Halaman

Rabu, 6 Ogos 2008

Persatuan Islam Toowoomba


PUSAT Islam yang terletak di dalam University of Southern Queensland menyediakan pelbagai aktiviti untuk komuniti Islam di sana.


Komuniti Islam di Toowoomba, Queensland, Australia bersatu di bawah sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Persatuan Islam Toowoomba (IST). Ia berdaftar sebagai sebuah pertubuhan yang membuat keuntungan tetapi demi memenuhi keperluan masyarakat Islam di daerah itu.

Penuntut-penuntut Islam yang mengikuti pengajian di University of Southern Queensland (USQ) sama ada rakyat tempatan mahupun luar negara, merupakan mereka yang memainkan peranan penting dalam setiap penganjuran aktiviti di IST.

IST adalah anggota Majlis Agama Islam Queensland (ICQ), sebuah forum masyrakat Islam di Queensland, Australia. Malah ICQ adalah salah satu bahagian dalam Majlis Persekutuan Islam Australia (AFIC), sebuah organisasi payung kepada umat Islam di Australia.

University of Southern Queensland telah menyediakan sebuah Pusat Islam di dalam kampusnya yang terletak di Toowoomba bagi kegunaan kakitangan dan para pelajar Islamnya. Pusat ini dikendalikan oleh IST dan di sinilah segala aktiviti ritual umat Islam dilaksanakan sejajar dengan matlamat IST iaitu untuk membina keteguhan antara umat Islam di situ serta menyampaikan mesej sebenar Islam kepada komuniti yang lebih luas.

Sumber

Tiada ulasan: