Halaman

Khamis, 7 Mei 2009

Perak lagih......

Bismillahirrahmanirrahim.......

Isu semasa yang makin tegang nih, membuatkan diri ana untuk menulis dalam blog, supaya pembaca dapat mengetahui cerita sebenar.

Pertama,

berkenaan dengan "sedikit salah faham, yang digambarkan TERUK oleh Media di Malaysia". Ana berminat untuk QUOTE kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang mana 

"Ini berlaku kerana mereka mencemburui PAS di samping mengakui parti itu telah berada di tengah-tengah masyarakat sehingga berjaya menenggelamkan Umno. 

"Setiap kali berlaku pemilihan dalam parti sudah tentu ada pertembungan pandangan, namun ia perkara biasa," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil peserta kursus Tafaqquh Fiddin di Balai Islam, hari ini. (Harakahdaily- Thu | May 07).

Tambahan lagi.....

Ditanya mengenai tulisan anaknya Nik Abduh dalam blog yang merendah-rendahkan pembantu Menteri Besar beliau berkata, beliau hanya sekadar menegur sahaja. 

Katanya, Nik Abduh ada hak untuk menulis dalam blog memandangkan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri dan mempunyai ilmu agama. 

Beliau berkata, semua pandangan negatif atau positif diterimanya. 

"Zaman Rasulullah saw dahulu ulama hanya baginda seorang sahaja, yang lain (sahabat nabi) semuanya profesional, tetapi lama kelamaan baginda menggabungkan ilmu profesional dengan ulama yang ada padanya. 

"Akhirnya ilmu ulama dan profesional bercampur dalam satu tubuh seorang pemimpin dan inilah yang sedang dilakukan oleh PAS," katanya
(Harakahdaily- Thu | May 07).


Kemudian.... Berkenaan dengan Penahanan Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Hrkh) - Mahkamah Majistret Tanjung Malim petang tadi menolak permohonan tahanan reman polis terhadap Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu. Iklan     
      
Mohamad dibebaskan dengan jaminan polis selama sebulan. 

Menurut peguam yang mewakili beliau, Aminuddin Zulkifli mahkamah tidak berpuas hati dengan alasan-alasan yang diberikan oleh pegawai penyiasat. 

Pegawai penyiasat mengatakan mereka memerlukan masa untuk menyiasat Mohamad yang dituduh melakukan hasutan supaya orang ramai menggagalkan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak hari ini. 

Pasukan peguam Mohamad Sabu kemudiannya membantah tuduhan tersebut kerana tertuduh hanya menyeru orang ramai supaya hadir ke majlis solat hajat dan doa munajat memohon agar Perak terus aman. 

Laporan maklumat pertama (FIR) terhadap Mohamad Sabu dibuat oleh Ketua Polis Perak sebelum beliau ditahan secara misteri petang semalam di Kuala Lumpur.

Sumber : Harakahdaily



Perlantikan speaker baru di perak

"mengenai pelantikan speaker baru Dewan undangan negeri Perak, Kamarudin yang juga ahli parlimen Tumpat menyatakan bahawa ianya tidak sah kerana speaker yang ada masih ada. 

Menurutnya, seseorang speaker hanya akan dilantik apabila terdapat kekosongan yakni selepas berakhirnya suatu pilihan raya umum, pembubaran dewan, peletakan jawatan atau meninggal dunia. 

"Sebaliknya sekarang ini tiada kekosongan dan tidak ada sebarang peruntukan mesyuarat untuk memecat speaker, malah pemecatan speaker tidak sepatutnya berlaku kerana usul mengenainya tidak sah. 

"Hal tersebut disebabkan usul yang dikemukakan Adun BN itu dibuat selepas mereka dihalau keluar daripada dewan tersebut. 

"Oleh yang demikian, ianya tidak dikira sah dan tertolak," demikian katanya ketika mengulas perkembangan semasa di Dun Perak sekarang ini

Sumber :(Harakahdaily)

Tiada ulasan: