Halaman

Jumaat, 2 Mei 2008

Salahkah sekiranya aku hanya

Salahkah sekiranya aku hanya memberikan bantuan kepada mereka yang memintanya daripada ku??. salahkah??

Bismillahirrahmanirrahim....

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian 'alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda, para sahabat handai, para tabi' dan tabi'in serta seluruh kaum muslimin dan muslimat yang masih hidup atapun yang telah meninggal dunia.

Pertama dan selamanya, marilah kita merapatkan rasa syukur keatas segala nikmat dan kurniaan yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. pada kita. Nikmat yang paling besar yang kita perolehi adalah nikmat Iman dan Islam.

Pada kali ini saya ingin mengutarakan satu persoalan yang seboleh-bolehnya, harap ada respon daripada sahabat-sahabat pena dan juga daripada orang-orang yang lebih 'alim dan berpengalaman.

Situasinya begini..

- 2 Minggu lepas, saya ada mendapat panggilan telefon daripada seorang "Abang" yang mana, saya kenal dia ketika mengikuti kem ibadah dan motivasi di salah sebuah sekolah Menengah di rembau. Didalam perbualan telefon itu, dia telah meminta jasa baik saya untuk mencari dalam 15-20 orang pelajar dari kolej saya belajar nih untuk menjadi petugas ketika berlangsungnya sukan taski ABIM bertempat di padang sekolah rendah senawang. Yang diadakan tidak lama lagi.

Persoalannya disini...

- Salahkah saya sebagai seorang manusia, menerima dan seterusnya memberikan bantuan kepada apa yang dimintanya, walaupun dikhuatiri berbeza fikrah....


Apa yang saya faham...

- Kalau nak kata risau fikiran (kami yang pergi membantu nih) di kacau sedikit, saya rasa itu tidak akan berlaku. kerana kami sekadar hanya memberikan pertolongan dari sudut tenaga. Dan pada masa yang sama, kami yang membantu ni, sekadar ingin mencari pengalaman lebih dalam hal berinteraksi dengan budak2 kecik dan juga dengan orang awam.

- Kalau nak kata "aula" , pada tarikh berlangsungnya sukan tersebut, tiada apa2 program yang akan dianjurkan oleh jamaah.

- Dan kalau nak kata kami tak join program jemaah, bulan lepas, baru sahaja kami join sukan PASTI yang berlangsung di seremban. (PASTI sekitar kawasan seremban).


ana mohon pandangan antum semua..... ustaz-ustaz yang lebih 'arif...dan juga senior-senior dalam bidang da'wah ini.... mohon pandangan....


sekian...

wassalam....

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sekadar pandangan peribadi dari seorang yang faqir,

bekerjalah untuk Islam.,bukan untuk PARTI, ATAU TERIKAT MANA2 ORGANSASI.lapangkan bakti di setiap ruang dan peluang utk melebarkan Islam.Tidak salah kita bersaru dalam bergerak kerja dng jemaah lain.Fikrah tak jauh beza sgt.Berdakwah smbil belajar.

jgn putus beramal

skop kerja utk Islam itu luas, tidak tertakluk pada prgrm jemaah semata.

wallahua'alam

Aku Bukan Umar Al-Khatab berkata...

salam... oh sahabatku.. sedanagkan berbeza agamapun konsep bantu membantu ini sangat ditekankan apatah lagi sesama Islam... benar mungkin pendekatannya lain... fikrahnya juga sedikit lain...tapi niatknlah bantuan kalian itu untuk tujuan dakwah semoga ada di antara mereka nanti akan terbuka mata untuk menyertai jemaah yang lebih syumul...

Jangan hadkan diri hanya kepada jemaah kita sahaja.. keluarlah.. bermasyarakat... bertebarlah... moga2 usaha yang ikhlas ini akan menjadi as sebab kepada ramai lagi org Islam dpat melihat indahnya hidup berjemaah...

pandangan kerdil yang hina..

Admin berkata...

Firman Allah S.W.T :
Maksudnya :

" Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan" (Al-Maidah : 2)

Jika ada perbezaan fikrah/ideologi - kita tetap dipersaudarakan dengan kalimah Tauhid La ilaha ilaLLah.

Orang yang memusuhi Islam berbantu2 dalam merosakkan Islam..

Maka kita sepatutnya perlulah lagi bantu-membantu di dalam perkara perdamaian, kesatuan Islam :)

sheikh teluk intan berkata...

Salam ya akhhi,
Komen-komen sahabat seperti di atas sangat baik. Berbeza fikrah tidak boleh menjadi penghalang untuk kita berinteraksi dan bantu membantu. Setiap jemaah islam perlu bekerjasama dan saling lengkap melengkapi.

Kita jangan fanatik dgn jemaah kita saja, kerana ianya boleh membawa kepada assobiyyah.

Oleh itu, ulurkan bantuan kepada saudara kita itu. Dan sesungguhnya ianya menguntungkan perjuangan Islam .
Sekian ,terima kasih wassalam

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum....syukran untuk semua pendapat ini. wassalam...