Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian 'alam. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. beserta kaum keluarga Baginda, para Sahabat, para Tabi' dan Tabi'in serta seluruh kaum muslimin dan muslimat yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Arus deras "dunia fana" ini tidak akan berhenti malah akan bertambah-tambah derasnya bila mana tiada golongan yang cuba untuk membuka ruang supaya kederasan arus itu tidak begitu kuat.
Suka untuk ana berkongsi artikel sahabat ana kepada semua pembaca. Diharap boleh ambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang cuba untuk disampaikan oleh penulis.
Alhamdulillah,dengan izin Allah,kita warga Legenda hari ini dapatlah menyertai karnival yang telah diusahakan secara 'susah- payah' oleh sahabat-sahabat kita,tahniah diucapkan. Disini suka saya membawa satu perbincangan, apakah karnival dari perspektif Islam.
Pertama.
Islam sangat menggalakkan perniagaan.Bahkan Rasullullah s.a.w juga berniaga. Dalam karnival ini sangat ramai insan-insan yang ingin mempraktikkan sunnah baginda.Lalu dibukalah booth dan gerai-gerai untuk mengaut sedikit keuntungan dan sedikit sebanyak mendapat pahala mengikuti baginda.
Tetapi..
Adakah sunnah itu akan diterima sekiranya perkara yang wajib itu ditinggalkan. Adakah solat 5 waktu sudah ditunaikan dahulu sebelum dikejar 'sunnah' yang dianggap sangat penting itu? Sekiranya kita sudah menunaikan perkara wajib,alhamdulillah.Tetapi jika belum, berjaga-jagalah kita.
Kedua
Islam tidak melarang hiburan kerana fitrah manusia itu sukakan sesuatu yang indah. Ingin diingatkan disi bahawa hiburan yang dibenarkan bukanlah sekadar nasyid dan alunan tarannum dalam Al-Quran semata-mata.Sungguh kita ditutup pemikiran menyebabkan kita memandang Islam itu satu cara hidup yang susah semata-mata.
Tahukah anda tentang hadith ""Orang-orang Habsyah (pada hari raya 'Id-ul-Adhha) menari (dengan memainkan senjata mereka) di hadapan Rasulullah s.a.w. Banyak anak-anak berkumpul di sekitarnya karena ingin menonton tarian mereka. Orang-orang Habsyah bernyanyi (dengan sya'ir): "MUHAMMAD ADALAH HAMBA YANG SHALEH...." (secara berulang-ulang) . Ini menunjukkan bahawa tarian juga dibenarkan dalam Islam. Begitu juga di zaman abbasiyah, tarian juga menjadi salah satu kesenian dizaman itu. Imam al-Ghazali juga meyimpulkan bahawi tarian itu hukumnya harus bagi tujuan untuk menunjukkan rasa gembira.
Tetapi..
Semua perkara dalam Islam ada batasnya.Semua bentuk hiburan itu dibenarkan jika ia tidak mengandungi syirik kepada Allah.Dan dilarang juga hiburan itu sekiranya ia akan membawa kepada fitnah. Kerana itu jugalah hiburan pada zaman abbasiyah tidak dipersembahkan di tempat-tempat khas seperti kelab-kelab atau konsert, kerana ia hanyalah keperluan bukanlah satu kemestiaan. Tidak dibenarkan juga membuka aurat dan memandang aurat dan pencampuran antara gender yang berbeza. Jika acara hiburan di karnival ini menepati syarat-syarat ini,silakan. Bawalah anggota keluarga sekali jika mahu. Tetapi realitinya semua sudah maklum. Di kawasan itulah akan berlakunya tautan 'cinta' antara pasangan kekasih yang membawa keneraka
Ketiga dan terakhir
Sesungguhnya manusia itu hidup bermasyarakat. Jadi karnival ini dilihat oleh beberapa pihak sebagai satu wasilah untuk meng'eratkan' tali silaturrahim antara warga kolej,sudah semestinya termasuk dalam golongan itu pasangan-pasangan bahagia.
Dari sudut berlainan pula.
Ketika karnival ini dilihat dari sudut itu, mengapa tidak dilihat juga surau dari sudut yang sama? Bahkan ianya lebih terjamin dari percampuran yang membawa kepada dosa.Bukankah ada hadith yang mengatakan tempat yang paling disukai Allah ialah masjid dan tempat yang paling dibenci Allah adalah pasar dan tempat-tempat ma'siat? Kenapa dipilih pasar? Kerana dipasarlah ramainya manusia lalai melupakan Allah, membuka aurat dan pelbagai jenis ma'siat yang semua warga telah khatam tentangnya.
Ingatlah dalam surah Luqman ayat 16:"wahai anakku! Sungguh,jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada didalam batu atau dilangit ataupun dibumi, nescaya Allah akan memberti balasan.Sesungguhnya Allah Maha Halus dan Maha Teliti (pemerhatiannya)"
Artikel ini ditulis lanjutan daripada "Karnival yang dianjurkan didalam kawasan kolej kami".Walau seberat zarah sekalipun ditimbang untuk mengatakan "ya", nescaya tidak sama sekali "kami" merelakan Karnival seperti itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan