Halaman

Isnin, 25 Ogos 2008

Bicara kes IFC, orang ramai dijemput beri sokongan

GEORGETOWN, 24 Ogos - Orang ramai dijemput hadir memberi sokongan kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Hafiz Nordin, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Bendera, Abdul Rahim Ismail dan Pendakwah bebas, Ustaz Shahul Hamid di Mahkamah Majistret Pulau Pinang pada 25 dan 26 Ogos jam 9.00 pagi untuk mengikuti pembicaraan menyertai perhimpunan haram di hadapan Hotel Cititel, Pulau Pinang pada 14 Mei 2006 lalu.

Mereka dituduh mengikut seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 Akta 344 boleh dihukum di bawah seksyen 27 (8) akta yang sama.

Pada 14 Mei 2006 lalu kira-kira 1,000 umat Islam berhimpun membantah tindakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO), Aliran Kesedaran Rakyat (Aliran) mengutip tanda tangan dan menyokong penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC).

Sumber

Tiada ulasan: