kemudian barulah dapatkanlah komen dari Adlin dan peminat-peminatnya. Macam itu kan lebih menarik?
Bagaimanapun, Adlin kelihatan tidak memakai rantai yang kontraversi pada sesi temuramah tersebut; membuktikan bahawa dia tahu tentang kesilapannya itu.Tetapai sebab terlalu ego , dia cuba menegakan benang basahnya.
Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan