Halaman

Ahad, 8 Mac 2009

Bedah siasat 1

Kumpulan sasaran : Darjah 1 – Darjah 6

Tempat : Sekitar kawasan Batu dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Kehadiran lebih kurang 70 orang yang kesemuanya rata-rata adalah dari keluarga yang berada. Pada peringkat permulaan, peserta agak susah untuk dikawal. Mungkin kerana tidak biasa dengan kehidupan tanpa ibubapa disisi mereka.


Alhamdulillah bila mana selesai sesi suai kenal antara peserta dengan Fasilitator mendapat sambutan baik. Mungkin kerena method yang digunakan oleh Fasilitator kena dengan umur mereka. Ditambah pula, para peserta mempunyai “rekod bersih” semasa disekolah mengikut apa yang difahamkan pada Fasilitator.


Atas kapasiti mereka yang masih lagi dalam peringkat “kecil” maka tidak mustahil perkara yang paling mereka minati adalah permainan. Untuk itu, slot MESS banyak digunakan untuk mengembalikan perhatian para peserta daripada lamunan mereka. MESS yang digunakan juga tidak lari dari motif program ataupun pengisian yang sepatutnya mereka dapat.


Setiap peluang yang ada mestilah digunakan sebaiknya oleh Fasilitator untuk lebih dekat dengan peserta. Contohnya ketika makan ataupun ketika sesi riadah. Tak kiralah dekat dari segi perbualan ataupun hanya dengan sentuhan.


Mereka pada umur sebegini memang amat rapat dengan ibubapa. Untuk itu Fasilitator mengambil peluang “Muhasabah” dengan menggunakan pendekatan “pengaruh ibubapa”. Menceritakan susah payah ibubapa mencari sesuap nasi untuk keluarga. Marah ibubapa bukan kerana tak suka pada peserta tetapi adalah tanda mereka prihatin ataupun ambil berat berkenaan perkembagan peserta. Ibubapa tidak pernah menuntut pulangan wang ringgit daripada peserta tetapi hanyalah sebuah kasih sayang apabila para peserta besar kelak.


Untuk mengawal peserta dari berbuat bising tak kira dikala pengisian sedang berjalan ataupun ketika waktu “senggang” adalah agak sukar. Jika sekadar ingin menjerit “DIAM SEMUA!!!” , memang senang tapi kesan pada peserta juga perlu difikirkan. Mungkin persepsi mereka terhadap Fasilitator turut akan berubah dek kerana “tengkingan” yang diterimanya. Mungkin pendekatan yang boleh digunakan adalah dengan memberi arahan yang berlawanan dari maksud yang ingin kita lihat. Sebagai contoh “ha..bising la lagi….bising…bising cepat”.


Banyak lagi perkara yang perlu dilihat daripada program yang dijalankan. Bagi mendapatkan suatu method yang betul-betul dapat memberi kesan kepada peserta bilamana menyertai program yang diadakan.

*minta pendapat daripada pembaca sekalian...

Tiada ulasan: