Halaman

Rabu, 6 Ogos 2008

Markas Tarbiyah PAS Pusat diimarahkan sepanjang Ramadan

KUALA LMMPUR, 6 Ogos (Hrkh) - Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar akan diimarahkan semula Ramadan ini dengan majlis berbuka puasa, tazkirah dan solat terawih kepada semua penyokong dan orang-ramai sekitar Lembah Klang.

Menurut Setiausaha Maktar, Syed Muhamad Syed Hassan, pihaknya akan mengerak dan menyeliakan penganjuran program sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Katanya, orang-ramai dan para penyokong Pakatan Rakyat dialu-alukan untuk menyumbang dan menaja majlis berbuka puasa tahun ini. Sesiapa yang berminat boleh hubungi terus beliau pada talian 019-6643684.

Syed Muhamad berkata, antara tokoh PAS yang akan mengisi program tazkirah termasuklah Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang; Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din.- tmj/mks. _

Sumber

Tiada ulasan: