Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, tuhan sekalian 'alam, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. beserta ahli keluarga Baginda, para sahabat, para tabi' dan tabi'in serta seluruh kaum muslimin dan muslimat yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Pertama dan selamanya marilah kita merapatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberi peluang hidup didunia ini untuk memperbanyakkan amalan dan bekalan sementara menunggu tibanya ke negeri akhirat kelak.
Ketika ini, terasa berat sahaja badan ini mungkin dek kerana tenaga yang (agak) banyak juga digunakan untuk aktiviti seharian dari pagi sampai la sebelum duduknya ana dihadapan laptop berjenama F TEC ini. Hmm....kalau ikutkan hati, nak saja ana tidur untuk merehatkan badan. Tapi rasa seperti tidak sedap pula untuk membiarkan "idea ataupun pengetahuan" yang baru diperoleh dibiarkan begitu sahaja. (Tengah semangat hendak menulis ni)
Pada jam 12.00tgh hari (lebih kurang), ana dapat mesej daripada sahabat ana berkenaan program yang akan berlangsung pada jam 2ptg di Masjid As-Syakirin KLCC. Sahabat ana bertanyakan "adakah ana akan menghadirkan diri ke TALK SHOW itu". Ana memberikan jawapan "ya". Dia mengigatkan ana untuk turun lebih awal dek kerana risau akan berlaku kesesakan lanjutan daripada ada berita akan berlakunya "suatu perhimpunan" (yg tidak ketahui siapa). Mula-mula ana ingin membatalkan sahaja "niat" untuk ke KLCC. Tetapi sahabat ana menyakinkan ana yang keadaan sebenar tidak seperti yang ana bayangkan.
Dengan segera, ana bersiap tanpa menghiraukan makan tgh hari yang baru sahaja disiapkan oleh kakak ana (hehe...tak sempat nak jamah). Parking motor di stesen putra "Taman Melati" dan terus menaiki PUTRA untuk ke KLCC. Sesampai sahaja ana bergegas ke ruang hadapan banggunan KLCC dan ternyata kelihatan pasukan polis dan juga FRU yang lengkap dengan persiapannya seperti menunggu sesuatu. Tanpa menghiraukan kelibat Fru dan polis disana, ana melangkah dengan pantas ke Masjid As-Syakirin KLCC.
Melihat kearah jam sikit sahaja lagi akan mencecah pukul 1ptg. Melepaskan sebentar lelah dek kerana kelajuan ana berjalan kaki yang bagaikan sedang dikejar oleh sesuatu. Semasa baru sahaja sampai, kelibat manusia memang tidak ramai mungkin kerana terlalu awal.
Sebenarnya bukan semua itu yang ana ingin kongsikan tetapi apa yang ana dapat daripada TALK SHOW yang ana hadiri di Masjid As-Syakirin KLCC tu. Walaupun tajuknya agak "Seram" bagi sesiapa yang masih lagi tidak bersedia untuknya, tetapi ana gagahkan diri juga untuk mendengar sendiri dari mulut penulis buku "aku terima Nikahnya".
Memang banyak input tambahan yang ana dapat daripada TALK yang diadakan ini. Antara ialah kuasa "Kasih Sayang" yang sering diabaikan oleh umat Islam itu sendiri.
Ustaz Hasrizal bagi contoh : satu keluarga ni mempunyai seorang anak kecil yang masih dalam peringkat mempelajari daripada keadaan sekeliling. Satu hari, si anak melihat banyak pinggan kotor yang masih tidak dibasuh, lalu dia mengambil kesemua pinggan itu dan meletakkannya diatas lantai. Lalu dihujani pinggan itu dengan siraman air paip. Ketika itu si Ibu balik kerumah dan melihat keadaan itu. Si Ibu tidak marah akan si anak tetapi dia bertanya kenapa melakukan sedemikian?. Si anak menjawab dia ingin membantu Ibunya. Ibunya berkata kalau nak basuh, kenapa tak gunakan singki?. Si anak menjawab dia tidak sampai untuk menggunakan singki itu. Jawapan yang diberikan oleh ana memang masuk akal. Kalau dah tak sampai, nak buat macam mana.
