Halaman

Isnin, 22 Disember 2008

PERMASIS Rasmi Sebagai NGO

KUALA LUMPUR, 20 Disember - Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMASIS) secara rasminya ditubuhkan sebagai NGO semalam melalui surat ikatan amanah yang ditandatangani di hadapan pesuruhjaya sumpah di ibu kota.

Presiden PERMASIS, Mohd Khairuddin bin Bajuri menyifatkan, penubuhan PERMASIS adalah sangat relevan sebagai satu medan untuk mahasiswa menjadi agen ‘check and balance’ terutamanya kepada kerajaan negeri.

“Saya melihat kerajaan negeri Selangor yang baru ini lebih terbuka dalam menerima pandangan mahasiswa. Ini merupakan peluang kepada mahasiswa untuk memberikan sumbangan kepada negeri, tambahan pula kerajaan negeri yang terbentuk masih lagi baru.”

PERMASIS merupakan gabungan mahasiwa pelbagai universiti yang berasal daripada Selangor. Maklumat terkini PERMASIS boleh dilayari di http://permasis.blogspot.com

Tiada ulasan: