Halaman

Sabtu, 30 Mei 2009

JOM!!

Kalau Boleh...

- Baca Al-Quran

- Baca terjemahan

- Baca Tafsir

Banyak manfaat yang boleh diperolehi kalau membacanya. Cuma nak dan taknak sahaja manusia membacanya. Banyak kisah-kisah yang menarik untuk dijadikan bahan cerita pada anak-anak. Kalau Cikgu-cikgu nak menarik perhatian anak murid mereka, bolehla menceritakan kembali apa yang telah dirinya baca ketika membelek Naskah Al-Qur'an.

Ada sahabat ana pernah beritahu yang ketika waktu lapang, dia suka membaca terjemahan Al-Qur'an yang bersaiz kecil tuh. Boleh dibawa kemana-mana kerana saiznya kecil. Dia kata memang banyak cerita-cerita yang menarik yang kita sendiri pun tak akan tahu, kalau tidak pernah membacanya. Dan katanya lagi, dia suka ulang-ulang membaca terjemahan nih. Kalau boleh, sampai dia dah dapat ceritakan kembali apa yang dibacanya.

Bercerita berkenaan baca terjemahan Al-Qur'an berulang kali nih, ana teringat akan seorang hamba Allah nih. Mungkin ana boleh gelarkan dia sebagai pakcik. Ana pernah bertemu dengannya sewaktu ana masih lagi bekerja dengan syarikat buku di Kuala Lumpur. Dia kata, kalau boleh, ana nak baca berulang-ulang kali terjemahan Al-Qur'an nih disamping mempelajarinya. Gurunya ataupun nama lain (Ustaz yang bekerja sebagai pensyarah di sebuah Universiti) berkata padanya yang kita sepatutnya sudah membaca terjemahan nih lebih dari 10 kali. Yang tiada basic Arab, kalau setakat pernah menghabiskan sekali bacaan sahaja untuk terjemahan, masih kurang sangat. Buku-buku biasa pon kita boleh baca berulang kali, inikan pula terjemahan Al-Qur'an yang mempunyai banyak panduan dalamnya untuk manusia. Diwaktu itu, dia baru sahaja selesai menghabiskan bacaan sebanyak 1 setengah kali. dan dia kata dirinya masih tidak puas hati.

Hhhmmm.... Memang MENARIK!.

5 ulasan:

naqiubex berkata...

anta suka baca tafsir yang mana satu..

al_irsyad berkata...

owh...

ana sedang bercerita tentang Al-Qur'an terjemahan.

Bukan 'Tafsir'.

erm... Al-Qur'an terjemahan yang bermacam-macam warna tuh.

lebih kurang sebesar tapak tangan

al_irsyad berkata...

owh... sebelum terlupa, yang ana pernah baca tafsir adalah ibnu kathsir. itupun bersama-sama sahabat Wangsa Maju

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya, bila baca terjemahan, terlalu sedikit yang kita peroleh dari kejadian dan penceritaan yang diceritakan dalam al-Quran, baca tafsir lebih baik. Bayangkan betapa mufassirun mentafsir al-Quran sehingga berbelas-belas jilid, tafsiran dari anya senaskhah alQuran, tidakkah kita tertanya-tanya apa yang diisi kandungkan dalam tafsir2 tersebut. Tafsir HAMKA juga boleh dirujuk bagi yang tidak memahami Arab

al_irsyad berkata...

Salam...

syukran untuk komen ukhti..

alhamdulillah...ada jugak orang yg sudi untuk memberikan komen pada posting yang ana tulis...

klu tak, orang yang sama sahaja...


(^_^)
Memang tak boleh dinafikan yang membaca Tafsir adalah lebih baik daripada membaca terjemahan

tetapi bagi mereka yang baru sahaja nak "berminat" dalam mengetahui isi al-qur'an mungkin tak mampu nak terus baca tafsir...
mungkin dia akan bermula dengan membeli Al-Qur'an terjemahan...

wallahu'alam....

*baca mana-mana pon leh...