Pengajaran : Adakah anda semua dapat memahami apa yang ingin disampaikan oleh Ustaz Hasrizal ini?. Tidak semua Ibu dan Bapa akan melakukan sedemikian. adakah benar kata-kata ana ini??. (hehe...). Senang untuk berkata tetapi sukar untuk melakukan. Sekiranya Ibu tadi terus marah anaknya tanpa minta penjelasan, "mind set" ana tadi akan menjadi, "sekiranya saya tolong ibu, saya akan kena marah".
Dapat apa yang Ustaz Hasrizal ini cuba sampaikan??.
Kuasa kasih sayang itu memang amat berkuasa dalam sebuah keluarga.
Subhanallah....... (bagaimanalah keadaan ana nanti)
Dan ada satu lagi input yang memang menark minat ana, iaitu "berkahwin antara memberi dan menerima. Jangan berfikir soal HAK tetapi fikirlah soal PERANAN. Ustaz Hasrizal mengigatkan kepada muda mudi yang ingin berkahwin untuk menetapkan betul-betul MIND-SET berkenaan dengan perkahwinan. Sekiranya kita dari awal lagi sudah menetapkan HAK, benda yang mula-mula kita dapati apabila berkahwin adalah kelemahan/keburukan pasangan kita. perkara ini boleh membawa kepada "keretakan" malah "runtuhnya" rumah tangga yang baru sahaja dibina. (Nauzubillah...)
Dan yang terakhir sekali yang ingin ana bawakan dalam penulisan ini adalah berkenaan "HUKUM TUHAN". apakah dia hukum tuhan???. Ia adalah Syari'atullah dan Sunnatullah.
a)Syari'atullah : memelihara soal halal dan haram didalam ibadah, munakahat, muamalat dan seluruh aspek kehidupan berpasangan dan berumahtangga.
b) Sunnatullah : memelihara peraturan Allah didalam perhubungan manusia, lelaki dan perempuan didalam skop yang disebut sebagai PERATURAN KOMUNIKASI.
Disini Ustaz Hasrizal tidak ingin berbincang mengenai mereka-meraka yang melanggar hukum Allah s.w.t. tetapi Ustaz lebih fokus pada mereka-mereka yang bergelar "muslimin dan muslimat" yang mana hukum-hakam agama ini, sudah berjaya mereka tempuhi. Tetapi, kebanyakkan daripada mereka akan tumpas didalam bab Sunnatullah (Komunikasi). Didalam sebuah keluarga, pentingnya komunikasi diantara suami dan isteri.
bercerita pasal tajuk komunikasi nih, ana teringat peristiwa didalam kereta tadi. Ana bersama-sama dengan Ibu dan Ayah ana sedang menuju ke surau untuk pengajian pada sebelah malam yang mana tempat itu agak jauh dari rumah kami. Jadi perjalanan kesana agak mengambil masa juga. Ketika didalam kereta, ana mendiamkan diri bilamana Ibu dan Ayah ana sedang berbual. Masa tu, ana tersenyum sorang-sorang kat belakang sebab kemesraan yang ditunjukkan oleh kedua orang tua ana didalam komunikasi mereka. Mereka berbual seolah-olah ana tidak ada dalam kereta tuh. (Ya Allah....indahnya syurga dunia ini).
eerrmm...itu sahaja yang boleh ana kongsikan didalam blog ini. Sebenarnya banyak lagi. Tapi ana tidak berapa pandai untuk mengolahnya sendiri.
Ustaz Hasrizal syorkan sesiapa yang ingin mendirikan rumah tangga supaya membaca buku
1) Psikologi Asuhan Keluarga
2)Men from mArs and Women from venus
Tiada ulasan:
Catat Ulasan