Halaman

Isnin, 26 Oktober 2009

Kepimpinan ataupun Disiplin??




Tersentak seketika bila mana menghadiri satu perjumpaan tidak rasmi di Gombak. Yang mana, ana pada ketika itu hanyalah sebagai pengiring bagi ustaz dan Guru Besar untuk menghadiri perjumpaan bagi membincangkan program yang akan dijalankan.

Pada awalnya, dalam pemikiran ana hanyalah membincangkan tentang bajet dan aktiviti yang sesuai ketika disana nanti. Tetapi bila mana sampai sahaja ke destinasi yang dituju, pemikiran ana pada ketika itu telah ditukar kepada 180 darjah yang bertentangan dari asal.



Bukan terpaksa, tetapi dengan rela. Malah ana rasa seperti diri ana ditarik untuk berfikir diluar kotak sebagai seorang yang dewasa dan juga sebagai seorang pendidik!.

"Cubalah kita berfikir seperti budak-budak nih berfikir. Mereka nih, bukannya dewasa seperti kita". Kata-kata yang sudah lama ana tinggalkan bila mana menjadi seorang guru yang ditaklifkan menjaga disiplin disekolah.

Kita mengaggap perkara-perkara ini adalah suatu masalah disiplin yang berat :

1) Terlupa bawa Tag nama

2) Terlupa bawa stokin

3) Pakai selipar (kasut basah)

4) Membuat bising

Sedangkan perkara-perkara itu, nampak "remeh" pada pandangan mereka. (melainkan jika kita memberitahu rasionalnya)



Pernahkah disekolah antum terjadi perkara-perkara sebegini :

1) Pukul guru

2) Tengking guru

3) Mewalan guru

4) dan perkara-perkara yang seumpama dengannya

Jika perkara-perkara yang dinyatakan diatas tidak terjadi, maka boleh dikatakan antum telah mendapat anak murid yang baik. Jadi apa masalahnya lagi?.

Antum kena ingat, kita didik mereka bukan untuk melihat hasilnya hari itu juga. Ataupun melihat hasilnya pada esok hari, malah untuk tahun hadapan pun belum tentu lagi. Kita mendidik mereka untuk 10 dan ke atas yang akan datang.

Didalam perbincangan itu juga ada diselitkan, jika sekarang ini tidak berlaku sesuatu yang teruk timbul dari anak murid antum, ana syorkan antum "hasilkan" daripada diri murid-murid berkenaan sifat "kepimpinan" dan bukannya disiplin yang entah kemana. Bina kekuatan "dalam" pada diri mereka.



Contoh yang ana boleh bagi adalah :

1) Tanya mereka berkenaan Solat Fardhu (nasihatkan mereka untuk melaksanakannya)

2) Ajak mereka untuk melakukan amalan-amalan sunat sebagai penguat diri

3) Latih mereka dengan menunjukkan contoh terlebih dahulu sebelum menyuruh mereka untuk melakukan perkara yang sama

Dari situ, kita sendiri akan dapat melihatnya. Perubahan yang kelihatan walaupun sedikit.

----> Guru yang akan melaksanakannya mestilah istiqamah. Jangan berputus asa didalam mendidik. Proses pendidikan ini bukannya memakan masa sehari, setahun, 10 tahun, 20 tahun. Tetapi ianya adalah proses seumur hidup.


*bukan tips dari penulis, tetapi tips yang diberikan oleh orang yang penulis jumpa

Tiada ulasan: