Halaman

Rabu, 16 September 2009

Serangan pemikiran 1

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah segala puji-pujian hanya bagi Allah, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. beserta ahli keluarga baginda, para sahabat, Tabi' dan Tabi'ie serta seluruh pejuang-pejuang agama Allah s.w.t.


Alhamdulillah.. sekali lagi pujian dipanjatkan kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya masih lagi dapat merasai nikmat Iman dan Islam. Masih lagi diberi kekuatan untuk meneruskan apa yang telah dimulakan, walaupun dalam keadaan mengesot!.

Syukur kerana diberi kesempatan untuk menitipkan sesuatu didalam blog yang usang ini yang sememangnya tidak ilmiah dan berinformasi.

Hari demi hari, umur makin bertambah. Kurang elok! kalau tiada "pengislahan diri" dan "tiada pertambahan 'ilmu" pada diri sendiri. BAHAYA sekiranya tidak mempersiapkan diri dengan 'ilmu-'ilmu yang berguna, lebih-lebih lagi 'ilmu agama.

Lihat sahaja "serangan pemikiran" yang berlaku di dalam Negara Malaysia yang kita cintai ini. Memang menakutkan dan menyeramkan bagi siapa yang menyedarinya. Tetapi bagi siapa yang tidak menyedarinya ataupun "memang tak berminat nak tahu", amatlah malang dan SUNGGUH TERUK!!!.

Ambil satu contoh, iaitu "Liberisasi dan Pluralisme" ataupun sekarang ini terkenal dengan ISLAM LIBERAL dan PLURALISASI AGAMA. Islam Liberal boleh dikatakan sebagai penerus fahaman Muktazilah ataupun boleh juga digelar Muktazilah moden. Untuk mengenali mereka-mereka ini secara zahirnya amatlah susah, tetapi bilamana melihat dari sudut fikrah(cara berfikir) meraka maka akan terserlah siapa mereka sebenarnya.

Berbagai perkara telah dibawa oleh Islam Liberal ini. Antaranya (sebahagian sahaja yang ana tampilakan disini) :
1) Mendesak hak kebebasan Murtad.
- Menggunakan hujah "tiada paksaan dalam agama" (2:256)

2) Mempertikai syariat Allah dan Hukum-Hakam Fiqh dengan hujah rasional.
- Mereka mendakwa hukum syariat Islam adalah ciptaan Ulama dan fuqaha.

a) Kewajipan bertudung bagi wanita
b) Hukum bunuh bagi orang murtad
c) Larangan wanita menjadi pemimpin termasuklah dalam solat

3)Mendukung gerakan pembebasan wanita dan feminisme
- Antara yang dituntut

a) Persamaan dalam harta pusaka
b) Hak poligami bagi lelaki ditarik balik


Seorang tokoh Islam Liberal Malaysia, Astora Jabat pernah mengeluarkan kenyataan bahawa " Wanita tidak wajib bertudung dan menyokong keharusan wanita menjadi imam dalam kes Aminah Wadud" (Al-Islam : Mei 2005)

Islam Liberal juga adalah satu bentuk Jahiliah moden. Seperti kata Saidina Umar al-khattab "kita kena tahu jahiliah itu bagaimana supaya kita dapat menjauhi dan berjaga-jaga dengannya".

Sumber : Buku Islam Liberal dan Pluralisme Agama (Riduan Mohamad Nor , Ahmad Adnan Fadhil)

Tiada ulasan: