Assalamualaikumwarahmatullah...
Ya Allah.... sibuk memikirkan perkara lain sampaikan kadang-kadang tu terlupa adanya Ibu yang sentiasa mendoakan kesejahteraan anaknya yang berada nun diperantauan sana.
Alhamdulillah...bersyukur kehadrat Ilahi kerana mengurniakan ana seorang Ibu yang baik dan bertanggungjawab. tidak pernah berbelah bagi kasih sayangnya terhadap kesemua anaknya.
Hmm...bila direnung-renung kembali, mau mengalir air mata nih, memikirkan pengorbanan yang telah dilakukan oleh seorang ibu untuk kehidupan anaknya.
Tapi bila dah besar, anak mereka tidak mengendahkan mereka. bahkan boleh lagi mencerca dan mangutuk ibu yang telah melahirkan dan mendidik mereka. apa sudah tiada nilai-nilai kemanusiaan dalam diri mereka!!??. Allah s.w.t. mengurniakan manusia akal dan hati untuk digunakan sebaiknya. akal digunakan untuk berfikir dan hati pula adalah tempat letaknya kasih sayang.
Hhmm...bercerita pula bab hari Ibu ini, ana selalu saja memikirkan adakah bila tiada hari-hari seperti ini, kita akan melupakan Ibu kita??. Ana harap tidak. Bahkan ana harap, setiap hari yang kita lalui jangan sesekali melupakan Ibu yang telah melahirkan diri kita ini.
Sahabat-sahabat ana selalu berpesan, kalau nak buat jahat, ingat muka ayah dan ibu kita. dengan serta merta mereka yang mempunyai hati dan perasaan akan terus tiada niat lagi untuk meneruskan perbuatan jahat mereka. (Sentiasa ingat Allah...dan diikuti Nabi Muhammad s.a.w.)
Ingat tu....Hari-hari adalah hari Ibu.
Buat Ibu yang ku sayangi (Aminah Binti Husein) selamat sejahtera keatasmu. MOga dirimu dirahmati Allah s.w.t. selamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan