Halaman

Isnin, 9 Mac 2009

Bedah Siasat 2

Kumpulan Sasaran : Tingkatan 2 

Tempat : Sekitar Wangsa Maju dan Wangsa Melawati, Kuala Lumpur 

Akhirnya perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan usaha sama semua pihak. Dari pengarah hingga ke barisan Fasilitatornya. Seramai 210 peserta mengambil bahagian dalam program pada kali ini. Rata-rata adalah dari kalangan keluarga yang berada.


Program dimulakan dengan “first step” daripada ketua Fasilitator untuk mengawal keadaan yang mana disaat itu sibuk dengan mendaftarkan peserta ditambah pula dengan berkumpulnya peserta dengan orang yang mereka kenali. Method yang digunakan mesti bersesuaian dengan umur para peserta agar mendapat tindak balas yang positif. Tindakan pantas Ketua Fasilitator untuk mengawal keadaan amatlah perlu untuk melihatkan “permulaan” program kepada para peserta ataupun ibubapa yang masih tidak beredar.setelah menghantar anak-anak mereka.


Kebanyakkan peserta berasal daripada keluarga yang Elit, dimana IbuBapa tidak banyak meluagkan masa bersama anak-anak mereka. Ada beberapa peserta yang telah “dicop” oleh guru-guru mereka sebagai “yang suka” melawan. Jadi, untuk itu method yang sesuai perlulah digunakan untuk menjadikan mereka dapat menerima para Fasilitator yang ternyata asing bagi mereka. Apa yang pasti, keadaan mereka yang sekarang nih adalah disebabkan oleh manja dan jarang ditegur oleh ibubapa mereka.


Kepelbagaian MESS dapat menarik minat peserta untuk menumpukan perhatian. Ternyata para peserta lebih menggemari suasana yang ceria dan aggressive berbanding kuliah yang terlalu straight. Tambahan pula, lagu tema yang dipilih menarik dan dapat menghilangkan rasa bosan para peserta seterusnya mereka lebih bersedia untuk cuba menumpukan pada pengisian seterusnya.


Apa yang penulis dapat sewaktu menilai semula apa yang berlaku adalah, para peserta inginkan penghargaan atas apa yang mereka lakukan. Dengan itu, mereka akan lebih teruja untuk melakukannya lagi. Dan kebanyakkan peserta yang penulis temui, memerlukan seseorang untuk mendegar luahan rasa ataupun berkongsi cerita dengannya.


Mungkin banyak lagi yang perlu diambil perhatian dan dikaji berkenaan pelajar-pelajat yang menghadiri program ini…


Penulis minta tunjuk ajar daripada pembaca. Diharap penulis mendapat komen yang bernas untuk lebih memperbaiki apa yang kurang…. Supaya bersama-sama dapat mendidik dan membentuk semula generasi pelapis. Lahirkan semula pejuang-pejuang agama Islam!.... insyaALLAH….


Wallahu’alam….

2 ulasan:

Ikhwan Muslimun Malaysia berkata...

Betul kata anta.
Seseorang failitator memerlukan kefahaman atau ilmu psikologi untuk mengawal peserta,memberi arahan dan menyeliakan program.

Berkaitan kesan "Diam semua",ia akan memberi kesan negatif di mana peserta mungkin akan tersentak atau rasa tertekan.

Semasa riadah.mungkin semasa senaman pagi.mempelbagaikan jenis senaman untuk menarik hati peserta.Antara senaman yang mungkin menarik hati: "kura-kura terbalik" atau beruang "sakit perut".Mungkin agak kelakar namanya namun insyaAllah mampu menarik perhatian peserta.

al_irsyad berkata...

Salam...

erm... "kura-kura tebalik" n " sakit perut" tu... bagaimana permainan nya?.

huh... pertama kali dengar.. namanya pon dah nampak pelik...